Sumber:FB persatuan ibu mengandung dan menyusu
Memang tidak mudah mendidik anak-anak. Tambahan pula, sikap anak kecil
yang susah mendengar kata, menyebabkan ibu-bapa hilang kesabaran, naik
darah. geram dan sebagainya. Meninggikan suara dengan muka yang bengis menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda sikap ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda.
Tentunya anda tidak mahu anak anda membesar dengan emosi terganggu.
Pernahkah anda terfikir, bagaimana anak anda pula memarahi anda apabila
mereka besar nanti. Jangan salahkan mereka, kerana andalah yang mengajar
mereka. Andalah yang menjadikan emosi mereka mudah terganggu dan
menjadi seorang pemarah.
Sebenarnya memori anak anda semasa
kecil amat kuat. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa
yang mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka mencuba sesuatu
yang baru. Pada ketika inilah mereka membentuk jati diri mereka. Oleh
itu anda perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap
positif dalam diri mereka.
Tips mendidik anak yang dapat membantu anda mengurangkan marah kepada anak kecil anda :
1. Sebelum memarahi anak anda. Fikirkan dulu. Adakah anda suka dimarahi
sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda
memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda
jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak
suka dimarahi sebegitu.
2. Lebih banyak memberi kesedaran pada
anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah. Namun ia sangat
membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran.
Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik
memarahi mereka.
3. Fahami, anda bukan melahirkan seorang robot
yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia
yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan
mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.
4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak
kecil melalui suara, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah
mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan
sayang hanya di dalam hati sahaja. Tiada gunanya.
5. Elakkan
mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk
atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adakah anda suka
dikutuk di depan orang lain. Begitu juga dengan anak anda. Tiada siapa
yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil.
6. Anda perlu memandu anak anda semasa menonton TV. Anda perlu
memberitahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah
anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV banyak
membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa
yang mereka lihat di kaca TV.
7. Banyakkan membaca Al-quran.
Ayat al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka
lebih mudah mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio
banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar
mendengar kata.
Salah satu tanggungjawab yang sering diabaikan
oleh ibu-bapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini
sangat penting membentuk jati diri anak anda. Belajarlah mula menghargai
anak anda. InsyaAllah mereka akan mula menghargai anda. Kerana mereka
belajar dari anda.
Mereka juga seperti anda, melalui zaman
bayi, melalui zaman kanak-kanak, melalui zaman remaja dan akan melalui
zaman dewasa seperti anda. Fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment