Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah beri untuk selama 31 tahun. Banyak nikmat yang telah Sakura terima. Syukur dengan nikmat yang banyak
1. Nikmat terbesar adalah nikmat Islam dan Iman.
2. Nikmat dibesarkan dalam keluarga yang baik dan penyayang.
3. Nikmat belajar agama Islam yang sempurna
4. Nikmat kepandaian dan peluang belajar yang terbuka luas
5. Nikmat perkerjaan supaya Sakura dapat membantu orang lain juga
6. Nikmat perkahwinan kerana dikurniakan suami yang soleh dan penyayang.
7. Nikmat kengkawan yang baik
8. Nikmat persekitaran kerja yang baik
Tidak terhintung banyaknya nikmat yang Kau berikan Ya Allah. Syukur Alhamdulillah.
Tiada yang indah selain kebahagian dan kegembiraan dalam hidup. Namun kadangkala kesedihan dan kedukaan menjadi peneman perjalanan. Harus tabah menghadapinya demi kehidupan yang sempurna. Kehidupan adalah perjalanan yang tidak dirancang. Hanya perlu mengharunginya dan belajar untuk memahami dan mengatasinya. Warna-warninya adalah lakaran yang dicorakkan bagi memberi pengertian yang besar. Hanya keberanian dan ketakutan menjadi peneman setia.
Tuesday, 30 April 2013
Monday, 29 April 2013
Patut Amal
10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.
1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Ayat Al-Quran wajib kita baca setiap hari, walaupun sepotong ayat.

Saturday, 27 April 2013
Warna Baju
Dapat dari FB:Ensaiklopedia Petua Melayu Lama
Psikologi Memilih Warna Baju
Warna baju boleh mencerminkan keperibadian anda, atau paling tidak, memanifestasi perasaan anda pada saat-saat tertentu. Kerana itu, pilihlah warna baju yang sesuai ketika membeli pakaian.
HITAM. Ini adalah warna paling gelap dari yang lain untuk pakaian wanita atau baju wanita. Warna ini paling sesuai bagi mereka yang tidak suka kelihatan keterlaluan. Karakter misteri terpancar pada kegelapan warna hitam. Hitam juga sangat eksklusif untuk penampilan yang elegan dan seksi.
PINK. Warna ini memang sesuai dengan kesan feminim dapat diperolehi di kedai. Penampilan lembut dan cukup mewakili perasaan jatuh cinta yang berbunga-bunga.
MERAH. Ia mencerminkan keberanian, ketegasan, dan seksi serta menggoda.
BIRU. Mencerminkani kecerahan. Jika anda menggemari warna biru biasanya anda sukakan ketenangan. Jika anda ingin merasa nyaman dan meningkatkan keyakinan diri, warna biru boleh menjadi pilihan.
OREN. Gabungan antara warna kuning dan merah ini mencerminkan bahawa anda gemar perhatian. Apalagi jika dipadukan dengan aksesori wanita yang menarik. Warna cerahnya juga akan membuat mood akan naik.
KUNING. Warna cerah ini melambangkan kecerdasan dan intelektual yang tinggi. Kuning juga sering disamakan dengan warna “outdoor”. Anda seorang yang optimis, berani dan tahan lasak.
PUTIH. Semua orang tahu warna ini melambangkan kesucian dan kebersihan. Putih juga termasuk warna paling aman selain hitam, keranaa boleh dipadukan dengan segala warna.
HIJAU. Sangat sesuai dengan alam dan segala yang kelihatan natural. Orang yang gemar warna hijau adalah orang yang menyukai alam semula jadi dan pencinta kedamaian.

Friday, 26 April 2013
Atuk
Sakura nak share pasal kisah atuk Sakura. Ini ditujukan khas untuk bakal anak2 Sakura. Ketabahan seorang lelaki membesarkan anak seramai 8 orang dengan kerja kampung dan jual kelapa. Kenapa Sakura nak share cerita nie, sebab Sakura nak bagi tahu gaji yang kecik sebenarnya mampu untuk menampung keluarga dan membeli tanah. (Banyak sangat complain kat FB duit gaji x cukup).
Atuk Sakura nie asalnya berkerja makan gaji juga asalnya (Sakura x berapa ingat sebagai ape, tapi antara kerjaya yang pernah dibuat bomba). Lelama makan gaji, atuk Sakura pun berhenti kerja dan jual tanah yang ade kat Sg Udang sebab nak berhijrah ke Pulau Lumut@Pulau Indah (nama sekarang). Atuk pindah ke Pulau Lumut sebab dapat beli tanah yang lebih besar rasanya. Mase tue jalan perhubungan ke Pulau Indah adalah jalan laut (kena guna sampan nak ke darat). Mungkin sebab nie kot atuk berhenti kerja dan buat kerja kampung. Dengan kerja kampung, berapa sangatla gaji tapi nak kena besarkan 8 orang anak. Tapi pada masa tue duduk kampung, banyak tanaman kampung yang boleh dijadikan sayur. Jadi betullah kos beli makanan x besar. Ikan pun atuk tangkap sendiri kat kampung. Gaji dari hasil kampung tue atuk akan ade agihan Antara agihannya untuk makan, bayar cukai tanah, untuk anak sekolah dan untuk zakat juga. Dengan keberkatan gaji kecik yang ada tue juga atuk berjaya beli tanah untuk cucunya. Atuk x guna istilah tanah untuk anak-anak, tapi cucu-cucu. Atuk tanam buah-buahan pun untuk cucu-cucunya. Sebab tue kot bila dah ade cicit pokok buah dah x berapa hasilnya. Lagi satu pulak banyak pokok mati sebab akar pokok kena air masin.
Sebenarnya duit yang kecil kalau kita belanjakan dengan berhemah dan seperti yang disyariatkan Allah. Insa'Allah ade keberkatan dan akan beranak pinak duit tue. Kalau kita dok complain duit x cukup dan x bersyukur, rezeki akan menjadi semaki sempit. Sebab tue gaji dah besar pun, dok rasa x cukup jer. Duit yang kita dapat ada hak orang lain dan bukan milik kita semuanya (nie nasihat mak Sakura).
Pasal beli rumah pulak, kalau kita ade perancangan kewangan yang baik. Macam mane pun gaji kita tue cukup untuk beli rumah yang kita mampu untuk beli. Memangla x sama macam zaman atuk Sakura dulu yang boleh beli tanah. Tapi nak bagi tau, kita mampu buat aset la ceritanya. Kalau beli kereta tue, bagi Sakura x dikira aset tapi liabiliti (tanggung hutang)
Lagi satu prinsip atuk Sakura, tanah yang ade jangan dijual. Tapi kalau nak jual untuk dapat yang lebih besar, tue dibolehkan. Harta yang ada jangan dikurangkan tapi ditambahkan lagi. Kalau kita dah senang, jangan lupa bantu orang susah. Sebab tue dalam Islam, kita digalakkan menjadi peniaga. Dengan berniaga kita akan ade perkerja yang kita upah untuk dia tampung keluarga dia. Bila dah kaya kita mampu berzakat dan memberi bantuan kepada yang memerlukan. Tidakkah kita menjadi agen penjana ekonomi. Tapi Sakura x sampai tahap jadi peniaga sebab jiwa Sakura bukan berniaga.
Al Fatihah buat atuk, Hj Jamali Bin Salleh

Thursday, 25 April 2013
Projek 1 : Tamat & Siap
Dah lama berakhir kerja-kerja kat Projek 1. Alhamdulillah dah siap dengan sedap mata memandang. Selain tue rumah nie pun dah siap ade orang bersetuju nak sewa. Tuan Faizal iklan kat Mudah.com jer. Iklan keluar 23.04.2013 pukul 3.45 ptg rasanya. Terus ade call nak tgk rumah. Amik dalam 10 orang jer macam tue. Tutup untuk cari rumah sewa dalam pukul 8.00 mlm dan terus delete dari Mudah. Takut pulak ramai lagi yang menelefon untuk cari rumah sewa. Kesian kat dema. So semalam tunjukkan rumah (4 yang terawal tarik diri, so call orang yang ke-5 offer nak tgk rumah). Lepas tengok2 rumah, dia pun setuju nak sewa dan nak masuk Sabtu. Omak aih copatnya. Kita orangpun layan jelah. Sebab x d nak buat ape sangat pun, cuma nak letak rail dalam toilet, penahan pintu dengan tukar mentol. Rumah nie dah siap cuci dah. Penyewa nie tinggal mop lantai je sebab dah berabuk sikit. Hari Sabtu nanti serah kunci dengan sign aggrement. Semoga penyewa nie jaga rumah tu baik-baik jelah. Sayang sangat sebab dah letak tile cantik2.
Caller yang berminat nak sewa rumah nie semua bagi alasan nak masuk 1 Mei sebab nak kahwin bulan Jun. Ade yang call tue terus nak bagi deposit rumah sebab nak sangat rumah nie sebab dah banyak banyak cari rumah sewa tapi x dapat. Alahai kesiannya. Nak buat macam mana, sape call dulu dia la diutamakan. X boleh potong line.
Bila dengar luahan memasing tue, Sakura rasa bersyukur sangat sebab x mengalami nasib macam tue. Yelah masa memula kawin dulu, dah terus boleh masuk rumah. Sebabnya tuan Faizal dah mohon kuarters dulu. Lagipun masa tue banyak kuarters yang baru siap. Permintaan x banyak pulak untuk rumah apartment. Tuan Faizal mohon sebab nanti mudah bila nak kahwin. Beruntung betul rasanya jadi orang gomen. Tapi sekarang dah x d peluang macam tue. Panjang senarai menunggu nak duduk rumah kuarters Putrajaya sebab dah banyak kementerian yang berpindah kat Putrajaya.

Silap beli kipas, patut cari yang pendek batang kipas tue |
siap ade katil lagi |
Wednesday, 24 April 2013
Kepanasan Semasa Hamil
Petua Meredakan Kepanasan Ketika Hamil. (Berguna dimasa hadapan)
Salah satu keluhan yang sering diluahkan oleh wanita mengandung adalah berasa tubuh panas. Ia berlaku kesan daripada penghasilan hormon progesteron akibat menigkatnya suhu tubuh janin. Semakin bertambah usia kehamilan anda, semakin tidak selesa anda rasakan akibat kepanasan.
• Minum sekerap mungkin bagi menggantikan peluh yang banyak keluar serta akibat kekerapan membuang air kecil ketika hamil.
• Mengambil makanan yang banyak mengandungi cairan seperti bubur, yogurt, jus buah dan sebagainya.
• Pakai pakaian yang selesa seperti pakaian daripada kapas kerana ia menyerap peluh dan pakailah pakaian berwarna putih kerana ia tidak menyerap panas sinar matahari.
• Pakailah kasut yang terbuka dan selesa terutama sekiranya kaki berasa panas dan bila kaki mula membengkak.
• Semburkan air ke wajah atau lapkan wajah dengan tisu atau tuala basah untuk menyejukkan tubuh yang berpeluh dan panas
Sumber: FB Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

Tuesday, 23 April 2013
Projek 2 : Kerja Bermula 1
Sebenarnya kerja ubah cantik (ade ker ayat nie? suka hati kahwinkan ayat) rumah ke dua dah bermula hujung Mac lagi. Tapi x d perasaan nak abadikan kat sini sebab otak Sakura x dapat meyusun perkataan yang baik selain dari kesibukan kerja pejabat dan hidup sendiri. Karang entah ape ynag dimerepekkan pulak. Fikiran dan perbuatan yang tidak selari akan menyebabkan kecelaruan. Hahahaha, entah ape2 dah ayat. So layan jelah gambar lama untuk aktiviti ubah cantik yang dibuat.
Pengabadian cerita nie adalah untuk tatapan bakal anak2 Sakura, supaya dia tahu yang bukan senang nak memiliki rumah untuk tempat berlindung. (Bahan bukti penting!)
Monday, 22 April 2013
Orkid
Terjumpa artikel berguna untuk panduan Sakura menambah koleksi orkid kat rumah nanti.
ORKID antara tanaman hiasan yang popular dan digemari kebanyakan pemilik kediaman.Ia juga tidak sukar ditanam dan aspek penjagaannya juga lebih kurang sama dengan tanaman hiasan lain. Perkara paling penting adalah pengetahuan berkenaan keperluan hidup tanaman hiasan itu. Sudah tentu ia memerlukan persekitaran yang sesuai dan perlu disiram atau dibaja secukupnya.
Apabila rutin penjagaan dikekalkan dan kaedah penyelenggaraan yang betul dilakukan, orkid di kediaman anda pasti sentiasa hidup subur.
Media penanaman orkid
Penanaman orkid memerlukan kita menentukan media yang sesuai mengikut habitat asalnya.
Terdapat beberapa jenis media yang biasa digunakan:
1)Pecahan batu bata
Antara media yang popular dan mudah diperoleh.
Biasanya digunakan untuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat.
Ia dicampur bersama dengan pecahan arang.
Teknik menggunakan:
Sebelum digunakan batu bata hendaklah direndam di dalam racun kulat semalaman.
Selepas itu angkat dan keringkan.
Pecah batu bata kepada saiz besar, sederhana dan kecil mengikut kesesuaian pasu.
Letak pecahan besar di bahagian paling bawah dalam pasu, diikuti dengan bersaiz sederhana dan kecil.
Tanam orkid di atas permukaan pasu.
Elak menimbus pangkal orkid anda.
Bagi menegak orkid yang tinggi gunakan kayu pancang sebagai sokongan.
2)Pecahan arang
Digunakan untuk orkid epifit dan orkid memanjat. Boleh digabungkan dengan media batu bata
Teknik menggunakan:
Rendam arang semalaman untuk membuang garam kerana arang diperbuat daripada kayu bakau yang tumbuh di tepi laut.
Basahkan arang menggunakan aliran air supaya sisa garam dapat dibuang.
Ikut teknik seperti menggunakan pecahan batu bata untuk langkah seterusnya.
3)Serbuk kayu
Biasa digunakan sebagai media yang diletakkan dalam pasu atau batas untuk menanam orkid jenis memanjat.
Teknik menggunakan:
Ia boleh digabungkan dengan media pecahan batu bata, arang dan tanah pasuan.
Rendam serbuk kayu yang ingin digunakan di dalam racun kulat semalaman.
Angkat dan keringkan.
Masukkan habuk kayu ke dalam bekas tanaman.
Letakkan orkid di atas media.
Jika menanam orkid yang hidup di atas tanah, campurkan
bersama dengan media pasuan untuk membekalkan bahan organik di dalam
tanah apabila ia mereput.
4)Sphagnum moss
Antara media popular dijadikan sebagai lapisan untuk menanam orkid epifit pada tunggul kayu dan potongan dahan tembusu.
Ia mampu menyimpan kelembapan dalam jangka masa lama.
Ada juga yang menggunakan seratus peratus sphagnum moss yang diletakkan
di dalam pasu untuk menanam orkid genus phalaenopsis.
Ia bagi mengekalkan kelembapan dalam jangka masa lama kerana orkid jenis itu tidak mempunyai bebawang untuk menyimpan air.
Teknik menggunakan:
Rendam sphagnum moss di dalam larutan racun kulat semalaman.
Angkat dan biarkan hingga ia didapati lembap.
Isikan ke dalam pasu atau tampal kepada tunggul kayu.
5)Potongan batang paku pakis gajah.
Media ini boleh menyimpan air dengan jangka masa lama dan mengelakkan kesan buruk daripada penyiraman melampau.
Ia amat sesuai untuk tanaman gantung.
Teknik menggunakan:
Potong batang paku gajah mengikut kesesuaian orkid yang hendak di tanam.
Lekatkan orkid di atasnya dengan menggunakan tali yang tidak mencederakan orkid anda.
6)Tunggul kayu
Sesuai untuk tanaman orkid secara gantung.
Ia lebih cepat kering berbanding dengan potongan paku pakis gajah.
Mudah diperoleh di dalam hutan, di ladang sawit atau di tepi sungai.
Teknik menggunakan sama seperti menggunakan potongan batang paku pakis gajah.
Boleh diletakkan sedikit Sphagnum moss untuk melambatkan kadar kehilangan air selepas siraman.
7)Potongan dahan tembusu
Sesuai untuk menanam orkid daripada famili bulbophyllum dan phalaenopsis.
Orkid lebih cepat hidup stabil apabila menggunakan media itu.
Ia mempunyai kulit tebal yang mampu menyimpan air lebih lama.
8)Tanah campuran
Orkid yang hidup di tanah memerlukan media itu.
Biasanya membabitkan campuran tanah kompos, perlite dan sekam padi pada kadar 1:1:1.
Ini dapat memberi kadar saliran dan pengudaraan media yang amat baik kepada akar orkid.
9)Tiada media
Bermaksud orkid digantung bebas tanpa menggunakan sebarang media.
Teknik itu sesuai untuk orkid jenis vanda dan memerlukan kadar penyiraman lebih.
Sumber Harian METRO :Artikel ini disiarkan pada : 2010/12/17
ORKID antara tanaman hiasan yang popular dan digemari kebanyakan pemilik kediaman.Ia juga tidak sukar ditanam dan aspek penjagaannya juga lebih kurang sama dengan tanaman hiasan lain. Perkara paling penting adalah pengetahuan berkenaan keperluan hidup tanaman hiasan itu. Sudah tentu ia memerlukan persekitaran yang sesuai dan perlu disiram atau dibaja secukupnya.
Apabila rutin penjagaan dikekalkan dan kaedah penyelenggaraan yang betul dilakukan, orkid di kediaman anda pasti sentiasa hidup subur.
Media penanaman orkid
Penanaman orkid memerlukan kita menentukan media yang sesuai mengikut habitat asalnya.
Terdapat beberapa jenis media yang biasa digunakan:
1)Pecahan batu bata
Biasanya digunakan untuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat.
Ia dicampur bersama dengan pecahan arang.
Teknik menggunakan:
2)Pecahan arang
Teknik menggunakan:
3)Serbuk kayu
Teknik menggunakan:
4)Sphagnum moss
di dalam pasu untuk menanam orkid genus phalaenopsis.
Teknik menggunakan:
5)Potongan batang paku pakis gajah.
Teknik menggunakan:
6)Tunggul kayu
7)Potongan dahan tembusu
8)Tanah campuran
9)Tiada media
Sumber Harian METRO :Artikel ini disiarkan pada : 2010/12/17
Thursday, 18 April 2013
Selepas Ade Anak
Dapat dari FB pasal perubahan selepas ade anak.
Sumber:FB Baby Idaman Shop
20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!
Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Monday, 15 April 2013
Adab Minum Islam
Petua Minum dari Rasulullah s.a.w.
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah s.a.w. juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa di waktu pagi. Antara khasiatnya:
1. Menghilangkan kahak atau lendir
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk - Aisyah meriwayatkan bahawa: "Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah s.a.w. suka minuman manis dan sejuk." Baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.
Adab Minum
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
2. Bacalah " Bismillah".
3. Minum dengan 3 nafas.
4. Minum dalam keadaan duduk bukan berdiri.
5. Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum, arahkan pernafasan ke tempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah "Alhamdullilah".
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk, diharuskan minum sambil berdiri.
8. Jangan terus minum selepas melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Jangan minum berlebihan sampai kembung perut.
Sumber: FB Ensaiklopedia Melayu Lama

Saturday, 13 April 2013
Projek 2: Shopping
Since plan nak buat dapur, maka kena beli sinki, buat countertop dan hob juga.
1.Yang countertop kena beli tile. Beli jela kat kedai tile Jalan Ipoh bawak balik. Berat betul letak dalam kereta masa bawak balik.
2.Yang hob tue g carik kat 2 tempat: Alamanda dan Aeon Equin. So pilih yang Aeon Equin.
3.Beli kipas ceiling kat kedai lampu puchong. Asalnya nak cuci mata tapi g bayar kipas. Beli nanti pun sama gak kena beli. Tapi lampu x beli lagi sebab lampu yang berkenan dah x d stok.
4.Beli almari sebab rumah sekarang wardrobe disediakan. Kalau x nanti nak letak baju kat mn?
5.Sinki dapur beli kat Jalan Ipoh
Barang lain yang beli lagi
1. Tap sinki dapur. Tap lain beli bila dah ade duit.
2. Cat dalam rumah x pikir lagi warna ape.
Friday, 12 April 2013
Kesilapan Didik Anak
Sumber: FB D'babyshop Trading
Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak
1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Thursday, 11 April 2013
Mengundi 2013
Semalam dah diumum tarikh penamaan calon dan mengundi bagi 2013. Jadi hari mengundi adalah pada 5.5.2013. Hahahaha. Mujur hari Ahad dan minggu x d kelas. Kalau x sure kena ganti kelas. Malas wei nak ganti kelas nie. Tambah cuti x p. Heheeh....
So semua, jangan lupa mengundi dan fikir bebaik sape calon yang kita nak pilih untuk menjadi wakil kita supaya Islam dapat dipertahan seperti sedia ada dan dimantapkan lagi. Selain hidup kita lebih baik dan terjaga. Jangan sampai pemerintah yang dilantik menjadikan kita merempat di bumi sendiri. Akal manusia nie cetek jer, jadi rerajin solat untuk dapat petunjuk dari Allah sape yang layak memerintah. Tanggungjawab kita besar dan berat. Silap pilih, kita yang merana untuk 5 tahun lagi.
Paling penting: WAJIB mengundi dan UNDI tue RAHSIA. x perlu nak war2 kat FB ke semua kita pilih sape.
Wednesday, 10 April 2013
Project 2: Beli pintu
Projek 2 nie ade melibatkan pengalihan pintu dr kedudukan sedia ada. Dah alang kepalang nak pindah, kita cari pintu yang semanggah sikit dan boleh pakai lama. Nanti kerja ubahsuai utk dimasa hadapan dah x melibatkan pintu lagi dah. Kos yang dikeluarkan adalah 'One-Off'. Guna istilah kerajaan.
Pencarian pintu dibuat pada Sabtu lepas. Mulanya g kat Puchong, tapi kedai tutup da. Next pencarian g Taman perindustrian Balakong (belakang Minlon). Punca g tempat tue sebab hari Jumaat lalu kat Besraya nampak papan iklan. Try call tanya showroom bukak ker x. Kedai tue cakap bukak. Sampai kat situ, rupanya showroom merangkap kilang merangkap opis rupanya. Kiranya Sakura beli direct dengan kilang la nie.
Since kontraktor Sakura nie first time deal dengan tempat. Jadi projek kita orang dijadikan batu loncatan untuk membuka akaun dan memudahkan urusan dia di masa hadapan. Sakura bawa sekali dengan kontraktor yang nak buat rumah supaya senang berbincang nanti. Walaupun Sakura nie dalam line pembinaan, tapi Sakura x hands-on yer. Jadi khidmat pakar runding adalah diperlukan.
Hari Sabtu terus pilih dan bayar. X d nak pikir2. Sebabnya banyak pikir, banyak idea, banyak permintaan dan lambat buat keputusan. Nanti terencat pulak kerja ubahsuai yang rancak tue. Masa tanya harga macam dah murah. Bila dah tambah kos cat dan pemansangan. Double dari harga kos pintu. Tapi x p, kualiti terjamin dan x perlu sakit hati tengok pintu calar. Kos pemasangan dalam pembinaan nie memang lain kalau pembekal yang buat. Sebab hanya dia orang yang arif dengan produk dia orang.
Tips beli pintu yang Sakura nak kongsi adalah
1. Tanya harga dan kualiti kayu yang ditawarkan (range murah, sederhana dan mahal). Harga adalah berkadaran dengan kualiti kayu yang ditawarkan. Kayu berkualiti, harga mahal.
2. Kalau tanya harga pintu, kos yang diberi adalah kos supply sahaja. Jadi kena tanya berapa kos cat dan matikan cat, kos hantar, kos pemasangan, kos aksesori (hinge dan lockset).
3. Budget pulak kena letak double dari harga supply.
sesape berminat boleh bukak kat web |
Tuesday, 9 April 2013
Mengurangkan Marah Pada Anak
Sumber:FB persatuan ibu mengandung dan menyusu
Memang tidak mudah mendidik anak-anak. Tambahan pula, sikap anak kecil yang susah mendengar kata, menyebabkan ibu-bapa hilang kesabaran, naik darah. geram dan sebagainya. Meninggikan suara dengan muka yang bengis menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda sikap ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda.
Tentunya anda tidak mahu anak anda membesar dengan emosi terganggu. Pernahkah anda terfikir, bagaimana anak anda pula memarahi anda apabila mereka besar nanti. Jangan salahkan mereka, kerana andalah yang mengajar mereka. Andalah yang menjadikan emosi mereka mudah terganggu dan menjadi seorang pemarah.
Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru. Pada ketika inilah mereka membentuk jati diri mereka. Oleh itu anda perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri mereka.
Tips mendidik anak yang dapat membantu anda mengurangkan marah kepada anak kecil anda :
1. Sebelum memarahi anak anda. Fikirkan dulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu.
2. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah. Namun ia sangat membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.
3. Fahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.
4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui suara, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja. Tiada gunanya.
5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adakah anda suka dikutuk di depan orang lain. Begitu juga dengan anak anda. Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil.
6. Anda perlu memandu anak anda semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV.
7. Banyakkan membaca Al-quran. Ayat al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka lebih mudah mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.
Salah satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh ibu-bapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini sangat penting membentuk jati diri anak anda. Belajarlah mula menghargai anak anda. InsyaAllah mereka akan mula menghargai anda. Kerana mereka belajar dari anda.
Mereka juga seperti anda, melalui zaman bayi, melalui zaman kanak-kanak, melalui zaman remaja dan akan melalui zaman dewasa seperti anda. Fikirkanlah.

Saturday, 6 April 2013
Ketika Menyusukan
Berguna dimasa hadapan
Antara amalan soleh yang dilakukan oleh ibu Imam Syafi'e ketika menyusukan anaknya ialah:
-Menyusukan Imam Syafi'e dalam keadaan berwudhu'
-Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan
-Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri
-Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa
Sumber: SweetBonda.blogspot.com

Thursday, 4 April 2013
Tips Beli Rumah : Part 14
Sakura nak share pasal pantang larang yang perlu dipatuhi semasa beli rumah (nie syarat En Aziz CFP). Kena amik loan dari produk bank tertentu sahaja. Sakura pilih CIMB - Flexi Home. Sebabnya, diterangkan oleh Pak Di kat sini.
Sakura juga ade tgk kt HSBC-home smart utk tgk kelebihannya. Kalau ade sesape ingat kat Tv3 dulu ade cerita 8 bulan lakonan Vanida Imran dan Rashidi.
X semestinya 2 produk nie jer. Ade lagi produk lain dari bank lain yang tawarkan kelebihan nie. Kena rerajin buat kajian sebelum memilih yer.
Kt blog Pak Di tue juga ade diterangkan faktor yang perlu dipertimbangkan semasa pilih bank.
Selain tue sebagai muslim, adalah lebih baik kita memilih perbankan Islam juga.
Wednesday, 3 April 2013
Tips: Ajar Anak Dengar Kata
Ilmu Parenthing yang perlu dikuasai (bekalan hari esok):
Bagaimana mendidik anak supaya mendengar kata
Nie adalah tips dan panduan yang boleh digunakan dalam mendidik anak supaya mendengar kata:
1. Selalu memberikan perhatian dan pujian
Apabila dia melakukan perkara yang baik, ringan-ringankanlah mulut untuk mengucapkan terima kasih kepadanya. Jangan kedekut untuk mengucapkan perasaan bangga kita terhadap kelakuan terpujinya itu. Kanak-kanak sebenarnya sangat sukakan perhatian dan pujian daripada orang lain.
2. Bezakan nada di antara marah dan percakapan biasa.
Bezakan nada semasa anda marah atau pun percakapan biasa. Beri nada yang agak keras atau isyarat berbeza seperti menyebut nama penuhnya semasa mereka melakukan sebarang kesalahan.
3. Salam
Tangan ibu-bapa adalah senjata yang paling ampuh untuk menggalakkan anak mendengar kata. Aura daripada tapak tangan ibu-bapa akan menyebabkan si anak merasa hormat dengan orangtuanya. Pastikan anak-anak sentiasa memberi salam dan mencium tangan anda setiap kali mereka hendak tidur, berjumpa, pergi dan balik sekolah, dan berjalan.
4. Jadi kawan
Jangan selalu mengarah dan membebel di hadapan mereka. Tukar ayat-ayat nasihat yang menyakitkan telinga kepada yang lebih mesra dan berbentuk penerangan. Kalau boleh belajar bagaimana untuk menjadi seorang kawan dengan mengamalkan komunikasi 2 hala yang berkesan.
5. Bagi perumpamaan positif
Seringkali apabila marah, ibu-bapa akan memberikan satu contoh yang negatif kepada anak-anak seperti “anak nakal”, “degil” atau lain-lain lagi. Nasihat saya hentikan bebelan berbentuk negatif tersebut. Perumpamaan negatif hanya akan memberi kesan jangka panjang kepada keperibadian anak-anak kita.
Selain itu, anda amat digalakkan untuk mempraktikkan beberapa tips dan panduan untuk mengajar anak supaya mendengar kata daripada sudut pandang agama yang jauh lebih relevan dan berkesan. Insya Allah selepas ini anak anda pasti akan mendengar kata.
Sumber: mamamurai

Tuesday, 2 April 2013
Warung William
Kejadian berlaku pada Jumaat lepas kerana mencari pasal. Demi nak elak heavy traffic kt Jalan Istana. Kita guna jalan balik Putrajaya kat NPE (heavy traffic), try pulak laluan Midvalley (pun heavy traffic) sudahnya guna Lembah Pantai masuk Federal balik masuk Cheras. Sekali kau salah naik, p naik Sprint nak ke Bukit Kiara/ Bukit Damansara. Memang mencari pasal. Masalah kat KL nie klu hari Jumaat petang dan hujan, mesti heavy traffic punya lah. Sudahnya bila dah salah jalan dan ada dekat Damansara. Jom la kita g Warung William yang dipromote oleh seorang kawan Sakura. Kita try, best ker x? Balik keje, biasalah scene kelaparan. Cari dalam en Google kat mane Warung William nie. Alhamdulilllah jumpa tempat tue. Setelah banyak pancaroba yang ditempuhi.
Kedai nie punya bagus, X d sigboard. Kena call dengan tukang promo tanya kat mane kedai nie. Tapi x d lah susah sangat pun. X payah sangat cari parking mcm Damansara Uptown. Mungkin sebab awal kot. Memag stail mamak tapi menu western. Tapi sebelum tue ade tanya tukang promo, ape menu yang sedap kat sini. Tukang promo suruh try carbonara.
Masa order tue, bagi tau nak carbonara seafood tanpa ketam. Tuan Faizal amik Avocado Strawberi dan Sakura amik Tembikai laici. Order kita sampai cepat juga dan memang suprise sebab quantiti yang sangat banyak dan boleh makan dengan sorang @ 2 orang lagi. Tapi licin gak makan cabonara tu. Isi seafood ade udang, sotong dan lala yang sangat banyak. Air avocado jer habiskan kat sini. Yang air tembikai tapau bawal balik. Sebab x larat nak habiskan. Balik rumah letak kat jag air tembikai tue. Nah kau satu jug airnya. Confirm kena share dengan beberapa orang.
Subscribe to:
Posts (Atom)