Thursday, 28 March 2013

Efektif Simpan Duit

Dalam menguruskan kewangan yang baik, prinsip utama yang diajar adalah Mesti Simpan Duit Dulu. Tapi golongan makan gaji nie biasanya pulak buat Duit Lebih Baru Simpan.Nak pastikan kita ikut prinsip baik uruskan duit, Sakura nak share kaedah yang PAK DI ajar dalam blog dia: (detail baca kat situ yer)

Antara kaedah yang boleh dipraktik:

1.Standing Instruction/Auto Debit
2.Main Kutu
3.Kumpul si Hijau (si Biru pun boleh, nie Sakura yang tambah)
4.Kumpul Duit syiling
5.Simpan dalam Akaun yang x d Kad bank cth Tabung Haji,ASB

Kaedah nie simple jer. Esp main kutu, kumpul si biru@si hijau, syiling. 

Main kutu tue biasanya kat opis akan ade geng yang aktif main, jadi kita join jer. Tapi jangan pulak liat nak membayar. Susahkan kawan lain yang berkobar main. Sebab orang yang main kutu nie, dia ade aim ape yang nak dibuat dengan duit tue. Kalau kita asyik lambat bayar, memang menyusahkan orang lain la. Ade yang pernah Sakura dengar, geng aktif main kutu nie boleh buat sampai 2 kumpulan dan boleh pusing 2 ke 3 kali. Punyalah ramai, dan pastinya boleh kumpul beribu jugak sekali dapat.

Kumpul si hijau @si Biru nie pun memang ade jenis manusia yang suka kumpul duit tertentu lepas tue masuk dalam tabung. Rasa suka jer tgk dalam tabung, duit warna tue jer. Kalau praktik nie dalam setahun, berapa banyak dapat kumpul sebenarnya. X galak pakai tabung transparent sebab nanti tangan gatal pulak korek tabung tue. Biasanya kaedah nie Sakura rasa kurang effektif

Kumpul duit syiling, yang nie memang selalu dikalangan lelaki. Malas simpan syiling sebab beratkan wallet. Tuan Faizal memang x simpan duit syiling. Jadi syiling yang ditinggal kat rumah tue, Tuan Faizal akan simpan dalam balang gula-gula. Bila dah penuh, mulalah misi mengira duit syiling. Setakat nie dah pernah dapat 2x. Sekali tabung penuh, boleh dapat dalam RM300++. Tapi setahun lebih gak menunggunya. Duit tue nanti boleh simpan kat bank. 

Simpan kat Tabung Haji@ASB (lebih kurang standing instruction tapi x d charge, tunjuk kat payslip klu Tabung Haji). Nie sangat lah mudah, esp Tabung Haji, g Tabung Haji amik borang simpan melalui potongan gaji. Siap isi hantar kat bahagian gaji. Kalau x melibatkan pendeposit lain (suami ker, anak2, ibu bapa), slip ke bank x payah hantar kat bank dah. Terus 2 bulan lepas tue tolak gaji berapa yang kita nak potong. X payah pening nak g Tabung Haji bagai. Yang ASB pun boleh buat macam tue tapi Sakura x sure kaedah. Yang pasti, online banking pun boleh buat jugak. 

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.Tp, belum berbukit lagi dah korek, mmg x berbukitla. 




1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

    ReplyDelete