Sakura memang peminat orkid. Paling Sakura suka adalah jenis Phalaenopsis. Orkid nie jenis bunga besar bulat-bulat. Ade yang panggil butterfly. Yang terkini pokok yang Sakura ada dah pun berbunga akhirnya. Lama tau menunggu, 3 tahun lebih gak menunggu. Tapi Sakura bukan jaga sangat pun, setakat pastikan medium x kering jer. Baja pun jarang-jarang (tabur baja tahi ayam jer). X bagi perhatian pun. Kalau pokok nie bagi perhatian, memang dah lama dah berbunganya. Orkid nie memang manja dan nak perhatian. Tapi kalau x bagi perhatian pun x p. Akhirnya berbunga juga cuma makan masa jer. Dulu Sakura pernah jaga orkid jenis nie (pokok tua masih ade kat umah bapa), dalam setahun lebih dah berbunga sebab bagi perhatian.
Pokok nie Sakura beli masa Pesta Floria 2009 dulu. Masa tue beli pokok nie kecik jer isi dalam pasu plastik. Dalam RM 5 ker RM 8 macam tue. Masa kat rumah apartment dulu selalu jer kena panas, terbantut jap pertumbuhannya. Pokok nie cuma boleh kena matahari dalam 30% jer. Tapi g letak kat anjung yang expose matahari. Rasanya ade sepokok yang mati. Ingatkan yang Sakura beli nie warna putih. Rupanya pink, ok gak sebab boleh rembat yang warna putih kat umah bapa.
Yang bagus nak jaga orkid
nie, kena rajin bagi baja air (campur jer yang hijau dengan merah)
untuk spray dalam 2 kali seminggu. tapi kalau malas, tabur jer baja
biji-biji (hijau dan merah juga atau baja tahi kambing proses) tue. Tahan gak dalam seminggu lebih. Siram kena tengok
kepanasan hari tue. Pastikan medium sentiasa lembap, nak senang letak
jer lumut air tue. Maka boleh siram 2 hari sekali. Ade petua yang Sakura
dapat untuk jadikan baja orkid guna hampas teh yang pakai kemudian
siram pakai air basuhan beras. X susah mane jaga orkid nie. Bagi sakura
susah lagi jaga bunga ros. Tangan nie serasi dengan orkid kot
No comments:
Post a Comment