Wednesday, 6 March 2013

6 Tahun Dah

Hari ini adalah tahun yang ke-6 Sakura sebagai penjawat awam. Kalau ade anak nie, anak dah nak masuk tadika.sepanjang 6 tahun berkhidmat nie, banyak pengalaman yang dikutip dan dijadikan panduan dan ikhtibar. Semua tue manjadikan Sakura lebih matang dan berhati2 dalam tugas. Tugas yang dipikul bukannya mudah sebab kita memegang amanah untuk dilasanakan. Amanah yang diberikan pulak kebanyakkan dikelaskan sebagai kerja RAHSIA. Berat nak pikul, mulut tue kena gam dan x boleh senang-senang nak bagi tahu. 

Sepanjang 6 tahun berkhidmat, ade pengiktirafan dan penghargaan yang diperolehi. Tapi bagi Sakura itu x menjadi pokok yang utama. Kalau nak beri pengiktirafan Sakura terima tapi nak menunjuk2 kerja untuk mendapat pengiktirafan, itu bukan prinsip Sakura. Buat kerja kerana Allah dan hanya Allah yang tentukan ganjarannya. 

Macam juga dengan naik pangkat. Alhamdulillah Allah dah lorongkan nikmat tue pada Sakura. Semuanya datang dari Allah. X perlu nak jeles dengan skim yang lain sebab lambat dan cepat naik pangkat. Semua boleh berlaku dengan kehendak Allah. Yang penting jalankan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik yang boleh. Nak puaskan hati manusia nie bukannya senang tapi kena juga berusaha ke arah itu.

Untuk ulangtahun ke-6 nie, Sakura dah buat perubahan dalam hidup untuk mengegam Master pulak. Semoga dikuatkan azam dan semangat. Hidup kena ade perubahan, kalau x membosankan. Kalau x buat sekarang, masa akan datang lagi payah. Since rezeki anak Allah x perkenan lagi, kita rebutlah peluang yang ada. Allah tahu perkara yang terbaik untuk diri kita kerana Dia yang sangat berhak.

No comments:

Post a Comment