Petua Islam Menangani Anak Lasak
a.
Untuk menangani anak lasak atau nakal, doa memainkan peranan penting
dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia. Sebagai ibu bapa kita perlu
sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.
b. Semua kata-kata, keyakinan,
doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan
terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang
hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak. Selalu amalkan baca “Ya
Latif” sebanyak 7 kali dan dihembuskan pada kepala anak sewaktu mereka
sedang atau hendak tidur.
Sumber: FB Ensaiklopedia Petua Melayu Lama
Tiada yang indah selain kebahagian dan kegembiraan dalam hidup. Namun kadangkala kesedihan dan kedukaan menjadi peneman perjalanan. Harus tabah menghadapinya demi kehidupan yang sempurna. Kehidupan adalah perjalanan yang tidak dirancang. Hanya perlu mengharunginya dan belajar untuk memahami dan mengatasinya. Warna-warninya adalah lakaran yang dicorakkan bagi memberi pengertian yang besar. Hanya keberanian dan ketakutan menjadi peneman setia.
Saturday, 30 March 2013
Thursday, 28 March 2013
Efektif Simpan Duit
Dalam menguruskan kewangan yang baik, prinsip utama yang diajar adalah Mesti Simpan Duit Dulu. Tapi golongan makan gaji nie biasanya pulak buat Duit Lebih Baru Simpan.Nak pastikan kita ikut prinsip baik uruskan duit, Sakura nak share kaedah yang PAK DI ajar dalam blog dia: (detail baca kat situ yer)
Antara kaedah yang boleh dipraktik:
1.Standing Instruction/Auto Debit
2.Main Kutu
3.Kumpul si Hijau (si Biru pun boleh, nie Sakura yang tambah)
4.Kumpul Duit syiling
5.Simpan dalam Akaun yang x d Kad bank cth Tabung Haji,ASB
Kaedah nie simple jer. Esp main kutu, kumpul si biru@si hijau, syiling.
Main kutu tue biasanya kat opis akan ade geng yang aktif main, jadi kita join jer. Tapi jangan pulak liat nak membayar. Susahkan kawan lain yang berkobar main. Sebab orang yang main kutu nie, dia ade aim ape yang nak dibuat dengan duit tue. Kalau kita asyik lambat bayar, memang menyusahkan orang lain la. Ade yang pernah Sakura dengar, geng aktif main kutu nie boleh buat sampai 2 kumpulan dan boleh pusing 2 ke 3 kali. Punyalah ramai, dan pastinya boleh kumpul beribu jugak sekali dapat.
Kumpul si hijau @si Biru nie pun memang ade jenis manusia yang suka kumpul duit tertentu lepas tue masuk dalam tabung. Rasa suka jer tgk dalam tabung, duit warna tue jer. Kalau praktik nie dalam setahun, berapa banyak dapat kumpul sebenarnya. X galak pakai tabung transparent sebab nanti tangan gatal pulak korek tabung tue. Biasanya kaedah nie Sakura rasa kurang effektif
Kumpul duit syiling, yang nie memang selalu dikalangan lelaki. Malas simpan syiling sebab beratkan wallet. Tuan Faizal memang x simpan duit syiling. Jadi syiling yang ditinggal kat rumah tue, Tuan Faizal akan simpan dalam balang gula-gula. Bila dah penuh, mulalah misi mengira duit syiling. Setakat nie dah pernah dapat 2x. Sekali tabung penuh, boleh dapat dalam RM300++. Tapi setahun lebih gak menunggunya. Duit tue nanti boleh simpan kat bank.
Simpan kat Tabung Haji@ASB (lebih kurang standing instruction tapi x d charge, tunjuk kat payslip klu Tabung Haji). Nie sangat lah mudah, esp Tabung Haji, g Tabung Haji amik borang simpan melalui potongan gaji. Siap isi hantar kat bahagian gaji. Kalau x melibatkan pendeposit lain (suami ker, anak2, ibu bapa), slip ke bank x payah hantar kat bank dah. Terus 2 bulan lepas tue tolak gaji berapa yang kita nak potong. X payah pening nak g Tabung Haji bagai. Yang ASB pun boleh buat macam tue tapi Sakura x sure kaedah. Yang pasti, online banking pun boleh buat jugak.
Wednesday, 27 March 2013
Info Penting : Herba Masa Berpantang
Berguna dimasa hadapan nie.
Pilihan Herba Untuk Ibu Dalam Pantang
a. Serai - Kandungan citral di dalam serai amat berkesan dalam membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Antara lain, tonik yang ada juga boleh merangsang sistem badan. Malah, ia turut membantu anda menurunkan suhu badan.
b. Kurma - Untuk menggantikan tenaga dan darah yang berkurangan, kurma adalah pilihan yang sesuai. Selain itu, ia turut kaya dengan unsur zat besi dan kalsium bagi merangsang penghasilan susu ibu.
c. Lada Hitam - Lada hitam terkenal sebagai ubat dalaman kerana ia berupaya mengeluarkan angin dari perut dan usus serta bermanfaat untuk memanaskan badan. Selain itu, ia juga dapat melancarkan aliran darah, mengatasi kembung perut dan mengubati sakit serta pening kepala.
d. Bawang Putih - Bawang putih mengandungi tinggi karbohidrat, sedikit protien, serat serta lemak. Selain itu, vitamin dan bahan galian yang penting untuk kesihatan seperti vitamin C, zat besi dan potasium banyak terkandung di dalamnya. Lantaran itu ia sangat baik untuk menyembuhkan luka. Amalan memakan bawang putih sangat elok diamalkan kerana ia menjadikan anda kekal bertenaga.
e. Halia - Ia baik untuk mengubati luka luar , merawat kegatalan, merangsang kelenjar pencernaan dan membangkit selera makan. Rasa dan aroma pedasnya pula dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh dengan berkesan.
f. Kunyit - Kunyit dapat membersihkan perut, melepaskan lebihan gas pada usus, menghentikan pendarahan, melancarkan aliran darah dan mencegah pengumpulan darah.
g. Lengkuas - Lengkuas berkhasiat dalam membantu membersihkan darah, menghalang gangguan perut dan merangsang otot.

Sumber:Ensaiklopdia Petua Melayu Lama
Tuesday, 26 March 2013
Projek 2: Pening!
Since projek #1 dah tinggal nak touch-up dan berkemas. Projek#2 pulak nak memulakan langkah. Aisey.....macam mn nak masuk April, design + planning dok la berubah, x siap2 fikir. Kejap nak macam nie, kejap nak macam tue. Dah penat-penat design+plan....
Alamak lupa pulak, kawasaan nie under Majlis. Kena minta kelulusan MPSJ nak buat renovation. Karang x dapat kelulusan, kena saman la pulak. Satu hal nak g bayar saman. Budget dah la sikit, nak menambah hutang pulak. Adalah dengan baiknya kita g jela check kat MPSJ dapatkan kelulusan.
Sebelum tue (hari Jumaat lepas), ade gak call kawan Arkitek Consultant masa KPM nak tahu cara. So dari maklumat yang diterima, g je beli std drawing dari majlis dan terus dapat aproval. Ok lah, dah rasa senang hati macam proses cepat jer. Bolehla projek start minggu nie. Jadinya semalam tuan Faizal la yang g pejabat MPSJ untuk dapatkan kelulusan. Alamak x d std drawing la pulak. Kena hire pelukis plan untuk submission. Adoi rumitnya keadaan. Kena ubah lagi plan nampaknya. Kiranya stage projek#2 akan melibatkan beberapa stage.
Stage 1 adalah edisi pembaikan dan renovate cara x berapa ada duit. Tapi nak masuk rumah cepat
Stage 2, edisi renovate nak tinggal dengan selesa
Stage 3, edisi mengada.
Stage immediate adalah Stage 1. Stage 2 & 3 adalah bila ade duit dan makan 2-5 tahun juga kot. Buat dulu mane yang termampu sikit-sikit. I bukan bisnes, tapi makan gaji, x dnya duit sekelepuk tapi kena kumpul.
Untuk dapat kelulusan MPSJ tue, ade byk benda yang kena penuhi. Semua dokumen akan diuruskan oleh pelukis pelan/ arkitek yang dilantik. Pakai jer senarai pelukis pelan/arkitek yang berdaftar dengan MPSJ tue. Sebabnya dia orang tue dah tahu selok belok untuk keperluan dan kelulusan majlis. Harga bergantung kepada renovation yang kita nak buat. Sikit renovate, sikit la kena bayar. Nanti Sakura citer kat next entry dokumen yang diperlukan untuk submission.
Sunday, 24 March 2013
Istilah Untuk Produk
Kena berhati-hati bila beli makanan dalam tin. Kena tengok betul kandungan yang ada terutamanya yang x d pengesahan halal. Bila tengok kandungan tue mesti ada istilah yang kita x tahu. Jadi istilah dibawah nie dapat membantu kita sebagai pengguna Islam
Babi / Khinzir dan 'Branding'nya...
1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kuran 50kg.
4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.
5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.
6. Boar : Babi liar
7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.
8. Sow Milk : Susu Babi
9. Lard : Minyak yg berasakan lemak babi.
10. Ham : Daging Bahagian peha Babi
11. Bacon : Daging babi yg diperap dengan garam
12. Pepperoni :Sejenis salami yg biasanya diperbuat daripada pork dan beef
13. Spam : Spice Ham
14. Sus Scrofa - Babi Liar 'Wild boar'
15. Bak Kut Teh : Sup yang sinonim dengan Sup Babi
16. Pancetta : Italian bacon
17. Chorizo : Sosej diperbuat dari pork meat
18. Sinalau Bakas : Babi Hutan Panggang (di Sabah)
Note : Pasti ramai yang akan bertanya, pepproni di pizza hut n dominos tu mcm mana?
- Istilah asal pepproni adalah merujuk kpd salami cmpuran beef&babi, tetapi panel halal dah luluskan untuk digunakan kerana nama shj tp bahan xda kandungan babi, so kita sbg pengguna makan je yg disahkan halal oleh Jakim.. Cuma, bila keluar negara, jgn ingat pepproni disana halal spt di Msia..
SUMBER: FB sahabat halal JAKIM

Thursday, 21 March 2013
Tips Bayakkan Susu Ibu
Berguna dimasa hadapan
1. Perlu menenangkan diri. Kalau stress, susu pun malu-malu hendak keluar, so jangan stress yea.
2. Pemilihan pam yang betul sangat penting. Sekiranya pam tersebut menyakitkan, kemungkinan susu lebih sukar untuk keluar. Pam yang terbaik adalah tangan anda.
3. Sebelum pam, urut payudara untuk memudahkan susu keluar. Urut dari bahu hingga ke puting susu.
4. Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan saluran darah mengembang dan memudahkan susu mengalir keluar.
5. Semasa mengepam, lihat gambar atau video anak. Dengan melihat atau mendengar suara anak, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih banyak dan cepat. Kalau tak bawak gambar atau video anak, pejam mata bayangkan keletah anak, suaranya dan senyumannya.
6. Amalkan zikir semasa mengepam.
7. Semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil tenusu. Buat benda lain dan tentu terkejut tengok penghasilannya. Kalau asyik tengok susu segan nak keluar.
Niat dalam hati anda mahu menyusukan si comel anda dan katakan 'SUSU SAYA BANYAK' automatic keinginan itu akan terhasil. Insyallah. Semoga mommies dapat menyusukan si comel dengan susu ibu. ^_^
Sila like PAGE kami untuk mendapatkan Info, Panduan dan Tips menarik. =)
Love: Like!Susu Ibu
Educate.Consult.Care

Tuesday, 19 March 2013
Projek 1 : Aksesori
Boleh dikatakan kesemua toilet fitting dan dan kitchen tap kena tukar. Rupanya benda-benda nie mahal. Kalau nak yang murah boleh, tapi x berquality sangat. Yang berkuality semuanya berpuluh ringgit. Jadi kita pilih quality sederhana jela. Jumlah yang dibelanjakan untuk item nie, ada dalam RM 200++ gak. Cuma stopcock jer yang maintain plastik sebab leceh pulak nak tukar (kena tukar kat T-joint juga). Yang lain semua dah tukar stainless steel.
Selain tue kena beli kipas dengan exhaust fan. Lampu x payah sebab dah cukup dan hanya tukar starter jer. Sakura g beli kat Puchong jer. Kedai tue nama House Of Lightings Sdn Bhd. Ramai yang cakap kedai nie murah jadi x d nya Sakura nak g survey kedai lelain. Terus tuju jer kedai nie. Kat sini habis dalam RM215 jer. Sesape nak tahu kedai nie kat mana. Kedai tue kat sebelah kiri lepas bayar tol LDP (RM1.60) ade flyover nak ke Bandar Puchong Utama. Lepas kedai perabot besar depan petronas. Deret kedai nie banyak kedai perabot Jati.

Monday, 18 March 2013
Surah Yang Baik Untuk Mudah Bersalin
Berguna dimasa hadapan
Amalan Untuk Mudah Bersalin
1. Ibu yang baca dan baik juga bapa baca bersama2
* Surah Maryam
* Surah Yassin
* Surah Yusof
* Surah Luqman
* Surah Al-Hasyr: Ayat 3
* Surah Al-Insyiqaq: Ayat 4
* Surah Al-Ahqaf: Ayat 35
* Surah An-Nazi’at: Ayat 46
(Tiup pada air, sapu pada perut dan juga minum air tersebut)
Doa yang perlu dibaca untuk memudahkan ibu bersalin seperti berikut:
“Kemudian jalannya dimudahkan” (Surah Abasa: ayat 20)
“Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambanya”. (Surah Ghafir: ayat 44)
“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim”. (Surah Al-Anbiya’: ayat 87)
2. Bagi si suami yang bakal menjadi bapa, adalah baik bagi suami mendoakan si isteri bagi membantu memudahkan proses bersalin.
Antaranya ialah:
* Ayatul Kursi
* Surah Al-A’raf: Ayat 54

Sunday, 17 March 2013
Tips: Bagi Pinjam Duit
Tips nie Sakura dapat dari blog Pakdi.
Secara detail boleh rujuk kt sini. Tapi secara ringkasnya ade 6 tips yang perlu diketahui iaitu:
a) Pastikan kita kenal orang tue
b) Beri pinjaman mengikut redha yang kita sanggup hilang
c) Tahu tujuan pinjaman
d) Syarat bayar semula yang jelas
e) Pastikan bertulis
f) Sediakan back-up awal-awal

Saturday, 16 March 2013
Umai Cafe
Lama x buat entry makan. Hari nie citer pasal makan la. Tempat nie menjadi santapan Sakura di Putrajaya nie. Menu yang banyak dan ade menepati selera kampung juga.
Suka makan kat sini sebab banyak menu yang sedap di tekak Sakura. Selain dari pemandangan malam yang menyeronokkan. Tempat nie memang favourite Sakura. Lagipun dekat jer tempat nie dengan rumah sekarang. X sampai 10 minit dah sampai (tapi naik kereta la). Tempat nie dekat dengan Monumen Alaf Baru dan sebelah Masjid Tuanku Mizan.

Nasi goreng kerabu dan Kueh Tiow Kungfu |
Malam di Umai Cafe |
Friday, 15 March 2013
KIss...Kiss...Kiss
FADHILAT MENCIUM ANAK
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.
*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan...

Sumber : FB Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung
Thursday, 14 March 2013
Projek1: Counter Top
Disebakan ketogelan dapur nie. Maka terpaksa la membuat counter top juga untuk sinki dan dapur. Kabinet x buat, next tenant baru buat la. Sebab duitnya tiada. Dah bertanya dah kos cabinet, RM200++ per kaki. Untuk counter sebesar tue jer, 8 keping tile (2"x2") diperlukan dan 67 keping tile (25 cm x 33 cm) untuk dinding.
sebelum : togel |
in d making |
in d making : tile dinding |
70% siap |
cantik x? nie contoh utk klinik |
Wednesday, 13 March 2013
Akhirnya Berbunga
Sakura memang peminat orkid. Paling Sakura suka adalah jenis Phalaenopsis. Orkid nie jenis bunga besar bulat-bulat. Ade yang panggil butterfly. Yang terkini pokok yang Sakura ada dah pun berbunga akhirnya. Lama tau menunggu, 3 tahun lebih gak menunggu. Tapi Sakura bukan jaga sangat pun, setakat pastikan medium x kering jer. Baja pun jarang-jarang (tabur baja tahi ayam jer). X bagi perhatian pun. Kalau pokok nie bagi perhatian, memang dah lama dah berbunganya. Orkid nie memang manja dan nak perhatian. Tapi kalau x bagi perhatian pun x p. Akhirnya berbunga juga cuma makan masa jer. Dulu Sakura pernah jaga orkid jenis nie (pokok tua masih ade kat umah bapa), dalam setahun lebih dah berbunga sebab bagi perhatian.
Pokok nie Sakura beli masa Pesta Floria 2009 dulu. Masa tue beli pokok nie kecik jer isi dalam pasu plastik. Dalam RM 5 ker RM 8 macam tue. Masa kat rumah apartment dulu selalu jer kena panas, terbantut jap pertumbuhannya. Pokok nie cuma boleh kena matahari dalam 30% jer. Tapi g letak kat anjung yang expose matahari. Rasanya ade sepokok yang mati. Ingatkan yang Sakura beli nie warna putih. Rupanya pink, ok gak sebab boleh rembat yang warna putih kat umah bapa.
Yang bagus nak jaga orkid
nie, kena rajin bagi baja air (campur jer yang hijau dengan merah)
untuk spray dalam 2 kali seminggu. tapi kalau malas, tabur jer baja
biji-biji (hijau dan merah juga atau baja tahi kambing proses) tue. Tahan gak dalam seminggu lebih. Siram kena tengok
kepanasan hari tue. Pastikan medium sentiasa lembap, nak senang letak
jer lumut air tue. Maka boleh siram 2 hari sekali. Ade petua yang Sakura
dapat untuk jadikan baja orkid guna hampas teh yang pakai kemudian
siram pakai air basuhan beras. X susah mane jaga orkid nie. Bagi sakura
susah lagi jaga bunga ros. Tangan nie serasi dengan orkid kot
Tuesday, 12 March 2013
Info Penting : Tantrum Anak
Anak kalau dah mengamuk memang pening kepala. Serba x kena jadinya. Tapi nie ade petua berguna yang boleh diamal kalau ia berlaku. (Berguna dimasa hadapan)
CARA MENGATASI TANTRUM ANAK
Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang.
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
KENALI APA ITU TANTRUM :
Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut :
1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.
Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:
Dibawah Usia 3 tahun :
•Menangis
•Menggigit
•Memukul
•Menendang
•Menjerit
•Memekik-mekik
•Menghempaskan badan ke lantai
•Memukul-mukulkan tangannya
•Menahan nafas
•Menghentakkan kepala
•Melemparkan barang
•Menyangkung
•Memeluk tubuhnya
Usia 3-4 tahun
•Perilaku tersebut diatas
•Menghentakkan kaki
•Berteriak
•Meninju
•Membantingkan pintu
•Mengkritik
•Merengek
Usia 5 tahun keatas
•Perilaku-perilaku tersebut diatas
•Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
•Menyumpah
•Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
•Mengkritik diri sendiri
•Memecahkan barang dengan sengaja
•Mengancam
•Merungut
•Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.
Sumber: www.facebook.com/petuacantik

Monday, 11 March 2013
Projek 1: Pasang Tile
Sekarang nie aktiviti kat rumah adalah pemasangan tile. Keje nie mula hari Selasa, 26.02.2013 lepas dan masih disiapkan (Sabtu lepas g tengok, tinggal bilik air jer). 3x g kedai tile sebab kuantiti tile yang beli dulu x cukup. Sudahnya kena menambah lagi dalam RM600++. Jadi kesemua tile tu adalah RM3000. Kecik macam nie pun makan RM3000 gak. Kalau rumah besar dah tentu dekat RM10K pulak.
Tips Sakura untuk beli tile. Ukur luas dan perimeter betul2. Kira perimeter tue untuk skirting. Kalau x nanti kuantiti x cukup dan terpaksa g beli lagi. Bila dah pasang tile, rasa syok macam nak tinggal pulak kat rumah nie.

buang tile lama |
Sunday, 10 March 2013
Projek 1 : Water Proofing
Aktiviti rancak membaiki rumah Damansara
Dinding bilik depan tue ade masalah cat mengelupas sebab dinding luar sentiasa basah. Maka perlu letak water profing dulu sebelum mengecat. Kalau x nanti sesia jer cat mengelupas balik. Teknik letak water proofing boleh refer kat sini

dinding nie yang nak kena buatnya |
Saturday, 9 March 2013
Didik Anak
Renungan bersama...
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
...Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Sumber: FB Fuyoo Media
Friday, 8 March 2013
Tips Beli Rumah: Part 13
Nak beli rumah mesti yang utamanya kena tahu berapa loan yang kita layak untuk mohon. Tips yang Sakura nak share adalah prinsip 30% (jumpa kt FB: mudah.my)
Caranya:
Pertama: Kena tahu berapa gaji bersih (lepas tolak KWSP etc)
cth : gaji bersih RM 4000
Kedua : Ambil 30% dari jumlah gaji bersih
cth : RM4000 x 30% =RM1200
Ketiga : Tanya kat bank atau tengok kat jadual instalment berapa jumlah pinjaman yang boleh dibuat
cth : Bank A tawar pembiyaan untuk RM 250,000 dengan instalment RM1200 sebulan
Keempat : Dengan ambil prinsip RM 250,000 adalah pembiyaan 90% ,maka harga rumah yang boleh kita beli adalah berjumlah RM 280,000 ke RM270,000
Kalau nak buat combine loan (husband n wife) pun cara macam nie jugak
Selamat mencuba dan beli rumah ikut kemampuan, bukannya ikut rasa

Wednesday, 6 March 2013
6 Tahun Dah
Hari ini adalah tahun yang ke-6 Sakura sebagai penjawat awam. Kalau ade anak nie, anak dah nak masuk tadika.sepanjang 6 tahun berkhidmat nie, banyak pengalaman yang dikutip dan dijadikan panduan dan ikhtibar. Semua tue manjadikan Sakura lebih matang dan berhati2 dalam tugas. Tugas yang dipikul bukannya mudah sebab kita memegang amanah untuk dilasanakan. Amanah yang diberikan pulak kebanyakkan dikelaskan sebagai kerja RAHSIA. Berat nak pikul, mulut tue kena gam dan x boleh senang-senang nak bagi tahu.
Sepanjang 6 tahun berkhidmat, ade pengiktirafan dan penghargaan yang diperolehi. Tapi bagi Sakura itu x menjadi pokok yang utama. Kalau nak beri pengiktirafan Sakura terima tapi nak menunjuk2 kerja untuk mendapat pengiktirafan, itu bukan prinsip Sakura. Buat kerja kerana Allah dan hanya Allah yang tentukan ganjarannya.
Macam juga dengan naik pangkat. Alhamdulillah Allah dah lorongkan nikmat tue pada Sakura. Semuanya datang dari Allah. X perlu nak jeles dengan skim yang lain sebab lambat dan cepat naik pangkat. Semua boleh berlaku dengan kehendak Allah. Yang penting jalankan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik yang boleh. Nak puaskan hati manusia nie bukannya senang tapi kena juga berusaha ke arah itu.
Untuk ulangtahun ke-6 nie, Sakura dah buat perubahan dalam hidup untuk mengegam Master pulak. Semoga dikuatkan azam dan semangat. Hidup kena ade perubahan, kalau x membosankan. Kalau x buat sekarang, masa akan datang lagi payah. Since rezeki anak Allah x perkenan lagi, kita rebutlah peluang yang ada. Allah tahu perkara yang terbaik untuk diri kita kerana Dia yang sangat berhak.
Sunday, 3 March 2013
Petua Baby Batuk
Sakura dapat Petua Melegakan Batuk Bayi/Kanak-Kanak Berkahakyang boleh diamalkan
Petua 1
a. Selepas mandi pastikan ubun-ubun dikeringkan.
b. Sapu minyak bawang di dada bayi atau kanak-kanak.
NOTA: Cara membuat minyak bawang: Potong kecil-kecil bawang merah dan campurkan dengan minyak masak.
Petua 2
a. Ambil asam gelugor dan tenyeh-tenyeh ke tapak tangan bersama sedikit kapur makan.
b. Sapu di dada bayi atau kanak-kanak yang batuk.
Sumber: FB EnsaiklopediaPetuaMelayuLama

Subscribe to:
Posts (Atom)