Saturday 10 December 2011

A' Famosa Resort Melaka

Oleh kerana kesibukan berbengkel yang lalu. Sakura x sempat untuk meceritakan tentang A Famosa. Since dah balik nie rasanya ada kesempatan untuk bercerita . Tempat pilihan A Famosa nie dibuat kerana terpikat dengan pakej seminar yang diiklan melalui 'flyers' di rumah Sakura. Jadi , Sakura pun cadangkan untuk ke A' Famosa Melaka kepada urusetia bengkel Cik Yana untuk urusan selanjutnya. Setelah nego dan persetujuan dicapai, maka 5 -9 Disember 2011, berkampunglah Sakura di A'Famosa Melaka.


Kiranya untuk entry nie, sesi IKLAN la dari Sakura untuk A'Famosa.Kalau tengok kepada pamplet yg ada  keluasanya ada 520 hectar.Jadi byk aktiviti la yg disediakan dan shuttle bus disediakan untuk pengunjung pergi dari satu tempat ke tempat lain. Tapi yang utamanya untuk main golf la (Golf Resort). Aktiviti yang disediakan pulak ada A'Famosa Cowboy Town, A'Famosa Water World dan A'Famosa Animal World. Jadi untuk pengunjung x akan kebosanan. Berkenaan tiket masuk pulak, boleh tahan juga harganya. Disyorkan untuk famili, kalau boleh ambil pakej famili yang disediakan. Kiranya kena spend byk juga la kt sini. Tempat-tempat tu x sempat Sakura lawat kerana x sempat. Next time mungkin Sakura akan pergi bersama En Faizal.




Sakura suka dengan landscape kt Clubhouse, sgt menarik dan berkonsepkan padang golf. Disekeliling pulak ada sungai dan ikan kap.Boleh makan ikan lagi tp kena beli token.....sangat menarik.





Dari segi penginapan pulak ada jenis bilik (Resort Hotel), Condo (D'Savoy Condohotel dan Villa (Villa D'Amour, D' Faro, D'LAgos). Harga boleh tgk kt website www.afamosa.com. Semasa menginap hari tue Sakura hanya tinggal kt Resort Hotel. Tempat menginap pulak mcm hotel setara 3 bintang jer bilik yang Sakura duduk, tapi mujur pemandangannya ke padang golf dan tempat letak kereta. Tak delah scary sgt. Tp bilik kawan Sakura yang lain mmg bertaraf 5 bintang. Cumanya menghadap ke tapak pembinaan terbengkalai. Aaaa menakutkan. Dari segi housekeeping, agak mendukacita sebab x vacum dan kebersihan bilik air pun agak tidak menyenangkan. Pihak management, tolong bagi perhatian yer....

ni bilik Sakura tinggal

Nie bilik Sakura tinggal

Nie bilik Sakura tinggal

Nie bilik kawan-kawan Sakura

Nie bilik kawan-kawan Sakura

Nie pemnadangan dari bilik kawan Sakura


Berkeanaa makan yang dihidangkan pulak, tiap masa lunch dan dinner mesti ada pasta, steak, korean sup dan aneka salad. Ok la, x d la sampai x boleh makan. Layan jer makan. Tapi kesian kt En Faizal, apalah yang dia makan masa Sakura x d. Huhuhuhu..........

Untuk bilik berbengkel pulak, nie yang Sakura kurang puas hati sebab Wi-Fi limited dan hanya ada di Clubhouse. Siap kena masuk password.....arghhhh.....kedekut betul tempat nie...tobat.... lepas nie x mau buat kat sini. Minta provide extension wayar pulak boleh dia kata kena tambahan RM 20 untuk satu extension (tak taula untuk sekali pijam per hari  or per pinjam). Jadi Bos Sakura pun g la keluar beli extension. So lepas nie senang. Pihak managemet A'Famosa kena perhatian lebih yer untuk perkara nie. Tempat lain yang Sakura g bengkel tak de masalah pun dgn provide extension. Kedekut.........Untuk minum pagi, petang dgn malam pulak, ok dan x d masalah.....

Upfront staf pulak kenalah lebih helpful, friendly dan ada toleransi sikit. Effect besar tau untuk tindakan yang korang buat. Ada juga yang bagus. Diharapkan pihak Management dapat memberi sedikit latihan khidmat pelanggan kepada  staff semua yer....

Kepada semua, mohon buat pertimbangan yang wajar yer masa memilih tempat nie. Anyway segala komen untuk tempat nie akan Sakura e-mail kepada A' Famosa Melaka. Ini supaya banyak kelemahan yang perlu dibaiki untuk future customer.

No comments:

Post a Comment