Friday, 20 February 2015

Pemakanan Semasa Mengandung

Semasa mengandung, kena amalkan pemakanan yang bain dan bernutris. Amat penting bagi memastikan yang si comel dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Buat yang terbaik untuk si comel. Antara pemakanan yang Sakura amalkan adalah

1. Jus Delima. Walaupun masam tapi banyak manfaat pemakanan sunnah nie. Sebelum mengandung lagi Sakura dah makan danteruskan sampai mengandung juga sebab ia memang baik untuk ibu mengandung. Penjelasan lanjut boleh rujuk sini 
2. Habbatus Saudah. Yang nie pun Sakura amalkan sebelum mengandung lagi dan sangat baik untuk kesihatan. Boleh rujuk sini 
3. Yogurt. Sumber kalsium semulajadi dan boleh menguatkan rahim. Kalau ikut nasihat makcik Sakura yang suka makan yogurt masa mengandung. Tulang anak memang keras dan anaknya pun putih. Sakura pulak rasa makan yogurt nie meghilangkan cecair kuning keluar. 
4. Pisang. Nie ikut nasihat kawan yang mengandung untuk menjadikan anak lebih cool dan x panas hati. selain tue baik untuk ibu untuk elakkan kaki cramp.
5. Kurma. Sumber gula terpenting dan terpantas. Sangat membantu semasa mengandung untuk kecergasan ibu yang mengandung. Lagipun kat opis mane nak letak buah segar lelama. Paling mudah ade kurma la. Bila rasa nak mengunyah, makan kurma sahaja. Rujuk sini.
6. Asid Folic. Sangat penting diawal mengandung untuk pertumbesaran bayi dalam kandung. Sebaiknya makan awal sebelum tue. Tapi Sakura jenis yang x makan secara tetap. Teringat nak makan baru makan. Tapi memang ade stok dalam beg dan kalau habis pun minta tuan Faizal amik kat klinik jer. Rujuk sini 
7. Susu. Sangat penting sebagai sumber kalsium. Kekadng kalau dapat susu kambing fresh lagi baik. Tue pun kalau ade stok. Biasanya minum susu tepung ibu mengandung jela. 
8. Air masak. Kalau g keje memang bawak botol air. Kandungan 1 liter. Memang setiap hari balik keje dengan botol kosong. Kat rumh minum lagi tapi x sampai habis pun 1 liter. Kiranya sehari akan habis kurang dari 2 liter air kosong.
9. Buahan segar. Nie memang wajib ade dalam peti sejuk. X kiralah epal ke, lai ker, nangka ker. Semua bedal janji ade buah. Kekadang bila kat rumah rasa nak mengunyah. Harus makan buahan segar. No junk food.

No comments:

Post a Comment