Tuesday, 17 February 2015

Check-up : Part 1

Temujanji dengan pakar OnG Klinik An Nur Bangi dah set 28.06.2014, Sabtu. Set hari Sabtu sebab x payah nak ganggu waktu keje. Masa di pejabat adalah berharga dan dibayar duit setiap jam, minit dan saatnya. Lagipun senang nak g dengan Tuan Faizal sekali. Laki ku itu adalah orang bizi di opis jadi x payahla kacau waktu keje. Karang ada yang sentap payah. Mudah kerja selagi boleh dimudahkan. Itu prinsip Sakura.

Cara nak set temujanji dengan pakar Klinik An Nur adalah dengan call jer klinik bermula 8.30 pagi sampai petang waktu pejabat. Nanti orang klinik akan tanya nak doktor mana. Adela dia bagi tau 3 nama pakar tue yang semuanya perempuan. Sakura x amik pusing sangat sape yang Sakura nak. Cuma Sakura nak pakar yang available pada hari Sabtu jer. Dengan senangnya dia terus set 28.06.2014 dengan pakar. Ade dia bagi tau nama pakar tue. Tapi Sakura dah lupa. Nanti Sakura sambung di sesi lain pulak.

Sakura kena siapkan sebanyak soalan untuk Doktor jawab. G klinik bayar, wajibla sediakan senarai soalan yang nak ditanya. Kalau x rugi jer bayar. Baik g klinik kerajaan. Soalan Sakura adalah:

1. Selamat ker nak bersama dengan suami sebab pernah ade sejarah gugur dulu? amik kau soklan pertama yang Sakura set. 
2. Kesihatan Sakura mengizinkan x nak puasa? Macam mana kekdah? Ape yang perlu diberi perhatian untuk check kita mampu puasa ker x?
3. Dengan sejarah pernah gugur dulu, ape perhatian yang perlu Sakura buat supaya kandungan kali nie selamat?
4. Bila due sebenar Sakura? Sebab check doktor bagi tau lain, check baby center lain. 
5. Ade makanan yang disyorkan untuk kuatkan kandungan dari sudut perubatan x?
6. Ade makanan yang disyorkan untuk dielakkan untuk kandungan gugur dari sudut perubatan x?
7. Kenapa rasa kena cucuk (kekadang) kat area tiub falopio?

Nanti Sakura share selepas jawapan selepas jumpa doktor yer. 

No comments:

Post a Comment