Sunday 22 February 2015

Menarik Semasa Mengandung

Banyak perkara menarik terjadi masa mengandungkan si comel nie. Antaranya

1. Mengandung semasa di tempatkan di unit rekabentuk struktur. Dengan mudahnya si comel dah terdedah dengan lukisan kejuruteraan, ilmu kejuruteraan, aktiviti mengira.
2. Sibuk mengandung dalam kesibukan nak menghabiskan belajar Master. Secara automatiknya si comel dah masuk belajar di universiti sejak dalam kandungan. Selain tue maknya yang sibuk cari bahan untuk projek master
3. Beruntung mengandung si comel nie sebab lalui bulan puasa yang penuh aktiviti membaca alQuran. Bukak tv alHijrah mesti ade la. Kalau bukan baca alQuran, qasidah ataupun selawat pun bagus juga. Bagus sesangat untuk pembentukan bayi. Memalam pulak tadarus alQuran. 
4. Dalam kandungan lagi si comel dah diajar berpuasa. Harap nanti bila lahir, si comel x d masalah nak berpuasa macam mak dia yang dah puasa penuh sejak tadika, 6 tahun lagi.
5. Tiap hari akan lalu kedai Bb dengan Ibu mengandung (Modernmum, Mother Club, Lovely Lace, FOS Kids & Teens, Mothercare, Pumkin Patch. Tingkat 1 Midvalley.

No comments:

Post a Comment