Monday, 16 February 2015

Doa dan Harapan

Anugerah anak yang Allah berikan nie memang Sakura percaya ia adalah pemberian yang Allah aturkan. Segalanya dirancangkan oleh Allah. Sakura bukanlah nak kata x berusaha tapi memang yang Sakura sangat percaya ia adalah rancangan terbaik Allah. Macam yang pernah Sakura cerita dulu Sakura berusaha sampai jumpa pakar Datuk Dr Hamid Arshad dan Prof Dr Hashim. Tapi memang Allah x rancangkan untuk dikurniakan dengan usaha berjumpa pakar. 

Selain tue, kita orang ada gak buat amalan perubatan Islam yang disarankan oleh Ustaz Sharhan iaitu, makan telur setengah masak yang dicampur dengan madu dan dibacakan ayat dari Surah al-Nahl. Ayat ke berapa Sakura x ingat seba kita buat kekdah sendiri berdoa mohon diberkati makanan yang kita orang makan dan dikurniakan zuriat. Kalau sape nak cuba, try cari kat YouTube slot Tanyalah Ustaz. Tapi kita orang buat tue x sampai cukup 20 biji telur rasanya. Rasanya makan dalam  belas biji jer, lepas tue stop sebab Tuan Faizal check kolestrol naik. Ikut petua Ustaz Sharhan sebiji jer suami makan dan sebiji bini makan. Ni p belasah 2 biji laki makan yang bini makan 1 biji. confirm la kolestrol naik. 

Sakura ade gak buat kurma bleder dengan susu kambing dan minum susu kambing. Kat opis nie boleh dikatakan senang nak dapat bekalan susu kambing sebab cafe kat opis ade jual susu kambing.

Ade gak ikut petua budak opis yang suruh makan buah delima sorang2 dan x boleh share dengan sesape. Kalau jatuh lantai pun kena kutip dan makan. Yang tue Sakura buat dengan makan 2 biji buah delima sorang2 dan x share pun dengan Tuan Faizal. Sakura memang suka buah delima. Nak pulak kalau yang isi merah menyala tue. Sedapnya. RM10 sebiji pun sangup beli. Sangat sedap dan manis. Kalau jenis putih tue Sakura x minat sangat. Banyak jer jual kat pasar Siti Kahtijah kalau balik KB. Delima yang Sakura makan tue merah isinya seperti yang Sakura suka. Dapat kat pasar malam LP 7. Tue pun dah tinggal 2 bakul. Jual habiskan stok. Isi dia mmg superb.

Tapi bila Sakura dan Tuan Faizal ubah cara hidup kepada yang lebih baik iaitu lebih cintakan majlis ilmu, suka dengan program berselawat, amalkan makanan sunnah Habatus Saudah dan Jus Delima, amalkan solat tahajud dan solat Dhuha. Akhirnya Allah perkenankan doa kami untuk peroleh zuriat. 

Selain tue Sakura ade juga minta kegkawan atau sedara yang nak g haji atau umrah untuk doakan Sakura dapat zuriat kat sana. 

Tuan Faizal juga pernah cakap pasal doa kita akan di makbulkan bila kita berusaha untuk habiskan bacaan alFatihah sebanyak 100x sehari. Sakura x kesempatan buat yang tue. Tapi tak tahu lapulak kalau Tuan Faizal yang amalkan. Sebabnya Sakura x pernah tanya dengan terang kepada suami ku itu.

Selain itu, kita orang juga amalkan sebanyak boleh selawat dalam sehari. Kalau boleh cecah ribu la sehari. 

Ade gak orang bagi buah zuriat. X buat2 sampai ke sudah. Debunga tamar pun ade orang bagi. Pun x buat gak sebab x d madu. Stok madu kat umah dah habis. 

Adalah salah satu amalan kami tue yang ikhlas dan jujur yang membuatkan Allah makbulkan permintaan dikurniakan zuriat. 

No comments:

Post a Comment