Friday, 30 May 2014

Halal?

Kecoh dan haru biru bila Cadbury didapati menjual blok/batch pengeluaran produk yang mengandungi unsur x halal (tak mau sebut terang2). Memang x diduga sebab syarikat gergasi coklat boleh cuai atau ade sebab lain ketika menjual produknya. Sebagai balasan, tindakan mahkamah akan diambil (tapi Sakura x pasti sape yang akan melaksanakannya). Sakura memang sokong 1000% bagi memperingat kat pengeluar produk makanan lain supaya status halal terjamin dan mematuhi syariat. 

Sebenarnya banyak jer produk yang meragukan yang berada kat pasaran tapi belum diambil tidakan. Sakura pun masih belum bertemu jawapannaya kenapa. Tapi kalau produk tue ade tanda halal. Memang tanpa was-was la Sakura makan. Kalau yang x d tue biasanya biasa Sakura akan elakkan membeli. Sebelum nie kalau ade kengkawan yang bagi ole-ole coklat luar negeri pun biasanya Sakura x berapa nak makan. Sebab x tahu halal ker x. Walaupun kita cakap Malaysia nie negara Islam, sebenarnya kita pun x boleh amik mudah bab pemakanan kita dengan menyangka semuanya halal. Satu tanggapan yang salah dan sangat berbahaya. Bukti dah ade depan mata sekarang, syarikat gergasi coklat boleh mengeluarkan blok/batch pengeluaran tidak halal. Lagi satu, coklat yang jual kat Langkawi yang coklat dijual tue nama yang sangat asing. Bukanlah Sakura nak menghasut jangan beli. Tapi BERHATI-HATI semasa membeli. Kalau masa pegang tue rasa macam x sedap hati. Baikla diletakkan semula dan pilih yang lain. 

Macam tue juga dilema yang Sakura hadapi sekarang (kerja kat MidValley). Kedai makan kat sini memang Sakura agak meragukan. Sebab itulah, pilihan kedai makan Sakura adalah sangat terhad. Kalau fastfood ok la boleh diterima status halal. Tapi takkan tiap hari nak makan fastfood. Muak tahap membawa ke cika wei. Tapi, apekan daya. Kena lah berhati-hati pilih kedai. Sekarang memang Sakura kena check dulu kedai tue ade sijil halal ker x? takkpun check kat web JAKIM, ade kelulusan halal ker x? Jangan ingat restoren tue famous, boleh jer p makan. Kalau yang kat food court, lagilah Sakura memilih nak makan kat mana. Tokey mungkin melayu tapi pekerjanya adalah foreigner. Tue pun Sakura ambil pusing gak. Makanya, waktu lunch Sakura lebih memilih makan roti dari makan nasi. Dengan syarat, pagi makan berat, biasanya Sakura akan beli kat gerai area komuter, takpun foodcourt DBKL gerai belakang. Yang lain tue, masih mendatangkan keraguan di hati. 

Sakura juga nak cadangkan pada JAKIM, pihak berkuasa tempatan, jabatan kimia, jabatan kesihatan seluruh Malaysia supaya sentiasa berkerjasama untuk membuat pemeriksaan kat semua premis makan yang ada. Nie terutamanya untuk pihak berkuasa tempatan dan jabatan kesihatan daerah supaya kerap memjalankan tugas anda memeriksa premis makan sama ada Islam ker x untuk pastikan kebersihan dan status halal. Jabatan kimia pulak, tolongla buat kit halal mudah untuk pihak berkuasa tempatan gunakan. Kalau kita kuatkuasakan pemeriksaan, peniaga sepatutnya berhati-hati dalam menjual makanan kepada orang ramai. JAKIM pula mestilah umumkan secara terang-terangan produk yang meragukan. 

Kita sebagai pengguna pulak, gunakan hak kita untuk tidak membeli produk yang x halal. Kalau kita berkerjasama untuk tidak membeli, tiada permintaan la untuk produk tue. Jadi, si peniaga kena patuhi syarat halal yang ditetapkan. Tiada produk kalau tiada permintaan. Makanlah makan yang dipastikan halal dan bersih. 

Friday, 23 May 2014

Sekarang Vs Dulu-dulu

Nak kena didik diri macam orang dedulu la. Berbahasa dengan kiasan. Bila berkias, orang akan berfikir ape yang kita cuba sampaikan. Dengan berkias juga kita pun akan memikir ape yang sesuai untuk dikiaskan. Secara x langsung keduanya (penyampai dan penerima) akan berfikir dan menjalankan otak untuk berkerja. Bila berkias juga kita yang menerima sindiran akan dapat merasakan tahap sindiran yang dikenakan kalau dia mampu berfikir dengan tahap tertinggi., Kalau yang penerima tahap berfikir biasa-biasa, penerimaan dia juga adalah tahap biasa-biasa dan mungkin tidak terkesan dengan apa yang nak disampaikan. 

Cuba perhatikan kat FB atau kat saluran terkini penyampaian maklumat. Cara berbahasa amat la tidak bersopan dan banyak unsur negatif yang menyebabkan orang yang membaca turut terkena unsur negatif tersebut. Bila banyak yang negatif kita sampaikan dan semestinya persekitaran kita pun negatif juga. Pesekitaran yang negatif amat tidak membantu dan melemahkan pemikiran selain persekitaran juga.

Dalam kelas pemikiran kreatif yang Sakura hadir, kiasan adalah satu cara untuk kita menyampaikan idea. Memang baguslah kita amalkan bahasa kiasa untuk menyampaikan perasaan kita di media sosial. Marilah kita balik ke zaman dedulu untuk mencipta sesuatu yang positif untuk kehidupan kita.


Thursday, 22 May 2014

Suaikan Diri

Blog Sakura yang dah lama x bersentuh. Sedih sungguh tengok senarai entry yang Sakura buat pada tahun nie. Sehingga entry nie di tulis, jumlah entry yang dibuat dari Januari 2014 hingga la nie adalah 16. Teruk betul. Secara jujurnya tahun nie Sakura memerlukan penyesuaian dalam kehidupan dan kerjaya. Untuk kehidupan, memiliki tahap pendidikan di peringkat tertinggi Sakura perlukan untuk tahun nie. Capstone akan bermula bulan depan dengan sem pendek Pre-Capstone dan sem seterusnya Capstone akan menjelma. Walaupun kelas hanya tinggal satu subjek je lagi. Pencabar otak yang utama adalah capstone. Hadapi subjek belajar adalah lebih mudah dari Capstone. Harap Sakura dapat menghadapinya dengan mudah, tenang dan menepati tahap penilaian yang ada. Diam x diam dah nak sampai ke penghujung jalan. Duhai otak berfungsilah dikau dengan sempurna dengan baik untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Perkembangan kerjaya juga sedang Sakura alami. Yang ini pun mencabar gak, setelah 7 tahun dok buat pengurusan. Sekarang adalah masa untuk beraksi sebenar sebagai seorang jurutera sebenar. Apelah ade pada seorang jurutera kalau tidak pernah buat design dalam kerjanya. Semalam g  meeting, ade x-opismate kpm dah nak dapat PE. Wah memang jadi penaik semangat nie nak buat juga. Tapi bukan keutamaan tahun nie. Tahun depan pulak kita usahakan. Kasi habis capstone dulu. Baru boleh pikir amik PE dan certified structure eng level 2 dan level 3. Wajib gunakan ruang dan peluang yang ada untuk memajukan diri. Jangan nanti kita ketinggalan bila ada peluang lain yang memerlukan keperluan pengiktirafan PE dan certified eng. Biarlah ape yang orang ade, kita ada. Agar kita dapat bersaing dengan baik. Rezeki nak dapat atau tidak itu kuasa Allah. Kita hanya buat yang terbaik dan yang termampu. 

Setiap hari dan tahun kena ada aktiviti yang mencabar diri sendiri untuk pastikan otak berfungsi dengan baik. Bak kata iklan anmum. sel otak bersambung. Lagi banyak otak berkerja, lagi banyak sel yang bersambung/berhubung. Barulah hidup ini menarik dan dipenuhi dengan warna pelangi kehidupan. 

Tenagkan diri dengan melihat ikan 

Thursday, 1 May 2014

Hari Perkerja 2014

Selamat Hari perkerja kepada semua yang bergelar perkerja (bulan2 dpt gaji, walau jadi bos pun tetap dikira sebagai perkerja sbb dapat gaji). Sekejap jer juga, hari ni pun dah 1 Rejab. Tak lama dah nak puasa dan bulan mulia yang penuh berkat akan menjelma. Semoga kita semua ditakdirkan Allah untuk bertemu Ramadhan. Insa'Allah. 

Tak banyak yang Sakura dapat kongsikan pada tahun nie sebab kesibukan yang melampau dan tidak membenarkan coretan dibuat dengan aktif. Tahun yang penuh cabaran untuk memperbaiki diri dan menambah pengalaman kerja dan hidup. Semoga Allah memudahkan urusan ku hendakNya. 

Dalam otak nie banyak yang nak dikongsikan terutamanya bab berkaitan menjadi pengurus projek dan rekabentuk struktur. Sakura nak kongsikan agar ia menjadi satu inspirasi kepada mereka yang nak menceburkan diri dalam bidang yang Sakura terokai ni. Niatnya hanya untuk berkongsi kisah agar kebaikannya dapat ditambah baik lagi dan kelemahannya juga dapat diperbaiki serta kita sama-sama berkongsi cerita. Mungkin cerita anda lebih menarik dari Sakura dan Sakura boleh belajar darinya. Sharing is caring