Hari nie Sakura nak bercerita berkaitan banjir dari aspek kejuruteraan. Banjir adalah fenomena alam yang akan dihadapi oleh negara tropika dan khatulistiwa. Negara nie akan menerima hujan yang banyak berbanding tempat lain. Jadi aspek pembangunan dan kejuruteraan yang akan diguna pakai mestilah mengambil kira faktor hujan, banjir dan resapan air. Ini bagi nemastikan pembangunan yang dibuat tidak menyebabkan banjir berlaku dengan lebih teruk selepas pembangunan dilaksanakan. Selain banjir, sekiranya aspek banjir dan resapan air tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan tanah runtuh kalau pembangunan dibuat di kawasan lereng bukit. Selain tue mungkin ia penyumbang kepada kegagalan struktur bangunan mcm yang berlaku pada Highland Tower.
Dalam aspek banjir nie, kalu mengikut kejuruteraan akan berlaku jumlah hujan yang diterima maksima dalam tempoh 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun dan 50 tahun. Setiap tempat nilai hujan tersendiri yang kita boleh dapat maklumat tue dr JPS atau Jabatan Meteorologi. Tapi kalau dengan kesan ElNino, ElNina dan perubahan cuaca drastik sekarang. Ia akan memberi kesan kepada maklumat jumlah hujan yang diterima juga. Nie kena ade data baru yang dikaji oleh JPS atau agensi yang berkaitan.
Kejadian banjir yang berlaku di utara dan pantai timur malaysia. Sakura boleh sifatkan ia adalah kejadian banjir yng berlaku 50 tahun sekali atau mungkin 100 tahun sekali sahaja berlakunya. Jangkaan nie tidak digunakan dlm pembangunan tapi sangat relevan untuk buat perancangan bencana. Dari maklumat nie perancangan rapi boleh dibuat oleh pihak berkaitan seperti Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, dan memana agensi yang berkaitan. Semua pihak kena bagi kerjasama yang baik. Dari yang peringkat atas sampai ke bawah. Sakura tetap rasa yang perancangan secara kertas dah dibuat dengan rapi tapi kalau pelaksana x buat atau x dilatih untuk laksanakan. Ia tetap nampak lemah di mata pemerhati atau orang awam. Semua pihak kena berkerjasama dan main peranan. Mulut yang menutur memang mudah. Tapi kalau suruh buat, memang ia agak membebankan. Mulut tempayan bolehla tutup. Ni mulut manusia. Mana nak tutupnya. Nak pulak jenis manusia yang suka tunding kesalahan pada orang lain. Tanpa sedar dia pun x buat ape-ape. Hulur duit derma pun berkira. Jauhilah kita semua dari sifat begitu. Biarlah kita jadi manusia yang lebihkan tindakan dari mulut. Berubah demi Allah dan ikut ajaran Islam sebenar.
No comments:
Post a Comment