Sunday 19 February 2012

Air Plane VS Roller Coster



Cuba fikir-fikirkan perkaitan diantara 2 aktiviti nie, Apakah persamaan diantara keduanya?
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
Persamaanya adalah kalau jatuh mesti terhempas ke bumi punya. Sangat menakutkan dan Sakura masih terasa menggigil kepala lutut nie. Mesti korang kata Sakura x mencabarkan. Biarlah korang nak bagi statement tue janji Sakura masih menyayangi nyawa yang tak ternilai harganya.

Bagi Sakura, cukuplah sekali merasai roller coster nie, tiada kali keduanya untuk merasai lagi. Nie rasanya sebab effect dari pernah merasai 'air pocket' semasa naik flight balik KB masa raya tahun lepas. Tapi balik baru-baru nie pun terasa juga, cuma masih dikawal dan rasa sikit-sikit jer. Kalau yang masa balik raya tue memang terasa terhempasnya lama juga dan beberapa kali. Fuhh, memang terfikir adakah ini pengakhiran hidup Sakura?. Disebabkan trauma tuelah , dah  x nak cuba roller coster lagi. Cukuplah sekali sahaja.  Kedua-duanya kalau berlaku kemalangan, jatuh terhempas. Walaupun roller coster setakat terhempas 4 tingkat bagunan tapi klu air pocket, beratus meter dari atas. Tak sangup dibayangkan lagi. Mujurlah x fobia naik plane, kalau tak mesti payah.

Friday 17 February 2012

DUIT TIDO

Tengok title pun dah lawak. Tapi inilah kenyataan sebenarnya dalam hidup, setiap orang perlukan wang lebihan bagi memenuhi  kehendak hidup di masa sekarang. Duit nie diperolehi bukan dari gaji yang kita dapat tapi hasil dari simpanan yang kita buat. Lebih tepat dikatakan, pelaburan senyap yang dibuat. Sakura mula terbuka mata pasal isu duit, interest bank dan pelaburan nie, setelah menjadi pelanggan En Aziz. Betapa banyak sebenarnya kaedah yang boleh kita buat untuk bermain dengan interest bank yang dikenakan. Cuma x pernah telintas untuk belajar, mengkaji, dan mengaplikasi. Persepsi Sakura dulu. jangan membuat hutang yang tak perlu, tapi sebenarnya hutang yang kita buat tue adalah pelaburan yang tidak kita lihat.

Memang kalau nak dikatakan, Sakura nie mula jer keje dah cukup serba serbi (Sakura mula berkerja pada 2007). Almaklumlah kete dah ada sebab mak dah bagi kete kancil sejak belajar dari UiTM lagi, dan tak bayar pun sebab finance dah habis since 2003 lagi. Cuma rumah jelah yang kena sewa sebab keje kat Putrajaya, kalau ikutkan mahu jer ulang alik dari Klang. Tapi setelah dikaji, kurang efisien. Sebab dulu Sakura selalu balik lewat dan banyak travel (projek seluruh Malaysia). Tue pun sebulan dalam RM 200 jer sewa rumah termasuk air, elektrik dan maintenance rumah. Cumanya lepas beberapa bulan kerja, bapa suruh beli rumah dengan deposit dibayar oleh bapa, Sakura hanya bayar instalment jer. Hutang lain memang tak ade. Boleh dikatakan dari segi kewangan memang agak mewah jugak la.

Bila kita dah cukup serba serbi nie, bila orang bagi flyers buat loan, Sakura memang x berminat langsung. Orang gomen nie selalu jer diberikan offer untuk buat loan.Tak terfikir pun nak kaji ape kelebihan untuk buat loan. Prinsip Sakura hanya, jangan menambah hutang. Bila dah join En Aziz dan mula mengenal http://www.bebas-hutang.com/, barulah terasa kenapalah dulu x terbuka mata pasal kewangan nie. Kalau dari mula kerja dulu Sakura buat Personal Loan (esp Bank Rakyat Personal Loan) mesti masa nak kahwin dulu, Sakura sangat mengikat perut nak kumpul duit. Walaupun Sakura nie perempuan, Sakura masih keluarkan belanja tau untuk kahwin. Dekat RM 20000 juga la habis masa tue (tahun 2009). RM 10,000 bagi bapa untuk belanja makan dan lain-lain (tapi nie x cukup pun, so bapa hanya tambah mana yang terkurang). dan RM 10,000 lagi belanja Sakura beli katil, andaman, hantaran, souvinier dan lain-lain.

Kalau dari mula Sakura kerja (tahun 2007), dah buat loan Bank Rakyat untuk RM 70,000 untuk 25 tahun,  bulanan dalam RM 600. Duit yang dapat tue, dalam RM 68,000 masukkan semuanya dalam ASB. Untuk sampai 2009, dividen ada dalam RM5000. Belanja kahwin boleh amik dari duit simpanan RM 68,000 tadi untuk RM20,000. Balance dalam RM50,000 boleh role lagi dividen untuk tahun seterusnya. Xtra duit yang ada pulak dirajinkan masuk dalam ASB. Jadi dividen akan bertambah setiap tahun, bila tengok simpanan ASB telah menjadi doubel dari yang pokok kita masukkan atau dah berbaloi untuk buat fullsetelment. Langsaikan jelah personal loan 2. Biarkan je ASB lagi dan kalau ada duit lebih, masukkan lagi dalam ASB lagi. Kalau nak guna pun, guna duit dividen jer, jangan sentuh pokok.Lebih bagus tukarkan dalam bentuk sijil supaya x terpakai. Nielah dikatakan duit tido. Walaupun ia mengambil masa untuk penuh tapi berhasil, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Tapi secara teknikal kewangan, Sakura x pasti sama ada ia berbaloi untuk dilaksanakan atau tidak. Tapi mesti ada yang cakap, baik buat ASB loan. Sakura kurang setuju sebab interest berdasarkan BLR, x macam Bank Rakyat dan Personel loan yang gunakan flat rate.

Tuesday 14 February 2012

Novel Bicara Hati

Drama bersiri Bicara Hati yang ditayangkan kt ASTRO setiap Selasa telah menyebabkan Sakura excited nak membeli novel untuk dibaca. Tapi seingat Sakura, macam Sakura ada baca novel nie 10 tahun dulu. Tapi disebabkan ada keinginan nak tahu kesudahannya dengan cepat. Ulang baca pun x p. Since dah habis baca nie, Sakura rasa baca novel lagi feeling la. Nie hipotesis awalan sahaja, sebab drama pun tak habis tayang lagi kt ASTRO. Ada 20 episod lagi.

Boleh dikatakan drama biasa jer juga kalau tengok tanpa meneliti. Sakura kurang senang ketelitian pengarah nie sebab watak Zahlia adalah alim dan mengikut tatacara Islam (berdasarkan novel dan penampilan berpakaian).  Tapi ape ke hal tingkah laku x menggambarkan sebagai wanita muslim yang menjaga adab dengan bukan muhrim (scene Zahlia lawat Razif kt hospital, Zahlia baring kat dada Razif). Memang x sesuai langsung.
cover novel

Monday 13 February 2012

PASPORT


Hari Sabtu lepas, Sakura dah berjaya untuk membuat pasport antarabangsa. Mujurlah Imegresen buka hari Sabtu dan Ahad kat Putrajaya nie. Klu x mesti kena cuti untuk buat pasport. Sebenarnya Sakura dan tuan Faizal dah nak buat hari Khamis lepas tapi terpaksa ditangguh kerana tengok nombor giliran yang ke 1048. Jadi kita orang pun decide buat Sabtu jelah. Almaklumlah takut terlewat sampai ke Sunway Lagoon. Semua borang dah berisi dan ditampal gambar, siap ada salinan ic jugak. Jadi bila g hari Sabtu, terus ambil no jelah. No giliran hari Sabtu pulak no 1058. Nie beratur pukul 7.45pg lagi. Rupanya hari Sabtu lagi ramai orang berbanding hari kerja. Walau apapun, pasport yang dinantikan dah boleh diambil jam 11pg. Sangat cepat dan servis yang baik.

Perkara penting yang perlu ada masa bua pasport nie. 1. Gambar terkini ukuran pasport 2 keping (nnt tampal kt depan dan belakang borang permohonan, gam ada disediakan kt pejabat imegresen, 2. photostat ic depan belakang satu. 3. sediakan duit buat pasport RM100( utk tempoh sah 2 tahun) or RM 300 (untuk tempoh sah 5 tahun). Sila pastikan borang permohonan dah siap isi dan lengkap, baru g kaunter no giliran utk ambil nombor. Setelah ada nombor, tunggu sampai giliran ke Kaunter Permohonan, Kauter Bayaran dan Kauter Collect Pasport. Untuk di Putrajaya, Sabtu dan Ahad juga dibuka dari jam 8 pg sampai 1ptg sahaja, tapi kalau dah lewat, no giliran dah habis, kena la datang lagi esoknya. Ada suggestion dari kawan, datang buat pasport hari keje tapi datang selepas lunch hour, orang tak ramai.

jam 7.45 pagi: orang dah ramai datang untuk buat pasport



siap dah pasport






Friday 10 February 2012

Percutian Sehari@Sunway Lagoon - 09022012

Sejak dari Disember 2011 yang lalu Sakura memang x berjalan kemana-mana kerana tuan Faizal yang masih belum pulih dari pembedahan. Jadi semalam, planning percutian pertama untuk 2012 telah pun dilaksanakan. Percutiannya hanya ke Sunway Lagoon sahaja, hanya untuk sehari sahaja. Setelah sekian kalinya, ini first time pergi, sebelum nie pernah suarakan kepada tuan Faizal, tapi ditangguh nak g sebab katanya x best g berdua jer. Entah macam mane hari tue , tercerita dengan Mimi dengan Hanif (kawan tuan Faizal). Maka terus je pilih 9.2.2012 utk g Sunway Lagoon dan amik pakej 5 park.

Waktu beroperasi adalah 11pg, cuaca panas tapi x terik sangat. Tiket dapat RM 60 (kalau x RM75) sebab kawan mira ada keje kat situ (guna staff rate). Makanan dan minuman x boleh bawak masuk, kt kaunter lagi dah kena checking. Tapi Sakura bawak air masak isi dalam botol  lepas jer dr check. Kita orang guna pintu masuk yang dekat hotel, jadi terus jelah lalu kat water park dan baru naik ke Amusement park. Nasibla ada escalator. Jenuh wei nak mendaki ke Amusement Park. Kita org pun siap dah tukar baju kat Water Park dan sewa loker untuk simpan beg. Disyorkan agar gunakan enterence dekat Sunway Pyramid, sebab kt situ akan lalu Amusement Park baru turun ke Water park

kt Amusement Park
Mira dan adam kt Amusement Park

tengah tunggu Mira dengan Adam


Berehat sebentar, Roller Coster kt belakang 2 x dpt naik sebab tgh maitenance




enterence scream park

antara yang berani nk masuk scream park

kat kandang rimau

tiger berehat di tengah hari

depan tiger tue ada tiger cafe

tomhawk

hanya Tuan Faizal dan Mimi jer yang berani, Sakura tengok kt bwh jelah

standby utk berlepas

Untuk pertama kalinya Sakura naik roller coster, luruh jantung.

nie lebih kurang tomhawk jer tp x la pusing sampai 360 darjah

bear makan kelapa

berehat depan bear





memerang

ape da nama haiwan nie

akhirnya nampak juga kepala ular nie


posing time

Best jugak main nie, rasa macam nak terlepas tangan pun ada gak


sewa RM 15 + deposit RM 15

ada aktiviti Bugy jumping



nice gazebo

tuan Faizal main tube

Adam dah puas main air

kelaparan, time nie dah pukul 4ptg pun

Licin

main kat sini best, sebab ada ombak lagi

pemandangan ke Sunway Pyramid

semua menantikan tong air tue melimpah

Since g hari bekerja, jadi nak g main mane2 pun x payah beratur panjang. Best juga. Kt dalam pun disediakan tempat persalinan dengan surau. Memang sangat memudahkan dan x perlu menunggu kerana kesesakan. Memang semalam main air sampai puas. Next time boleh g lagi, tapi x payah amik sampai 5 park (sebab x g pun scream park dgn extreem park), ambil 3 park (amusement park, wild park dengan water park) pun dah cukup. Tapi g water park pun dah seronok pun. Keluar dari Sunway Lagoon pukul 6.30 petang.