Tengok title pun dah lawak. Tapi inilah kenyataan sebenarnya dalam hidup, setiap orang perlukan wang lebihan bagi memenuhi kehendak hidup di masa sekarang. Duit nie diperolehi bukan dari gaji yang kita dapat tapi hasil dari simpanan yang kita buat. Lebih tepat dikatakan, pelaburan senyap yang dibuat. Sakura mula terbuka mata pasal isu duit, interest bank dan pelaburan nie, setelah menjadi pelanggan En Aziz. Betapa banyak sebenarnya kaedah yang boleh kita buat untuk bermain dengan interest bank yang dikenakan. Cuma x pernah telintas untuk belajar, mengkaji, dan mengaplikasi. Persepsi Sakura dulu. jangan membuat hutang yang tak perlu, tapi sebenarnya hutang yang kita buat tue adalah pelaburan yang tidak kita lihat.
Memang kalau nak dikatakan, Sakura nie mula jer keje dah cukup serba serbi (Sakura mula berkerja pada 2007). Almaklumlah kete dah ada sebab mak dah bagi kete kancil sejak belajar dari UiTM lagi, dan tak bayar pun sebab finance dah habis since 2003 lagi. Cuma rumah jelah yang kena sewa sebab keje kat Putrajaya, kalau ikutkan mahu jer ulang alik dari Klang. Tapi setelah dikaji, kurang efisien. Sebab dulu Sakura selalu balik lewat dan banyak travel (projek seluruh Malaysia). Tue pun sebulan dalam RM 200 jer sewa rumah termasuk air, elektrik dan maintenance rumah. Cumanya lepas beberapa bulan kerja, bapa suruh beli rumah dengan deposit dibayar oleh bapa, Sakura hanya bayar instalment jer. Hutang lain memang tak ade. Boleh dikatakan dari segi kewangan memang agak mewah jugak la.
Bila kita dah cukup serba serbi nie, bila orang bagi flyers buat loan, Sakura memang x berminat langsung. Orang gomen nie selalu jer diberikan offer untuk buat loan.Tak terfikir pun nak kaji ape kelebihan untuk buat loan. Prinsip Sakura hanya, jangan menambah hutang. Bila dah join En Aziz dan mula mengenal http://www.bebas-hutang.com/, barulah terasa kenapalah dulu x terbuka mata pasal kewangan nie. Kalau dari mula kerja dulu Sakura buat Personal Loan (esp Bank Rakyat Personal Loan) mesti masa nak kahwin dulu, Sakura sangat mengikat perut nak kumpul duit. Walaupun Sakura nie perempuan, Sakura masih keluarkan belanja tau untuk kahwin. Dekat RM 20000 juga la habis masa tue (tahun 2009). RM 10,000 bagi bapa untuk belanja makan dan lain-lain (tapi nie x cukup pun, so bapa hanya tambah mana yang terkurang). dan RM 10,000 lagi belanja Sakura beli katil, andaman, hantaran, souvinier dan lain-lain.
Kalau dari mula Sakura kerja (tahun 2007), dah buat loan Bank Rakyat untuk RM 70,000 untuk 25 tahun, bulanan dalam RM 600. Duit yang dapat tue, dalam RM 68,000 masukkan semuanya dalam ASB. Untuk sampai 2009, dividen ada dalam RM5000. Belanja kahwin boleh amik dari duit simpanan RM 68,000 tadi untuk RM20,000. Balance dalam RM50,000 boleh role lagi dividen untuk tahun seterusnya. Xtra duit yang ada pulak dirajinkan masuk dalam ASB. Jadi dividen akan bertambah setiap tahun, bila tengok simpanan ASB telah menjadi doubel dari yang pokok kita masukkan atau dah berbaloi untuk buat fullsetelment. Langsaikan jelah personal loan 2. Biarkan je ASB lagi dan kalau ada duit lebih, masukkan lagi dalam ASB lagi. Kalau nak guna pun, guna duit dividen jer, jangan sentuh pokok.Lebih bagus tukarkan dalam bentuk sijil supaya x terpakai. Nielah dikatakan duit tido. Walaupun ia mengambil masa untuk penuh tapi berhasil, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Tapi secara teknikal kewangan, Sakura x pasti sama ada ia berbaloi untuk dilaksanakan atau tidak. Tapi mesti ada yang cakap, baik buat ASB loan. Sakura kurang setuju sebab interest berdasarkan BLR, x macam Bank Rakyat dan Personel loan yang gunakan flat rate.
No comments:
Post a Comment