Monday, 13 February 2012

PASPORT


Hari Sabtu lepas, Sakura dah berjaya untuk membuat pasport antarabangsa. Mujurlah Imegresen buka hari Sabtu dan Ahad kat Putrajaya nie. Klu x mesti kena cuti untuk buat pasport. Sebenarnya Sakura dan tuan Faizal dah nak buat hari Khamis lepas tapi terpaksa ditangguh kerana tengok nombor giliran yang ke 1048. Jadi kita orang pun decide buat Sabtu jelah. Almaklumlah takut terlewat sampai ke Sunway Lagoon. Semua borang dah berisi dan ditampal gambar, siap ada salinan ic jugak. Jadi bila g hari Sabtu, terus ambil no jelah. No giliran hari Sabtu pulak no 1058. Nie beratur pukul 7.45pg lagi. Rupanya hari Sabtu lagi ramai orang berbanding hari kerja. Walau apapun, pasport yang dinantikan dah boleh diambil jam 11pg. Sangat cepat dan servis yang baik.

Perkara penting yang perlu ada masa bua pasport nie. 1. Gambar terkini ukuran pasport 2 keping (nnt tampal kt depan dan belakang borang permohonan, gam ada disediakan kt pejabat imegresen, 2. photostat ic depan belakang satu. 3. sediakan duit buat pasport RM100( utk tempoh sah 2 tahun) or RM 300 (untuk tempoh sah 5 tahun). Sila pastikan borang permohonan dah siap isi dan lengkap, baru g kaunter no giliran utk ambil nombor. Setelah ada nombor, tunggu sampai giliran ke Kaunter Permohonan, Kauter Bayaran dan Kauter Collect Pasport. Untuk di Putrajaya, Sabtu dan Ahad juga dibuka dari jam 8 pg sampai 1ptg sahaja, tapi kalau dah lewat, no giliran dah habis, kena la datang lagi esoknya. Ada suggestion dari kawan, datang buat pasport hari keje tapi datang selepas lunch hour, orang tak ramai.

jam 7.45 pagi: orang dah ramai datang untuk buat pasport



siap dah pasport






No comments:

Post a Comment