Friday, 30 November 2012

Mr Kabab & Briyani

Dah lama wujud cuma baru sekarang nak test try makanan kat situ. Sebelum nie tengok kedai nie,  ramai jer orang yang datang, sedap kot. Kedai nie kat Diplomatik depan Tom Yum Kung je. Malam tadi try Lamb Mendy dan Lamb Sheesh Kebab. Keseluruhannya biasa jer dan bukan taste Sakura. SABA Cyberjaya  tetap dihati.







**Byknya entry makanan bulan nie.

Thursday, 29 November 2012

Janji Boleh

Masa kenduri Adik Tuan Faizal hari tue, Tuan Faizal telah menjadi bidan terjun dilantik sebagai pengapit. Tapi masalah yang dihadapi adalah pengapit x dilantik awal. Maka si pengapit hanya memakai jeans dan baju batik sahaja. 

Boleh la labu, kasi belasah sahaja.





Fahmi juga yang x d dalam gambar.



Sape Kata?

Puan engineer nie boleh bukak butik kahwin tau. Jangan memain, ingat engineer x boleh kreatif ker. Macam yang Sakura bagi tau hari tue,bilik pengantin buat sendiri. Demi menjimatkan kos dan x mau nampak kosong sangat. Sanggup g tolong decorate, takkan ko sanggup tengok hari gemilang adik ko bilik kosong jer kan (sebab pengantin x tempah hiasan). Makanya Sakura dengan berbesar hati untuk melaksanakan tugasan nie. Sakura rasa benda nie dari aliran darah PakUsu Sakura yang bertugas di MPK dan banyak terlibat dengan hiasan dewan kalau ada majlis rasmi. 

Kos membuat adalah 
1. Kain JC, 12m dan Organza,2m - RM43.60
2. Bunga -RM50
3. Bekas bunga - RM20
4. Batu dalam pasu -free (kutip agregate depan rumah)

Jadi, inilah hasilnya







Kerja lain yang Sakura buat:










Wednesday, 28 November 2012

Kembar 3

Nak introduce blog unik yang menjadi tatapan Sakura.

Hari nie bertambah lagi blog bacaan Sakura pasal kehidupan membesarkan kembar 3. Blog Favorite kembar 3 yang Sakura baca adalah Mama Kembar 3 (Ibu yang menulis mesti ada feeling). Lagi satu blog bapa yang menulis Amrafahan by Huszaini (ex-opismate Sakura). Now tambah satu blog lagi thirtyfingers-thirtytoes(Yang nie mak dan ayah yang menulis). Sakura rasa macam pemilik blog nie adalah adalah penghuni kejiranan sebelah jer (P18K). Tengok gaya rumah dan landscape.  Jadi Sakura akan dapat 3 gaya penulisan dan kehidupan mereka membesarkan kembar tiga. Membesarkan 3 kembar yang sungguh mencabar dan anugerah terbesar yang Allah kurniakan. Sorang pun pening apetah lagi 3. (doa:Insa'allah satu hari nanti Sakura pun akan dikurniakan zuriat juga)

Mama Kembar 3 tue semua kembarnya lelaki, yang Amrafahan semua perempuan kembar plus abang dan Thirtyfingers-thirtytoes ada 2 perempuan dan sorang lelaki. 

Untuk kita yang x dianugerahkan nikmat terbesar nie, membaca pun dah cukup membahagiakan.


M'deh rindu kt encem boy

Tuesday, 27 November 2012

Martabak Edy

Orang Bangi dan Putrajaya atau disekitar UNITEN nie mesti kenal Martabak Edy. Kalau g gerai Martabak Edy kat kawasan menjaja depan UNITEN, nie lah satu-satunya gerai yang jual martabak dan pastinya ramai yang sedang menunggu giliran. Kalau nak dibandingkan Martabak Raja yang kat Kelantan tue, Sakura lebih suka Martabak Edy sebab panas-panas dan pastinya bau martabak nie lebih menyengat masa dalam kereta. Kalau bulan puasa memang bersusun orang nak beli dan pastinya kena tempah sehari sebelum. Cuma puasa tahun nie Sakura berpeluang mendapatkan martabak nie sebab dah siap bungkus banyak2 dari rumah lagi dan samapai gerai tinggal jual. Hari biasa Martabak Edy nie akan buat fresh kat tapak gerai. Tu yang bau menyengat, pastinya kalau Sakura sampai rumah dah x tahan dengan baunya yang menusuk kalbu tue. 

tebal dan besar- Martabak Edy

Monday, 26 November 2012

Durian Crepe

Demam durian dah melanda Malaysia, tapi ada fenomena baru yang melanda orang Malaysia musim durian nie. Ramai yang tengah mencari DURIAN CREPE. Demi x menjadi jakun bila orang cakap pasal Durian Crepe, Sakura pun try beli satu bekas Durian Crepe dari Mum Adam. Satu bekas tue ada 5 biji dan harga RM10. Bagi Sakura ok la harga tue. Musim durian tengah bermula. Kita tunggu bila durian dah melambak nanti, Durian Crepe nie jatuh harga ker x. Bila dah rasa tue, Sakura boleh komen yang rasanya okay dan boleh diterima tekak. Tapi x sampai tahap jatuh hati lagi la. Sebabnya Sakura rasa Duren Duren dari Big Apple masih lagi dihatiku. 


nie rupa Durian Crepe yang Sakura beli

U'r still in my heart~dr mr google

Sunday, 25 November 2012

My Collection #1

Tetiba pulak Sakura berjinak-jinak menjadi peniaga. Best gak rupanya bila ada yang sudi membeli koleksi Sakura nie. Patutla untuk orang-orang yang minat meniaga nie memang mendapat pulangan yang berbaloi dengan usaha yang dibuat. Bukan sebab nak tambah duit jer, tapi sebab orang yang menjual nie akan menjual barang2 yang dia minat, nak miliki barang tue, banyak pulak pelaburannya. Jadi kita buat hobi beli barang yang kita minat lepas tue jualkan balik. Dapatla rasa membuat koleksi barang2 tue buat sementara waktu. Jadi kat sini Sakura abadikan koleksi Sakura yang telah dimiliki orang tue. Tengok gambar jelah yer


tudung sulaman merak

tudung rainbow/lolipop

tudung rainbow/lolipop

tudung tulang ikan



Saturday, 24 November 2012

Memori Perkahwinan Faris

Last weeks (10-17hb, depavali + 1 muharram, cuti 3 hari dapat 9 hari) adalah hari cuti dan hari bizy jugak. Balik KB drive dan kena uruskan majlis perkahwinan adik Tuan Faizal, Faris. Balik KB hari Sabtu, tue pun bertolak dah lewat, gerak dalam pukul 1ptg sebab pagi tue Tuan Faizal g settelkan keje kat opis dan singgah Jalan TAR beli barang sikit lagi untuk hiasan hantaran Faris nanti. Sakura dah malas nak keluar dah kalau balik KB. Takut x sempat nak buat hiasan sebab nikahnya adalah Ahad malam dan Isnin majlis rumah perempuan. Majlis rumah lelaki x p sebab buat hari Khamis.

Bertolak dah pukul satu, singgah Gombak isi minyak dan bersolat. Kemudian berhenti lagi kat Lipis rasanya dan Gua Musang dan akhirnya sampai rumah pukul 9 mlm. Dalam perjalanan tue ada tempat-tempat yang kena redah hujan jugak. Musim tengkujuh nie, hujan merata. Tapi kat Kelantan x sampai tahap banjir lagi la. Balik sampai  rumah semua orang sibuk membungkus goodies/sisa. Isi kat dalam tue, coklat, gula-gula dan kek apollo. Sempat tengok barang untuk hantaran. Rupanya dah siap. Horey la Sakura x payah buat, just susun jer. Barang-barang yang dah dibeli kita simpan untuk orang yang seterusnya.

Kat Kelantan nie, majlis perkahwinan hanya perlukan hiasan bilik pengantin jer, x perlu pelamin. Tapi masalah yang ada adalah bilik pengantin x siap lagi. Bilik tue x wiring lagi, tile pun belum siap lagi, tingkap x pasang lagi, toilet x siap lagi. X p, majlis hari Khamis, ada beberapa hari lagi untuk disiapkan. Biasalah kat rumah nie, semuanya last minit. Cuak Sakura dalam 40%. Positif, mesti siap nanti. Disebabkan si pengantin x d tempah hiasan bilik, jadi semua kena buat sendiri la gamaknya, sonang jer tue, bagi Sakura buat sendiri lagi menjimatkan kos.

Majlis nikah malam Ahad tue berjalan lancar. Adat kat sini malam nikah bawak cincin untuk batal air sembahyang dan wang hantar. Kiranya malam tue bawak 2 dulang jerla. Yang perempuan akan balas dengan makanan manisan. Dua balas dua. Yang lelain bawak esok waktu majlis.Majlis esoknya pukul 2.00ptg tapi menuggu Papa Wa (pakcik Faizal). Dalam pukul 3 lebih baru berarak ke rumah perempun. Masa menuggu tue sempat cucuk bunga telur lagi kat pulut, penganti bersiap plus make-up. Semua yang d majlis tue diberi goodies dari family kita orang, isi dalam gula2, coklat, bunga telur dan kek apollo. Petang balik tue p singgah kedai perabot untuk cari set bilik tidur, tapi semuanya mahal. Kena cari kedai lain nie.

Malam Isnin tue juga Sakura dan Tuan Faizal g cari set bilik tidur dan terus dapat dengan harga RM1400 termasuk katil, tilam dan bantal 2 biji. Terus agree dan minta hantar esok malam. Kurang 20 minit jer mencari dan terus ke KB Mall cari bedsheet. Sampai kt KB Mall terus jer berkenan, sambar bolster dan pelapik tilam juga. Kira yang nie hadiah kepada pengantin jela. Keluar rumah tadi pukul 7.45 mlm dan setel beli barang pukul 8.30mlm. Express giler shopping nie. Balik tue g singgah makan laksam kat Panji. Nikmatnya hidup.

Esoknya Selasa, g KB dengan Fasihah (adik) beli barang untuk rumah. Tuan Faizal x ikut sebab nak setel kerja kat umah. G keluar rumah dalam 8.30 macam tue, then g servis kereta dulu dan baru g shopping. Kena g 3 tempat cari barang. Sampai rumah pukul 12.30 tgh hari sebab dah x larat kepanasan. Balik tue Tuan Faizal tgh memesen rumput sebab nak amik serai. Rupanya dalam pada memesin rumput, terkena batang paip (semak tebal sangat, x nampak). Rumah x d air buat sementara waktu, huahuahua.

Hari Rabu g shopping barang nak memasak pulak kat pasar borong Tunjung. Geram jer tengok paku pakis tp x dapat beli sebab x tahu nak masak bila, sebabnya esok dah majlis kat rumah, Sabtu dah nak balik. Hari Rabu tue memang all out buat persediaan, dah la bilik pengantin siap wiring petang (tukang wiring, Fahmi). Terencat plan nak buat bilik petang dan sudahnya malam baru boleh buat. Tapi petang buat aktiviti mendadih, mengula dan merebus telur. Malam lepas makan baru boleh mula. Buat sorang2 sebab Fasihah kena g siapkan bungkus bunga telur. Sakura dah x kose nak buat sebab tangan dah cedera kena gam panas hari Isnin yang x baik2 lagi. Walaupun simple jer, tapi letih sangat sebab kena turun naik tangga buat scallop. Alhamdulillah manage tue complete 50% malam tue. Esok tinggal pasang langsir tingkap dan pintu bilik sahaja. Bila dah siap tue, bilik nie nampak kosong jer sebab x d carpet. Try guna carpet yang ada tapi jadi x lawa pulak. Sudahnya pukul 12.30mlm g Wakaf Che Yeh cari carpet dalam bilik dan kat ruang tamu kalau ada yang murah.Sampai kat Wakaf Che Yeh, boleh pulak kedai tue dah tutup. Tuan Faizal pun g redah jer masuk kedai (kedai tue tutup pki plastik canvas jer). Mujur nak layan. Hasilnya, dapat carpet panjang utk dalam bilik dan carpet untuk ruang tamu. Giler express beli barang x sampai 15minit. Sampai rumah pukul 1.30 sebab g beli makan balik tue. Lapar sesangat masa on the way balik. Tido pukul 3 pagi. Ngantuknya. Esok kena bangun awal.

Majlis hari Khamis, pepagi lagi dah operasi menyapu rumah. Nyesal pulak malam tadi x rearrage perabot yang ada. Sempat gak keluar g amik kuih yang ditempah. Ape pun majlis berjalan dengan baik dan lancar. Walaupun banyak masalah (antaranya ayam x cukup dan kena beli lagi, daging pun macam tue juga, kuih pun setakat jam 3 dah habis, kena buat 2 kali masak air gula, beli air lagi) tapi semuanya berlaku dengan lancar dan x kelam kabut sangat. Kenapa boleh x cukup, under estimate sebab jemput kenduri banyak yang cakap mulut x gunakan kad. Jadi x dapat estimate yang betul untuk makanan. Tue pentingnya kad jemputan. Dengan kad jemputan kita dapat rule of thumb 1 kad = 2 orang. Jadi kalau 1000 kad yang dihantar akan ada yang datang dalam 2000 orang yang datang.

faris dan noraini
Semoga mereka berdua hidup berkasih sayang buat selamanya. 


Sweet Memories


sebelum akad nikah
selesai sudah

antara rombongan pengantin lelaki

biras + biras
Adik ipar + kakak ipar

Friday, 23 November 2012

Boikot



Nak seribu daya x nak seribu dalih.....nielah masanya utk kita mengeluarkan produk yang setanding dengannya. Sebagai umat Islam, kita wajib melaksanakannya (boikot) . Tuelah yang Sakura dengar dari Ustaz Wan Sohor Bani Leman.

Tom Yum Kung Putrajaya:Lagi?

Makan sini lagi, padahal baru awal bulan hari tue makan kat sini. Asalnya nak g Umai Cafe (bila2 nanti Sakura perkenalkan Umai Cafe pulak). Tapi x jadi pulak.

Menu malam nie kita orang pilih x bernasi. Nak try goreng2 pulak. Nie kira first time try. Pilihan Sakura Mee Goreng Thai dan Tuan Faizal amik Kueh Teow Ladna Phuket Special. Mee Goreng tue sedap dan rasa masam manis, x macam mee goreng biasa yang rasa pedas. Kueh Teow Ladna Phuket Special pulak macam Kueh Teow Kungfu cuma Kueh Teow nie hanya goreng dengan kicap bukan dengan telur. X salah mencuba dan memang kena dengan taste kita orang.  






Wednesday, 21 November 2012

Red Valvet

Horey dapat sample Red Valvet dari suplier kek hari nie. Aduh nikmatnya kek yang dapat nie sampai ade orang lain nak jugak rasa kek nie. X sempat la nak share dengan Tuan Faizal balik rumah. Bau yang menusuk kalbu dah membawa nafsu makan untuk memperabihkannya. 

"Sayang nanti saya beli yang lain bawak balik rumah yer"

Tetiba pulak Sakura dah menjadi peminat kek Red Valvet pulak. Mujurla suplier dekat klu x kempunan jadi batu belah batu bertangkup la gamaknya. Kepada sesape yang berminat boleh g ke Facebook Ultra Shoc Choc Moist Cake's untuk menempah.



dah habis licin

Saturday, 10 November 2012

Kahwin:Nasihat penting

Musim orang berkahwin dah menjelma almaklumlah cuti sekolah dah bermula. Biasanya pasangan yang nak berkahwin akan dapatkan idea dr segmen Nona or ada siri pasal kahwin yang menunjukkan majlis yang grand dan yang pasti makan belanja yang sangat banyak. Sakura rasa kurang senang sikit (x jeles pun) sebab ia banyak meninggalkan impak yang kurang sihat dikalangan pasangan yang berkahwin. Persiapan yang dibuat terlalu mewah dan banyak belanja. Pasangan yang nak berkahwin nie pulak ada diantaranya umur yang boleh diagak baru kerja setahun dua. Bab yang tue memang kita boleh lihat mak pak yang keluar belanja la.

Tapi ia mungkin akan menjadi ikutan kepada yang lain pulak untuk ikut majlis seperti itu. Macam yang pernah Sakura bagi tau  dalam entry lepas belanja kahwin Sakura yang biasa-biasa pun dah makan belanja 36K. Sah dan confirmla kalau nak majlis yang lebih lagi kena duit yang lebih lagi. Jadi jalan singkatnya nak kahwin buat personal loan la. Bukan x boleh buat personal loan nie tapi kenapa kita nak buat hutang kalau kita boleh buat majlis yang sederhana dan meriah tapi mengikut budget yang kita ada. Betul la majlis kahwin sekali seumur hidup (insa'allah) tapi takkan nak buat hutang utuk pekara yang x sepatutnya. Lepas kahwin tue lagi macam2 nak dibeli untuk barang rumah dan untuk cari rumah sewa, belum lagi yang baru dua tiga bulan dah dikurniakan zuriat. Citer PRamlee pun dah sound tepek "anak berderet tapi hutang kahwin x habis" (citer bujang lapuk rasanya). Sebab tue Sakura rasa gerun bila baca bab 1 buku Hidup tenang Tapi berhutang. Dengan mudahnya seseorang tue menambah hutang dalam hidup.

Hutang nie beban hidup. Mampukah sesorang tue melelap mata kalau hutang yang banyak sampai duit gaji yang dapat lepas tolak semua hutang hanya tinggal RM300. Duit yang tinggal tue jer untuk bekalan hidup sebulan. Jadi kita patut ukur baju di badan sendiri dan biarlah majlis perkahwinan yang kita buat tue sederhana dan mendapat keberkatan Allah.

Tips mengadakan majlis perkahwinan:

 1. Buat majlis yang sederhana – simple, tapi meriah, bende2 yg tak begitu penting macam makan beradap, hiasan bilik pengantin, arc, kompang, silat dll hanya akan menambahkan lagi bajet.
2. Mintak tolong sedara mara dan orang2 kampung –  gotong-royong or khidmat katering.
3. Jgn jemput semua org kenal – jemput sedara mara terdekat,    kengkawan dan jiran tetangga
4. Tak perlu bersalin banyak2 baju – baju akad nikah dan baju sanding pun dah memadai.
5. Barang hantaran tak perlu byk2 – cukuplah sekadar 5 berbalas 7 ker… beli barang2 yang perlu sudah la yer. Lepas kahwin boleh tuntut masa aniversary or b'day setiap tahun
6. Beli belah masa tgh sale – Paling penting, kenalah pandai pilih dan jangan mudah tertipu dengan promosi giler2
7. Pakej perkahwinan – pilih dari pakej yang sama dan sama kedai jer, kalau pilih lain2 sangatla mahalnya. Yang penting pusing semua kedai kahwin yang ada untuk dapatkan pakej yang paling baik
8. Jgn berhabis untuk beli brg kemas – cukup la hanya untuk majlis batal air sembahyang dengan cincin or rantai tangan or rantai leher yang biasa-biasa
9. Duit hantaran kenalah berpada2 – mesti ada MoU antara lelaki dan perempuan yang nak kahwin. Jangan ikut sangat permintaan mak bapa tue. Korang kena bertegas dengan duit hantaran yang korang mampu.
10. DIY - cuba buat sendiri apa yang buleh korang buat, nie lagi jimat
11. Buat majlis sanding dan akad nikah sekali – gerenti jimat masa, wang dan tenaga… tak yah buat 2/3 kali keje…
12. Wedding entertainment – misalnya macam kompang ker silat ker karaoke dsb lagi x perlu pun. Mcm DJ kahwin tue buat memekak telinga jer. Sakura paling x berkenan majlis kahwin pasang DJ yang pasang muzik satu kampung boleh dengar
13. Majlis kenduri kahwin – cukuplah sebelah pompuan buat meriah sikit dan  belah lelaki buat ringkas
14. Pinjam baju nikah/sanding – kalau ada adik beradik lain yg dah kawin, pinjam jer baju diorang
15. Elakkan dari tempah baju kawin yang baru – adalah baiknya sewa jer
16. Postpone honeymoon - Kalu bajet ciput atau ngam2 je untuk majlis kenduri kawin, honeymoon tak yah buat lagik la. Sakura dulu pun lepas 6 bulan baru g honeymoon. Budget tarak
17. Kad jemputan – cari yang simple dan murah. Tak payah membazir sebab in d end orang buang gak.
18. Buat senarai semak – penting untuk tujuan monitoring progress dan duit yang dibelanjakan x melebihi budget.
19. Pilih pakej fotografi yang sesuai – tak yah la buat dlm studio or video sebab kosnya buleh mencecah sampai ribuan ringgit cukup dengan pakej gambar dengan sticky album or photobook. Budget bawah 1K. Lepas kahwin bila ada budget buat la kat studio ker outdoor semua tue. Tapi bila dah kahwin x terasa nak buat pun.
20. Sponsor - guna tawaran sedara mara yang ada untuk meringankan kos belanja kahwin. Contoh ada orang nak sponsor kek kahwin, hantaran coklat, hiasan halwa, buah tangan, telur pahar. Nie semua dapat jimatkan kos kita juga tau

Friday, 9 November 2012

Shopping #2

Musim orang kawin dah bermula. Sesape yang rasanya dah boring dengan koleksi baju kurung sedia ada. Jom tambahkan koleksi baju yang ada di sini :

KAIN PASANG~~LIMITED STOCK!!SIAPA CEPAT DIA DAPAT ;)


COTTON MANJA
COTTON AYU

COTTON DAHLIA

Wednesday, 7 November 2012

Tom Yum Kung Putrajaya

Seperti yang dijanjikan, Sakura nak introduce Kedai Tom Yum Kung Putrajaya. Restoran nie kat Presint 15 dekat dengan Farmasi Cosway, Bank Muamalat dan Nasi Ayam Gemas. Kiranya klu lalu depan Mydin, kemudian jumpa traffic light amik kanan dan kedai tue selepas Bank Muamalat. Restoran nie dah jadi mcm wajib tiap-tipa bulan g makan. Sakura memang agak phobia sikit nak makan dlm Putrajaya nie. Banyak kedai makan yang mahal je tapi x sedap. Tak berbaloi. Sebab tue kalau list kedai makan Sakura dalam Putrajaya nie cuma ada 3 jer. Punyalah banyak kedai makan tapi semua x kena ditekak. First time g sini dulu sebab tengok orang ramai datang makan. Kata orang kalau kedai ramai pengunjung, sedap la masakannya. Try and Error, sebab falsafah tue x selalunya menjadi pun. Akhirnya tersangkut la kedai makan nie sebagai pilihan Sakura dan Tuan Faizal.

Menu wajib kat sini Tom Yum Kung atau nama bahasa Melayu Tom Yum Udang. Sebelum nie dok makan kangkung crispy jer, malam tadi amik telur goreng kung fu la. Yang x best kat sini adalah meja makan dia kecik, dahla pinggan yang digunakan besar. Kalau order 2 jenis lauk pun dah penuh satu meja. Walau apepun tempat nie memang taste Sakura la. Jangan lepas nie dia g tukar tukang masak sudah.



Tuesday, 6 November 2012

Ana Ikan Bakar Petai: Bangi

Kalau dulu g Kuantan baru dapat makan Ikan Bakar Petai. Tapi sekarang dah senang sebab ada branch kat Bangi. Memang best sebab kat sini x macam kedai ikan bakar lain. Kat sini boleh amik menu ikan bakar petai. Walaupun Sakura bukan peminat petai, Sakura lebih suka sambal yang digunakan masa membakar tue. Lebih kurang macam pais ikan (sambal lada yang dikisar dengan bawang dan rempah dilumur pada ikan dan dibungkus ikan tadi dengan daun pisang dan digrill sampai masak). Kalau Sakura makan, petai tue Sakura tolak tepi, makan sambal jer. Tempat nie memang ramai pengunjungnya terutama masa berbuka puasa hari tue. Setakat nak walk-in belum tentu ada. Mudah juga makan kat sini sebab surau lelaki dan perempuan disediakan. Adalah lebih baik g tempah dulu no. tel kat bawah nie

Ana Ikan Bakar Petai 
Lot 2991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

019-217 7668

Business Hour : 5:00 pm – 12:00 am

Malam Rabu lepas g mkn sana. Sakura amik tomyam sotong, kerabu mangga dan ikan (x ingat nama) bakar petai. Tak lupa pulak satar, tapi x best sangat sebab besar atau mungkin baru lepas dapat mkn satar. Tetiba g sana sebab Tom Yum Kung Putrajaya tutup. Nnt Sakura introduce Tom Yum Kung pulak yer.




menu

Monday, 5 November 2012

Produk Puteri Alya

Sakura nak perkenalkan satu produk penjagaan kesihatan kepada semua, Puteri Alya. Sesape yang berminat dengan produk boleh pergi ke page NAK SIHAT yer.

"Keunggulan, Kejelitaan, Keperibadian Wanita"
Pengasas Puteri Alya : Puan Roslina Arifin
Q RAZ HERBAL MARKETING

Q RAZ Herbal Marketing ditubuhkan pada November 2008. Beroperasi di Negeri Melaka, Bandaraya Bersejarah & dimiliki oleh 100% bumiputera. Objektif utama penubuhan syarikat ini adalah untuk membantu masyarakat Islam khususnya bagi yang ingin mendapatkan produk kesihatan berasaskan Halalan Toyibba. Di samping itu, ia dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan kekal cantik dari sudut rohani dan jasmani. Oleh yang demikian Q RAZ Herbal Marketing telah mengorak langkah dengan mengeluarkan produk-produknya sendiri, di mana ianya berkualiti, bersih dan suci khusus untuk golongan wanita, lelaki dan kanak-kanak yang berjenama Puteri Alya.
I-BES (NEW)

I-BES merupakan produk terbaru keluaran Puteri Alya. Khasiat I-BES adalah, Ia mampu mengatasi Masalah KENCING MANIS, DARAH TINGGI, SAKIT JANTUNG, SARAF, GAOUT dan sebagainya. Bahan-bahannya terdiri daripada Air, Manna (Arabic Gum), Tunjuk Langit, Ling Xhi, Sawda, Kurma, Halba, Mahkota Dewa, Minyak Zaitun, Minyak Kelapa Dara, Cuka Kurma dan Garam Bukit.

Harga :RM50.00 (SM) / RM55.00 (S/S)


AWET MUDA GOLD

Awet Muda Gold merupakan produk terbaru keluaran Ekslusif dari Puteri Alya yang dirumus khas dari bahan yang bermutu tinggi seperti Glutathione, Astaxanthin, L-Carnitine, Mutiara, Ginkgo Biloba, Roselle, Kulit Kayu Manis, Temulawak, Minyak Zaitun, Garam Bukit, Kurma, Asam Gelugor, Ubi Bit Merah, Madu, Sireh, Kacip Fatimah, Manjakani, Pegaga, Halia, Kolagen, Minyak Habbatus Sauda, Kadeka Kecil dan Air Bertapis. Awet Muda Gold bertindak 3 kali lebih cepat dan bahan-bahannya 3 kali lebih berbanding Awet Muda biasa.
Harga :RM140.00 (SM) / RM150.00 (S/S)

 AWET MUDA

Awet Muda merupakan produk terbaru keluaran Puteri Alya yang kaya dari alam semulajadi seperti madu, kolagen, sireh, pueraria lobata, saffron, pegaga, kacip fatimah, manjakani, halia dan ubi bit merah. Awet Muda telah diformulakan sesuai untuk membina kesihatan tubuh dan mencantikkan kulit,membina rahim dan membantu dalam hubungan keintiman suami isteri.

Harga : RM30.00 (SM) / RM35.00 (S/S)

 
AL-QURRA

Al-Qurra merupakan produk terbaru keluaran Puteri Alya yang dirumus khas dari 14 bahan semulajadi madu, kurma, roselle, kolagen, habbatus sauda, kismis, ubi bit merah, goji, delima, ginkgo, ekstrak prune, saffron, sireh dan garam bukit.
 
Harga :RM35.00 (SM) / RM40.00 (S/S)

I-NOZ

I-Noz merupakan produk TERBARU keluaran Puteri Alya. Ia dirumus khas dengan 11 jenis herba untuk mengatasi masalah RESDUNG. Ia juga dapat membantu menghilangkan masalah jerawat, gatal-gatal mata, menghilangkan masalah nafas berbau dan sebagainya. Ia amat sesuai untuk untuk kanak-kanak seawal usia 4 tahun sehingga yang lanjut berusia.

Harga : RM45.00 (SM) / RM50.00 (S/S)