Seperti yang dijanjikan, Sakura nak introduce Kedai Tom Yum Kung Putrajaya. Restoran nie kat Presint 15 dekat dengan Farmasi Cosway, Bank Muamalat dan Nasi Ayam Gemas. Kiranya klu lalu depan Mydin, kemudian jumpa traffic light amik kanan dan kedai tue selepas Bank Muamalat. Restoran nie dah jadi mcm wajib tiap-tipa bulan g makan. Sakura memang agak phobia sikit nak makan dlm Putrajaya nie. Banyak kedai makan yang mahal je tapi x sedap. Tak berbaloi. Sebab tue kalau list kedai makan Sakura dalam Putrajaya nie cuma ada 3 jer. Punyalah banyak kedai makan tapi semua x kena ditekak. First time g sini dulu sebab tengok orang ramai datang makan. Kata orang kalau kedai ramai pengunjung, sedap la masakannya. Try and Error, sebab falsafah tue x selalunya menjadi pun. Akhirnya tersangkut la kedai makan nie sebagai pilihan Sakura dan Tuan Faizal.
Menu wajib kat sini Tom Yum Kung atau nama bahasa Melayu Tom Yum Udang. Sebelum nie dok makan kangkung crispy jer, malam tadi amik telur goreng kung fu la. Yang x best kat sini adalah meja makan dia kecik, dahla pinggan yang digunakan besar. Kalau order 2 jenis lauk pun dah penuh satu meja. Walau apepun tempat nie memang taste Sakura la. Jangan lepas nie dia g tukar tukang masak sudah.
No comments:
Post a Comment