Last weeks (10-17hb, depavali + 1 muharram, cuti 3 hari dapat 9 hari) adalah hari cuti dan hari bizy jugak. Balik KB drive dan kena uruskan majlis perkahwinan adik Tuan Faizal, Faris. Balik KB hari Sabtu, tue pun bertolak dah lewat, gerak dalam pukul 1ptg sebab pagi tue Tuan Faizal g settelkan keje kat opis dan singgah Jalan TAR beli barang sikit lagi untuk hiasan hantaran Faris nanti. Sakura dah malas nak keluar dah kalau balik KB. Takut x sempat nak buat hiasan sebab nikahnya adalah Ahad malam dan Isnin majlis rumah perempuan. Majlis rumah lelaki x p sebab buat hari Khamis.
Bertolak dah pukul satu, singgah Gombak isi minyak dan bersolat. Kemudian berhenti lagi kat Lipis rasanya dan Gua Musang dan akhirnya sampai rumah pukul 9 mlm. Dalam perjalanan tue ada tempat-tempat yang kena redah hujan jugak. Musim tengkujuh nie, hujan merata. Tapi kat Kelantan x sampai tahap banjir lagi la. Balik sampai rumah semua orang sibuk membungkus goodies/sisa. Isi kat dalam tue, coklat, gula-gula dan kek apollo. Sempat tengok barang untuk hantaran. Rupanya dah siap. Horey la Sakura x payah buat, just susun jer. Barang-barang yang dah dibeli kita simpan untuk orang yang seterusnya.
Kat Kelantan nie, majlis perkahwinan hanya perlukan hiasan bilik pengantin jer, x perlu pelamin. Tapi masalah yang ada adalah bilik pengantin x siap lagi. Bilik tue x wiring lagi, tile pun belum siap lagi, tingkap x pasang lagi, toilet x siap lagi. X p, majlis hari Khamis, ada beberapa hari lagi untuk disiapkan. Biasalah kat rumah nie, semuanya last minit. Cuak Sakura dalam 40%. Positif, mesti siap nanti. Disebabkan si pengantin x d tempah hiasan bilik, jadi semua kena buat sendiri la gamaknya, sonang jer tue, bagi Sakura buat sendiri lagi menjimatkan kos.
Majlis nikah malam Ahad tue berjalan lancar. Adat kat sini malam nikah bawak cincin untuk batal air sembahyang dan wang hantar. Kiranya malam tue bawak 2 dulang jerla. Yang perempuan akan balas dengan makanan manisan. Dua balas dua. Yang lelain bawak esok waktu majlis.Majlis esoknya pukul 2.00ptg tapi menuggu Papa Wa (pakcik Faizal). Dalam pukul 3 lebih baru berarak ke rumah perempun. Masa menuggu tue sempat cucuk bunga telur lagi kat pulut, penganti bersiap plus make-up. Semua yang d majlis tue diberi goodies dari family kita orang, isi dalam gula2, coklat, bunga telur dan kek apollo. Petang balik tue p singgah kedai perabot untuk cari set bilik tidur, tapi semuanya mahal. Kena cari kedai lain nie.
Malam Isnin tue juga Sakura dan Tuan Faizal g cari set bilik tidur dan terus dapat dengan harga RM1400 termasuk katil, tilam dan bantal 2 biji. Terus agree dan minta hantar esok malam. Kurang 20 minit jer mencari dan terus ke KB Mall cari bedsheet. Sampai kt KB Mall terus jer berkenan, sambar bolster dan pelapik tilam juga. Kira yang nie hadiah kepada pengantin jela. Keluar rumah tadi pukul 7.45 mlm dan setel beli barang pukul 8.30mlm. Express giler shopping nie. Balik tue g singgah makan laksam kat Panji. Nikmatnya hidup.
Esoknya Selasa, g KB dengan Fasihah (adik) beli barang untuk rumah. Tuan Faizal x ikut sebab nak setel kerja kat umah. G keluar rumah dalam 8.30 macam tue, then g servis kereta dulu dan baru g shopping. Kena g 3 tempat cari barang. Sampai rumah pukul 12.30 tgh hari sebab dah x larat kepanasan. Balik tue Tuan Faizal tgh memesen rumput sebab nak amik serai. Rupanya dalam pada memesin rumput, terkena batang paip (semak tebal sangat, x nampak). Rumah x d air buat sementara waktu, huahuahua.
Hari Rabu g shopping barang nak memasak pulak kat pasar borong Tunjung. Geram jer tengok paku pakis tp x dapat beli sebab x tahu nak masak bila, sebabnya esok dah majlis kat rumah, Sabtu dah nak balik. Hari Rabu tue memang all out buat persediaan, dah la bilik pengantin siap wiring petang (tukang wiring, Fahmi). Terencat plan nak buat bilik petang dan sudahnya malam baru boleh buat. Tapi petang buat aktiviti mendadih, mengula dan merebus telur. Malam lepas makan baru boleh mula. Buat sorang2 sebab Fasihah kena g siapkan bungkus bunga telur. Sakura dah x kose nak buat sebab tangan dah cedera kena gam panas hari Isnin yang x baik2 lagi. Walaupun simple jer, tapi letih sangat sebab kena turun naik tangga buat scallop. Alhamdulillah manage tue complete 50% malam tue. Esok tinggal pasang langsir tingkap dan pintu bilik sahaja. Bila dah siap tue, bilik nie nampak kosong jer sebab x d carpet. Try guna carpet yang ada tapi jadi x lawa pulak. Sudahnya pukul 12.30mlm g Wakaf Che Yeh cari carpet dalam bilik dan kat ruang tamu kalau ada yang murah.Sampai kat Wakaf Che Yeh, boleh pulak kedai tue dah tutup. Tuan Faizal pun g redah jer masuk kedai (kedai tue tutup pki plastik canvas jer). Mujur nak layan. Hasilnya, dapat carpet panjang utk dalam bilik dan carpet untuk ruang tamu. Giler express beli barang x sampai 15minit. Sampai rumah pukul 1.30 sebab g beli makan balik tue. Lapar sesangat masa on the way balik. Tido pukul 3 pagi. Ngantuknya. Esok kena bangun awal.
Majlis hari Khamis, pepagi lagi dah operasi menyapu rumah. Nyesal pulak malam tadi x rearrage perabot yang ada. Sempat gak keluar g amik kuih yang ditempah. Ape pun majlis berjalan dengan baik dan lancar. Walaupun banyak masalah (antaranya ayam x cukup dan kena beli lagi, daging pun macam tue juga, kuih pun setakat jam 3 dah habis, kena buat 2 kali masak air gula, beli air lagi) tapi semuanya berlaku dengan lancar dan x kelam kabut sangat. Kenapa boleh x cukup, under estimate sebab jemput kenduri banyak yang cakap mulut x gunakan kad. Jadi x dapat estimate yang betul untuk makanan. Tue pentingnya kad jemputan. Dengan kad jemputan kita dapat rule of thumb 1 kad = 2 orang. Jadi kalau 1000 kad yang dihantar akan ada yang datang dalam 2000 orang yang datang.
No comments:
Post a Comment