Semenjak si budak bertuah (officemate) balik dari induksi. Angau dan jiwangnya teramatla sangat. Wahai dik oi, nikmatilah kehidupan bujang dengan penuh bermakna dan kegembiraan. Jodoh dan pertemuan ditangan Allah, tp x lah suruh berserah jer. Kenalah usaha mencari, tetapi jangan la sampai orang tengok "terdesak@desperate".
Perasan untuk dicintai dan mencintai adalah lumrah kehidupan insan. Setiap orang akan melalui fasa kehidupan nie, tak kiralah waktunya masa belajar atau berkerja. Kalau time belajar nie rasanya belum lah matang sangat. Di takuti belajar entah kemana kerana asyik berjiwang. Bila dah kerja nk berjiwang tersangatlah bagusnya kerana waktu nie lebih rasional dari segi emosi. Lagipun duit sendiri dah ada. Jadi tidak perlulah bercinta lama-lama. Agak-agak dah serius, minta jer keluarga lelaki datang meminang@bertunang. Seterusnya dapat restu dan redha ayah dan bonda tercinta untuk membina mahligai.
Tetiba pulak teringat kisah pertemuan Sakura dan Huby Sakura. Kami bercinta punyalah sorok-sorok. Almaklumlah kami satu pejabat dan Sakura adalah bos kecilnya. Tempat bercinta kami adalah di Damansara, Sunway, D Mines atau Cheras Selatan. Tempat paling anti@bahaya adalah Alamanda. Sangup 2 balik keje g 'dating' jauh-jauh. Balik rumah dah 'confirm' lewat (tp x lebih dr 12 tghmlm sebab esok keje). Adalah pernah terkantoi tapi berusaha untuk tutup mulutnya..Heheheeh jahat tak?????Ramai juga la yang serkap jarang tapi buat-buat tak tahu dan tak reti jer. At last masa dah nak bertunang terpaksala bagi tau juga.
No comments:
Post a Comment