Thursday 17 April 2014

Tips Didik Anak Soleh

Catatan dari FB Dato' Dr. Fadzilah Kamsah  yang menarik dan berguna untuk diprakktikkan.

Assalamu'alaikum sahabat tersayang. Ramai yg mohon tip kaedah didik anak menjadi soleh. Org alim sering berpesan: Anak-anak yg nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi org dewasa yg bijaksana. So tukar paradigma kita ttg anak kita itu. Fikir & kata-kata ibubapa/ guru adalah DOA YG MAKBUL. Nabi juga berpesan: "Allah bertindak seperti mana yg di fikirkan oleh hambaNya"

Di antara perkara yg kita boleh lakukan utk bantu anak-anak menjadi insan yg soleh:

1. Sentiasa berdoa utk mendapat anak yang soleh. Doa itu senjata terpenting org yg beriman.
2. Didik anak tentang solat & ibadah yg lain sejak kecil. Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yg tak solat di umur 10 tahun. Ramai ibubapa yg rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yg rotan anak sebab tak solat!!!
3. Biasakan anak mengamalkan sunnah harian-- makan & minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dll
4. Pastikan anak-anak makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih & mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 1- 1 1/2 jam selepas makan. So anak boleh belajar dgn berkesan & fokus jika belajar 90 minit selepas makan malam. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam & ikan. Daging merah buat anak irritable & agresif. Pastikan mereka makan buah-buahan agar badan dpt serap Vitamin C yang ada daalm buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit. Makan buah selepas makan nasi adalah amalan yg sia2 sbb badan tak dpt serap nutrien dlm buah-buahan bila perut dah kenyang!
5. Banyakkan memeluk & memuji anak. Anak yg sering di peluk & di puji/ belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & di sayangi & tak perlu nak buat nakal untuk tarik perhatian ibubapa.
6. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar/ mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
7. Beri anak supplemen yang dpt menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi. 
 8. Cari peluang berjumpa guru anak di sekolah tempat dia belajar. Minta nasihat & bimbingan tentang cara nak bantu anak belajar di rumah.
9. Bacakan di kepala anak: AlFatehah, ayat qursi dan surah al Insyirah utk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yg tenang, baik akhlak, rajin di sekolah & pintar. Bacakan waktu malam masa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sekolah atau bila2 masa yang sempat.
10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau orange. Ikut kajian, warna merah dan orange akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi.
12. Pastikan rezki yg ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram & syubahat & keluarkan zakat pendapatan & zakat emas perak jika berkenaan. Rezeki yg kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif & extra nakal.
13. Kenali kawan anak & ziarah ke rumah mereka utk berkenalan dgn ibubapa kawan-kawan anak.
14. Doakan guru, kawan anak & jiran kita agar cemerlang & soleh. In sya Allah akan di aminkan Malaikat & Malaikat akan doakan kita MENDAPAT APA YG KITA DOAKAN UTK ORG LAIN!
15. Anak tak ingat apa yg ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yang ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan & peribadi yang Allah redha.
16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (seperti bodoh, jahat, degil, malas, bengong, goblok!) dalam rumahtangga. Kata-kata ibubapa merupakan doa!
17. Padam semua kata-kata negatif yang pernah di sebut kepada anak-anak dengan memohon maaf & memuji anak dengan jelas. Contohnya: Abah minta maaf sebab kata kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai-- contohnya: buat homework sebelum abah suruh, solat sebelum ibu berleter, layan adik dgn baik & tak herdik adik. Ikut kajian psikologi: Satu pujian yang jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YG LALU! Maha suci Allah SWT.
18. Ibubapa takkan mampu MENGUBAH ANAK2! Tapi bila ibubapa berubah, Allah akan ubah anak-anak. Justeru, ibubapa overhaul diri secara bersepadu agar Allah ubah anak2 jadi hebat & cemerlang.
19. Ibubapa JANGAN MENGHARAP ANAK-ANAK BERUBAH, SEBELUM IBUBAPA BERUBAH DULU!
20. Setelah melakukan yg terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KEPADA ALLAH SWT.
21. Saya BERPESAN KEPADA DIRI SAYA & KEPADA SEMUA SAHABAT TERSYG UNTUK SAMA-SAMA BERUSHA untuk mendidik anak menjadi anak yg Allah redha. 

Aameen, Wassalam.

Tuesday 15 April 2014

Cemburu Adik Baru

Perkongsian ilmu parenting dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Ibu Rose:Prof. Dr. Rozieta Shaary.  


Kelmarin Ibu ada post soalan berbunyi :Siapa baru dapat baby dan ada abang atau kakak baby itu? Adakah kakak atau abang baby itu nampak cemburu?
Amaran: Perkongsian ini panjang. Namun, Ibu harap anda membaca dengan penuh tenang dan ceria
Apabila anda hendak mendapat anak baru, anda perlu menyediakan si abang atau si kakak dari segi fizikal, mental, emosi dan jiwa.
Jika anak itu di bawah 2 tahun, dia masih kecil dan cara menanganinya berbeza dengan anak yang 4 atau 5 tahun. Oleh itu Ibu akan kongsikan dua tahap umur ini untuk anda yang Ibu kasihi.
Sediakan anak dari 4 sudut;

Fizikal ; Perlu bijak menggunakan badan fizikalnya. Untuk anak di bawah 2 tahun.Ajar dia untuk membelai baby. Sebab pada usia ini, anak tidak begitu pandai mengawal kekuatan tangannya. Oleh itu, selalu anak pada usia ini, bila berjumpa baby, dia akan nampak seorang menampar baby. Tetapi sebenarnya dia hanya hendak memegang. Tapi bila selalu sangat dimarah, maka dia akan benci pada baby baru itu.
Bila baby dah lahir, pada bulan pertama dukunglah dia jika dia minta. Buatlah lebih kurang sama apa yang anda buat pada baby, pada dia. Mungkin tidak perlu sampai sebulan. Jika anda dah sediakan minda dan emosinya sebelum baby lahir, anak itu cepat faham, dia lagi banyak buat benda dari adik kecilnya. Elakkan mengatakan; " Abang dah besar, tak boleh dukung-dukung lagi.
Untuk yang lebih 3 tahun, dia mungkin tidak akan minta di dukung, tapi untuk mengelakkan cemburu, banyakkan membelai anak itu. Kiss, belai, peluk, sikatkan rambut jika dia mahu. Ramai juga anak-anak yang mahu buat semua sendiri sebab mereka nak jadi abang dan kakak. This is good. Biarkan dan tetap kiss and peluk.


Minda: Minda perlu ilmu. Oleh itu berilah ilmu mengenai pertumbuhan adiknya sebelum lahir dan setelah lahir. Bacalah buku dan tunjuk gambar baby. Cerita bagaimana rupa baby pada setiap bulan dan ajak dia pegang baby dalam perut itu. Selalu ceritakan apa yang anda akan buat bersamanya untuk baby dan apa baby akan buat dengannya bila baby dah besar.

Emosi: Keperluan hati ialah kasih sayang. Oleh itu pastikan si abang atau kakak lagi berasa sayang setelah ada adik.Selalu katakan bila baby dah lahir, kasih sayang anda pada si kakak atau abang lagi akan bertambah sebab dia sayang adiknya dan dia sekarang mama little helper atau daddy little helper.
Emosilah yang paling perlu dijaga. Oleh itu banyak menyediakan emosinya untuk menerima kedatangan adiknya. Jika ada orang cuba menanam cemburu, contoh; 'nanti dah ada adik, mak tak de masa nak layan kamu...padan muka' , cepat-cepat di situ anda counter balik dan kata, ' nanti dia dah ada adik, mak lagi sayang sebab dia sayang adik dia dan dia suka layan adik dia baik-baik, sebab dia precious mama and ayah. Dan kiss tangan kecil dia.
Anda suami isteri perlu bekerjasama memastikan ada masa khas untuk si kakak atau si abang. Adakan special time. Tak perlu lama, 20 minit sehari pun cukup.


Jiwa: Jiwa memerlukan melakukan amalan baik, berbuat baik. Oleh ajak anak untuk melakukan sesuatu untuk adiknya, atau si ayah ajak anak yang besar itu sediakan sarapan, atau ambilkan barang untuk adik. Selalu raikan perbuatan baiknya dan katakan dia seorang yang rajin, sayang mama and papa dan sayang adik. Dia sangat dikasihi and anda bangga dengannya.
Tunjukkan pada dia bagaimana pertolongannya membantu memudahkan kerja anda.
 

Di sinilah ibu bapa selalu kecundang, sebab hanya arah dan suruh sarah si kakak dan abang.Tidak mengambil masa menyediakan mereka tentang kefahaman berbakti. Lantaran itu menyebabkan anak berasa dia tidak disayangi lagi. Inilah yang menyebabkan dia memberontak lalu mengamuk.
Anak yang besar itu juga memerlukan ruang dan masa untuk adjust dengan perubahan itu. Walaupun anda sudah menyediakan dari semua sudut, persediaan tidak sama dengan melaluinya. Oleh itu, jika dia mengamuk, SABAR dan tenangkan dia dengan kata-kata kasih.

Pada masa cucu Ibu Azzara mendapat adiknya, Muhamad usia dia sudah 4 tahun. Mamanya sudah sediakan dia untuk ke empat sudut ini. Namun, pada hari ke empat Ibu lihat dia nampak senang marah. Ibu pun bertanya kepadanya, " Az-Zahraa rasa tak selesa dekat hati ya. Rasa sedih tapi Az-zahraa suka dapat adik, tapi rasa sedih sikit ya, ' dia menggangguk. Ibu pun menyatakan kepadanya, tak mengapa, itu bukan tanda dia tak syaang adiknya. Itu cuma kerana bila adiknya lahir, banyak perubahan dalam hidupnya.
Tidur pun adakalanya terganggu sebab adik menangis. Ibu tenangkan hatinya dan Ibu kata " Mari kita buang tenaga itu dan tumbuk bantal ni. Tumbuklah bantal tu sampai Az-Zahraa puas hati. Az-Zahraa pun melakukan untuk 2-3 minit. Lepas tu dia mengatakan kepada Ibu dia sudah rasa selesa kembali. Ibu pun memberitahunya, jika dia rasa tidak selesa lagi di hatinya, dapatkan saja bantal special itu dan tumbuk.
Dalam masa kurang seminggu, dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan itu dengan baik. Mamanya pun sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan. Dan dia khaskan masa bersama Az-Zahraa setiap hari. Tidak pernah Az-Zahraa cemburu dengan adiknya. Bila ditanya, dia akan mengata; "I am mama little helper. I love Pocoyo (gelaran yang dia beri kepada adiknya).

Ibu harap perkongsian ini membantu anda. Kepada Allah kita bersyukur. Hanya dialah yang mendatangkan ilham baik kepada kita ibu bapa yang penyayang dan berazam mahu menjadi penyayang.
Semoga kita senantiasa menjaga perhubungan penuh kasih-sayang di dalam keluarga. Bila perhubungan ahli keluarga baik dan sihat , maka keluarga penuh kasih.

Love you so much!

Monday 14 April 2014

Anak Degil?

Perkongsian ilmu parenting dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Ibu Rose:Prof. Dr. Rozieta Shaary.  


Pertama kita perlu tahu apakah yang dinamakan degil. Degil ialah bila sesaorang itu tidak mahu melakukan apa yang kita minta dia melakukan. Atau membuat apa yang kita tidak mahu dia melakukan.

Kenapakah ini berlaku? Ini adalah kerana kedua-dua pihak mempunyai gambaran yang berlainan mengenai perkara yang menjadi isu itu. Sehinggalah gambaran di minda itu boleh menjadi sama atau hampir sama, maka degil boleh berlaku lagi.

Persoalannya, bagaimana hendak menyamakan gambar itu. Jawapannya ialah mempengaruhi. Bagaimana pula hendak mempengaruhi? Jawapannya, membina PERHUBUNGAN rapat atau 'rapport'. Bila ada perhubungan rapat, apa pun mudah diterima.

Di dalam NLP kata-kata ini sering dinyatakan; "Resistance is an indication of a lack of rapport" (Tak mendengar kata, degil, adalah petunjuk bahawa kurangnya hubungan rapat, rapport."

Bila anda sudah faham ini, maka anda boleh memikirkan apakah yang menjadikan hubungan rapat 'rapport' dengan anak anda terjejas?

Namun, Ibu beri 9 perkara besar;
1- Hati anak selalu dilukai sehingga dia tidak merasakan kasih anda. Bila anak dapat adik, perasaannya dibiarkan. Bila marah, tiada penjelasan yang memuaskan. Anak akan degil bila hatinya menjadi 'Closed Heart'. ini banyak berlaku kepada remaja.

2- Bergaduh suami isteri di hadapan anak, sehinggakan anak tidak nampak contoh teladan yang baik dari anda.

3- Mungkir janji dan tidak benar-benar meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan janji.

4-Menyuruh dan mengarah tetapi sendiri tidak melakukan. Marah anak bercakap kasar, tetapi sendiri bercakap kasar dengan anak.

5-Tidak mendengar apakah pendapat anak itu. (Ibu ada satu video yang Ibu nak tunjuk mengenai perkara ini.) Walaupun anda tidak setuju, dengarlah dahulu.

6- TERLAMPAU mengikut kehendak anak, sehinggakan anak menjadi tuan.

7 - Tidak mempunyai ILMU dan SKIL berkomunikasi berkesan yang menyebabkan payah untuk menjual idea kepada anak lalu anak tidak mengikut kata.

8 - Selalu mengatakan kepada anak dia degil dan selalu sangat bersangka bahawa dia degil. Ini menjadi doa!

9- Anak tidak dididik untuk menghormati ibu bapa. Atau cara menyuruh anak menghormati ibu bapa adalah dengan kasar dan bukan dengan penuh kesabaran dan kasih-sayang. Maka anak tidak menghormati ibu bapa. Sebab HORMAT adalah sesuatu yang diberi bukan boleh dipaksa!

Ingatlah kuncinya, ialah HUBUNGAN RAPAT. Bila anda membina hubungan anda dengan anak, tiada lagi perkataan degil dalam kamus anda mengenai anak anda.

Semoga perkongsian ini dapat membantu.

Saturday 5 April 2014

Cat Kereta

Bagi yang bercadang nak tukar cat kereta. Peluang keemasan untuk menjimatkan duit. Bengkel  Ehsan Auto Works yang terletak di Klang sedang mengadakan promosi cat kereta dengan harga yang sangat menarik. Boleh lawat FB mereka di bawah syarikat BHU Resources dengan link nie yer. Boleh hubungi Amir, 013-3483692.


Wednesday 2 April 2014

Sebabak lagi.

Berakhir sudah alkisah kehidupan Sakura yang bertugas di BPSM, JKR pada 31 Mac 2014 yang lalu. Sekarang tanggal 1 April 2014 langkah telah bermula untuk memulakan kerjaya semula sebagai Jurutera. Bergelumang dengan kehidupan merekabentuk struktur bangunan. Alhamdulillah diberikan kesempatan dan peluang untuk mencuba sesuatu yang baru dan perkara wajib dan asas sebagai Jurutera Awam. Hasrat dan cita-cita telah ditunaikan oleh pihak pengurusan Disiplin Awam untuk menempatkan Sakura di bahagian rekabentuk struktuk. Semoga rekabentuk yang Sakura buat dilindungi Allah dan dapat dimanfaatkan oleh orang yang menggunakannya. 

Kehidupan yang tiada stress sebelum ini akan dikenang buat selamanya dan segala pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi disitu akan digunakan dalam membina kerjaya yang lebih baik lagi di JKR. Tak ramai yang dapat peluang sepertimana yang Sakura dapat. Peluang yang diberikan sepanjang berada di BPSM JKR akan digunakan sebaiknya selepas nie kerana telah dapat melihat peluang dan ruang yang bakal diwujudkan dalam kemajuan kerjaya sebagai Jurutera kerajaan.

Bertambah lagi catatan dalam resume Sakura dengan penempatan yang ketiga ini. Semoga semuanya memberikan aura yang positif dan kegembiraan dihati ini. Megharapkan juga agar ape yang diusahakan untuk memperolehi Master Pengurusan Projek dimudahkan untuk dilaksanakan dengan penempatan baru ini. Semoga dengan ape yang diusahakan di masa hadapan dapat berjalan lancar dan mengusahakan cita-cita yangakan datang dengan hati yang redha dan ikhlas.

hasil mengemas 28.03.2014, siap jam 9mlm