Wednesday 2 April 2014

Sebabak lagi.

Berakhir sudah alkisah kehidupan Sakura yang bertugas di BPSM, JKR pada 31 Mac 2014 yang lalu. Sekarang tanggal 1 April 2014 langkah telah bermula untuk memulakan kerjaya semula sebagai Jurutera. Bergelumang dengan kehidupan merekabentuk struktur bangunan. Alhamdulillah diberikan kesempatan dan peluang untuk mencuba sesuatu yang baru dan perkara wajib dan asas sebagai Jurutera Awam. Hasrat dan cita-cita telah ditunaikan oleh pihak pengurusan Disiplin Awam untuk menempatkan Sakura di bahagian rekabentuk struktuk. Semoga rekabentuk yang Sakura buat dilindungi Allah dan dapat dimanfaatkan oleh orang yang menggunakannya. 

Kehidupan yang tiada stress sebelum ini akan dikenang buat selamanya dan segala pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi disitu akan digunakan dalam membina kerjaya yang lebih baik lagi di JKR. Tak ramai yang dapat peluang sepertimana yang Sakura dapat. Peluang yang diberikan sepanjang berada di BPSM JKR akan digunakan sebaiknya selepas nie kerana telah dapat melihat peluang dan ruang yang bakal diwujudkan dalam kemajuan kerjaya sebagai Jurutera kerajaan.

Bertambah lagi catatan dalam resume Sakura dengan penempatan yang ketiga ini. Semoga semuanya memberikan aura yang positif dan kegembiraan dihati ini. Megharapkan juga agar ape yang diusahakan untuk memperolehi Master Pengurusan Projek dimudahkan untuk dilaksanakan dengan penempatan baru ini. Semoga dengan ape yang diusahakan di masa hadapan dapat berjalan lancar dan mengusahakan cita-cita yangakan datang dengan hati yang redha dan ikhlas.

hasil mengemas 28.03.2014, siap jam 9mlm


No comments:

Post a Comment