Tuesday, 15 April 2014

Cemburu Adik Baru

Perkongsian ilmu parenting dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Ibu Rose:Prof. Dr. Rozieta Shaary.  


Kelmarin Ibu ada post soalan berbunyi :Siapa baru dapat baby dan ada abang atau kakak baby itu? Adakah kakak atau abang baby itu nampak cemburu?
Amaran: Perkongsian ini panjang. Namun, Ibu harap anda membaca dengan penuh tenang dan ceria
Apabila anda hendak mendapat anak baru, anda perlu menyediakan si abang atau si kakak dari segi fizikal, mental, emosi dan jiwa.
Jika anak itu di bawah 2 tahun, dia masih kecil dan cara menanganinya berbeza dengan anak yang 4 atau 5 tahun. Oleh itu Ibu akan kongsikan dua tahap umur ini untuk anda yang Ibu kasihi.
Sediakan anak dari 4 sudut;

Fizikal ; Perlu bijak menggunakan badan fizikalnya. Untuk anak di bawah 2 tahun.Ajar dia untuk membelai baby. Sebab pada usia ini, anak tidak begitu pandai mengawal kekuatan tangannya. Oleh itu, selalu anak pada usia ini, bila berjumpa baby, dia akan nampak seorang menampar baby. Tetapi sebenarnya dia hanya hendak memegang. Tapi bila selalu sangat dimarah, maka dia akan benci pada baby baru itu.
Bila baby dah lahir, pada bulan pertama dukunglah dia jika dia minta. Buatlah lebih kurang sama apa yang anda buat pada baby, pada dia. Mungkin tidak perlu sampai sebulan. Jika anda dah sediakan minda dan emosinya sebelum baby lahir, anak itu cepat faham, dia lagi banyak buat benda dari adik kecilnya. Elakkan mengatakan; " Abang dah besar, tak boleh dukung-dukung lagi.
Untuk yang lebih 3 tahun, dia mungkin tidak akan minta di dukung, tapi untuk mengelakkan cemburu, banyakkan membelai anak itu. Kiss, belai, peluk, sikatkan rambut jika dia mahu. Ramai juga anak-anak yang mahu buat semua sendiri sebab mereka nak jadi abang dan kakak. This is good. Biarkan dan tetap kiss and peluk.


Minda: Minda perlu ilmu. Oleh itu berilah ilmu mengenai pertumbuhan adiknya sebelum lahir dan setelah lahir. Bacalah buku dan tunjuk gambar baby. Cerita bagaimana rupa baby pada setiap bulan dan ajak dia pegang baby dalam perut itu. Selalu ceritakan apa yang anda akan buat bersamanya untuk baby dan apa baby akan buat dengannya bila baby dah besar.

Emosi: Keperluan hati ialah kasih sayang. Oleh itu pastikan si abang atau kakak lagi berasa sayang setelah ada adik.Selalu katakan bila baby dah lahir, kasih sayang anda pada si kakak atau abang lagi akan bertambah sebab dia sayang adiknya dan dia sekarang mama little helper atau daddy little helper.
Emosilah yang paling perlu dijaga. Oleh itu banyak menyediakan emosinya untuk menerima kedatangan adiknya. Jika ada orang cuba menanam cemburu, contoh; 'nanti dah ada adik, mak tak de masa nak layan kamu...padan muka' , cepat-cepat di situ anda counter balik dan kata, ' nanti dia dah ada adik, mak lagi sayang sebab dia sayang adik dia dan dia suka layan adik dia baik-baik, sebab dia precious mama and ayah. Dan kiss tangan kecil dia.
Anda suami isteri perlu bekerjasama memastikan ada masa khas untuk si kakak atau si abang. Adakan special time. Tak perlu lama, 20 minit sehari pun cukup.


Jiwa: Jiwa memerlukan melakukan amalan baik, berbuat baik. Oleh ajak anak untuk melakukan sesuatu untuk adiknya, atau si ayah ajak anak yang besar itu sediakan sarapan, atau ambilkan barang untuk adik. Selalu raikan perbuatan baiknya dan katakan dia seorang yang rajin, sayang mama and papa dan sayang adik. Dia sangat dikasihi and anda bangga dengannya.
Tunjukkan pada dia bagaimana pertolongannya membantu memudahkan kerja anda.
 

Di sinilah ibu bapa selalu kecundang, sebab hanya arah dan suruh sarah si kakak dan abang.Tidak mengambil masa menyediakan mereka tentang kefahaman berbakti. Lantaran itu menyebabkan anak berasa dia tidak disayangi lagi. Inilah yang menyebabkan dia memberontak lalu mengamuk.
Anak yang besar itu juga memerlukan ruang dan masa untuk adjust dengan perubahan itu. Walaupun anda sudah menyediakan dari semua sudut, persediaan tidak sama dengan melaluinya. Oleh itu, jika dia mengamuk, SABAR dan tenangkan dia dengan kata-kata kasih.

Pada masa cucu Ibu Azzara mendapat adiknya, Muhamad usia dia sudah 4 tahun. Mamanya sudah sediakan dia untuk ke empat sudut ini. Namun, pada hari ke empat Ibu lihat dia nampak senang marah. Ibu pun bertanya kepadanya, " Az-Zahraa rasa tak selesa dekat hati ya. Rasa sedih tapi Az-zahraa suka dapat adik, tapi rasa sedih sikit ya, ' dia menggangguk. Ibu pun menyatakan kepadanya, tak mengapa, itu bukan tanda dia tak syaang adiknya. Itu cuma kerana bila adiknya lahir, banyak perubahan dalam hidupnya.
Tidur pun adakalanya terganggu sebab adik menangis. Ibu tenangkan hatinya dan Ibu kata " Mari kita buang tenaga itu dan tumbuk bantal ni. Tumbuklah bantal tu sampai Az-Zahraa puas hati. Az-Zahraa pun melakukan untuk 2-3 minit. Lepas tu dia mengatakan kepada Ibu dia sudah rasa selesa kembali. Ibu pun memberitahunya, jika dia rasa tidak selesa lagi di hatinya, dapatkan saja bantal special itu dan tumbuk.
Dalam masa kurang seminggu, dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan itu dengan baik. Mamanya pun sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan. Dan dia khaskan masa bersama Az-Zahraa setiap hari. Tidak pernah Az-Zahraa cemburu dengan adiknya. Bila ditanya, dia akan mengata; "I am mama little helper. I love Pocoyo (gelaran yang dia beri kepada adiknya).

Ibu harap perkongsian ini membantu anda. Kepada Allah kita bersyukur. Hanya dialah yang mendatangkan ilham baik kepada kita ibu bapa yang penyayang dan berazam mahu menjadi penyayang.
Semoga kita senantiasa menjaga perhubungan penuh kasih-sayang di dalam keluarga. Bila perhubungan ahli keluarga baik dan sihat , maka keluarga penuh kasih.

Love you so much!

No comments:

Post a Comment