Saturday, 27 December 2014

Banjir Melanda Disember 2014- Part 1

Hari nie Sakura nak bercerita berkaitan banjir dari aspek kejuruteraan. Banjir adalah fenomena alam yang akan dihadapi oleh negara tropika dan khatulistiwa. Negara nie akan menerima hujan yang banyak berbanding tempat lain. Jadi aspek pembangunan dan kejuruteraan yang akan diguna pakai mestilah mengambil kira faktor hujan, banjir dan resapan air. Ini bagi nemastikan pembangunan yang dibuat tidak menyebabkan banjir berlaku dengan lebih teruk selepas pembangunan dilaksanakan. Selain banjir, sekiranya aspek banjir dan resapan air tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan tanah runtuh kalau pembangunan dibuat di kawasan lereng bukit.  Selain tue mungkin ia penyumbang kepada kegagalan struktur bangunan mcm yang berlaku pada Highland Tower.

Dalam aspek banjir nie, kalu mengikut kejuruteraan akan berlaku jumlah hujan yang diterima maksima dalam tempoh 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun dan 50 tahun. Setiap tempat nilai hujan tersendiri yang kita boleh dapat maklumat tue dr JPS atau Jabatan Meteorologi. Tapi kalau dengan kesan ElNino, ElNina dan perubahan cuaca drastik sekarang. Ia akan memberi kesan kepada maklumat jumlah hujan yang diterima juga. Nie kena ade data baru yang dikaji oleh JPS atau agensi yang berkaitan.

Kejadian banjir yang berlaku di utara dan pantai timur malaysia. Sakura boleh sifatkan ia adalah kejadian banjir yng berlaku 50 tahun sekali atau mungkin 100 tahun sekali sahaja berlakunya. Jangkaan nie tidak digunakan dlm pembangunan tapi sangat relevan untuk buat perancangan bencana. Dari maklumat nie perancangan rapi boleh dibuat oleh pihak berkaitan seperti Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, dan memana agensi yang berkaitan. Semua pihak kena bagi kerjasama yang baik. Dari yang peringkat atas sampai ke bawah. Sakura tetap rasa yang perancangan secara kertas dah dibuat dengan rapi tapi kalau pelaksana x buat atau x dilatih untuk laksanakan. Ia tetap nampak lemah di mata pemerhati atau orang awam. Semua pihak kena berkerjasama dan main peranan. Mulut yang menutur memang mudah. Tapi kalau suruh buat, memang ia agak membebankan. Mulut tempayan bolehla tutup. Ni mulut manusia. Mana nak tutupnya. Nak pulak jenis manusia yang suka tunding kesalahan pada orang lain. Tanpa sedar dia pun x buat ape-ape. Hulur duit derma pun berkira. Jauhilah kita semua dari sifat begitu. Biarlah kita jadi manusia yang lebihkan tindakan dari mulut. Berubah demi Allah dan ikut ajaran Islam sebenar.

Thursday, 25 December 2014

Banjir Melanda Disember 2014

Iñnalillah buat sahabat yang sedang menghadapi bencana banjir di Pantai Timur dan Perak. Semoga dimudahkan Allah untuk menghadapinya.

Dalam pada tue ade yang Sakura x berkenan dengan masyarakat Malaysia nie yang masih x henti nak tunjing jaring cari kesalahan orang. X habis2 nak politkkan semua benda. Assalamualaikum Malaysia. Bangun la dari minda jumud. Apelah yg korang dapat buat gitu. Ada baiknya kita sama hulurkan bantuan yang diperlukan kepada NGO yng sedang buat misi bantuan. Paling mudah pun berdoa bersama-sama supaya Allah mudahkan urusan. Hadiahkan alFatihah sebanyak mungkin untuk dimudahkan urusan.

Allah turunkan sesuatu mesti Dia nak peringatkan kesalahan yang kita buat dan disuruh bertaubat. Mungkin bukan kesalahan mangsa banjir tue tapi kesalahan kita semua yang menyebabkan kesusahan kepada mereka.

Tuesday, 16 December 2014

Minda Kelas 3

Satu yang sangat alegik dan pantang dalam hidup Sakura adalah orang buang sampah merata. Ade tong sampah x nak guna. Kalau sekecil-kecil kerja pun x mampu nak buat. X payah la nak dabik dada kata ko golongan profesional apetah lagi pemegang Ijazah terkemuka universiti Malaysia. Tolonglah sedar diri awak tue ade standard dalam masyarakat tapi kalau buang sampah merata ko terus jatuh standard jadi golongan kelas 3 kot.

X payah la nak bercita-cita kata nak jadi negara maju kalau golongan terpelajar dan konon professional nie masih lagi x pandai nak buang sampah. Sedih ok Malaysia nie masih dipenuhi dengan golongan nie. Sampai bebila la cita-cita nak jadi negara maju jadi angan- angan Mat Jenin.

Sama jer taraf dengan orang yang tinggal flat kat KL atau kat memane yang ade flat di Malaysia nie. Walaupun ko tinggal kat kawasan perumahan elit sekalipun. Suka sangat buang sampah merata. Kebanyakkan flat yang Sakura g mesti ade masalah sampah yang di buang merata.

Satu lagi bila ditegur suruh amik. Boleh pulak cakap 'Makcik cleaner ade. Buat ape bayar gaji dia orang kalau x buat kerja pembersihan'. Dang. Rasa macam kepala kena hempap dengan batu besar. Adoi. Mentaliti apekah yang melanda orang Malaysia nie. Suka menghambakan orang. Atas alasan nie kot kita x boleh hidup tanpa maid dari negara luar untuk jaga dan bantu kita kat rumah. X boleh nak buat keje sendiri. Mcm orang Jepun yang x perlukan pembantu rumah untuk selesaikan keje rumah.

Berubah la rakyat Malaysia yer. Wawasan 2020 dah tinggal 5 tahun jer lagi.