Saturday, 30 June 2012

ASB

Dalam entry yang lepas Sakura ada ceritakan pasal simpan dalam ASB. Pada mulanya mesti korang x dapat tengok keseronokkannya. Jadi Sakura sarankan korang pergi kt bebas hutang. Kat sini ada kiraan ASB yang boleh digunakan untuk tengok jumlah simpanan yang dah kita tetapkan tiap-tiap bulan. Jumlah simpanan akan ditunjuk datan tempoh tahun untuk maksimum simpanan. Kat sini keseronokan menyimpan akan menjadi lebih lagi......(Kat sini la yang Sakura selalu berangan).

Bagi Sakura ASB nie akan menjadi tool untuk kita menjana pendapatan dan keseronokkan menyimpan.



Friday, 29 June 2012

Gaji

Ape yang korang buat bila dapat gaji hari pertama? 
Jawapan biasa yang diterima bayar semua hutang dan keperluan yang diperlukan dan baki baru simpan.

Dari yang Sakura belajar dari Program En Aziz CFP dan lain-lain buku kewangan, kita mesti simpan dulu dan buat tabungan kecemasan baru belanja dan bayar hutang. Since dah diajar begitu dan dah menjadi kebiasaan dan keserokan bila dapat gaji sebab simpanan akan bertambah (walaupun x banyak mcm plan En Aziz CFP).

Kaedah yang Sakura dan Tuan Faizal buat adalah

Perancangan
1. Kenal pasti semua hutang ada dan senaraikan baki hutang yang masih tinggal -rumah, kete, PTPTN, kad kredit (kalau jumlahnya banyak, buat perancangan untuk bayar dalam kadar termampu dan mesti lebih dari bayaran minimum)
2. Tengok payslip gaji yang ada dan tengok gaji bersih yang diterima (sebaiknya husband and wife combine)
3. Kenal pasti perbelanjaan bulanan (makan, duit minyak, bil utiliti, telefon, broadband, ASTRO, bagi mak bapa, duit dapur, Touch N Go, etc)
4. Mesti tetapkan 10% (minimum)  dari pendapatan tadi adalah untuk simpanan. Paling baik, simpanan yang disimpan dari baki lepas perbelanjaan (klu plan En Aziz mmg lebih lagi, boleh cecah sebulan gaji) dan RM 200 untuk kecemasan (nie duit g klinik, balik kampung etc. Klu pki plan En Aziz, x perlu tabungan nie sebab ada simpanan)
5. Buat kira-kira dulu supaya tidak melebihi dari pendapatan yang ada tapi kalau berlebih, kurangkan dan berjimat pada perbelanjaan bulanan (buang perbelanjaan yang x patu).
6. Kalau ada lebih lagi simpan juga untuk keperluan kereta (road tax dan servis- ikut jenis kereta. Klu plan En Aziz x perlu tabungan nie sebab ada simpanan).

contoh:

Gaji (Huby + Wife) RM 7000
Perbelanjaan bulanan
(termasuk pemberian ibu bapa dan anak2)
RM 3000
Kereta RM 1000
Rumah RM 1500
Kecemasan+road tax+servis RM 500
Baki@Simpanan RM 1000

Pelaksanaan
1. Hari dapat gaji, Sakura dan Tuan Faizal akan masukkan semua gaji tadi dalam Current Accout@bukan akaun masuk gaji (nie mudah untuk bayar bil dan hutang yang ada)
2. Esoknya baru agihkan seperti yang dirancang dan hutang yang ada bayar pakai cek or transfer bank.
3. Masukkan duit simpanan tadi dalam akaun ASB huby atau wife (penuhkan satu tabungan dulu baru simpan kat satu lagi.

Hasilnya 
1. Sama-sama berkongsi pendapatan dan belanja
2. Seronok tengok ASB bertambah
3. Sama-sama pokai dihujung bulan (time nie biasanya Sakura akan gunakan duit kecemasan)

**En Aziz banyak mengubah corak kewangan keluarga Sakura.




Thursday, 28 June 2012

Menguatkan akal

Untuk perkongsian bersama petua Menguatkan Akal berdasarkan sumber internet yang Sakura baca

Berdasarkan ahli perubatan Islam petuanya:

1. Makan 21 biji kismis setiap hari - insa'allah boleh buat
2. Makan buah Badam - insa'allah boleh buat
3. Makan daging kambing - insa'allah boleh buat tapi sebulan sekali
4. Halwa halia - macam mane rupanya
5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani - ape tue?
6. Makan buah limau - insa'allah boleh buat

 Pantang larang yang melemahkan akal

1. Jangan minum air yang dimasukki semut
2. Mengurangkan makanan masam
3. Jangan makan ikan di bahagian kepala
4. Jangan tido selepas subuh, asar dan maghrib
5. Menjaga kebersihan dlm semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali nak solat



Wednesday, 27 June 2012

EURO 2012


Dah nak sampai penghujung dah EURO 2012 (pada 1 Julai nie). Fuh lega...dah x dah adegan kena bawak kete pagi (baru 3 x kali kenapun dah kecoh) sebab Tuan Faizal mengantuk bawak kete pagi2 nak g keje. Kalau dah kaki bola tue, x kira dah, match pagi pukul 3 pg pun sanggup tunggu. 

Untuk orang yang x d perasaan pasal bola (Sakura la orangnya) memang ayat yang keluar "Ape pekdah tgk bola? baik bangun pagi solat tahajud" hehehehe.... Disebabkan Euro nie match pagi buta. Jadi kebiasaannya Tuan Faizal akan tido awal. Jadi kurang sikit ngantuk kat opis. Tapi okla dari ngantuk kat tempat keje.

So tgokla aksi peminat EURO 2012 disekeliling SAKURA
Tuan Faizal tido awal....
Buat jersi utk sekeluarga - adik Sakura

Bambam Rais pun terbabit juga - anak adik Sakura

Monday, 25 June 2012

Komuter

Jumaat lepas bailk Klang (rumah ayahanda) naik Komuter (balik keje terus balik), nie disebabkan Tuan Faizal ada bengkel kat Melaka. Malas nak ikut sebab tgk jadual bengkel penuh. Kalau ikut mesti kebosanan sebab x d aktiviti nak dibuat dalam bilik hotel. Dengan idea yang bernas. lebih baik balik Klang. Hehehehe. Dapat main dengan Bambam Rais Naufal

Balik naik Komuter tue dapat lagi naik train baru yang 6 gerabak. Best, best. Orang pun x sesak sangat dan selesa. Yang bestnya siap pasang kartun Tom n Jerry lagi. Kiranya sekarang KTM sedang membuat pemodenan la kepada perkhidmatan yang ditawarkan. Syabas dan semoga dapat menawarkan perkhidmatan yang terbaik lagi. 

Keretapi Lama
 
Keretapi Baru



tayang kartun Tom n Jerry


Monday, 18 June 2012

Keguguran

Cerita sedih yang nak dikhabarkan dari kawan Sakura. Dia mengalami keguguran baru-baru nie. Sakura mendoakan semoga dia cepat sembuh dan kembali seperti biasa. Memangla sedih sebab keguguran tetapi sekurang-kurangnya nie pengalaman keduanya dan telah dikurniakan dua putra dan dua putri dalam kehidupannya.Kawan Sakura telah mengalami keguguran minggu lepas lagi dan janin dah keluar rasanya cumanya kantung baby dan sisa yang lain masih lagi tak keluar. Memang la sakit dibuatnya. Masa keguguran tue dia dah refer ke Hospital Putrajaya (HPJ) dan diberi advise datang cuci semula selepas dua minggu kalau x habis pendarahan lagi. Memang kiranya dia nak suruh keluar secara natural la. Omak ai dua minggu yang senggasara wei, dah la x bagi cuti dan kena tanggung penyeksaan sakit yang ala-ala extrem period pain tue. At last dia g Klinik An-Nur kt Bangi, masuk wad dan cuci terus, x plah terpaksa bayar dalam RM1400 dan  kesakitan hilang.  Sakura faham perasaannya, dah la kita kesedihan kerana keguguran dan bertambah sakit lagi dengan sisa yang x keluar habis lagi.

Sakura juga pernah mengalami nasib begini. Sakura mengalami keguguran pada pregnat yang pertama yang hanya sempat 12minggu jer. Sedih memang tak terkata la, sebab tue anak first. Masa tue memang sangat berharap tetapi ape kan daya Allah masih mahu menguji kesabaran Sakura dan sekarang pun Sakura masih diuji.

Masa first tahu hamil tue, Sakura tahu melalui pregancy test kat rumah dah positif, buat test sebab period lewat seminggu. Lepas tue baru g klinik swasta kat Sri Kembangan untuk sahkan betul atau tak. Dan jawapannya tetap Yes, memang gembirala waktu tue. Bila minggu ke11 kot datang macam stain. X lah muskil ker hape sampaila minggu 12 (hari Isnin-22.03.2010) buat buku pink kat klinik Putrajaya presint 9. Semua ok dan test urine pun positif. Bila tanya pasal stain kat staf nurse tue dia advise kurangkan aktiviti bersama dan Sakura pula tak confirmkan balik dengan doktor.

Tapi masa maghrib hari yang sama Sakura dah jadi takut sebab keluar fresh blood, so Sakura call Kak Atikah (kakak Sakura- doktor kerajaan) tanya kenapa sebab macam malas nak g klinik sebenarnya. Dia terus advise g Emergency HPJ. So lepas maghrib tue terus g HPJ, lepas daftar terus dia panggil masuk sebab keutamaan kt Emergency adalah ibu mengandung yang mengalami pendarahan. Bila masuk kt dalam tue, doktor perempuan tue scan dan nampak macam ada problem so dia hantar ke Wad Bersalin untuk OnG sahkan. Bila dah kena tolak kat Wad Bersalin tue, doktor scan dan dapat tau la yang bentuk janin dah abnormal dan kemungkinan besar keguguran. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya time tue, tapi doktor tue (tak ingat nama dan dia juga yang buat DnC) bagi tahu jangan sedih sangat sebab lepas nie boleh usaha lagi. Dia bagi appoinment untuk Jumaat kalau masih x keluar lagi untuk buat DnC. So malam tue balik rumah dan bersedihla, tapi dalam hati memang masih mengharapkan keajaiban akan berlaku. Esoknya Sakura ambil cuti tenangkan perasaan dan takut kalau g Opis, berlaku perkara yang tak diingini, Tuan faizal pun ikut sama cuti sebab takut sesuatu berlaku.

Esoknya (Selasa-23.03.2010) lepas balik makan tengah hari kat Pantai Dalam (jauh gila g makan)  dalam pukul 2 macam tue, Sakura rasa lain macam kat perut, g la bilik air dan akhirnya darah bertaburan la kat lantai. Memang menakutkan la masa tue, habis lantai bilik air penuh darah. Menjeritla Sakura panggil Tuan Faizal. Memang masa tue darah keluar tak berhenti-henti samalah dengan airmata Sakura yang habis turun tue. Dalam 20 minit juga tunggu sampai darah berhenti. lepas berhenti tue cepat-cepat bersiap ke HPJ. Sampai kt HPJ Tuan Faizal drop kt Emergency, dan Sakura jalan sendiri la sebab Tuan Faizal nak parking kete. Dalam sorang2 tue, g lah register. Boleh MA tue tanya lagi soalan yang sama macam mlm tadi. Sakura sound jelah, "awak tengok la sendiri buku pink nie, takkan rekod saya mlm tadi x d". Sakura dah la sakit, kena layan soalan pulak. Lepas register setel terus je masuk bilik pemeriksaan dan dia orang terus masukkan kat letakkan kat katil sementara nak dihantar ke Wad Bersalin. Time tue memang terasa bayak gila dah darah yang keluar, dekat sejam gak sebelum dapat g Wad Bersalin, sampai katil pun basah dengan darah

Masa g Wad Bersalin tue dia orang hantar pakai kerusi roda jer, kain dah confirm basah dengan darah. Sampai kat Wad bersalin terus letak atas katil dan time tue darah keluar banyak lagi dan terkeluar juga janin tue. Lepas dia orang dah bersihkan darah dan janin tue, Sakura kena masuk wad sebab pemantauan. Terdengalah staff nurse tue panggil Tuan Faizal untuk uruskan masukkan bilik. Semantara menunggu masuk bilik, Sakura kena duduk kat kerusi. Memang azab giler tahan sakit (sakit macam period pain yang teruk tue) tapi tahan jela sebab kesedihan baby x d membuat Sakura lebih suka melayan perassan sendiri. Air mata jangan cakap la, x henti mengalir sampai orang sebelah pun Sakura x tegur. Dekat setengah jam baru boleh masuk bilik.

Bila dah dpt katil, baringla sorang2 melayan perasaan sedih, lepas tue baru tuan Faizal datang. X boleh nak cakap ape kita orang melayan perasaan sedih jer selain Sakura menanggung kesakitan. Dh nk  pukul 7 macam tue tuan Faizal pun balik rumah. Lepas tue yang rasa nk g toilet, jalanlah sorang2 pelan-pelan g toilet, mujur sebelah jer toilet. Dalam toilet tue tetiba macam ada benda terjatuh kat lantai, Sakura tengok mcm kantung jer, buat dek jela dulu, bersihkan ape yang patut. Masa nak keluar dari tolilet, Sakura tekan bell emergency. Ape lagi staff nurse datang tengok la kenapa. Sakura bagi tau je la ada benda jatuh kat lantai suruh dia orang tengok. Then  masuk la doktor ambil benda tue masuk dalam bekas spesimen.

Lepas maghrib, Kak Ros (klik opis) datang. Then, nurse datang bawak g Wad bersalin nak scan. Waktu tue bapa, adik dengan ibu datang juga tapi x sempat nak borak jumpa tengah jalan jer. Bila scan malam tue, masih ada sisa yang x keluar lagi, doktor pun suruh puasa malam tue sebab esok nak DnC. Okalah, cepat cuci cepat balik rumah. Tension sangat duduk kat hospital sebab katil sebelah semua bakal dapat anak yang kita x d. Memang x bercakap langsung, hanya dengar ape yang dia orang citer jer. Esk paginya tuan Faizal datang, disebabkan Sakura puasa, makanan breakfast tue yang tolong licinkan. Menanti la sampai ke petang bila nak cuci, nie masih puasa lagi. Sudahnya sampai ke malam dlm pukul 8 baru dia orang bg tau esk cuci sebab OT penuh dengan orang bersalin. Nak marah pun dah x larat sebab dah lembik x makan seharian. Lebih 12 jam berpuasa. Sudahnya dapat makan roti dengan air soya jer. Petang tue ada geng opis datang, jadi adalah yang membawa buah tangan yang boleh Sakura makan. Badan memang dah lesu, dalam fikiran dok ingat bila nak balik, bila nak balik. 

Esok sambung lagi puasa sebab nak DnC, sudahnya pukul 2 ptg nurse tolak masuk OT. Gerun gak nak masuk sebab first time masuk OT. Masa nak DnC tue, pakar bius buat separuh badan jer, jadi sedarlah masa dia cuci tue. Doktor dgn team tue siap bergosip lagi dalam OT. Yang kita nie dengar jelah. Dalam pukul 4 baru naik bilik. Kaki x terasa langsung. Huhuhu....malam tue tido lagi kat HPJ. Waaa cepatla balik, boring tahap dewa tau tak. Esoknya dah lega sebab boleh balik. Lepas tuan Faizal uruskan hal keluar hospital, akhirnya dapat balik rumah. 4 hari yang menyedihkan dan menyakitkan. 

Betul kata kawan Sakura kalau nak bersalin boleh g kerajaan sebab kat swasta atau kerajaan, sakitnya tetap sama. Tapi bila keguguran, baik g swasta sebab boleh cepat cuci.



Saturday, 16 June 2012

Klinik 1 Malaysia: PPR Muhibah

Tahniah buat Tuan faizal yang berjaya menyiapkan projek Klinik 1 Malaysia di PPR Muhibbah. Klinik adalah yang ke 8 dalam KL dan yang ke100++ dalam Malaysia. Klinik nie beroperasi dari jam 10 pg smp 10 mlm dan menguruskan masalah kesihatan ringan jer mcm demam, cuci luka, tibi, dan batuk. Bayaran cuma RM1 utk warganegara. Perasmiaan di laksanakan oleh TPM, YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin pada 14.06.2012. 












Wednesday, 13 June 2012

Laksam

Hari  nie dah mula tugas@rutin seperti biasa. Agak malas dan kurang bersemangat sebab tinggalkan opis dari Selasa lepas lagi. Ape taknya dari Selasa sampai Jumaat jadi panel interview di JPA. Lepas tue dua hari lepas amik cuti sebab balik Kota Baharu. Heheheh.....selepas empat  bulan baru balik lagi.

Seperti biasa kalau balik sana, makanan yang harus dicari adalah Sup Belut dan Laksam. Tapi balik kali nie pun masih tak dapat makan Sup Belut. Payah betul nak dapat, kalau tanya asyik habis memanjang. Laksam jelah yang dapat makan. Tempat favourite Sakura adalah gerai BY-T LAKSAM. Gerai nie kt Panji dekat dengan Depoh Bas Mutiara. Makanan yang ada cumalah Laksam (Biasa dan Special) dengan Laksa Penang. Harga x mahal, Laksam Special cuma RM3, Biasa RM2 dan Laksa Penang RM2. Murahkan


Laksam Special nie cuma tambah telur burung puyuh dengan serunding daging. Kriteria Laksam yang sedap bagi Sakura adalah pada kuahnya. Tempat nie memang wajib bagi Sakura g kalau balik KB.


Next balik Kota Baharu pada bulan puasa, puasa dan berbuka dengan famili. 



Temuduga:Part 2


Nie Sakura dapat dari Sumber Facebook berkaitan inteview yang akan dihadiri. Moga ia dapat dijadikan panduan juga yer

Friday, 8 June 2012

Temuduga

Alhamdulillah, selamat dah urusan menemuduga Juruteknik (Awam) gred J17 untuk JKR dan JPS. Untuk pertama kalinya Sakura dilantik sebagai panel penemuduga. Pada mulanya kena lantik (arahan hari Khamis lepas) dah gelabah dah, ape nak tanya nie? Nanti terbagi soalan gred J29@J41 susah la pulak. Pening juga nak buat soalan pada mulanya. At last, jumpa soalan jabatan untuk gred J17 juruteknik awam. Jadi dapatla idea untuk buat soalan, tapi sebelum tue ada gak tanya kt Puan Su (turut jadi panel kt Melaka) ape yang nak ditanya. 

Setelah semua pertimbangan yang dibuat, jadi hari pertama (5.6.2012) bermulalah episode menemuduga bermula. Hari pertama tue agak mendukacita sebab ramai yang x dapat jawab.Ada gak yang betul-betul bagus dan mencapai matlamat. Untuk hari kedua pulak, semakin baik persembahan calon. Akhirnya kesemua 100 calon yang hadir, dapatla cari 7 orang yang betul bagus dan simpanan untuk 9 orang. Pesaingan sengit dan yang dipilih adalah yang terbaik sahaja. 


Berikut Sakura bagi Tips Temuduga Kerajaan untuk sesape yang berminat menghadirinya:

1. Hari Sebelum Datang Temuduga-pastikan maklumat organisasi yang nak ditemuduga dibaca dan dikenali, macam Nama Menteri dan Timabalan, Nama Ketua Pengarah dan Timbalanya, Nama KSU dan Timabalan, objektif, misi, visi, bidang tugas jabatan, cawanagan/ bahagian yang ada. Kalau yang teknikal, serba sedikit pengetahuan asas berkenaan konkrit, besi, kayu dan jalan diingat semula.
2. Pagi Temuduga-Dress code kena betul (tapi masa Sakura dulu, sesuka hati pakai baju kemeja dengan seluar....hehehehe dapat gak lulus temuduga....jangan diikut yer)
3. Hari Temuduga-datang awal 30  minit dan terus pergi ke kaunter pendaftaran untuk dapatkan giliran. Sape datang dulu, dia yang akan dipanggil dulu.Sesi temuduga akan bermula jam 8.00 pagi dan tunggu sampai giliran dipanggil. 
4. Masuk Bilik Temuduga- ketuk pintu dan beri salam dan serahkan dokumen salinan dan asal (dokumen asal nie letak dalam clear folder) seperti yang diminta oleh Ketua Panel dan duduk setelah Ketua Panel minta untuk duduk dan letakkan beg atau barang lain diatas meja (kalau disediakan) atau atas lantai. Tarik nafas dan bertenang dan jawab soalan mesra berbual dari Ketua Panel. Cara duduk kena tegak dan letakkan tangan kat lutut. Jangan peluk tubuh atau mengoyangkan kaki, agak x sopan dan bahasa badan x bagus.
5. Sesi Temuduga-Jawab soalan dengan tenang dan teratur. Kat sini panel akan tengok macam mane calon handle maklumat yang akan disampaikan. Penyampaian maklumat@jawapan calon mestilah lancar, teratur, berkeyakinan dan menjawab soalan. Jangan takut salah tapi biarlah yakin semasa menjawab. Panel x akan kata yang tue salah dan tue betul, semua jawapan diterima tapi akan tolak markah la kat yang salah.
6. Akhir temuduga-setelah semua soalan diberikan oleh panel diberikan kepada calon dan calon dah selesai menjawab. Ketua Panel akan tanya kepada calon sekiranya ada soalan atau tidak. Waktu nie calon kena promote diri yang dia berterima kasih diberi peluang temuduga dan tegaskan kenapa dia sesuai untuk kerja tue dan harapan sekiranya dapat kerja nie. Kalau boleh jangan tanya soalan balik (soalan macam bila tarikh keputusan temuduga keluar baik jangan tanya, sebab dalam surat dah ada. Kalau nak tanya pun ubah jadi bijak sikit, betul ke tuan keputusan temuduga nie akan dikeluarkan pada ????)sebab panel akan merasakan yang calon tidak bersedia menambah pengetahuan.
7. Sebelum keluar- Ketua panel akan ucapkan terima kasih kerana hadir, calon boleh bangun dan ucap terima kasih kalau boleh hulur tangan dan salam pada panel temuduga yang boleh disalam. Jangan pulak calon lelaki nak p salam panel perempuan. 

Paling penting dalam temuduga nie, bertenang dan jangan gugup. Pastikan maklumat asas kita adalah kukuh kalau yang bidang teknikal.

**berkait part2, part3

Wednesday, 6 June 2012

3rd Year Anniversary

Alhamdulillah untuk perkahwinan tahun ketiga buat Sakura dan Tuan Faizal. Segala yang berlaku adalah indah dan mematangkan hidup kami berdua. Banyak pencapaian yang dikecapi dalam masa tiga tahun perkahwinan. Betul kata orang, bila berkahwin nie, semakin banyak rezeki yang akan Allah limpahkan. 

Alhamdulillah dengan kurniaan mu YA ALLAH!. Nikmat dan rahmat-MU yang x terkira banyaknya.

Buat Tuan Faizal, terima kasih untuk kasih sayangmu dan kesabaran dalam masa kita menjalani hari-hari bersama.  Sakura bukanlah yang terbaik dalam hidupmu, tapi akan sentiasa menjadi yang terbaik. Semoga kita akan dikurniakan zuriat yang sentiasa menjadi idamankan kita selama ini.  Berharap dan berdoa agar suatu hari nanti Allah akan perkenankan doa kita ini. 



Jika doamu dimakbulkan, tandanya Allah menyayangi dirimu.
Jika doamu lambat dimakbulkan, tandanya Allah ingin mengujimu.
Jika doamu tidak dimakbulkan, Allah merancang yg terbaik untukmu....

Friday, 1 June 2012

Tips Beli Rumah: Part 4

Mesti dah boring dok citer nie yang x habis2. Sakura pun x tau bila nak habis sebab proses yang sangat panjang dan banyak halangan diterima. Nasihat Sakura yang paling penting sebelum decide beli rumah secondhand yang diminati, check title rumah tue sama ada Master Title or Individu Title. 2 perkara nie beri impak besar pada loan sebab ada bank yang terus reject bila Master Title. Untuk apply loan OCBC, dema nie memang x boleh tolong kalau Master Title, on d dot dia reject. X silap Sakura kalau loan kerajaan pun sama, mesti Individu Title baru boleh ambil loan kerajaan.

Master Title nie risikonya nak masuk nama dalam geran lah payah sebab developer x pecah lot lagi untuk setiap pembeli. Jadi kena pastikan betul2 bab Master Title. Macam Sakura, memang pada mulanya beli rumah Master Title, tapi alhamdulillah dalam pada buat proses jual beli rumah pemaju dah setuju untuk jadikan Individu Title. Jadinya dari pemaju kepada pemilik pertama dan pemilik seterusnya. Jadi isu pemilikan dah selesai serentak dengan isu loan bank. Disebabkan consent  dapat sebelum bank disburst duit, jadi kos tukar hakmilik akan dibayar oleh pemilik (ikut kata lawyer rumah S&P). Kalau selepasnya, pembeli rumah baru lah yang kena tanggung. Duit dah kering bayar down payment dengan peguam rumah. Kena pulak bayar tukar title, parah betul.

Kebiasaanya kalau rumah baru yang dibeli, urusan tukar hakmilik kepada Individu Title nie akan selesai dalam tempoh setahun jer. Sebelum kita dapat kunci rumah, proses tukar hakmilik akan dilaksanakan antara pemaju dengan Pejabat Tanah melalui peguam S&P untuk tukarkan kepada kita yang membeli rumah tersebut. Kalau dah dapat  Individu Title, baru boleh buat urusan gadaian kepada bank, yang nie diuruskan oleh peguam bank pulak.

Lega dah satu bab.