Nak tergelak pun ade, sakit hati pun ade. Hari Jumaat lepas ingat nk belanja Tuan Faizal makan sempena Birthday kat tempat special merangkap berbuka pertama kat luar rumah. Tapi niat telah dinafikan dengan Tuan Faizal tetiba kata cancel jela sebab dia nak makan Nasi Arab Saba. Hati sakit nie, hari tue kata setuju dengan tempat yang Sakura pilih. Tetiba pulak lagi berapa jam nak buka boleh kata cancel. Disebabkan puasa malas nak layan sakit hati, kita ikut jelah kata Birthday boy. Dengan kecewa juga ikut jelah. Disebabkan balik memang ikut MEX. Jadi terus jelah sampai Cyberjaya, nak g beli Nasi Arab kat Saba. Sangat lawak ok bila sampai kat Saba tue, apepasal la x ramai orang kt parking nie. Bila masuk depan kedai terus nampak notis yang 'take away' x d hari nie sebab dema hanya sediakan untuk yang bufet. Hehehehe. Apekah malang yang menimpa ini. Kecewa tambah lagi. Tapi Sakura x d rasa sangat sebab bukan Sakura yang teringin. Nak bagi tau juga yang bufet kat Saba untuk puasa nie RM50 adult yer.
Kemudiannya nak g bazar Putrajaya dan boleh g buka dan solat terawih terus. Niat telah dicantas dengan Sakura sebab x d telekung. Sebab telekung kat masjid besi x banyak disediakan. Nak balik rumah pulak, jem yang teramat sangat. Dengan penuh sabar harung juga tapi kena ikut Puchong, U-Turn balik ke Seri Kembangan. Mujur dekat Seri Kembangan ade restoran nasi Arab juga. Walaupun kedudukan no 2 bagi Sakura. Dia jadi no 2 sebab Sakura jumpa Saba yang sedap dulu berbanding kedai nie. Tapi kedai nie best sebenarnya, menu dia lagi banyak sebenarnya. Bolehla untuk menyedapkan tekak yang nak makan nasi Arab. Nama kedai tue Al-Raudah Arabian Food, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. Masa tue dah pukul 7.10 kot. Ingat nak makan situ. Sekali semua dah berpunya meja-mejanya. Ape yang Sakura perhati kedai ini amat selesa sebab disediakan tempat solat untuk yang datang makan. Bagus nie. Sebabnya kalau bulan puasa nak makan kat Saba, Cyberjaya memang Sakura elakkan. Lebih baik tapau jer. Tempat solat x selesa dan agak kotor. Tokey kedai tue pun layanla kita orang dengan bagi 3 pilihan menu kalau nak bungkus dengan segera. Sakura pun pilih Lamb Kabshah, Chicken Rooasted dengan air bandung. Berkenan beli air tue sebab masa dia serve untuk meja, memang nampak menyelerakan. Lepas bayar tue, moh le kita balik rumah berbuka.
No comments:
Post a Comment