Thursday, 24 July 2014

26 Ramadan

X berapa hari lagi Ramadan dah nk pergi tinggalkan kita. Sobsobsob. Dengan berbaki lagi 3 hari lagi jer nak merasa terawih, bangun pepagi siapkan sahur Tuan faizal dan bersolat dipenghujung malam. Moga lepas nie nie masih diteruskan solat dipenghujung malam. 

Persiapan raya x d. Sebabnya masih sibuk siapkan projek master 1. Kena bentang lepas raya 9 hb Ogos. Tiap-tiap minguu g UTM KL jumpa Dr Nik utk ulasan keje yang dibuat. Mencabar tahap dewa la buat Projek Master. Semua benda Sakura ok jer baik test, quiz, exzam dan assignmen. Tapi bab projek master nie, memang teramat berat sangat. Perah otak nak membuatnya. Moga Allah memudahkan urusan menyiapkan projek master dan cepat la ia berakhir. Boleh tutup buku la bab capai cita-cita. Cukuplah setakat ade Master. Lepas nie urusan nak amik professional dan tumpuan penuh pada keluarga dan kerja merekabentuk pulak. 

Dalam pada semua orang sibuk dengan persiapan raya Sakura sibuk menghabiskan baucar buku 1 Malaysia. Nie gegara tarikh boleh guna sampai 30 Julai. Pulun beli buku sampai 6 buah. Yang mahal sekali buku Employee Survey That Work, RM90++. Buku lelain paling mahal pun 60 dan yang murah RM30. Berat gak membawaknya. Niat dihati nak beli buku enginering. Tapi x d la pulak. Next time ler.




Monday, 7 July 2014

Tolak Tuah

Nak tergelak pun ade, sakit hati pun ade. Hari Jumaat lepas ingat nk belanja Tuan Faizal makan sempena Birthday kat tempat special merangkap berbuka pertama kat luar rumah. Tapi niat telah dinafikan dengan Tuan Faizal tetiba kata cancel jela sebab dia nak makan Nasi Arab Saba. Hati sakit nie, hari tue kata setuju dengan tempat yang Sakura pilih. Tetiba pulak lagi berapa jam nak buka boleh kata cancel. Disebabkan puasa malas nak layan sakit hati, kita ikut jelah kata Birthday boy. Dengan kecewa juga ikut jelah. Disebabkan balik memang ikut MEX. Jadi terus jelah sampai Cyberjaya, nak g beli Nasi Arab kat Saba. Sangat lawak ok bila sampai kat Saba tue, apepasal la x ramai orang kt parking nie. Bila masuk depan kedai terus nampak notis yang 'take away' x d hari nie sebab dema hanya sediakan untuk yang bufet. Hehehehe. Apekah malang yang menimpa ini. Kecewa tambah lagi. Tapi Sakura x d rasa sangat sebab bukan Sakura yang teringin. Nak bagi tau juga yang bufet kat Saba untuk puasa nie RM50 adult yer.

Kemudiannya nak g bazar Putrajaya dan boleh g buka dan solat terawih terus. Niat telah dicantas dengan Sakura sebab x d telekung. Sebab telekung kat masjid besi x banyak disediakan. Nak balik rumah pulak, jem yang teramat sangat. Dengan penuh sabar harung juga tapi kena ikut Puchong, U-Turn balik ke Seri Kembangan. Mujur dekat Seri Kembangan ade restoran nasi Arab juga. Walaupun kedudukan no 2 bagi Sakura. Dia jadi no 2 sebab Sakura jumpa Saba yang sedap dulu berbanding kedai nie. Tapi kedai nie best sebenarnya, menu dia lagi banyak sebenarnya. Bolehla untuk menyedapkan tekak yang nak makan nasi Arab. Nama kedai tue Al-Raudah Arabian Food, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. Masa tue dah pukul 7.10 kot. Ingat nak makan situ. Sekali semua dah berpunya meja-mejanya. Ape yang Sakura perhati kedai ini amat selesa sebab disediakan tempat solat untuk yang datang makan. Bagus nie. Sebabnya kalau bulan puasa nak makan kat Saba, Cyberjaya memang Sakura elakkan. Lebih baik tapau jer. Tempat solat x selesa dan agak kotor. Tokey kedai tue pun layanla kita orang dengan bagi 3 pilihan menu kalau nak bungkus dengan segera. Sakura pun pilih Lamb Kabshah, Chicken Rooasted dengan air bandung. Berkenan beli air tue sebab masa dia serve untuk meja, memang nampak menyelerakan. Lepas bayar tue, moh le kita balik rumah berbuka.

Akhirnya Sakura berbuka depan muka pintu rumah. Bukak jer gate azan maghrib berkumandang. Mujur Tuan Faizal beli kurma kat Masjid Negara masa solat Jumaat. Memang kejadian menarik di bulan puasa tahun 2014. Buka puasa depan muka pintu rumah. Moral of the story, lain kali jangan tolak tuah ok. Kemalangan datang bertimpa-timpa. 1 rezeki pergi, 3 masalah dapat. Hehehehe. 

Friday, 4 July 2014

Peringatan Dari PDRM

CRIME ALERT: UMPAN DAN CULIK

Mendidik anak-anak tentang keselamatan diri amat penting dan ia perlu bermula di seawal usia kanak-kanak tersebut. Peranan tersebut harus dimainkan oleh ibu bapa yang tidak seharusnya leka dengan sentiasa menganggap diri dan keluarga dalam keadaan selamat serta jauh dari risiko bahaya.

Sedarkah kita, kejadian yang menimpa kanak-kanak seperti hilang atau diculik pada hari ini adalah disebabkan oleh sikap segelintir ibu bapa itu sendiri.

Beberapa taktik dikesan digunakan penjenayah untuk UMPAN dan CULIK kanak-kanak serta ikuti MO dan nasihat daripada pihak polis bagi mengelakkan anak anda menjadi mangsa seterusnya.

Modus Operandi
1. Suspek terdiri daripada dua orang dan lebih
2. Menaiki kenderaan
3. Mangsa di kalangan kanak-kanak
4. Lokasi sasaran di padang permainan, kawasan rumah, pusat membeli belah, dan jalan-jalan yang kurang dilalui orang awam
5. Mengumpan mangsa dengan memberi gula-gula, wang atau barang permainan

Nasihat
• Jangan membiarkan anak-anak ke sekolah atau ke mana-mana tempat tanpa pengawasan.
• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak menggunakan jalan yang terang dan ada orang ramai.
• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak menggunakan jalan pintas melalui semak samun, padang, tempat letak kereta atau berjalan belakang rumah atau kedai.
• Adakan satu kod khas yang hanya digunakan di kalangan ahli keluarga dan memberitahu anak anda untuk tidak semudahnya mengekori orang yang tidak dikenali dan tanyakan kod khas tersebut jika benar orang tersebut diminta bantuan oleh ahli keluarga untuk mengambilnya.
• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak mengambil atau menerima makanan dan minuman dan barang-barang yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali.
• Jangan lewat mengambil anak anda apabila selesai waktu persekolahan atau di lain-lain tempat awam.


Sila LIKE FB : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Thursday, 3 July 2014

Berbuka Di Masjid

Semalam buat pertama kalinya berbuka di masjid. Nie gara-gara tuan Faizal la dh petang tp kena g site. Terpaksa la dia lewat jemput balik. Masa tu dah nak pukul 7 di tambah pulak KL sesak kerana Jalan Imbi tanah mendap. Dalam perjalanan balik tue mmg lalu Taman Desa. Dia pun ajak g berbuka kat masjid. Errrr. Pertama kali nie berbuka kat masjid sepanjang hidup. Terasa la malas gak sebab dok pikir ade ke perempuan yang g berbuka kat masjid. Macam mana kalau lelaki jer. Mau segan Sakura kat situ. Dengan berat hati gak, terpaksa la ikut gak. 

Rupanya bila masa nak berbuka tue ramai jer perempuan yang ada g berbuka kat masjid. Ok rupanya ia bukan seperti yang difikiran. Best jugak rupanya berbuka beramai-ramai di masjid. Masa sampai tue dalam masjid macam ade aktiviti bertadarus jer. X pasti sebab Sakura g amik wudhuk dulu. Bila keluar tue, dah nak masuk azan. Terus jer ikut makcik-makcik tue duduk berbuka kuih yang terhidang. Ade disediakan buah kurma, kuih muih dengan air panas, air teh. Air sejuk, air jagung. Dalam polistren pula ade nasi dengan lauk. Tapi x d pun yang amik. Mungkin nanti lepas solat kot. Bagus nie. Buka makan ringan-ringan lepas tue baru makan berat. 

Kat tempat berbuka tue juga jumpa kawan yang dah lama x jumpa. Memang tahu dia tinggal kat Taman Desa. Tuan Faizal jer yang selalu jumpa huby dia. Anak dia pun dah besar dah. Sejuk jer mata memandang sebab sangat mengikut kata ok. Bukan jenis budak yang bertempiaran. Macam mana dia disiplinkan anak dia yerk. Ade la bercerita lebih kurang pasal kesibukan memasing sebelum nak solat jemaah maghrib. So Sakura dapat tips yang anak-anak dia semua dah terdidik g masjid sejak dalam kandungan lagi. Maknanya dia memang rajin ke masjid. Dalam bulan puasa nie dia akan berselang buka kat rumah dan masjid. Bagusla dia didik anak macam tue. Sakura kena belajar nie. Kemalasan yang teramat betul kalau nak jemaah nie. Memang la perempuan x wajib g masjid. Tapi kalau ade peluang untuk ke masjid. Kena la pergi untuk biasakan anak2 dengan suasana masjid dan surau. Kena rajinkan diri la g aktiviti ceramah kat masjid. 

Wednesday, 2 July 2014

Latihan Berpuasa Anak Kecil

Perkongsian ilmu parenting dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Ibu Rose:Prof. Dr. Rozieta Shaary.  


SEDIKIT PANDANGAN IBU MENGENAI MENDIDIK ANAK-ANAK KECIL BERPUASA - SELAMAT BERPUASA SEMUA



Melatih anak-anak kecil berpuasa ini, memerlukan kita menjernihkan hati kita. Fokus untuk melakukannya kerana mencari redha Allah.

Bila kita faham akan perkara ini, maka bila kita mahu melatih anak berpuasa, kita boleh membuat keputusan yang baik sendiri tanpa perlu mengikut apa yang orang lain paksa ke atas kita.

Ada anak yang boleh mula dilatih dari usia 4 tahun atau 3 tahun. Ibu bapanya melatihnya perlahan-lahan. TIDAKLAH terus menghabiskan satu hari, mungkin untuk beberapa jam dahulu. Mungkin untuk tahun itu, hanya berpuasa 1 hingga dua jam sehari. Dan bila sudah 5 -6 tahun sudah boleh berpuasa penuh dan kuat. Kerana ada anak-anak kecil yang meminta untuk berpuasa. Oleh itu, ibu bapa yang bijak akan melatih anak itu dengan baik.

Apatah lagi bila ibu bapa itu dapat membimbing anak itu agar faham, berpuasa bukan sahaja bermaksud berlapar. Tetapi menahan diri dari melakukan perkara yang salah di sisi Allah dan yang tidak berfaedah. 

Sesungguhnya, latihan berpuasa untuk anak-anak kecil, melatih mereka 'SELF CONTROL' , mengawal diri. Ini termasuklah mengawal diri dari berkelahi dengan adik-beradik atau orang lain, mengeluarkan perkataan tidak elok, menonton rancangan TV yang tidak berfaedah, melawan kata-kata ibu bapa dan banyak lagi. Mengawal diri juga mengajar anak-anak itu untuk mengawal diri dari malas bersolat, mengaji dan belajar.

Bila anak kecil yang sudah faham untuk dibawa bersembang, maka kita boleh menyemaikan kefahaman ini. Walaupun dua jam dia berpuasa, konsep berpuasa itu dia telah faham, dan ini membina corak pemikiran sihat di dalam diri anak itu.
Anak yang dididik dengan sabar, penuh kasih-sayang dan penuh ilmu begini, kita akan mendapati bila mereka masuk sekolah dan menjadi remaja, mereka akan mudah dibawa berunding.

Oleh itu janganlah mengherdik ibu bapa yang mula melatih anak berjinak-jinak dengan berpuasa pada usia yang nampak masih kecil, 3 atau 4 tahun. Berpuasa sati dua jam sehari. Asalkan mereka TIDAK memaksa dan menghukum anak mereka sebab tidak berpuasa, berilah sangkaan dan sokongan yang baik kepada mereka. Kerana memang ada anak yang boleh dan mahu berpuasa cuba-cuba pada usia ini.

Jika kita lihat dari hadith pun kaum wanita muslim pada zaman Nabi s.a.w juga melatih anak-anak mereka pada usia kecil. Tidak memaksa tapi memujuk dan membantu anak kecil itu untuk melupakan lapar itu dengan memberi mainan.
Dalam riwayat al-Imam Muslim, sahabiyyah Nabi Rubaiyi' bint Mu'awwiz menceritakan bagaimana mereka pada zaman itu melatih anak-anak mereka berpuasa, antara yang beliau sebutkan:

وَنَصْنَعُ لَهُمُ اللُّعْبَةَ مِنَ الْعِهْنِ فَنَذْهَبُ بِهِ مَعَنَا فَإِذَا سَأَلُونَا الطَّعَامَ أَعْطَيْنَاهُمُ اللُّعْبَةَ تُلْهِيهِمْ حَتَّى يُتِمُّوا صَوْمَهُمْ
(Kami buat untuk mereka mainan daripada bulu. Kami bawa bersama kami. Apabila anak-anak meminta makanan kami berikan mereka mainan tersebut untuk melupakan mereka (makanan) sehingga mereka menyempurnakan puasa"

Ada yang mengatakan mesti mengajar anak solat dan mengaji dulu, itu yang penting. Dalam masa yang sama, kita perlu juga faham, ada ibu bapa dan anak-anak yang boleh melakukan semua ini dengan cemerlang sekali gus dan mereka bukan memaksa dan bukan hendak menunjuk-nunjuk dengan orang lain. Mengapa mereka boleh? Mungkin itulah yang hendak kita pelajari dan bukan cemuhi.

Selalunya kita akan mendapati anak-anak mereka itu mencintai beribadah kepada Allah, melakukan perkara-perkara baik, berakhlak mulia. Ibu bapa ini kita lihat orang biasa sahaja, bekerja di pejabat atau ada bisnes sendiri, hidup seperti orang biasa…mereka orang biasa yang sebenarnya telah mewujudkan ISLAM di dalam diri mereka yang menjadikan contoh kepada anak-anak mereka . Dan mereka ini elok untuk kita contohi dan tidak caci atau kutuk atau cemuhi dengan kata-kata seperti; ‘Yang penting ajar solat dan mengaji dahulu…’ Kata-kata seperti ini memberi satu andaian kita menyangka ibu bapa itu tidak mengajar anak-anak mereka akan solat dan mengaji dan hanya memaksa anak-anak kecil mereka berpuasa.

Eloklah kita menahan diri dari melontarkan perkataan-perkataan dan sangkaan seperti itu. 

Sebaliknya, tumpang bahagia kerana ibu bapa itu bijak melatih anak-anak mereka dan berlapang dada serta membuka minda untuk belajar dari mereka.

Dalam masa yang sama, kita juga perlu sedar, ada ibu bapa yang telah menyediakan suasana, tarbiyah dan contoh yang baik untuk anak berpuasa. Namun, umur sudah menjangkau 9 tahun, namun masih payah untuk menghabiskan sebulan berpuasa. Jangan pula bersangka buruk kepada diri dengan sangkaan seperti 'aku ibu/bapa yang tak pandai'. Marahkan diri dan rasa tertekan. Ketahuilah ianya hanya satu situasi yang sebenarnya sedang membantu anda mengeluarkan kehebatan anda dalam mendidik diri dan anak-anak. Be kind to yourself. Raih ilmu dan pohon doa dari yang Maha Mengetahui. Dia yang boleh memudahkan.

Lagi pun, ramai anak-anak kecil yang boleh menahan lapar dahaga hanya apabila usia mereka mencapai 8 - 9 tahun. Dari segi fizikal ramai anak kecil yang cepat lapar. Oleh itu, latih sahaja perlahan-lahan. Dia belum wajib lagi. Kita hanya mahu membiasakan sahaja. Melatih sahaja. Maka latihlah perlahan-lahan. Tidak perllu bimbang dengan desakan orang lain.

Untuk ibu bapa anak-anak sebegini, perlu banyak bersabar dan banyak mendidik jiwa anak untuk bersabar menahan lapar. Selagi dia belum baligh, maka kita didiklah dengan perlahan-lahan. Anak-anak sebegini perlu dikuatkan kawalan dirinya terhadap mindanya selain kuatkan fizikalnya, agar dia boleh lasak lagi.

Mula dengan mengawal diri dari memikirkan makanan, air dan keletihan. Mereka ini perlu menguatkan hati mereka untuk kemas dalam melakukan sesuatu. Oleh itu banyakkan bercerita mengenai orang yang kuat semangat dan perkara sedemikian. Ajarkanlah doa-doa yang boleh membantu mereka mengawal diri. Puji mereka bila mereka sudah boleh bertahan lapar untuk separuh hari, kemudian satu hari dan seterusnya. Biar fokus mereka beralih daripada mengingatkan sakitnya lapar kepada gembiranya kerana dihargai oleh diri dan orang lain. Sabar, memahami, mendidik dan senantiasa boleh menyokong mereka mengatasi perasaan mahu mengaku kalah, adalah kunci untuk mereka boleh berjaya.

Bagi kita orang luar yang melihat, JANGAN pula mencemuh ibu bapa dan anak ini. Jaga kata-kata kita. Kata-kata seperti, ‘ Ni dah 8 tahun tak berpuasa ni, mak ayah tak pandai didiklah ni.’ Atau membanding-banding dengan anak sendiri yang sudah lengkap berpuasa walaupun baru 6 tahun. Kita beri ibu dan bapa serta anak-anak itu kata-kata semangat.

Eloklah mengingatkan diri untuk menahan diri dari berburuk sangka dan buruk kelakuan. Itu sebenarnya intipati di dalam ibadah berpuasa ini yakni menahan diri – self-control.

Kita mesti selalu ingat, beribadat ini adalah untuk mencari redha Allah. Dan ibadat berpuasa ini Allahlah yang menghakimkannya. Berlumba-lumba bukan dengan menjatuhkan orang lain. Tetapi berlumba-lumba untuk diri mencapai lebih cepat kejayaan di sisi Allah. Tuhan yang Maha layak Menghakimkan.

Doa Ibu, semoga, bulan Ramadhan ini membawa bersamanya rezeki melimpah ruah dan rahmah Allah kepada kita semua.

Selamat mengerjakan ibadah Berpuasa serta ampun dan maaf dari Ibu.