Monday, 10 February 2014

Cikgu Vs ibu bapa/murid

Macam-macam cerita betul sekarang nie pasal mak bapak dengan cikgu yang berpunca dari sikap murid/anak. Anak-anak sekarang memang x boleh ditegur ker? Sakura tinggal persoalan tue untuk dijawab oleh pembaca sekalian. Sakura cuma nak bercerita kisah Sakura dulu semasa menjadi anak dan pelajar, dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah. Sebab masa nie memang semuanya pergerakan akan di maklumkan kepada mak bapak ape yang kita buat kat sekolah.

Masa Sakura sekolah dulu, mak Sakura memang seorang sangat suka berbaik-baik dengan cikgu. Kiranya kalau ade cikgu yang mengajar Sakura pastinya mak akan kenal juga cikgu dan ade no telefon juga yang disimpannya supaya senang nak check anak dia yang masalah nie. Jadi tak dapat tidak kalau mengadu kat mak pasal kena marah dengan cikgu. Pastinya mak senyapkan dulu dan esoknya mak akan telefon cikgu pasal kes yang Sakura ceritakan. Dan cikgu pun akan berceritala kisah yang sebenar.Biasanya kisah cikgu lebih benar dari anaknya sendiri. Maka balik rumah akan mendapat sedas lagi dari mak. Muahahaha. Mujurlah kat universiti dulu mak x dapat kenal lecture yang ngajar. Selamat. 

Point yang Sakura nak bagi adalah, antara mak bapa dan cikgu kena wujudkan hubungan baik. Ini bagi mengelakkan mak bapa membuat PERTIMBANGAN TIDAK WARAS dalam kejadian anak di kasari/sakiti/dicedera dan yang seanggkatan dengannya. Bukan hanya semata-mata hari kad laporan jer mak bapa datang sekolah. Mak bapa sepatutnya mewujudkan hubungan baik dari mula tahun lagi. Hubungan yang baik antara mak bapa dan cikgu akan mengharmonikan suasana dalam bahasa baiknnya. Bagi bahasa kasar senang la nak tahu anak tue baik ker nakal kat sekolah. X kena bayaran pun kalau berbaik dengan cikgu. Rasanya cikgu pun menghargai mak bapa yang ambil berat dan ambil tahu. 

Untuk mak bapa pulak bila dah baik dengan cikgu sudah pastinya ayat skema yang akan keluar adalah "terima kasihla cikgu, sebab ajar anak saya nie, X terbalas saya dibuatnya" dan pastinya ucapan itu akan membuat hati seorang cikgu tersentuh kerana usaha dan ajarannya di hargai oleh orang lain. Maka cikgu tue pun akan lebih bersemangat untuk mengajar anak didiknya yang lain untuk menjadi ORANG dan bukannya beruang. 

Wasalam

Sunday, 9 February 2014

Makanan Baik

Berikut adalah 10 Makanan Yang Membakar Lemak

1. Oat :
Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar anda. Oat mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol .

2. Telur:
Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu kita untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik .

3. Epal :
Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting ia mengandungi pektin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.

4. Green Cili :
cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.

5. Bawang putih:
Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti -bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik .

6. Madu:
Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan minum setiap hari pada awal pagi .

7. Teh Hijau:
Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita .Amik 2 cawan setiap hari teh hijau ini untuk hasil yang lebih baik.

8. Rumput Gandum (WHEAT GRASS) :
Ia meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak.

9. Tomato :
Tomato membantu kita untuk membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari kanser. Jadi Ambil tomato dalam diet anda secara berkala.

10. Coklat Gelap :
Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti -radang yang membantu untuk
mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin
dalam darah dan juga membakar lemak.


Sumber : FB Giena Hadi

Friday, 7 February 2014

Berhati-hati

Kejadian rogol boleh berlaku kepada sesiapa sahaja khususnya kaum HAWA. Tidak ketinggalan juga kanak-kanak yang baru hendak meningkat dewasa. Si pelaku pula akan bertindak sekiranya ada peluang dan ruang diberikan oleh mangsa.

Beberapa taktik dikesan yang digunakan penjenayah untuk mengumpan mangsa:

• Suspek akan membuat pemerhatian selama tempoh mana yang dikehendaki dan mengenal pasti mangsa terlebih dahulu
• Suspek akan berselindung di sebalik semak samun atau bahagian bangunan untuk memerhati mangsa sama ada bersendirian atau berkumpulan
• Suspek akan mengumpan mangsa dengan makanan atau permainan untuk mengekorinya masuk ke dalam kenderaan atau berjalan kaki
• Suspek juga akan mengumpan mangsa dengan menawarkan bantuan (sekiranya melihat mangsa berseorangan) atau berperwatakan baik yang akan menyelamatkan mangsa sekiranya berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Nasihat kepada PENJAGA:
• Jangan membiarkan anak-anak ke sekolah atau ke mana-mana tempat tanpa pengawasan.
• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak menggunakan jalan yang terang dan ada orang ramai.
• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak menggunakan jalan pintas melalui semak samun, padang, tempat letak kereta atau berjalan belakang rumah atau kedai.
• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak mengambil atau menerima makanan dan minuman dan barang-barang yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.
• Mengawasi anak-anak yang kurang siuman atau OKU supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.
• Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.


Nasihat kepada WANITA dan REMAJA PEREMPUAN khususnya:
• Elak berjalan bersendirian.
• Membawa alat penggera peribadi.
• Sekiranya anda terpaksa bekerja sehingga lewat, pastikan ada orang lain dalam bangunan seperti penyelia atau pegawai keselamatan yang akan menunggu atau menemani anda.
• Jangan mempercayai janji-janji oleh bomoh atau ahli perubatan yang tidak bertauliah. Telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tetapi satu penipuan.
• Ketika hendak gunakan kenderaan awam pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
• Sekiranya merasakan diri diekori, tukar arah jalan atau lintas jalan.
• Sekali sekala menukar laluan kebiasaan (jika ada) bagi mengelak dijadikan sasaran. Aktiviti rutin yang sama setiap hari boleh memudahkan suspek merancang jenayah terhadap mangsa


SEKIRANYA menghadapi ancaman ROGOL:
• Undang-undang membenarkan hak untuk mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
• Bertenang dan tidak panik jika diugut atau diserang.
• Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Gunakan tangan atau kaki atau sebarang benda yang dibawa seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
• Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
• Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.


Sumber: FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )