Wednesday, 26 March 2014

MH370: Part 2

Hari Isnin lepas jam 10 malam, PM Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan yang pesawat MH370 telah terhenti di Koridor Selatan di Selatan Lautan Hindi. Satu berita yang sangat menyayat hati buat semua walaupun kita semua adalah saudara seIslam dan sesama manusia. Semuanya telah menerima kenyataan tersebut sebagai ia tiada harapan lagi. 

Tapi tidak bagi Sakura, kerana selagi ia tidak ditemui bukti yang sahih, ia masih ade harapan bagi kita semua dengan pertolongan Allah mereka masih lagi selamat. Jangan putus harapan, kita masih perlu berdoa bersama dan pertingkat lagi berdoa dan memohon keampunan dari Allah. Segala yang Allah jadikan ade hikmah yang tersembunyi yang x mampu kita fikir dengan akal yang dangkal. 

Kita suda lupa bahawa dalam Al-Quran yang menceritakan berkenaan Nabi Yunus yang di telan oleh ikan paus dan tinggal dalam perut ikan paus, Allah selamat Nabi Yunus dan keluarkannya dari perut ikan paus tersebut. Kita lupa juga yang Nabi Ibrahim di bakar oleh Raja Namrud juga dilindungi Allah dari terbakar dan kepanasan api yang menjulang2. Dan yang terakhir kisah Ashabul Kahfi iaitu kisah 7 pemuda yang beriman yang Allah tidurkan selama 309 tahun Qamariah.

Jangan putus harapan dan berdoa agar mereka semua kembali kepangkuan insan yang menanti dengan selamatnya. Sebagai orang luar juga tidak perlu la kita LIKE kat Facebook dan SHARE post yang mungkin akan menguriskan perasaan ahli keluarga. Satu slot malam tadi kat tv, diperingatkan bahawa kalau kita x mampu membantu dalam misi mencari, jangan pula kita menjadi punca mengeruhkan keadaan. Kita semua diuji oleh Allah dengan kebijaksanaan kita ada. Bukan setakat ahli keluarga yang menghadapinya. Al-Fatihah dibaca sebagai kata penguat kepada kesemua MH370 untuk Allah memberi perlindungan selain dari memberi semangat kepada ahli keluarga dan insan yang menanti untuk menempuh waktu sukar. Ia adalah permulaan bukannya pengakhiran. 

Wasalam

Monday, 10 March 2014

MH370

Berita yang mengejutkan Sabtu lepas, misteri kehilangan pesawat MAS MH370. Sepanjang hidup Sakura nie, nie berita pertama kali kehilangan pesawat yang berlepas oleh MAS. Pesawat tue perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sakura berdoa dan mengharapkan agar yang lain juga turut berdoa agar pesawat tue kembali dengan selamat bersama penumpang (227 penumpang dan 12 anak kapal). 

Senjata kekuatan kita sebagai rakyat Malaysia adalah bersama2 berdoa agar MH370 kembali. Kepada Allah kita berharap pertolongan kerana kuasa Nya yang Maha Hebat mengatasi semuanya. Waktu nie Allah uji juga kita sebagai umat manusia dimuka bumi bersatu padu dan bersama berdoa untuk kesejahteraan pesawat MH 370.  

Selain tue, kita belajar cara menjaga hati dan perasaan ahli keluarga yang terlibat dengan tidak menulis di media sosial perkara yang menyentuh perasaan mereka. Kita tiada hak untuk bersuara tapi kita mempunyai hak mengambil tahu dan berdoa. Hormati perasaan orang lain.

Alfatihah.

pinjam dari The Malaysian Insider