Monday 1 October 2012

Honda : Keselamatan

Sabtu lepas Sakura g servis kereta kat Pusat Servis Honda Nanyang kat Klang. First time Sakura g sini. Biasanya pergi kat Sri Utama KL. First impression banyaknya bay untuk servis kereta (ada 9 bay). Oklah dalam hati, cepat gak la siap kereta nie. Bila masuk dalam alamak ada 3 je kaunter consultation. Lama la pulak nak menunggu dahla no start 2 (utk yang g tanpa buat appointment). Masa tue dapat giliran 2015. Alamak dah datang, tunggu jelah giliran. Memang diutamakan customer yang buat temujaji la, lepas giliran 1015 barulah start panggil mula angka 2. Mujurlah ramai yang giliran 2 nie x d kat situ (malas tunggu kot) sudahnya sampai ke giliran 2007 baru la ada orang. Kiranya sampai ke giliran Sakura cuma ada 3 orang lagi then baru Sakura. Lepas sesi consultation, Sakura pun tunggu jelah kereta sampai siap servis. Malas nak jalan kat bandar Klang. Lagipun ada tv dan tempat menunggu yang selesa.

Masa tengah tunggu tue, ternampakla pamplet "Road Safety At Your Fingger-Tips". Menarik pamplet nie. Jadi Sakura nak sharela pada semua info yang terkandung:

1. Pastikan tayar kereta sentiasa baik dan berbunga!
Periksa tekanan tayar, tayar simpanan dan set peralatan kereta berada dalam keadaan baik

2. Pastikan jarak anda
Jangan memandu dengan dekat dan awasi jarak selamat kereta kita dengan orang hadapan

3. Pelbagai aksi dilakukan dalam kereta
Elakkan bermsg, facebook, tweet, bersolek dan seumpamanya bagi mengekalkan fokus di atas jalan raya

4. Pakai tali pinggang keledar
Semua yang berada dalam kereta WAJIB memakainya

5. Patuhi peraturan jalanraya.
Lampu merah berhenti, laluan kecemasan untuk kes kecemasan dan ini akan menjadi contoh kepada kanak-kanak

6. Bersopan santun
Jangan buang sampah keluar kereta semasa memandu

7. Kereta anda bukan sebuah katil besar.
Nie khusus untuk yang pakai MPV. Utamakan keselamatan dan kekalkan tip no.3

8. Lemang boleh dibakar apabila anda sampai ke destinasi yang dituju
Periksa suhu dan tahap air kereta anda

9. Muatan berlebihan sangat berbahaya
Muatan berlebihan akan menjejaskan prestasi kereta dan seterusnya mengundang bahaya

10. Bersiap-sedia
Pastikan no kecemasan dicatat dan disimpan dalam telefon dan boleh digunakan semasa kecemasan.





No comments:

Post a Comment