Friday, 20 February 2015

Pemakanan Semasa Mengandung

Semasa mengandung, kena amalkan pemakanan yang bain dan bernutris. Amat penting bagi memastikan yang si comel dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Buat yang terbaik untuk si comel. Antara pemakanan yang Sakura amalkan adalah

1. Jus Delima. Walaupun masam tapi banyak manfaat pemakanan sunnah nie. Sebelum mengandung lagi Sakura dah makan danteruskan sampai mengandung juga sebab ia memang baik untuk ibu mengandung. Penjelasan lanjut boleh rujuk sini 
2. Habbatus Saudah. Yang nie pun Sakura amalkan sebelum mengandung lagi dan sangat baik untuk kesihatan. Boleh rujuk sini 
3. Yogurt. Sumber kalsium semulajadi dan boleh menguatkan rahim. Kalau ikut nasihat makcik Sakura yang suka makan yogurt masa mengandung. Tulang anak memang keras dan anaknya pun putih. Sakura pulak rasa makan yogurt nie meghilangkan cecair kuning keluar. 
4. Pisang. Nie ikut nasihat kawan yang mengandung untuk menjadikan anak lebih cool dan x panas hati. selain tue baik untuk ibu untuk elakkan kaki cramp.
5. Kurma. Sumber gula terpenting dan terpantas. Sangat membantu semasa mengandung untuk kecergasan ibu yang mengandung. Lagipun kat opis mane nak letak buah segar lelama. Paling mudah ade kurma la. Bila rasa nak mengunyah, makan kurma sahaja. Rujuk sini.
6. Asid Folic. Sangat penting diawal mengandung untuk pertumbesaran bayi dalam kandung. Sebaiknya makan awal sebelum tue. Tapi Sakura jenis yang x makan secara tetap. Teringat nak makan baru makan. Tapi memang ade stok dalam beg dan kalau habis pun minta tuan Faizal amik kat klinik jer. Rujuk sini 
7. Susu. Sangat penting sebagai sumber kalsium. Kekadng kalau dapat susu kambing fresh lagi baik. Tue pun kalau ade stok. Biasanya minum susu tepung ibu mengandung jela. 
8. Air masak. Kalau g keje memang bawak botol air. Kandungan 1 liter. Memang setiap hari balik keje dengan botol kosong. Kat rumh minum lagi tapi x sampai habis pun 1 liter. Kiranya sehari akan habis kurang dari 2 liter air kosong.
9. Buahan segar. Nie memang wajib ade dalam peti sejuk. X kiralah epal ke, lai ker, nangka ker. Semua bedal janji ade buah. Kekadang bila kat rumah rasa nak mengunyah. Harus makan buahan segar. No junk food.

Wednesday, 18 February 2015

Check-up : Part 2

Hari temujanji tue Sakura sampai klinik dalam pukul 9. Rasanya orang ketiga kot. Tapi orang x ramai lagi. X macam klinik sebelah Dr Khamsiah dan Dr. Fatimah. Sakura punya Dr Wan Masliza Wan Daud. Sangat nice dan boleh tanya kat dia sebarang kemuskilan dan penerangan jelas. I like. Lagipun just nak tahu si comel ok ker x. Hari tue g klinik kan malam, x dapat scan. Kalau nak g kerajaan, minggu ke berapa entah baru boleh scan (pengalaman dulu, takut dah berubah). Dr pun scan untuk confirmkan kesihatan si comel. Alhamdulillah bila scan, si comel sihat dengan jayanya dengan panjang 18.3 mm. Denyutan jantung pun ada. laju bukan main, macam ulat geletis rupanya (hampes punya mak;)).

Nasihat doktor untuk 3 bulan nie (trimister 1) kena makan asid folic dan jangan tinggal. Lepas 4 bulan nanti baru makan calcium, zinc semua tue. Nak senang amik Obimin Cal. Dah boleh minum susu semua lepas x loya dan mabuk. Tapi disebabkan Sakura yang x d masalah morning sicknes dan kesengsaraan mengandung semua tue. Boleh dah start minum susu semua. Dr ade tanya gak nak buka buku kat mana, kat AnNur atau kerajaan. Sakura jawab kerajaan kat kerajaan sebab senang nak g. Almaklumkah laki jaga klinik. G klinik Tangling sudah. X payah kira orang ramai ker x. Klinik Swasta kalau ramai, kena gak menunggu. Ape guna jadi orang gomen kalau x pakai kemudahan yang disediakan. Kalau dah tahu ramai dan menunggu, bawak la buku ker, tasbih ker atau ape-ape yang berfaedah sementara menunggu tue untuk isi masa terluang. X lah terbazir masa. Jangan lupa gak bawak makanan dan minuman. Dr suruh guna satu buku jer. Nanti kalau nak g rujuk pakar swasta pun, bawak buku pink untuk rujukan dan update. Sebulan sekali wajib g check up untuk pastikan kesihatan. Buku pink tu juga yang akan digunakan bila nak bersalin nanti. Gambar scan hari nie nanti tepek kat buku pink yang akan dibuka kat spital kerajaan. Baik Dr.

Pasal soalan yang Sakura dah simpan untuk tanya kat Dr.

1. Selamat ker nak bersama dengan suami sebab pernah ade sejarah gugur dulu? 
2. Kesihatan Sakura mengizinkan x nak puasa? Macam mana kekdah? Ape yang perlu diberi perhatian untuk check kita mampu puasa ker x?
3. Dengan sejarah pernah gugur dulu, ape perhatian yang perlu Sakura buat supaya kandungan kali nie selamat?
4. Bila due sebenar Sakura? Sebab check doktor bagi tau lain, check baby center lain. 
5. Ade makanan yang disyorkan untuk kuatkan kandungan dari sudut perubatan x?
6. Ade makanan yang disyorkan untuk dielakkan untuk kandungan gugur dari sudut perubatan x?
7. Kenapa rasa kena cucuk (kekadang) kat area tiub falopio?

Nie jawapannya

1. X payah tanya sebab hasil dari scan, si comel sihat. Asume jer boleh tapi x boleh ganas. Hahahaha.
2. Kalau x d masalah dengan muntah semua tue, ok jer puasa sebab puasa bukan penyebab si comel kurang zat. Allah tue memudahkan lagi ibu yang mengandung berpuasa sebab x payah nak ganti puasa sebab puasa cukup sebulan. Allah memilih kita mengandung waktu bulan puasa agar anak tue dah terdidik dlaam dalam kandungan untuk patuh dengan perintah Allah. Nasihat paling bernas dari Dr.
3. Bb dulu gugur bukan sebab pemakanan yang terjaga tapi sebab Bb tue sendiri x cukup kuat dan sihat. Bila dalam kandung lagi x sihat, mungkin ia memudaratkan bila dah lahir nanti (cacat @ berpenyakit). Hikmah dari Allah, Bb gugur supaya mungkin x terseksa dia nanti. Perancangan Allah yang terbaik. Selain dari nak uji kesabaran menunggu.
4. Due sebenar Sakura 7 Februari 2015. Usia kandungan sekarang 8 minggu 3 hari (tarikh Sabtu 28.06.2014). Alhamdulillah sempat nak habiskan capstone dulu. Risau sesangat Capstone tue.
5. Telah terjawab dari nasihat Dr.
6. Telah terjawa b bila tanya soalan 3
7. Dr x kata memudaratkan sebab berlaku bukan kat tengah kawasan rahim. Tiada jawapan. 

Sebelum masuk jumpa Dr tue, kena timbang berat, ukur tinggi dengan check tekanan darah (BP) dulu. Dengan cik Misy jer pun. Masa nak balik, klinik bagi 4 paket susu Frisomum. Kita try taste dulu yerk. Kalau berkenan kat tekak dan perut, boleh beli untuk minum. Kos hari tue RM210. Standard spital swasta dan kalau nak free g klinik kerajaan. 

Nasihat Sakura kepada yang nak g klinik tue untuk scan Bb. Kena tahan nak kencing sebab mudah nak nampak masa scan, pundi kencing ade bentuk yang terbaik. Lagi biarkan perut kosong sebab takut kena amik darah ke hapa. Takut gangu result. Pagi tue Sakura belasah Chese Cake sebelum  keluar rumah. Mujur x amik darah. BP tinggi sikit pagi tue sebab mungkin gemuruh nak jumpa Dr. Sakura adalah makhluk yang malas jumpa Dr.