Tuesday, 3 September 2013

Menghukum Anak Bawah 2 Tahun

Adakalanya anak-anak akan melakukan perkara yang kita tidak suka. Contohnya, menggunakan perkataan yang tidak baik. Maka kita hendak dia tahu, perkataan itu tidak elok dan jangan digunakan.

Sekiranya anak itu di bawah dua tahun dan dia mengeluarkan perkataan yang tidak baik.

-Pertama, anda sebagai ibu atau bapa perlu kaji daripada mana dia mendapat perkataan itu.

-Kedua, jauhkan dari orang atau sumber perkataan itu. Jika itu adalah dari anda atau pasangan.

Then you must stop using those words.What apply to you kids must apply to you and your spouse. Tapi bila pasangan tidak mahu berhenti. Maka ibu minta maaf, I cannot say anything anymore selain daripada pujuk dan bawalah berbincang.

-Ketiga, boleh menerangkan kepada anak itu, namun janganlah menyangka dia terus faham. Anda perlu ulangkan, perlu tunjukkan dan semasa dia mengeluarkan perkataan itu, take you finger and say and show, NO, but lovingly and then say YES, say this, Yes, say This Yes, Say this.

Contoh ; the child said, ' Bangang' or any bad word- then you take you finger(jari telunjuk and put to her mouth and say NO, that is not a good word to use. Then you say and ask her to repeat. I am a good girl, I say good words - I say to my mama good words. I don't call my mama stupid. What are you doing to your child, you are getting her to understand the concept of what are good words and bad words and speak with good purpose.

Hukuman seperti kurung dalam bilik, tak bagi makan, cili mulut or beating will not help make them understand their wrong word usage positively. Yes, they will stop but at what price?

That is why I always say this, Parenting Needs Wisdom.

Sumber FB: Prof. Dr. Rozieta Shaary

Monday, 2 September 2013

Kemerdekaan 56 Tahun

Walaupun dah terlewat 2 hari, tapi masih hangat lagi perasaan kemerdekaan yang kita sambut pada 31 Ogos 2013 yang lepas. Alhamdulillah negara kita masih lagi bebas dari kuasa penjajahan fizikal. Tapi penjajahan minda dan secara halus masih lagi berlaku sehingga kini walaupun telah MERDEKA kali ke-56. 

Terima kasih yang x terhingga kepada pejuang terdahulu yang sanggup berkorban diri untuk anak cucu mencapai kebebasan fizikal. Jasamu x terhingga dan x termampu dibalas. Kesungguhan dan kesanggupan pejuang sekalian hanya mampu untuk kita kenang dan dijadikan semangat untuk menjadi warganegara yang baik disamping mengekalkan kemerdekaan. Ini sahaja yang mampu dilakukan oleh generasi tekini.

Penjajahan fizikal mampu dilihat dengan penguasaan bangsa asing dalam pemerintahan sesebuah negara tetapi penjajahan minda yang halus amat sukar ditangkis. Kita boleh tengok sekarang tahap patriotik dikalangan warga kita yang makin berkurang dan hanya tahu mengadu domba tanpa memberikan cadangan dalam menyelesaikan masalah. Betapa kita hilang kesopanan dan adab sesama masyarakat selain hilang sifat kemanusiaan. Zaman kini prinsip yang dipegang adalah "Jaga diri sendiri dan kaut keuntungan dengan peluang ada sebanyak mungkin serta kejayaan tue datang dari hasil susah sendiri".

Pada masa sekarang juga kita dapat lihat warganegara yang begitu lantang bersuara. Tapi sayang kelantangan bersuaranya tanpa beradab dan tidak berakhlak selain dari tanpa alasan dan ilmu yang cetek. Tiada salahnya untuk bersuara tapi biarlah disokong dengan ilmu yang dan fakta yang kukuh serta menjaga adab dan akhlak sebagai orang Asia, Malaysia dan Islam. 

Anak-anak sekarang juga semakin terhakis perasaan sayangkan negara kerana tidak mengenal sejarah. Tidak dinafikan bahawa belajar sejarah yang hanya memberikan teks dan perkatan adalah membosankan. Tetapi kalau kita didik dari tadika dengan aktiviti yang menarik dang interaktif, pasti anak-anak ini akan mempunyai perasaan sayangkan negaranya. Ia semuanya bermula dari rumah lagi, sekiranya kita sebagai ibu bapa telah menanam semangat kebencian kepada negara. Anak juga turut benci kepada masyarakat dan negara juga. Ibu bapa dan guru adalah wajib menanam perasaan sayangkan negara walau macam mana carapun. Cara pendidikan dan kaedah pembelajaran di dalam kelas boleh diubah cara yang bersesuaian, (boleh tgk link nie kaedah interaktif yang digunakan dan sesuaikan untuk kita buat di Malaysia). 

Semuanya terletak kat tangan kita dan rasa tanggungjawab kita untuk menjaga kemerdekaan. Mencapai kemerdekaan secara fizikal adalah lebih mudah dari mencapai kemerdekaan minda. Kita mampu menangkis kuasa luar yang mahu berkuasa tapi kita sukar menangkis minda bangsa yang dijajah. 

Salam Merdeka buat semua!