Saturday 2 May 2015

Check-up: Part 3

Check-up kali nie Sakura buat kat Klinik Tangling. Kenapa buat kat Klinik Tangling?sebabnya dekat dgn opis. Senang Tuan Faizal nk hantar. Selain tue atas faktor Sakura pernah gugur, Sakura rasa lebih baik pergi check-up kat klinik kerajaan sebab klinik kerajaan amat cerewet dalam menjaga kesihatan ibu yang mengandung. Kasi tahan jela telinga tue dgn bebelan cik misy. X luak mana pun, paling teruk pun pedih telinga jer dan x sampai luka bedarah pun.
Masa nak register tue kena bawak salinan ic Sakura dengan Tuan Faizal berserta salinan sijil nikah. Ini nak pastikan anak dlm kandung adalah anak dari pernikahan yang sempurna.
Check-up nie Sakura buat minggu ke 15 (tarikh check-up 19.8.2014). Dah semestinya kena bebel sebab lambat buka buku 'pink'. Nak bukak buku pink kat klinik kerajaan sebaiknya sebelum minggu 12. Setiap ibu yang mengandung tue akan didaftarkan dan dipantau oleh KKM. Kesihatan ibu mengandung amat diambil berat oleh kerajaan untuk mengurangkan kes kematian ibu semasa melahirkan anak. Memang akan dipantau oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan memudahkan kerajaan buat program pencegahan pada masa akan datang.  Sebab tue lah kalau g klinik kerajaan, kesihatan ibu sangat ditekankan. Sebab tue ramai yang g klinik swasta sebab dia orang tue kureng prihatin sikit. Takkan nak memarah pesakit kot sebab pesakit yang datang tue semuanya berduit. Klinik kerajaan kan percuma untuk orang gomen dan kalau orang awam pun bayar seringgit kot. 
Check-up kat klinik kerajaan mmg sgt detail. Pagi tue lepas daftar terus kena p bilik air utk bagi sample air kencing. Dah lepas tue cik misy suruh p kat bahagian darah utk bagi sample darah utk dapatkan maklumat darah esp nak tahu jenis darah dan kandungan bahan dlm darah. X mampu Sakura nak ingat ape bendanya. Bahasa doktor. Sakura cuma tahu bahasa enginer jer. Sampel darah yang di bagi tue dia amik dr lengan kiri dan sebanyak 1 botol tabung uji diperlukan. Kejap jer amik tue. Result nnt makmal bagi terus kat klinik ibu anak. Sistem sekarang online jer. Terus masuk dalam data pesakit. 
Lupa lak nak bagi tahu. Klinik Tangling nie x silap kena tampung pesakit dr klinik ibu anak pantai jadinya dema buat sistem temujanji. Klu kata pukul 8 temujanji. Datangla 15minit sebelum. Tp klu mmg temujanji jam 9, x payah mengada dtg pukul 8. Nnt menyusahkan org temujanji 8 sbb kena uruskan orang yg pukul 9 juga. Sudahnya semua orng akn jadi lambat dan menunggu.
Lepas bagi sample darah. Kena jumpa balik cik misy yang jaga kita. Kat situ cik misy yg jaga Sakura adalah Pn Mahfuza. Jd dia akan monitor kesihatan Sakura dr mula bukak buku sampai bersalin nnt. Ini dah bagus sbb senang nak rujuk dan minta nasihat.Cik misy pun mula timbang berat dgn ukur tinggi. Lepas tue p buat HIV test dgn check hemoglobin. Yang nie kena cucuk kat tangan untuk amik sampel darah sikit. HIV test pass. Hemoglobin pulak dpt bacaan paras 11. Masih kira sticker putih. Paras hemoglobin untuk ibu mengandung mesti lebih dr 11. Lepas tue p check breast, ukur kandungan dgn check denyutan jantung bb. Denyutan bb Sakura 152. Maksima denyutan bb 160. Lepas tue lagi, Sakura diberi penerangan berkaitan kesihatan ibu dr segi makanan, penjagaan kesihatan semasa mengandung, keselamatan utk seks bersama suami dan keselamatan semasa mengandung. Cik misy nk bg suplimen obimen tapi Sakura bg tau yang Sakura dh ade kat tumah baru beli. Jadi dia x jadi bagi. Ade gak sesi berbual untuk tahu pasal kesihatan ibu dan keluarga. Rupanya kandungan Sakura nie dikira sebagai no 2 bukan pertama. Yang gugur tue dikira sebagai pertama
Selesai dengan cik misy. Baru p jumpa doktor. Doktor Rohani tu minta cerita bila kahwin, pernah gugur x, ade buat rawatan kesuburan ker x. Lepas sesi temubual. Doktor scan kandungan. Comel telah membesar bagai juara. Alhamdulillah. Siap kaki bersilang (tue habit Sakura tue) dan main tendang2 lagi. Tapi Sakura x rasa pun tendangan tue. Comel masih berenang lagi dalam rahim. Jantina x dapat tengok lagi. Sakura x kisahpun. Suprise lagi baik. Doktor pun mula la ukur kepala, kaki tangan,perut dan pungung Comel. 
Lepas jumpa doktor, kena p jumpa cik misy lain untuk dapatkan buku pink simpanan Sakura dan temujanji yang kena hadir. Temujanji yang Sakura kena p adalah check-up bulanan (nie untuk bulan 9), test minum gula (nie bulan 10. sebabnya mungkin BMI Sakura lebih dr yg sepatutnya. Kira obes) dengan scan bb (nie utk bulan 11 nnt).
Selesai semuanya pukul 11. Kira 3 jam juga kt klinik nie.