Monday 30 June 2014

2 Ramadhan 1435H

Hari kedua puasa dan hari Isnin. Hari pertama juga berpuasa di MidValley. Sangat membantu untuk beli barang dapur. Redha je la dengan belanja bulan nie. Gara-gara malas nak bersesak kat pasar borong hari Sabtu lepas untuk simpan stok puasa. Nak g PaRam pun bukan selera sangat. Kena kuatkan semangat untuk memasak. Redho jela Tuan Faizal dengan hasil yang terjadi nanti. Kalau agak x selera bini masak, lepas terawih, g beli lauk untuk sahur nanti. Yang pasti, nasi dengan air akan masak sendiri. 

Hari Sabtu lepas, bapa dan ibu ajak makan nasi ambeng anak beranak kat rumah Jenderam. Wehu, akhirnya tercapai cita-cita makan nasi Ambeng bapamade. Tapi Sakura rasa macam ade yang x kena dengan serunding tue, rasa macam x seperti biasa. Abaikan la. Kenyang gak akhirnya. Jadinya malam tue berterawih anak beranak kat rumah juga. Permulaan puasa yang mendamaikan dan harmoni serta diisi dengan aktiviti kebaikan. Moga mendapat rahmat bulan Ramadhan hendaknya. Nak balik tue, ibu tapaukan lauk untuk sahur. Selamat x payah masak, perhangat lauk sudah. Setel masalah nak sahur pagi.

Pagi sahur pertama, hangatkan lauk ayam masak kicap untuk Tuan Faizal. Sakura pulak cuma makan 3 biji kurma dengan air kosong jer. Tahun nie terpaksa amik makanan gak. Nasi memang x boleh nak masuk. Sakura memang spesis manusia x makan sahur. Hanya teguk air kosong jer. Hidup bujang ku dahulu hanya bersahur atas tilam dengan air kat sebelah. Amik air pun, meraba cari botol air. X senonoh kan. Bila hidup berdua, bangun khas untuk tuan Faizal siapkan makanan untuk dia makan jer. Sendiri x makan juga. Teguk air kosong. Terasa lagi lapar kalau makan sahur. Kalau minum jer, cergas sampai ke petang. 

Buka semalam pulak, tuan Faizal dengan rajinnya buat ketupat sotong. Sendiri nak makan, sediri juga yang buat. Bininya memang x pandai. Nanti- nati belajar buat untuk Tuan Faizal. Ni kali kedua dia buat. Kali nie menjadi jugak la. Lauk lain perangat je makanan dari rumah ibu jer. Hanya buat sotong goreng kunyit. Tuan Faizal g beli Tomyam kat kedai biasa makan. Selesai puasa aktiviti puasa hari pertama. 

Monday 23 June 2014

Pengabaian

Bila baca kisah anak orang di zalimi secara fizikal (penderaan)  buat Sakura terfikir. Adakah sebagai ibu bapa x pernah mengabaikan anak sendiri? Jom kita senaraikan kepengabaian yang tidak secara terang yang Sakura perhati berlaku disekeliling. Ini hanya pandangan Sakura yer. Tiada rujukan kepda memana pembacaan ok. 

1. Dengan sengaja dan berniat x mahu breastfeed anak. Kalau x boleh nk BF sebab sakit ker memang susu x d tue, lain la alkisahnya. Tapi nie memang awal mengandung dah doa x nak BF anak. Kesian kat anak hak dia dinafikan. Kalau ikut adik Sakura, kena mula niat nak full BF sejak mula tahu mengandung lagi dan mohon kat Allah untuk dimudahkan urusan BF anak nanti. Buat solat hajat kalau boleh. 
2. Bagi makanan junk food kepada anak sebelum umur setahun. Nie memang depan mata tapi mak dia buat dek jerk. Anak tue belum pun 6 bulan ko dah bagi makanan ade MSG semua. Zalimnya.
3. Layan jer anak tue nak mainan yang x merangsang otak. Kesian anak tue x d rangsangan dari mak bapa untuk belajar dari kecik. Sudahnya nanti dah besar, asyikla main jer.
4. Umur anak sebulan dah bawak gi mall. Nie lagi sadis. Dah la persekitaran x sihat. Jangkitan boleh berada kat memana pun. Kalau yer meroyan nak keluar. Ko keluar la sensorang. Tinggal anak tue kat rumah. Kesian bb nak tidor.
5. Selalu menangkan adik sebab dia palin kecik. Padahal si adik yang datang kacau abang. So kena alert, sape yang punca pertama kemarahan tercetus.
6. Pergi holiday, tapi x sediakan bekalan makanan untuk anak. Anak tue kebulur la yang teramat. Dah lebih 6 bulan, pastinya anak tue dah boleh makan neslac atau solid food ker hape. Awatla yang tak di bawa makan budak tue. Menagisla budak tue x cukup puas dengan BF. 
7. Tiada rangsangan kepada anak untuk anak merangkak. Dok la pegang sentiasa. Bila pulak budak tue nak mencuba angkat bontot, maju kedepan, merangkak, berdiri, apetah lagi berjalan. Ingat semua budak boleh terus berjalan ker. Merangkak adalah pergerakkan paling bagus baby untuk perkembangan otak. 
8. Tiada penerapan disiplin dalam diri anak sejak kecil lagi. Sudahnya nanti dah besar jadi budak berdisiplin. Benda nie kena rangsang dari kecik lagi dan cara yang berhemah. Kena banyak belajar dari perkongsian ilmu Prof Dr Rozieta Shaary.

Rasanya takat tue jelah dulu yang terlintas kat kepala. Dengan ini Sakura menanam azam dan tekad untuk x buat perkara nie bila ade anak nanti. Moga dimudahkan urusan Sakura nanti. 

Orang Miskin Malaysia

Masa Sakura kecik dulu, Sakura selalu ikut mak g bayaran duit kebajikan kat orang yang berdaftar miskin dan susah dengan pejabat kebajikan masyarakat. Mak Sakura dulu kerja kebajikan dan kekadang bizi kat opis, mak x sempat nak p buat bayaran waktu kerja. Jadi mak akan gunakan Sabtu dan Ahad untuk g buat bayaran. Time nie lah Sakura akan ikut. Kawasan yang mak akan bayar adalah disekitar Klang. Rasanya Pulau Indah, Pulau Ketam, Pelabuhan Kelang, Pandamaran, Kg Delek, Sg Udang dan sekitarnya. Bila Sakura ikut tue, biasanya Sakura dapat lihat yang rumah dia orang sangat daif dan keperluan asas pun belum tentu ada. Kalau ade pun pakai jelah, tue pun hasil orang bagi. Memang kehidupan dia orang tue susah dan daif sangat. Sangat menginsafkan. Bantuan yang mereka terima pun bukanlah banyak sangat pun tapi Sakura tak ingat berapa. Tapi dapatla membantu sikit sebanyak. 

Bila melihat orang susah nie terutamanya bila tengok slot Bersamamu di TV3. Nie bagi Sakura yer. Kalau rumah tue ade tv dia hanya dikira miskin x dikira susah dan daif. Kita wajib membantu orang daif dan susah bukan miskin. Sebab orang miskin nie pendapatan dibawah paras miskin. Kalau daif dan susah, memang dia x mampu berkerja sebab masalah kesihatan ker ape. anak ramai dan pendapatan sangat kecik ataupun terpakasa menyara anak OKU ataupun ade orang tua sakit. Orang miskin masih mampu tengok tv. Tapi kalau orang daif, rumah setakat ade lampu dah lebih baik. Biasanya pakai lampu minyak tanah jela. Sebab x mampu nak bayar bil elektrik. Tapi sekarang nie ok sikit kot sebab bil elektrik bawah RM20, percuma sebab dibiayai kerajaan. 

Kalau nak difikirkan pasal orang miskin Malaysia nie, Sakura kekadang jadi pelik sebab kenapa ramai sangat pendatang yang pilih Malaysia cari rezeki. Yang orang kita pulak hidup susah dalam negara sendiri. Ape cerita nie? Betul susah untuk mendapat pekerjaan sebagai tukang cuci pinggan mangkuk kat kedai makan, betul susah nak dapat keje kat kawasan pembinaan, susah ke nak dapat keje di car wash. Kenapa kita rela jadi jadi pengumpul barang dari cari keje tetap. Fikir-fikirkan.

Sunday 22 June 2014

Remaja OKU Terabai

Satu berita yang mengejutkan dimedia Malaysia berkenaan pengabaian remaja OKU di Nilai. Yang mana dia ditemui dalam keadaangan yang sangat menyedihkan dan kurus kering dalam serbuan pendatang asing. Biasalah Malaysia nie, kalau berlaku kes macam nie, dengan suka hati akan menuduh dan mencemuh. Persoalan bagaimana seorang ibu boleh tinggal anaknya tanpa kasih sayang dan kebajikan yang terpelihara . Itu biarlah diselesaikan oleh pihak berkuasa dan diharapkan agar ibu tersebut dapat dipulihkan dan diberikan kaunseling. 

Pada media pulak, Sakura kurang berkenan kepada anda x korek cerita dari jiran-jiran, khariah setempat dan masyarakat setempat bagi memberikan gambaran keseluruhan kepada cerita yang diketengahkan. Disitu kita boleh kaji ape sebenarnya yang berlaku, bukan hanya ibu tue sahaja yang bersalah. Bagi Sakura keluarga nie hidup dalam keadaan daif yang keterlaluan dan tiada bantuan dari masyarakat setempat.

Sakura lebih memandang kepada betapa kita gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam menjaga kebajikan orang disekeliling kita. Kita x Prihatin kepada keadaan sekeliling dan kesusahan masyarakat. Kalau kita prihatin dan membantu orang sekeliling kita, sudah pasti kebajikan keluarga tue dapat terpelihara dengan ade sumbangan yang diberikan dan kes kesusahan keluarga nie dapat dirujuk kepada pihak yang berwajib sama ada pejabat kebajikan masyarakat, pusat zakat atau khairiah setempat. Kita terlalu leka dengan kesibukan keluarga sendiri sampai lupa nak bertanya khabar jiran kita semua. Kita lupa nak tanya dia ok ker x sebab kita takut kalau dia nak minta pinjam duit sebab  kita pun x cukup duit. Kita dah kearah masyarakat "selfish". 

Istilah popular yang kita akan guna, 'jangan jaga tepi kain orang' yang menjadi halangan. Sebab kita x nak dikata penyibuk dan kacau ganggu hidup orang lain. Ade masa kita perlu bersikap begitu dan ade masa kita perlu 'mejaga tepi kain orang' bila kita dengar ade orang meminta tolong lewat malam (mungkin ade pencuri dalam rumah atau mungkin ada kes penderaan), jengah-jengah rumah jiran bila ade kesempatan takutla ade pencuri tengah nak masuk rumah ker, saje-saje menyapu depan rumah bila balik kerja dengan niat boleh nampak jiran dan bertanya khabar. Yang penting kita kena PRIHATIN dan peka dengan jiran. 

Sekarang nie kita ade Facebook dan WhatsApp yang popular digunakan oleh sebuah taman untuk salurkan maklumat kejiranan memasing. Jadi gunakanlah medium tue untuk tengok jiran-jiran sihat ker x, ade makan ker x dan jaga kebajikan masyarakat setempat

Selain tue khairiah masjid dan surau pun kenalah gerak aktif dalam menjaga kebajikan masyarakat setempat. Ape salahnya kalau duit tabungan masjid yang ade diperuntukkan untuk diberikan kepada mereka yang dalam keadaan susah. Ape yang Sakura tengok, duit tabungan masjid nie boleh cecah ribuan ringgit seminggu. Kalau dah ribuan seminggu, pastinya sebulan mesti dah puluhan ribu. Ape salahnya kalau peruntukkan 10% dari tabungan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan. Kita pernah baca cerita pasal sebuah gereja yang letakkan tabung yang berisi duit, buku tulis nama dan pen.Tujuannya kalau ade yang dalam kesusahan yang perlukan nak beli makanan ker ape boleh ambil duit dari situ untuk beli barang keperluan dan perlu tulis nama dalam buku. Memangla orang Malaysia nie tahap sivik sangat teruk, so kenala sediakan sorang yang bertanggungjawab sentiasa kat masjid. Kiranya kalau ade yang minta bantuan, AJK masjid sedia membantu. Takkpun tinggal no telefon pak imam ke AJK masjid atau surau yang berkenaan untuk mudah dihubungi kat board masjid atau surau. Yang pihak menjaga kebajikan pun x payah nak 'kerek' bila nak bagi bantuan. Kita bersangka baik, agar kebaikan yang kita buat Allah lindungi dan membantu mereka yang betul-betul perlukan. 

Ahli Parlimen, ADUN, Ketua kampung dan AJK kampung pun janganlah tidor x buat keje. Janganlah disebabkan berbeza fahaman politk, ko abaikan orang tue. Buang fahaman politik bila kita nak bantu orang. Kalau x kita x kemana pun. Bijak sikit bertindak jangan macam budak x pergi sekolah rupanya. Dah tua-tua pun, otak tue kasi matang dan berfungsi sikit. 

Setiap masyarakat juga perlu ade pendidikan dan pengetahuan untuk prosedure memohon bantuan dari kebajikan masyarakat ataupun pusat zakat. Kenapa ia diperlukan, sebab ia dapat menyalurkan masalah yang dihadapi dengan berkesan dan tidak ditendang seperti bola semasa memohon. Selain itu, bantulah jiran setakat yang termampu.

Sakura sharekan pandangan dari Prof Rozieta Shaary untuk renungan. (klik sini)

Friday 20 June 2014

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir


Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.


Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Sumber FB: Kakinovel

Thursday 19 June 2014

Berdakwah

Cuba korang dengar radio IKIM dalam perjalanan balik keje pada setiap hari Rabu. Slot Islam Agamaku pukul 5.15 ptg. Kisah Saudara baru yang kembali kepada Islam dan melihat Islam sebagai agama yang benar dan datang dari Allah. Kebanyakkan yang dijemput adalah mereka yang dalam beberapa tahun kembali kepada Islam. Cerita yang dikisahkan pulak pasal macam mana tertarik dengan Islam. Kesemua cerita sangat memberikan inspirasi. Semoga kita semua dapat menjadi khalifah yang berjaya dimuka bumi Allah ini.

Dalam pada inspirasi tue juga. Ade sentakan pada persoalan dari mereka "kenapa kawan-kawan Islam saya x perkenalkan Islam pada saya betapa indahnya Islam semasa saya belum Islam". Persoalan yang kita sebagai orang Islam yang x menjalankan tugas sebagai khalifah dimuka bumi sebagaimana yang Allah minta. Betapa berdosanya kita x menjalankan perintah Allah. Dari situ ia telah membuka mata Sakura untuk sesama berdakwah. Sakura belum ade kekuatan untuk mengajak mereka untuk mendengar ape itu Islam tapi Sakura mampu membuat sekecil-kecil dakwah iaitu dengan melaksanakan akhlak AlQuran. Sakura sangat berpegang bahawa dengan menunjukkan akhlak yang baik seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW adalah sangat berkesan untuk berdakwah. Sebabnya Nabi Muhammad SAW juga berdakwah dengan akhlak. 

Akhlak yang baik lebih berkuasa dari mulut yang mengajak. Sebab manusia nie bahasa badan lebih memain peranan dalam berkomunikasi. Jadi marilah kita sesama berbuat baik kepada jiran bukan Islam dan menyayangi mereka macam kita sayangkan jiran Islam kita. Jangan berkata-kata dengan ayat yang menyakitkan hati mereka. Kekadang kita x perasan kita sakit hati mereka dengan cakap anjing dia bising la. Sakura bersyukur jiran dengan jiran sekarang yang ade anjing sebab anjing tue akan menyalak bila ade orang yang x dikenali depan rumah. Jadi kita boleh jengah tengok depan rumah ape yang x kena. X payah pasang CCTV. Baiknya anjing tue, kalau dia dah kenal, ok jer x menyalak. Sakura balik keje jarang dia menyalak. Mungkin kalau dia menyalak pun sebab dia dah lama x menyalak. Jadi anjing tue menyapalah, baru balik rumah ker. 

Cuba tengok disekeliling kita berkenaan kegagalan kita berdakwah. Berapa ramai pencuri dikalangan orang Melayu. Melayukan sinonim dengan Islam. Jadi macam mana kita nak ajak mereka betapa indahnya Islam. Islam x pernah mengajar umatnya mencuri dan menzalimi hak orang lain. Islam tue suci. Yang merosakkannya adalah orang Melayu. Melayu adalah bangsa dan bukannya anutan. Islam adalah anutan yang menjadi peganggan dan landasan akidah kita.

Allahuakbar. 


Thursday 12 June 2014

Sampah dan Kotor

Slot dalam alKhawater dua hari lepas pasal kebersihan dan sampah. Ditujukkanlah keadaan bilik mandi awam kat Mekah tue. Aduhai. Tragis dan boleh buat Sakura nightmare 100 malam okes. Ape yang ditujukkan tue, penah Sakura alami di sebuah tandas awam di sebuah negeri. Bila ingatkan memang geli sesangat. Tapi sebab dah x tahan sangat dan dah x d pilihan lain, sangat terpaksa untuk menggunakannya. Sejak dari tue, Sakura akan pastikan klu ade kat negeri tue, mesti pastikan kurang minum air dan buang air sampai kering. Kalau x pun sebelum masuk bandar, singgah memana PETRONAS baru untuk terkucil. Kalau stesen petrol yang lama, kebersihan pun x terjaga. Benda yang paling Sakura alergik dalam hidup adalah kotor dan sampah. Biarlah fasilities kureng, tapi kebersihan terjaga. 

Sungguh x paham okey, kenapa boleh jadi kotor. Konsep hidup paling senang. Kalau buat sampah, PASTIKAN buang sampah dalam tong sampah. Kalau pakai tandas, PASTIKAN flush dan jirus lantai sebelum keluar. Benda paling senang. X d orang nak tolong bersihkan ko punya sisa okey. Orang lain pun geli. Takkan ko pun geli dengan sisa yang ko buat kot. 

Sakura pernah juga g rumah seseorang yang sangat la x jaga kebersihan. Sampai muka pintu dah berbau hapak yang teramat dan bila pijak lantai, aduhai licin semacam. Tue belum nampak kesan kotor kat dinding dan lantai depan bilik air (ruang tamu ngadap bilik air). Memang Sakura duduk dekat dengan pintu keluar. Dia jamu minum pun, rasa x lau wei nak telan. Sudahnya luakkan air tue balik dalam teko dan minum sikit jer. Memang x lalu. Memang dalam hati dok berdoa cepatla balik, cepatla balik.

Lagi satu orang yang dok flat. Sakura memang x paham mentaliti golongan yang duduk kawasan tue. Boleh yer ko pi campak sampah dari tingkat atas ke bawah. Nie terjadi kt semua Klinik 1Malaysia yang Tuan Faizal uruskan. Masalah sampah sangkut kat awning banyak sangat. Bila cakap mentaliti kelas rendah ko marah tapi tindak tanduk memang kelas rendah. Sangat x paham okey. Cubalah jadi orang bandar sikit. Buang sampah kat rumah sampah yang disediakan. Ikat sampah dengan kemas. Tempat tue x jadi kotor kalau x d orang pengotor. alQuran bercerita pasal kebersihan. Tapi sangat x paham kenapa umatnya x ikut ape yang dikatakan alQuran.

Satu lagi, Sakura memang alergik dengan habuk. Kat rumah tue berhabuk jugak tapi x d lah sampai nampak kelabu lantai yang ade habuk. Kalau dah lantai naik habuk kelabu. Tue tandanya lebih dari 2 minggu rumah x bersapu. Seminggu sekali, biasanya Sakura akan vacum walaupun x mop lantai. Janji x d habuk kelabu yang melekat okes. Lantai bilik air pun macam tue juga, kena pastikan yang lantai x jadi licin. Kalau dah berdaki dan licin tue, masa tengah mandi sental la sikit-sikit. Hari nie basuh lantai, esok basuh dinding kiri, esoknya lagi dinding kanan, esoknya lagi dinding depan dengan toilet bowl, esoknya lagi sinki. Then pusing jer balik urutan tue. Sebab tue kalau ade tetamu nak datang. Toilet kena pastikan mesti bersih. Kalau bab habuk tue Sakura x pentingkan sangat. Tapi jangalah sampai habuk kelabu atas lantai.

Wednesday 11 June 2014

Terbang Tunduk

Kalau boleh nyayi lirik nie lagi baik. 

****************************************************
Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa--
Kau sedang tinggi.
 

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana


Payah2 semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu
 

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.


Lagu dari KAK FYNN JAMAL

*****************************************************

Sangat mendalam untuk kita perhalusi maksud yang ade dalam lagu. Lagu yang berjaya mensyahdukan hati Sakura. 

Kita mampu jadi ape sahaja kalau kita tetapkan hati dan matlamat untuk mencapainya. From Zero To Hero dalam istilahnya. Tapi jangan lupa bila dah berjaya sebab kita masih hamba kerdil yang masih perlu tunduk kepada kekuasaan Allah.

Tuesday 10 June 2014

Ilmu Kejuruteraan

Minggu lepas Sakura tengok siri alKhawater yang ditayangkan oleh alHijrah pukul 8.30mlm. Tapi x ingat hari ape, dalam siri tue tujukkan pasal pengurusan banjir di Mekah yang boleh Sakura katakan agak 'tragis' (istilah Sakura). Sebabnya sebagai Jurutera Awam ia amatlah memalukan dan mencabar kredibiliti sebagai seorang Jurutera Awam yang bertanggungjawab dalam memastikan kehidupan manusia terurus dan boleh berkawan dengan alam.

Tapi dalam siri tue, menjadi suatu kebanggaan kepada Sakura sebab siri tue membandingkan dengan MALAYSIA. Khazanah kejuruteraan Malaysia yang berharga dan termahal, Terowong SMART. Terowong dwi fungsi yang berjaya menyuraikan kesesakan jalan raya di Jalan Tun Razak sampai ke Sg Besi dan juga fugsi utama penyalir bajir ibukota bila banjir kilat berlaku. Masalah utama KL suatu masa dulu adalah banjir kilat yang kerap berlaku. Semua warga kota yang nak balik kerja terutamanya akan menghadapi kesukaran sebab terperangkap dalam banjir atau mengalami kerugian sebab kereta terendam. Itu kisah dulu yang sekarang pun masih ade berlaku walaupun x seteruk dulu, tapi telah diperbaiki mutu pengurusannya.

Menjadi Jurutera Awam bukanlah ia satu kerja yang glamer tapi ia adalah kerjaya Profesional yang diberikan kuasa dan MESTI bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang dibuat. Bak kata bijak pandai "KUASA yang kita dapat, BESAR tanggungjawab yang digalas". Prinsip kepada kejuruteraan adalah ia memudahkan kehidupan manusia tanpa memudaratkan alam dan manusia. Itu memang misi penting sebagai Jurutera. Tak kira jurutera dalam bidang ape pun.Selain itu, ia mestilah memudahkan cara.

Dalam setiap keputusan menyelesaikan masalah dan penciptaan ia mestilah mementingkan keselesaan manusia dan alam sekitar. Walaupun semasa pembinaan (dalam konteks kejuruteraan awam) manusia sekeliling akan menghadapi kesukaran, tapi ia telah ditangani dengan semaksimum supaya impak kepada keselesaan dapat dimaksimukan bila pembinaan berlaku.

Selain itu, kerjaya sebagai Jurutera Awam, matlamatnya adalah menyelesaikan masalah untuk keselsaan manusia dan boleh berkawan dengan alam. Prinsip utama yang menjadikan ia seorang Jurutera yang bagus atau tidak. Jika prinsip nie tiada dalam etika perkerjaannya, maka ia bukanlah dikira sebagai Jurutera Profesional yang Beretika. Sebab tue aspek etika menjadi topik wajib bila nak dapat pengiktirafan Jurutera Profesional. Bab tue Sakura akan cerita kemudian bila sampai masanya.

Monday 9 June 2014

Harga Rumah

Tengok pada harga rumah sekarang memang menyesak dada. Kebanyakkan rumah baru yang dijual semua lebih RM400K. Adohai kesiannya kepada mereka yang baru nak beli. RM400K tue taraf rumah merpati jer pun. Sungguh x paham kenapa berleluasa sangat penjualan rumah berkos tinggi. Macam tak ade kawalan dari pihak berkuasa tempatan ker. Rasanya macam ade peraturan untuk penetapan projek yang dilaksanakan. 

Kalau tengok developer nama besar memang semuanya rumah kos tinggi dari Ptrajaya Holding, SP Setia, Sime Darby, Encorp, PKNS, I&P Group etc. Sakura tak jumpa satu pun projek dema ni bertaraf kos sederhana atau rumah mampu milik. Semuanya kejar duit. Almaklumlah nak bayar bonus pekerja yang berbulan2 dengan trip hujung tahun cuti luar negara. Kisah nie adalah kisah benar dari pemaju perumahan Sakura yang dulu Sakura beli. Semua kos tue pembeli yang tanggung sebenarnya sebab hasil dari penjualan rumah dibuat. 

Kalau dulu PKNS memang terkenal dengan penjualan kos rumah mampu milik. Tapi sekarang memang dah kearah rumah kos tinggi. Dah x ade sifat khidmat masyarakat dikalangan pemaju rumah. Dah la masa beli nanti pun kena tindas sebab hiden charge yang dikenakan. Semuanya bersikap PENINDAS. Tue belum lagi bank yang kenakan interest. Siapa yang tersepit? bakal pembeli yang tersepit. Sedih bila tolong difikirkan. 

Harapnya ada kawalan dari kerajaan dengan mengenakan syarat untuk penjualan rumah diluluskan untuk rumah mampu milik dan penjualan rumah berkos tinggi dengan bilangan terhad atau dimansuhkan. Kuasa ditangan kalau tak dilaksanakan akan mengundang bencana dikemudiannya. 


Wednesday 4 June 2014

COTI

Sakura telah dicadangkan untuk mengikuti kursus ke Korea di bawah Corea Officer Training Institute  (COTI) untuk junior officer. Dari JKR, nama yang tersenarai ada 5 orang. Aduyai. Malas yang teramat sebab nak pergi program nie kena g interview bagai. Bab g interview nie yang Sakura lemah dan lemas. Kalau x d interview, dari dulu lagi Sakura minta. Dah la tarikh nak g tue tengah sibuk nak capstone. Top management nie mcm x tahu jer yang Sakura sibuk mengadap Capstone Master. Sibuk gak la Sakura menelefon ke urusetia, kenapa Sakura tercalon dan atas sebab ape dipilih. Jawapan yang diberikan. "g jelah disiplin awam yang bagi nama". Memang la korang syok suruh Sakura g. Banyak keje nie sape nak tolong. Keje opis dah semestinya ada, cuma harap tak banyak dan under control. Capstone dah bermula dengan kelas pun dah mula masa tue (jadual pergi September 2014). Masa COTI berlangsung pun banyak aktiviti yang nak dibuat masa tue. Mampukah Sakura hadapinya. Nak teriak jer rasanya. Dah la bagi tau suruh apply tue dah last minit. Esok tarikh tutup, boleh hari nie g hantar email push suruh apply. Ikutkan hati malas nak layan, nak buat x tahu jer. Tapi dah dipujuk rayu g apply. Buat jer la. Tapi dalam hati, biarlah x terpilih tapisan pertama. Tapi nie cerita bulan 4 hari tue.

Tuptup. Bulan 5 suruh semak permohonan. Berjaya ke temuduga. Kedegang macam langgar dinding. Aduhai nak g interview. Dengan keterpaksaan, saya yang menurut perintah. G la interview pada 27.05.2014. Dah la dia minta sijil aktiviti. Dengan kebengongan Sakura bawak jer sijil kursus yang ade. Lantak kaulah. Janji ade benda yang ku bawak dari tangan kosong. Salinan buku perkhidmatan, minta opis yang sediakan. Tapi menyedihkan juga x berapa nak sempurna. Sudahkan Sakura yang kena baiki. Susun terbalik dengan siapkan sampul untuk hantar. Sabar jelah keje cincai nie. Nak marah, usia mak-mak. Kalau yang muda dah lama kena smash sebijik buat keje ala kadar. 

Masa hari temuduga tue pulak, jadual Sakura 8.15pagi sampai 8.45pagi. Tapi pukul 9 baru mula. Mujurla masuk dalam grup pertama yang kena interview. Interview berkumpulan. Ade 4 orang sekali masuk. Panel dari JPA dengan pegawai yang pernah g COTI. Soalan yang ditanya pulak 1) Ceritakan pasal diri sendiri 2) Cerikan ape yang kita tahu pasal COTI dan Korea 3) Macam mana nak promote Malaysia pada orang Korea 4) Atas alasan ape yang kita layak ikut g COTI 5) Ape yang kita tahu pasal GST. Taram jelah jawapan tue. Yang pastinya semua diberikan peluang untuk bercakap mengikut giliran sebab masuk sekali berempat. Masa interview tue Sakura terus terang jer yang Sakura x minta pun sebab dah g cawangan rekabentuk. Nie semua top menagement yang push suruh g. Mungkin sebab nak suruh bantu untuk Institut Latihan Kerja Raya yang tengah bina tue. Terang dan jelas motif Sakura join COTI.

Harapan untuk terpilih, tidak la sangat sebab yang nak dipilih x ramai berbanding yang memohon. Ade rezeki kata pergi, Sakura pergi. X d rezeki, dok diam buat Capstone lagi baik. Sekianlah cerite pengalaman interview COTI Sakura. Bulan September g sana, rasanya musim sejuk. Dah la Sakura x tahan sejuk. Nama jer Sakura. Huhuhuhu.

pinjam dari Mr Google. Mohon izin yer

Tuesday 3 June 2014

Hantaran 2

Bila Puan engineer diminta untuk membuat gubahan bertunang untuk adik ipar sendiri. Kali nie kita pakai bunga hidup. Lebih senang dan menjimatkan sebab dah lepas tue boleh campak ke tong sampah hiasa bunga tue. Selain dari tue Sakura x d masa nak buat sebelum tue, sebab sibuk dengan kelas. Masa mendeco hanya pada malam sampai kat Teluk Intan dan mula buat dari pukul 9 sampai pukul 1 pagi. Kenapa x pakai bunga artificial sebab sangat merugikan tempat bila majlis dah selesai. Sudahnya jadi bahan habuk kat rumah. Selamat menempuh alam bertunang ye radik ipar saya, Muhammad Fahmi. 









Monday 2 June 2014

UiTM Dihatiku: Teringat Kisah Lama

Semalam terbaca status anak sedara Sakura yang nak p mendaftar masuk belajar Diploma Kejuruteraan Awam kat UiTM Jengka. Dengan tiba-tiba juga Sakura rasa ade sesuatu yang bergenang kat mata dan rasa hati nak menagis. Entahla. Satu perasaan yang bercampur aduk. Kisah 14 tahun lalu yang masih lagi segar kat otak dan rasanya macam baru berlaku tahun lepas. Ape yang tersentuh sangat pun Sakura x pasti. Otak ku x mampu untuk berkerja dengan baik untuk memproses emosi gamaknya.

Mungkin ia ade kena mengena dengan, ade juga yang nak ikut jejak langkah makcik dia amik Diploma Kejuruteraan Awam. Walaupun di tempat yang berlainan (Jengka dan Shah Alam). Tapi dia tetap super junior Sakura. Ade juga yang sangup untuk bersusah payah demi mencipta kejayaan yang terbaik di masa hadapan. Walaupun banyak kursus lain yang mungkin mudah untuk dipelajari berbanding kejuruteraan. Walaupun bidang kejuruteraan  x sesusah perubatan. Tapi ia mencabar buat seorang perempuan. Perlu menjadi yang terbaik untuk mendapat tempat bila berkerja nanti. Dunia perkerjaan yang sinonim bagi lelaki. Tapi sekarang  nie dah ramai pun perempuan yang menceburinya. Cuma kalau tang jaga site tue, perempuan agak kurang. Perempuan yang kental semangat jer mampu duduk kat site uruskan projek.

Mungkin juga Sakura tetiba tingatkan Mak dan Bapa yang hantar Sakura masa tue. Almaklumlah, time diploma jer mereka hantar. Time masuk degree dan master. G bawa kete sendiri la daftar masuk belajar. Besar harapan Mak dan Bapa waktu tue untuk mengharapkan yang anaknya akan berjaya dalam hidup. Satu amanah yang sangat berat untuk digalas untuk memastikan harapan Mak dan Bapa tercapai. Nielah masanya untuk membalas pengorbanan mereka sejak Sakura dilahirkan di dunia. Nak balas dengan wang ringgit, tak terbayar semua pengorbanan tue. Hanya dengan melaksanakan impian dan harapan jela dapat diberikan. Buatkan mereka rasa gembira dan bangga dengan pencapaian anaknya. 

Mungkin juga Sakura yang sangat rindukan Mak. Hanya dua kejayaan jer yang Sakura dapat berikan. Kejayaan memiliki diploma dan ijazah. Kejayaan mendapat perkerjaan dan mendapat teman sehidup dan penjaga, Sakura x dapat tunjukkan. Harapnya, Mak tahu lah yer kat 'sana'. Miss u mak. Kasih yang tiada gantinya. Insa'allah akan bertemu di 'sana'. 



Sunday 1 June 2014

Selawat

Hari ke 3 puasa.  Jom banyakkan berselawat untuk menambah iman dan amalan sebagai khalifah di muka bumi ini

30 Keajaiban Berselawat

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani