Monday 27 January 2014

Servis Kereta

24 Perkara asas tentang servis kereta yang perlu diketahui sebagai pelanggan.

1. Minyak Engine.
Minyak engine yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik cina sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang Melayu!

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata bila 100,000km baru tukar clutch!

7. Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8. Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak cina yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa enggeris lebih dikenali sebagai "preventive maintenance"

15.Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar. 

16.Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.


17. Minyak engine mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Beli kat kedai yang kita tahu ketulenannya

18. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

19. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

20. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

21. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

22. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

23. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik cina yang kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE

Artikle diperolehi dari FB: Sokong Produk Melayu Islam's. Telah diubah suai sebab ade yang x sesuai. Sebenarnya kedai servis Melayu pun menipu gak. Nanti bila Sakura ade mase dan idea nak menaip, Sakura kongsi cerita yer. Nie masih panas hati lagi. Tengah panas hati x baik menaip sebab idea terlalu kelautnya.

Tuesday 21 January 2014

Wang Palsu

Dulu masa keje AEON credit. Selalu jer kena berhati-hati bila dapat duit RM50. Kalau dapat rasa kertas lain macam, biasa akan test kat mesin pengesan (x ingat nama ape entah). Memang jadi kesalahan besar kalau dapat terima wang palsu nie. Kat sini Sakura share cara mengesan duit palsu untuk semua


Tips Mengesan Wang Palsu
Untuk mengenal pasti sama ada wang kertas yang diterima semasa urusan jual beli adalah tulen atau palsu, sila perhatikan dan periksa ciri-ciri penting berikut yang terdapat pada wang kertas (untuk semua wang kertas):

1. Bezakan kualiti dan periksa ciri cetakan timbul wang kertas

Wang kertas tulen menggunakan substrat (bahan) bermutu tinggi dan oleh itu ia adalah unik berbanding dengan kertas biasa. Anda disarankan supaya memeriksa ciri cetakan timbul yang terdapat pada potret di wang kertas dan pada angka denominasi dan teks.

2. Pegang dan halakan wang kertas ke arah cahaya lampu putih dan perhatikan ciri-ciri berikut:

Potret tiga dimensi DYMM Yang di-Pertuan Agong pertama yang kelihatan lebih terang dan nyata berbanding dengan warna kertas di sekitarnya. Potret ini akan kelihatan tanpa garis-garis yang jelas.

Tanda Pandang Telus - reka bentuk grafik pada bahagian depan dan belakang wang kertas akan kelihatan selari dan membentuk imej corak/numeral yang lengkap.

Benang keselamatan dengan ciri teks mikro yang dijalin secara bersulam pada wang kertas.

3. Sengetkan wang kertas untuk melihat ciri warna/corak yang berubah-ubah pada jalur holografik dan benang keselamatan.

Jalur holografik (bagi wang kertas RM50 sahaja), petak berkilat berwarna, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah dan benang keselamatan kanta mikro (bagi wang kertas RM100 sahaja) akan dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan di bawah cahaya terang.

Untuk maklumat lanjut mengenai wang kertas Malaysia, anda boleh melayari laman sesawang Bank Negara Malaysia di pautan sini 

Anda dinasihatkan supaya membuat laporan kepada polis dengan segera sekiranya mempunyai atau menerima wang kertas palsu.

Sumber: Portal Rasmi Bank Negara Malaysia

Monday 6 January 2014

Buah Tin

Khasiat dan Manfaat Buah Tin :
1. Kandungan Kalium, Omega 3 dan Omega 6 pada buah tin membantu untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan Jantung koroner.

2. Buah Tin/ Ara kaya serat makanan, yang membuat mereka sangat efektif untuk program penurunan berat badan( Obesiti).

3. Bahkan daun dari tanaman tin memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daun pohon tin/ ara dapat membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah asupan insulin.

4. Makan buah tin/ ara sebagai rutin harian dapat membantu mengurangi risiko kanser payudara.

5. Kandungan Coumarin pada buah tin , juga dapat mengurangi risiko Kanser Prostate.
Tryptophan, dalam buah tin/ ara, menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia.

6. Makan buah tin/ ara mengurangkan kelelahan , meningkatkan daya memori otak dan mencegah Anemia.

7. Serat larut yang terdapat pada buah tin disebut Pektin, dalam buah tin membantu dalam mengurangi kolesterol darah.

8. Bila diterapkan pada kulit, tin/ ara dipanggang dapat menyembuhkan radang seperti abses dan bisul.

9. Kerana kadar air yang tinggi, tumbuk buah tin bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik dan membantu dalam mencegah dan menyembuhkan jerawat.

10. Buah tin kaya dengan kalsium dan kalsium alternatif yang sangat baik untuk terapi pengubatan orang-orang yang alergi terhadap produk susu.

11. Buah tin kaya dengan Phenol dan Benzaldehid alami sebagai Zat Anti Tumor serta dapat membunuh Micro-organisme Pathogen, Jamur dan Virus dalam tubuh manusia.

Di dalam kitab Tafsir al Munir tulisan Dr Wahbah az Zuhaili; seorang tokoh ulamak di bumi Syam as Syarif.mentafsir surah at Tin .Di dalam kitab tersebut, penulis ada menyatakan bahawa buah tin ini mempunyai 1001 rahsia penyembuhan...

Friday 3 January 2014

Kenaikan Harga Barang: Suri Rumah.

Entri hari nie Sakura kan cuba memberi idea kepada ibu-ibu yang duduk rumah macam mana nak tambah pendapatan tanpa keluar rumah.

Aktiviti yang Sakura cadangkan adalah:
1. Mengambil upah gosok baju jiran jiran. Kira macam dobi kat rumah la. Tapi dobi nie hanya untuk gosok baju jer.
2. Memasak makan malam. Ibu-ibu boleh buat menu untuk jiran-jiran dan iklankan kat rumah jiran-jiran. Sesape yang berminat boleh tempah dan masakan akan dihantar selepas tuan rumah balik.
3. Jual nasi bungkus mengikut menu yang disediakan untuk kawasan sekitar pejabat berdekatan rumah.
4. Jaga anak jiran, yang nie confirm ramai yang berkehendak. Tapi nak jaga anak orang nie kena minat dan kesanggupan, kalau x, x pasal jer kena dera pulak. Banyak kan sekarang pengasuh yang x ikhlas menjaga.
5. Buat jualan online dari rumah. Nie ramai kot yang buat.
6. Amik upah anak jiran balik sekolah. Kalau lah kita nie ade anak jiran yang sama sekolah dengan anak kita, apa salahnya kita amik upah juga untuk angkut anak jiran tue sekali. Sekali harung jer kerja. 
7. Amik tempahan kek, kuih dan biskut. Meniaga dari rumah lagi rendah kos berbanding ade kedai sendiri. Nie yang kakak Sakura buat yer.
8. Kalau ibu yang pandai ngajar ngaji, ape kata ofer kat jiran bantuan mengajar ngaji.
9.  Jadi rumah transit untuk anak jiran lepas balik sekolah.
10. Ramai jer sekarang mak-mak yang berpelajaran. Ape kate jadi personal tutor kerja rumah untuk anak jiran buat keje sekolah sementara mak dema balik rumah. 
11. Kalau yang tinggal kat kampung tue, ade tanah lapang, ape salahnya tanam cili, serai, limau kasturi daun pandan atau ape jua tanaman. Hasilnya tue jual kat kedai berdekatan rumah atau nak jual sendiri bukak gerai pun boleh.
12. Sesape yang ade kemahiran menjahit, boleh amik upah menjahit untuk butik baju sekitar rumah.

NIe jelah beberapa idea Sakura yang boleh dikongsi bersama untuk tindak ibu-ibu fikirkan dan pertimbangkannya.


Thursday 2 January 2014

Kenaikan Harga Barang: Kawal Perbelanjaan

Lanjutan dari entri sebelum nie, Sakura nak sambung lagi dengan tips Kawal Perbelanjaan. Dalam kehidupan kita nie, kita sebenarnya banyak membazir. Kita menbazir dengan benda yang tidak mendatangkan faedah. Kalau x percaya cuba buat catatan perbelanjaan setiap hari untuk tempoh 3 bulan. Setiap sen dan ringgit yang kita belanjakan, cuba catatkan dalam buku tue. Lepas 3 bulan cuba tengok dan audit balik perbelanjaan, tang mana yang kita boleh BUANG perbelanjaan tue, kita KURANGKAN perbelanjaan, NAIKKAN perbelanjaan dan CIPTA perbelanjaan.

Untuk perbelanjaan yang kita buang:

1. Nilaikan balik satelit tv dirumah, bagi Sakura sendiri, Sakura dah buangkannya sebab x mendatangkan faedah pun. Banyak buruk dari baik. Adegan yang ditonjolkan dalam siri tue xdnya baik. Sebagai contoh anak-anak yang suka dengan Ultraman, Ben-10, Superman, Batman dan lelain tue. Ade nilai tambah x dalam hidup anak2 atau ia menjahanamkan perkembangan otak anak. Sakura bagi contoh Rais, adik ipar Sakura akan bagi dia tgk siri pembelajaran untuk baby (training sejak umur 4 bulan x silap). Hasilnya Rais boleh ikut pembelajaran dalam keadaan dia. Dia tahu huruf dan nombor ada bunyi tapi dia tak tahu lagi nak membezakan antara satu huruf dan nombor (sesuai la dengan umur dia belum 2 tahun). Rais juga kenal binatang melalui bunyi binatang sebab dia x tahu menyebut lagi nama binatang. Kalau anak yang kita ajar dengan Ultraman, Ben-10, Superman, Batman dan lelain tue. Ape hasil yang kita dapat selain dari rabak duit sebab anak nak barang permainan yang berunsurkan ikon tadi. Harap ia boleh Sakura jadikan contoh untuk di masa depan. Belajar kaedah yang digunakan dan akan diaplikasikan pada anak sendiri. Barang mainan yang Rais ada hanyalah bola, Lego besar, Blok huruf dan abjad (dari kayu, plastik, getah), flash card.
2. Langanan majalah berkala pun buang sebab info semua boleh dapat dari internet. Kecuali ade yang betul-betul menarik perhatian dan berbaloi, barulah beli.
3. Merokok. Yang nie Sakura pun tengah memujuk dan berdoa agar ditinggalkan yang haram supaya anak yang dilahirkan adalah bercirikan Imam AsShafie dan bukannya Abu Jahal

Untuk perbelanjaan yang dikurangkan:

1. Kurangkan makan luar, seboleh-bolehnya masak sendiri. Kalau nak makan kat luar pun hanya hanya untuk 2@3 kali sebulan, okla.
2. Berjimat guna elektrik ( contoh macam yang entri sebelum nie)
3. Kurangkan bershopping baju setiap bulan, mungkin boleh beli baju baru untuk 4 bulan sekali. nak lagi ekstrem setahun sekali masa raya sahaja.
4. Kurangkan berjalan hujung minggu ke shopping complex (cuba kira berapa kos parking, makan selain terpesona dengan barang yang ditawarkan dan beli terus tanpa fikir guna atau tidak). Ubahkan pergi ke taman-taman. Selain dapat berjalan dengan keluarga kita boleh berjoging dan mungkin boleh berpiknik juga.
5. Kalau ade anak yang pakai diapers, cuba campur pakai cloth diaper dengan disposal diaper. Kalau hujung minggu siang, kita pakaikan cloth diapers, malam kita pakainkan disposal diapers. Kalau kat rumah baby sitter memang x boleh buat ape dah. Latih anak untuk toilet train bila umur capai 3 tahun. Dah boleh jimat duit diapers kat situ.
6. Banyakkan aktiviti kat rumah bersama anak dihujung minggu. Buat aktiviti bersama dengan anak-anak. 5 hari berkerja kita dah jarang jumpa anak, dan bila balik dia dah tidur. Jadi hujung minggu la kita nak bermain sepuas-puasnya dengan anak. Kita masak untuk mereka juga.

Untuk perbelanjaan yang dinaikkan pulak dah semestinya kena naikkan simpanan, hasilnya adalah dari duit yang kita jimatkan tadi. Selain tue buat tabungan tahunan (bayar roadtax, insurans kereta, cukai pintu, cukai tanah) tabung bercuti, tabung anak nak sekolah, tabung raya dan lelain tabung yang diperlukan untuk capai kehendak kita. Belajar susah untuk dapatkannya.

Yang terakhir ciptakan perbelanjaan, kita cuba tambah duit dengan berniaga atau menjual barang terpakai kita yang kita x gunakan lagi (garage sale). Kat situ kita dah jana duit dah pun.

Sakura juga pernah rasa perbelanjaan dikurangkan masa amik Program En Aziz. Waktu sebelum join, belanja rumah tak pernahnya dikira sangat. Asal nak jer, sauk bayar. Memang tahap hampas. Tapi cukup la sampai hujung bulan. sekali join program En Aziz, amik kau, dia bagi duit utk belanja rumah hanya RM2000 termasuk untuk bagi Bapa, Pa (FIL) dan Ma (MIL). Memang kena berjimat sesangat sampai tahap setiap hari masak kat rumah la. Kalau x tue memang sesuka hati kalau x d mood nak masak ajak makan luar. Ade lebih 10 kali kot sebulan makan luar. Belajar juga time tue beli ape yang sangat-sangat perlu dan bukannya kehendak. Masa tue juga harga petrol naik. Memang payah rasanya tapi berjaya harung untuk 4 bulan sebelum minta naik sikit (dalam RM200 utk petrol, tapi yang lain maintain). 

Satu lagi cerita berjimat adalah dari Kak Diana, bloger comatosewithbraindamage. Boleh baca kisahnya disini yer.

Prof. Dr. Rozieta Shaary pun kisah berjimat yang dikongsikan dalam FB beliau. Kisah beliau berkongsi cerita pasal Tips Berbelanja Bijak dan Cerita Suka Duka- Baju Hujan Ajaib.

Ramai yang pernah merasa susah dalam hidup. Semuanya adalah cabaran hidup. Kalau yang diduga dengan Wang sebenarnya kita kena susun balik jer perbelanjaan. Semuanya yang terjadi adalah dengan izin Allah. Sakura tetap rasa yang kenaikan nie berlaku sebab Allah tengok hamba dia nie banyak membazir.