Wednesday 30 October 2013

Sukatan

Maklumat nie berguna kepada semua yang nak memasak menggunakan resipi dan sukatan yang digunakan dalam metrik tapi x d penimbang. Jadi kita gunakan jelah kaedah tradisional yer

TEPUNG
1/4 cawan = 30 gram
1/3 cawan = 40 gram
1/2 cawan = 60 gram
1 cawan = 125 gram
6 3/4 cawan = 1000 gram @ 1 kilogram

GULA KASTOR
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

MENTEGA
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

CECAIR
1/4 cawan = 50 ml
1/2 cawan = 125 ml
3/4 cawan = 180 ml
1 cawan = 250 ml
4 cawan (1 quart) = 1000 ml 


Selamat mencuba.

Tuesday 29 October 2013

Kek Segar!

Semenjak kebelakangan nie Sakura telah dikelilingi oleh pembuat kek. Jadi dengan seronoknya Sakura akan memilih 'Fresh Cake' dari 'Ready-made Cake'. Faktor utamanya Sakura lebih kepada memilih saya kenal sape yang sediakan. Almaklumlah, kalau ready made nie kita x tahu ape yang dicampurkan dan dah berapa lama di buat kat kedai tue. Kalau home made, kita pesan barulah si pembuat kek akan buatkan kek tue. Boleh pilih nak dalam cup atau sebiji gabak tue. Kita juga pilih nak macam mane kek itu ikut selera kita juga. Kalau g kedai, ade ker dia nak layan. X d nya lah kan. Jadi kena la mencari kedai kek yang memenuhi citarasa.

Pembuat kek Sakura adalah Kak Siti. Dia tinggal kat Bangi. Kek yang biasa dia buat adalah Kek Red Valvet, Kek Raibow, Kek coklat dan Kek Keju Marbel. Yang best pasal red valvet kak siti adalah, x terlalu manis. Kek Rainbow pulak ade rasa dan perisa berbanding yang biasa jual x d rasa hanya pada rupa jer. Kek lapis keju kak siti x buat berlapis tapi di gaul jer semuanya. Jadi bila makan memang sedap sebab bercampur manis coklat dan masin keju. Aduhai memang x tergambar rasanya. Pastinya sebiji kek makan sendiri jelah. Ade hari tue Sakura bawak balik Kelantan Kek keju marbel untuk raya 2 biji. Ingat untuk jamu orang datang. tapi x terdaya, Sebiji tue x sampai sehari dah dimakan dengan tuan rumah sendiri. maka tinggallah sebiji lagi yang dijamukan kepada tetamu. Tue pun 3 pusingan tetamu datang dah habis. Jadinya tetamu lain x dapatla merasa. 

Lagi satu yang bestnya, Coklat Chip Kak Siti memang sebiji Famous Amos.  Tapi nie edisi murah. 100gram RM7 sahaja. Jimat sesangat berbanding Famous Amos. Kat pejabat nie ade dah kaki beli coklat chip. Mujurlah Kak Siti yang rajin boleh hantar kerumah. Kalau x memang kena redah Bangi la yer. Biskut lain yang dibuat Almond Crunch. Tapi nie bergantung kepada stok tepung. Kalau ade tepung Kak Siti akan buka untuk tempahan.

Kepada sesiapa yang terasa nak menggunakan perkhidmatan pembuat kek kawasan Bangi. Boleh hubungi Kak Siti yer  untuk tempahan, 019-2382309.  Memilih yang bersih dan halal adalah keutamaan dalam Islam




Monday 28 October 2013

Skincerity - Luka Pisau

Sakura nie memng seorang kureng sikit berhati-hati bila memasak. Biasanya ade jer adegan yang x dikehendaki. Antara adegan yang selalu terjadi adalah tangan kena hiris pisau. Kalau dulu tangan terhiris biasanya Sakura memang letak minyak gamat jer. Lepas tue tunggu jer dia baik. Masalah yang akan dihadapi pula, tempat bekas kena hiris tue pulak ade kesan yang lama nak sembuh. Makan minggu la juga nak hilang

Tapi sekarang Sakura dah x kisah sebab ade Skincerity yang membantu. Bila tangan terhiris jer, Sakura kan sapu Skincerity untuk beberapa hari dan kesan terhiris pun hilang. Memang betulah yang Skincerity nie besifat antiseptik dan memulih. 

Kalau gatal-gatal sebab kena gigit nyamuk pun Sakura role Skincerity untuk hilangkan rasa gatal nak mengaru. Aci x. Memang la aci  sesangat dan rasa gatal tue pun hilang. Memang berbaloi pki Skincerity nie. Banyak kegunaan dan fungsi untuk masalah kulit. 

Sekarang nie Sakura tengah nak tunggu keputusan sample testimoni dari kawan Sakura yang mana anak dia kena ekzema. Harap Skincerity nie membantu melegakan perasaan makpaknya yang risau pasal ekzema anaknya. Mana x risau, baby lagi belum setahun pun umurnya. Budakk kalau kena ekzema mesti mengaru. Dan bila terlebih mengaru berdarah pula tempat ekzema tue. Sudahnya kena pakaikan sarung tangan. Ade ape-ape cerita baik dan buruknya, akan Sakura kongsikan yer.

*Bagi urusan pembelian produk SKINCERITY, mohon mengikuti langkah di bawah

1. Pelanggan diminta SMS/call no 013 3952209 utk bertanyakan stok atau pertanyaan produk

2. Maklumbalas akan dihantarkan berserta no akaun pilihan (maybank @cimb). Sertakan juga alamat penerima juga.

3. Pelanggan diminta untuk bank-in dan setelah bank-in. Fowardkan sms notification ke 013 3952209

4. Urusan penghantaran akan dibuat setiap hari jam 1.00 petang, Isnin hingga Jumaat (Sabtu dan Ahad penghataran akan dibuat pada hari Isnin dan akan menerima no tracking utk pelanggan

5. Produk akan dihantar dan diterima oleh oleh pelanggan melalui POS LAJU 

6. Sekiranya Sakura tidak dapat menghantarnya segera, pelanggan hanya diminta untuk membayar apabila penghantaran dapat dibuat.


Sunday 27 October 2013

Bayi Menangis Malam

Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi
masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan :

Surah al-Fatihah,
Ayat al-Kursi,
Surah an-Nas
Surah al-Falaq,

Kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.

Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a’uzu bi rabbinnas dan Qul a’uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.

Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat.
Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.

Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku.
Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma’ Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.

sumber FB: kelab soal jawab ibu hamil

Friday 25 October 2013

Terliur?

Sangat mengasyikkan bila dapat makanan yang manis-manis dan berlemak kan. Tapi ape kan daya, kalau makan selalu, timbul pulak masalah lain. Tapi dek sebab x selalu pun makan (terhad kepada sebulan sekali dengan saiz kecik). Kita pejam mata dan nikmati kesedapan dan keasyikannya. Sakura menghadapi masalah baru, jatuh hati pada Melty Harshey's dan Chessy Layer. Nak buat macam mane, dari mata turun ke hati setelah menikmati kesedapannya. Ditambah pulak buahan segar yang ade dan dinikmati sejuk-sejuk. Memang superb dan menggiurkan. 

So kalau ade sesape yang berada di sekitar Cheras Jaya (Serdang, Putrajaya, Kajang, Bandar Tun Hussein Onn, Seri Kembangan dan lain-lain) yang nak turut serta menikmati kesedapan Melty Hershey's dan Cheesy Layer atau ade yang berkenan utk dijadikan juadah masa majlis keraian. Boleh call pemilik dan penjualnya, Ieka (012-2857374). Boleh set nak amik kat mana.

Ieka nie ade jual pavlova mini dan biskut pelangi. Tapi Sakura belum rasa lagi pavlova sebab serik pernah terkena pavlova yang sangat manis. Since ade kawan yang dah cuba pavlova Ieka nie dan kata x manis sangat dan sedap. Next tempahan nanti Sakura akan try pavlova la pulak. Nikmati la gambar yang menggiurkan kan yer. 



Thursday 24 October 2013

Petua Untuk Orang Suka Kita

Petua Agar Orang Selalu Suka Kepada Anda

1. Jadilah orang yang berfikiran positif. Kebanyakan manusia tertarik kepada orang yang berfikir dan bersikap positif. Secara fitrahnya, manusia sukakan yang baik, dan ini termasuklah dalam perihal sikap.

2. Adaptasi tingkah laku orang yang anda ingin dekati. Ini kerana, persamaan tingkah laku boleh menghubungkan manusia secara psikologi. Misalnya, secara senyap-senyap tiru gaya atau intonasi percakapannya.

3. Berkongsi minat dan pengalaman yang sama. Ia boleh mengeratkan hubungan sesama manusia kerana faktor persamaan tersebut.

4. Perasaan seseorang terhadap kita juga dipengaruhi oleh cara kita membuat dia rasa terhadap dirinya sendiri. Banyakkanlah memuji dan tingkatkan estim diri orang tersayang.

5. Jangan segan menunjukkan tanda-tanda bahawa anda sukakan seseorang kerana kajian mendapati bahawa seseorang manusia akan cenderung kepada orang yang menyukainya juga.

6. Apabila lebih kerap kita berinteraksi dengan seseorang, akan wujud tarikan yang positif antara keduanya.

7. Elakkan berhubung dengan seseorang yang berada dalam ‘mood’ yang tidak baik. Ini kerana, ‘mood’ yang baik boleh mewujudkan perasaan yang positif terhadap orang yang sedang berinteraksi.
 Sumber FB : Suami isteri,keluarga bahagia

Wednesday 23 October 2013

Kesempitan.

Tiga minggu lepas Sakura ada kerja kat Midvalley buat audit Cawangan Elektrik. Jadi nak pergi kesana Sakura amik komuter jelah dari Stesen KL. Audit mula pukul 9.00 pagi tapi Sakura dah sampai pukul 7.30 lagi. Tuan Faizal turunkan kat stesen KL. Disebabkan ade 1:30 jam dan malas nak tunggu kat Bilik Mesyuarat Cawangan Elektrik, Midvalley, Sakura pilih lepak kat stesen jelah sampai pukul 8.20 pagi. Saje nak tengok gelagat orang kat stesen pepagi. 

Pagi pertama, Sakura ditemani dan menemani sorang aunty nie yang nak balik ke Ipoh naik ETS. Dari aunty nie baru Sakura tahu nak amik train ETS kat mane. Dalam pada tue sempat memerhati gelagat orang yang ke hulu hilir. Aunty tue cite gak yang dia g KL ke rumah anak dia. Dia dapat g rumah anak dia pun sebab abang dia boleh jagakan mak aunty tue kat rumah. Dan abang pada aunty tue juga yang suruh aunty g KL jumpa anak-anak dan dia boleh jaga mak. Kagum dengan aunty tue sebab masih dapat menjaga orang tua. Walaupun dia bukan Islam tapi dia boleh menjaga orang tua yang sakit. Kita yang Islam nie apa tah lagi memang wajib menjaga ibu bapa yang dan tua. Rasa bertanggungjawab menjaga orang tua adalah sama jer kan antara semua manusia.

Pagi kedua, Sakura duduk sensorang kat bangku tue sambil tunggu jam pukul 8.30 pagi. Tengah dok sensorang tue, ade sorang pakcik nie datang bertanya macam mana nk g Chow Kit kalau jalan kaki. Sakura memang x pasti sangat macam mana sebab x biasa g Chow Kit pun. Susah gak la nak terangkan. Lepas tue Sakura minta dia naik bas ke Chow Kit dari Pasar Seni jer. Tapi pakcik tue kata dia x d duit nak naik bas. Dia cuma mampu jalan kaki jer. Alahai kesiannya. Lepas tue pakcik tue pun bagi tahu dia nak ke Chow Kit untuk dapatkan bantuan sebab dia baru diberhentikan kerja dan dia x dapat gaji pun sebab majikannya x bayar. Hari sebelum tue Sakura memang ade perasan pakcik nie dengan wife dia kat stesen keretapi. Hari nie pun pakcik tue masih ade kat stesen keretapi dengan pakaian yang sama. Macam tue gak dengan wife dia. Bila dengar citer tue, Sakura terfikir yang Allah menurunkan dugaan pada orang dipilih dan mampu untuk menggalasnya. Dugaan tue datang dengan berbagai bentuk sama ada dalam bentuk kesenangan ataupun kesusahan. Bukan bermaksud kita redha jer dengan ape yang diturunkan, tapi perlu memperbaikinya kearah yang lebih sempurna. Kalau kesusahan yang diturunkan, mestilah kita ubah kepada kesenangan. Tapi kalau kesenangan yang diturunkan kita janganlah kita lupa untuk menambah lagi ketakwaan kepada Allah.

Hari ketiga dah x nampak dah pakcik tue. Semoga pakcik tue dimudahkan urusannya oleh Allah

Monday 21 October 2013

Pemakanan Ibu Mengandung

Pemakanan ibu mengandung amat penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

 a) Buah-buahan dan sayur-sayuran
  Buah : Betik, Tembikai, Labu
  Sayur : Broccoli, kubis, lobak merah, kentang

 b) Makanan berkanji
  roti, nasi, pasta, ubi kentang.

 c) Makanan berprotein tinggi
  Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

 d) Makanan berkalsium tinggi - bagus untuk ketahanan gigi ibu dan pertumbuhan gigi & tulang bayi.
  Susu, yoghurt, cheese.

 e) Makanan berserat tinggi - untuk mengelak sembelit
  Bijirin : Oat
  Buah : Tembikai, Epal merah, Melon, Buah Naga, Belimbing, Pir Hijau, Jambu biji Merah, Betik, Avocado hijau, Mangga, Laici, Pisang, Tomato

  f) Vitamin dan Mineral tambahan - dalam bentuk pil yang akan diberi di klinik semasa pemeriksaan ibu mengandung. Habiskan semua pil yang doktor bagi.
  Asid folik : Untuk perkembangan saraf dan otak bayi
  Zat Besi : untuk pembentukan sel darah merah (membawa makanan dari ibu kepada bayi melalui plasenta)
  Kalsium : untuk pembentukan tulang dan gigi bayi

Friday 18 October 2013

Petua Nak Bahagia

8P Tip kebahagian rumahtangga

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

Dibawakan oleh--> Caliph's Store

Tuesday 15 October 2013

Salam Aidiladha 2013

Salam Adil Adha buat semua. 

Masa untuk kita menghayati maksud pengorbanan dalam diri sendiri.

Merenung sejenak dengan ape yang telah kita buat dari segi pertuturan dan tindakan. 

Dalam hidup nie kita sebenarnya banyak berkorban, sama ada kita sedar dengan tidak.

Kita berkorban masa main untuk belajar, berkorban utamakan ibu bapa dari kekasih hati.

Atau pun berkorban belajar untuk bermain, berkorban kekasih hati dari ibu bapa. 

Setiap pengorbanan ade ganjaran, kemanisan dan kepahitan yang akan kita dapat. 

Ini kerana Allah menjanjikan habuan atas ape yang kita kerjakan.

Setiap pengorbanan juga bergantung kepada niat yang kita pasang.

Niat adalah matlamat kepada  pengorbanan yang kita mahukan dan ia adalah 
penentu kepada baik dan buruk kepada tindakan yang kita akan ambil nanti.

Tanpa ade niat kita tidak akan melakukannya secara bersungguh.

Dengan niat juga kita mencari keberkatan dan keredhaan Allah juga.

Hidup ini juga tiada lain hanya untuk Allah.

Segalanya milik Allah dan kita berserah kepada Allah jua. 

Walaupun pahit yang Allah berikan di mata manusia tapi ia merupakan manis untuk kita. 

Hanya kita yang mengerti dengan ketetapan Allah

Usaha yang tanpa jemu dan lelah demi mencari redha Allah.

Hayati PENGORBANAN demi mencari REDHA ALLAH

ehsan mr google- Ya Allah! Kau berilah kesempatan kepada ku untuk ke rumah MU
 

 



Panduan Kepada Bakal Bapa

Petua Untuk Lelaki Yang Bakal Menjadi Bapa

1 .Biasakan berjaga malam. Tiada alasan untuk tidur nenyak dan berdengkur sepanjang malam. Jangan mengharapkan isteri anda sahaja untuk berjaga. Sebaliknya tunjukkan kesungguhan anda untuk bangun bersama dan beri perhatian kepada anak anda yang baharu lahir.

2 - Kejutan kasih sayang. Inilah detik terbaik untuk melakukan kejutan terbesar buat isteri yang telah berkorban bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda. Apa kata anda pula yang mengambil peranannya ketika isteri dalam pantang. Mungkin anda boleh mulakan dengan menyediakan sarapan, membantu isteri menguruskan dirinya, menyediakan keperluan si bayi dan sesekali hadiahkan bunga tanda kasih sayang.

3 - Ringan tulang. Jika sebelum lahirnya si kecil, anda dimanjakan oleh isteri. Kali ini, anda harus beralah dan mengambil alih peranan menjaga isteri dan anak. Memadailah dengan membantu menyediakan makanan, membasuh pinggan atau mengasuh si kecil.

4 - Sedia untuk kotorkan diri. Terimalah hakikat bahawa anda harus membersihkan najis bayi dan belajar memakaikan lampinnya. Fikirkan bapa anda juga dahulu pernah melakukan perkara yang sama ketika anda masih kecil dahulu. Mungkin agak kekok pada permulaannya, namun, alah bisa tegal biasa.

5 - Dapatkan petua orang tua. Ketepikan ego serta sikap tahu seba-serbi. Sebagai bapa yang masih muda, anda perlu mendapat banyak nasihat dan petua daripada orang yang lebih berpengalaman. Guru terbaik untuk mendapatkan maklumat ialah ibu bapa serta saudara-mara atau kenalan yang lebih arif mengenai soal penjagaan bayi dan kanak-kanak. Tidak perlu malu kerana maklumat yang diberi akan memudahkan urusan menjaga si kecil.

6 - Sediakan pengasuh. Jika mampu, dapatkan pengasuh untuk meringankan tugas anda dan isteri di rumah. Pengasuh bukan sahaja boleh menguruskan isteri yang sedang berpantang, malah pada masa yang sama boleh menjaga si bayi yang memerlukan perhatian hampir 24 jam sehari.

7.- Belajar berhadapan dengan tekanan. Bohonglah jika anda tidak tertekan terutamanya apabila tiba saat si comel 'mengamuk' atau menangis tanpa henti. Jika waktu siang, mungkin anda tidak terasa, tetapi di kala tengah malam, tentu haru biru anda dibuatnya. Usah panik, uruskan saat itu dengan tenang dan penuh motivasi. Selidik punca bayi menangis, mungkin kerana kembung perut atau berasa panas atau mungkin juga kesejukan. Belajarlah bersabar!

9 - Kawal nafsu. Sudah namanya lelaki, tidak dapat tidak, nafsu selalu bsergelora. Jangan gelojoh dan akurlah pada detik yang sesuai untuk bersama isteri dalam hubungan intimasi. Fikirkanlah yang isteri anda sudah bersusah-payah menggendong si kecil ke sana ke sini selama 9 bulan 10 hari tanpa keluh kesah dan kini dalam pantang pula. Tentulah mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala. Fikirkan juga yang kini ada orang ketiga yang harus diutamakan.

10 - Pastikan tabungan mencukupi. Ayah muda perlu memastikan tabungan sentiasa mencukupi bagi menghadapi saat-saat kecemasan terutamanya bila membabitkan si kecil yang mungkin diserang demam serta perlu mendapatkan rawatan segera di hospital. Peruntukan sebahagian daripada pendapatan bulanan untuk memenuhi keperluan kecemasan si kecil dan isteri sepanjang bergelar ayah. Apabila anak-anak anda sudah semakin membesar, peranan seorang ayah semakin bertambah.






Sumber FB:  Anugerah Allah yang Terindah.

Saturday 12 October 2013

Bayi Bercakap

1. Bayi baharu lahir — Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi anda juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada umur sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada umur satu hingga 2½ bulan.

• 3 hingga 6 bulan — Bayi boleh meniru bunyi percakapan.

• 4 hingga 8 bulan — Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu).

• 5 hingga 9 bulan — Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh bababa, lalala).

• 6 hingga 10 bulan — Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar (emak, ayah, tak).

• 5 hingga 10 bulan — Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya.

• 6 hingga 9 bulan — Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang objek atau tangan anda. Dalam lingkungan umur tujuh hingga 11 bulan, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan.

• 7 hingga 12 bulan — Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul.

• 9 hingga 14 bulan — Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan (selain emak, ayah).

• 10 hingga 15 bulan — Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya.

• 11 hingga 20 bulan — Anak anda seharusnya boleh menyebut empat hingga enam perkataan (selain emak, ayah atau nama adik beradik).

• 14 hingga 21 bulan — Si kecil boleh mematuhi arahan dua langkah tanpa bantuan pergerakan tangan (contoh ‘Duduk di sini dan makan’). Pada umur 14 hingga 18 bulan, dia seharusnya boleh menunjukkan dua atau lebih anggota badan dan meningkat kepada enam anggota badan pada umur 22 bulan.

• 16 hingga 20 bulan — Kanak-kanak boleh menyuarakan kehendaknya dalam satu perkataan (jus, susu, lagi, banyak).

• 18 hingga 22 bulan — Si kecil sudah boleh menggabungkan dua perkataan atau ayat mudah seperti ‘hendak susu’ atau ‘mahu lagi’.

• 16 hingga 24 bulan — Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50 patah perkataan.

• 19 hingga 26 bulan — Menggunakan perkataan saya, awak walaupun kadangkala terbalik. Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan baik apabila berumur 30 bulan.

• 24 bulan — Percakapannya boleh difahami separuh oleh orang lain atau individu yang jarang berjumpa kanak-kanak berkenaan.

• 24 hingga 32 bulan — Boleh menamakan empat gambar.

• 26 hingga 32 bulan — Boleh bercakap dalam dua hingga tiga ayat mudah.

• 27 hingga 34 bulan — Boleh memahami dua arahan dalam satu ayat contohnya ‘Letak cawan di atas meja atau sebelah buku’.

• 29 hingga 34 bulan — Boleh menamakan dan kegunaan sekurang-kurangnya dua objek. Kanak-kanak seharusnya boleh mengenali satu warna pada umur 2½ hingga 3¼ tahun dan empat warna pada umur tiga hingga 4½ tahun.

• 3 tahun — Hampir 75 peratus pertuturannya boleh difahami orang yang jarang bertemu kanak-kanak ini. Pada umur ini mereka boleh menguasai lebih 250 perkataan. Pada umur empat tahun, percakapannya seharusnya boleh difahami sepenuhnya dan mampu menguasai 600 perkataan. Saringan pendengaran boleh dilakukan pakar kanak-kanak melalui satu ujian mudah (audimetri) apabila mereka boleh memberi kerjasama (biasanya selepas umur empat tahun). Kanak-kanak (dari dilahirkan hingga empat tahun) perlu berjumpa pakar pendengaran untuk ujian selanjutnya. Jika anda fikir anak anda lewat bercakap, bawa si kecil untuk jalani ujian pendengaran. Pada masa yang sama, kanak-kanak yang ada masalah lewat bercakap juga perlu dirujuk kepada pakar terapi pertuturan atau pakar psikologi jika perlu secepat mungkin.

Pada masa yang sama ibu bapa juga boleh membantu meningkatkan percakapan anak seperti berikut:

a. Membaca buku kepada anak, terutama buku bergambar di mana anda boleh mengajaknya untuk menunjuk atau menamakan objek.

b. Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan.

c. Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya.

d. Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan.

e. Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya. Jangan paksa anak anda untuk bercakap.


 Sumber FB: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA'

Wednesday 9 October 2013

Tips Kawal Kehendak Anak

Ramai ibu bapa menghadapi dilemma ini.

Ada juga yang menyangka, seorang ibu atau bapa yang baik dan sayangkan anak ikutkan saja kehendak anak. Tambahan pula ibu selalu ingatkan untuk mendidik anak-anak dengan lemah-lembut dan penuh kasih. Maka ada yang menyangka, ikutkan saja kehendak anak-anak itu.
Oh, Jangan pula ada yang tersalah faham mesej ibu! : ) Itu TIDAK pernah menyuruh untuk biarkan sahaja anak menjadi naik kepala.

Di bawah ini ibu sertakan resepi untuk mendidik anak-anak di bawah 6 tahun.

TANAMKAN DISIPLIN.
Kita perlu disiplinkan anak dan mengajar dengan loving dan firm kerana itu adalah cara yang paling baik. Nabi saw menggunakkan disiplin di dalam pendidikan anak-anak.

KITA PERLU TEGAS.
Jika perkara itu perlu, maka jangan pula ikutkan saja kehendak anak tu. Contohnya carseat - kita perlu pakaikan pada nya itu disiplin.

Jika dia nak naik kereta dan merontak minta duduk atas riba kita semasa kita MEMANDU. Jangan pula diikutkan. Itu sangat merbahaya. Jika dia nak bukak tingkap kereta semasa kereta berjalan. Jangan pula diikutkan.Itu bukan sayangkan anak namanya. Itu membahayakan anak, diri sendiri dan pengguna jalan-raya yang lain!

KEHENDAK ANAK. Ada tempat kita ikut. Ada tempat kita perlu tegas. Bukankah kita yang ketua dan bukan mereka? Apa-apa pun kita perlu tanya, adakah ini membina anak saya? Jika tidak maka kita jangan benarkan. TAPI laranglah dengan bijak, tegas tetapi penuh kasih-sayang.

MARAH. Memang perlu walaupun mereka masih kecil. Namun, belajarlah melakukannya dengan ketegasan tapi penuh kasih-sayang. Elakkan menengking, menjerit, memukul tanpa sebab.Anak yang kecil boleh dipukul tapi jangan dengan rotan atau pembaris atau objek yang keras. Itu boleh dilakukan setelah 10tahun.

Salam kasih - Ibu Rose

Tuesday 8 October 2013

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB -Genius-



Bersambung lagi ilmu parenting dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Ibu Rose:Prof. Dr. Rozieta Shaary.

Ketahuilah Genius bukan hanya diukur mengikut pencapaian akademik. Professor Howard Gardner dari Universiti Harvard telah mengatakan terdapat 7 bidang KEPINTARAN (Genius).

Verbal Linguistic, Mathematical Logical, Intra-Personal, Interpersonal, Visual Spatial, Musical Rhythmic, Body Kinesthetic dan kemudiannya beliau menambah Naturistic Intelligence.

Robert Kiyosaki pula kemudiannya menambah Financial Intelligence.

Ibu yakin ini bukanlah sahaja genius yang dianugerahkan oleh Allah/Pencipta kepada manusia. Banyak lagi yang tidak tersenarai.

Oleh itu jangan sekali-kali bertanya, "Adakah anak ku tidak Genius!" Tapi tanyalah "Di manakah genius anak ku ini?"

Pilihan untuk menggunakan genius mereka itulah yang sangat penting. Sebagai ibu bapa kita tidak mahu anak-anak kita menggunakannya untuk keburukan. Contohnya menjadi Saintis dan membuat ciptaan yang membahayakan manusia.

Disitulah pentingnya disemai prinsip dan nilai hidup yang mulia. Dan kejelasan tujuan kehadiran mereka di dunia ini.

Ramai ibu bapa takut mengaku anak mereka genius kerana takut anak menjadi takabur/sombong. Ketahuilah kesombongan wujud di hati anak-anak itu bukan kerana mereka menerima mereka itu genius tetapi kerana mereka tidak dididik untuk menyedari bahawa genius yang mereka miliki itu adalah didatangkan kepada mereka oleh Pencipta untuk mereka berbakti dan membawa perbezaan positif ke dunia.

Tunjukkanlah contoh kepada mereka bagaimana mereka patut menggunakan genius mereka untuk berbakti kepada Ibu bapa, orang ramai dan tidak ketinggalan diri mereka juga.

Inilah yang kami kongsikan di dalam program "Aku Layak Genius! dan " Advance Aku layak Genius!" Kami mahu anugerah yang telah diberi kepada mereka, mereka hargai dan mereka gunakan untuk mengindahkan dunia. Kerana mereka adalah pemimpin masa hadapan!


 Salam Kasih - Ibu Rose




Dari ape yang Sakura belajar dalam kelas. Semua yang Allah jadikan adalah genius. Kita hanya perlu cari kekuatan dan potensi diri untuk menyerlah potensi diri selain mengoptimumkan penguasaan otak dan minda kita untuk kecemerlangan diri dan orang lain juga. Ia boleh dibuat dengan pengausaan ilmu 'subconscious mind'

Monday 7 October 2013

Skincerity- Tangan Rosak



Banyak cerita yang dikongsikan bersama tapi belum sempat nak mengarang. Berselirat ayat dan idea. Yang x berselirat cuma citer SKINCERITY jer. Yang nie terus dan x berbelit. 

Bebaru nie Sakura pki Skincerity kat kawasan tapak tangan dan jari. Almaklumlah selalu jadi pencuci baju dan pinggan mangkuk yang berjaya kat rumah. Masalah dengan membasuh nie, kulit akan jadi kesat sebab penggunaa/ terdedah dengan bahan pencuci yang beasid. 

Sekarang nie, Sakura x payah nak susah hati mencari losyen yang cepat berkesan utk melembutkan tangan. Sebabnya dah ade SKINCERITY. Just role masa nak ti do kat tempat yang kesat. Biarkan kering. G tidor. Esk pagi bangun tido cuci tangan. Senang dan tangan pun jadi lembut. Memang sangat berkesan Sakura guna. 

Kat tepi kuku pun dah berkurangn kulit keras yang ade. Memang seronok pakai SKINCERITY nie. masalah kulit kering dan kesat kat tangan memang sangat berkesan. X rugi melabur beratus kalau ia boleh digunakan utk mengatasi banyak masalah kulit.  

Pengguna  SKINCERITY pun semakin hari semakin bertambah. Ramai yang terpikat dengan keajaiban yang diberikan. X rugi membuat pelaburan.Barang baik kena kongsi bersama supaya semua orang pun dapat manfaat. Cepat jangan lepaskan peluang yer.




**Bagi urusan pembelian produk SKINCERITY, mohon mengikuti langkah di bawah

1. Pelanggan diminta SMS/call no 013 3952209 utk bertanyakan stok atau pertanyaan produk

2. Maklumbalas akan dihantarkan berserta no akaun pilihan (maybank @cimb). Sertakan juga alamat penerima juga.

3. Pelanggan diminta untuk bank-in dan setelah bank-in. Fowardkan sms notification ke 013 3952209

4. Urusan penghantaran akan dibuat setiap hari jam 1.00 petang, Isnin hingga Jumaat (Sabtu dan Ahad penghataran akan dibuat pada hari Isnin dan akan menerima no tracking utk pelanggan

5. Produk akan dihantar dan diterima oleh oleh pelanggan melalui POS LAJU 

6. Sekiranya Sakura tidak dapat menghantarnya segera, pelanggan hanya diminta untuk membayar apabila penghantaran dapat dibuat.

7. Sebarang 'lock" harga juga dibenarkan dengan syarat anda membayar booking RM30 dan bayaran selebihnya apabila anda mahukan produk tersebut dihantar. 

Sunday 6 October 2013

Buka Pintu Rezeki

BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI. Jom kita berzikir..

1. Memperbanyak Membaca "Lahawla Wala Quwwata Illa billah" Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan "La hawla Wala Quwwata Illa Billah."
(HR. At-Tabrani)

2. Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin" Barang siapa setiap hari membaca 'La ilaha illallahul malikul haqqul mubin' maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.
(HR. Abu Nu’aim dan Ad-Dailami)

3. Melazimkan Beristighfar "Barang siapa melazimkan beristighfar nescaya ALLAH SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga²." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

4. Membaca Surat Al-Ikhlas "Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)

5. Membaca Surat Al-Waqiah "Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup."
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi "Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam berdiri seraya bersabda: "Wahai Manusia Berzikirlah Mengingat ALLAH, berzikirlah mengingat ALLAH. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan di dalamnya."

7. "Membaca Subhanallah wa Bihamdihi Subhanallahil Adziim. Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu."
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
credit program kehamilan biodex

jom like Anugerah Allah yang Terindah.

Thursday 3 October 2013

Kongsi Cerita Serai

Sakura pernah mencuba minuman air serai di Restoran Tom Yum Kung. Rasanya sedap dan x lah pelik sangat. Rupanya air serai nie banyak khasiatnya. Sakura nak share cerita yang Sakura dapat dari FB nie yer.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.

Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.

“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi serai yang segar.”
Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.

Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).

“Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).

Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.

Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat khabar yang paling popular di Israel.

Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.
“Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.

Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser didalam badan kita.

Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit ini.
Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.

“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.”

Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.

“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”

Dalam lawatan beliau ke Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.

Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.

Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.

Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikkan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.

Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.”

Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.

Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”

Jom tengok resipi Air Serai Berlimau yg simple jer ni dan selamat mencuba :)

AIR SERAI BERLIMAU
resipi : K.Nor@SecubitGaram
(http://www.secubitgaramnor67.com/2011/08/air-serai-berlimau.html)

Bahan:
1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg)
1 biji limau kasturi
1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
250ml air panas mendidih

Cara:
Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2.
Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula.
Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.
Kacau dan sedia utk diminum.