Friday 27 September 2013

Baby Muntah

Semasa beberapa bulan pertama kehidupan bayi, muntah adalah disebabkan masalah penyusuan seperti terlebih menyusu. Selepas beberapa minggu pertama, ia mungkin disebabkan oleh virus dalam perut walaupun muntah adalah tanda jangkitan dalam sistem respiratori, saluran urinari atau telinga.

Apabila anak semakin membesar, ia mungkin adalah simptom penyakit yang lebih serius. Jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor jika tanda-tanda berikut ada pada bayi:

• sakit abdomen yang teruk.

• abdomen yang bengkak.

• lesu atau meragam yang teruk.

• kekejangan.

• muntah berterusan yang teruk atau muntah berterusan selama lebih 24 jam.

• tanda-tanda penyahhidratan termasuk mulut yang kering, kurang air mata, kemurungan “titik lembut” di kepala bayi anda dan kurang kencing (menggunakan kurang daripada enam lampin sehari dari kencing).

• darah atau hempedu (bahan berwarna hijau) dalam muntah.

Namun jangan khuatir kerana jumlah darah yang sedikit di dalam muntah berlaku akibat kekuatan memuntahkan menyebabkan koyakan kecil dalam salur darah yang melapisi esofagus.

Muntah bayi anda juga berwarna sedikit merah sebab dia telah menelan darah daripada luka di mulutnya atau hidung berdarah dalam masa enam jam sebelumnya. Tetapi hubungi doktor anda jika masih terdapat darah dalam muntahnya atau jika jumlah muntah bertambah banyak.

Doktor mungkin mahu melihat sampel muntah jika ia mengandungi darah atau hempedu, jadi anda perlu mengambil sedikit untuk simpanan. Hempedu hijau mungkin menunjukkan usus tersumbat, satu keadaan yang memerlukan rawatan segera.

• muntah berterusan yang teruk pada bayi baru lahir dalam masa setengah jam selepas menyusu.

Ini mungkin disebabkan oleh stenosis pilorus, satu penyebab muntah yang jarang berlaku dan ini bermula apabila bayi anda berusia beberapa minggu tetapi boleh berlaku bila-bila masa sahaja sebelum dia mencecah usia empat bulan.

Bayi akan muntah apabila otot yang mengawal injap dari perut ke dalam usus telah menebal sehingga ia tidak akan buka sepenuhnya untuk kemasukan makanan. Masalah ini mudah diatasi dengan pembedahan minor tetapi ia memerlukan rawatan perubatan segera.

Bagaimana hadapi muntah bayi?

Bayi yang kerap muntah akan kehilangan banyak cecair. Penggantian cecair sangat penting supaya dia tidak akan ternyahhidrat. Berikan bayi larutan elektrolit (yang dicadangkan oleh doktor atau minta doktor sebarang cadangan lain) atau cecair jernih atau jus epal yang telah dicairkan (semua ini mudah untuk diminum).

Berikut beberapa saranan rawatan oleh pakar-pakar perubatan:

• Apabila bayi anda telah berhenti muntah, berikan bayi anda air atau larutan elektrolit dalam jumlah yang sedikit (jika ada) setiap setengah jam hingga satu jam.

• Jika bayi anda boleh meminumnya, berikan dia sebanyak 2 auns / 50ml larutan elektrolit berselang-seli dengan 2 auns / 50ml cecair jernih setiap setengah jam.

• Selepas dia berjaya minum dos berikut tanpa muntah, tambah susu atau susu formula yang kurang pekat dan tambahkan kuantiti setiap susuan sehingga 3 atau 4 auns / 80-100ml setiap tiga atau empat jam.

Jika bayi anda tidak muntah dalam masa 12 hingga 24 jam, anda boleh berikan dia diet biasanya semula tetapi berikan dia cecair yang banyak. Mulakan dengan makanan yang mudah dicerna seperti bijirin atau yogurt (jika bayi sudah makan makanan pejal). Anda juga boleh cuba berikan cecair jernih beku seperti lolipop ais jika anak anda berusia lebih daripada 12 bulan.

Tidur juga boleh menenangkan bayi. Kandungan perut akan dikosongkan ke dalam usus semasa tidur, mengurangkan kehendaknya untuk muntah. Jangan berikan anak anda sebarang ubatan anti-loya (sama ada dipreskripsikan atau dibeli di kaunter) kecuali ahli pediatrik anda yang mempresripsikannya.


sumber FB:Butik Tateh Bandar Baru Bangi

Wednesday 25 September 2013

SEMINAR PARENTING BIJAK di FB Day 16

Sakura kongsikan lagi ilmu parenting dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Lupa nak publish rupanya. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Ibu Rose:Prof. Dr. Rozieta Shaary. (post bertarikh:10 September 2013)

Part 1

UMUR 13-15 TAHUN

Mendidik anak-anak pada umur ini banyak persamaannya dengan anak-anak berusia 13 bulan ke 3 tahun. Mereka mudah mengamuk, mudah merajuk dan suka melawan cakap Ibu Bapa. TAPI BUKAN SEMUA! Terpulang kepada bagaimana ibu bapa mereka membesarkan mereka bagi 2, 6 tahun pertama, iaitu, dari 0-12 tahun.

Part 2

UMUR 13-15 TAHUN

Mengapa mereka jadi sedemikian?

Kerana pada usia ini, sekali lagi mereka mula mahu menunjukkan perasaan mereka. Jika semasa mereka berusia 0-12 tahun mereka sering dimarah, pada usia ini, mereka sudah tidak mahu mendengar lagi kata-kata ibu bapa mereka atau mereka menjadi tidak berkata apa-apa dan menurut saja sebab mereka telah mematikan keinginan di dalam diri mereka. Ini juga boleh merupakan satu pemberontakan.

Anak yang sering dimarah dan dilayan kasar akan tercalar emosinya. Dia akan belajar memberontak secara terang atau secara senyap. Bila mereka sampai keusia begini, maka emosi yang tercalar itu akan termanifestasi dalam bentuk degil yang berlebihan, menengking kembali, bergaul dengan remaja lain yang bermasalah dan pelbagai lagi.

Oh ya, bukan hanya kepada remaja yang semasa kecilnya selalu dimarah sahaja yang akan jadi begini, remaja yang semasa kecilnya tidak didisiplinkan juga dan terlalu manja boleh menjadi begini.

Part 3

UMUR 13-15 TAHUN

Pada usia ini remaja anda sudah menyedari dia ada 'sayap' dan dia mahu terbang. Jika anda larang dia dan 'kurung' dia akan mencari jalan untuk keluar. Namun, jika anda mendidiknya dengan 'reason', dia akan menjadi reasonable.

Pada usia ini juga kawan-kawan dan pandangan mereka terhadap diri remaja anda juga sangat penting. Bila pertalian rapat tidak dibina sejak kecil, pada masa ini, payah untuk mereka menurut nasihat anda. Kerana motto anak-anak remaja ini ialah, I don't care what you know, until I know how much you care.

Banyak tekanan emosi yang mereka sedang lalui, namun, jika didikan anda selama ini banyak menekankan kepada prinsip yang baik dan nilai-nilai murni, anak-anak remaja anda lebih tenang mengharungi perubahan di dalam dirinya.

Part 4

UMUR 13-15 TAHUN

Jika anda menyedari remaja anda sudah tidak lagi rapat dengan anda, atau selama hari ini anda tidak membina pertalian yang rapat dengan remaja anda sejak kecil dan anda sudah berasa kerenggangannya, janganlah terburu-buru cuba memeluk dan menciumnya sebab nak rapatkan kembali perhubungan.

Anda perlu berjinak dulu. Bina balik pertalian tu sikit-sikit. Cari peluang untuk bersembang. Bina perlahan-lahan. Sehingga anda boleh merasakan pertalian itu telah rapat semula. Kemudian barulah bercakap benda-benda yang berat dan penting.

Lack of rapport is the main reason people reject what you said, including your teenagers.
 

Part 5

UMUR 13-15 TAHUN

Suatu hari semasa Ibu pergi membeli-belah, Ibu terdengar dan ternampak seorang ayah memarahi anak remajanya di khalayak ramai. " Aku tampar muka kamu laju-laju nak?" kata si ayah dengan begitu kuat. Tersentak ibu mendengarnya. Nampak keresahan dan pudar muka anak remajanya itu malu.

Melakukan sedemikian kepada anak-anak remaja adalah menempah masalah pada masa akan datang.

Selalu ibu bapa datang kepada Ibu membawa anak-anak remaja mereka yang dikatakan bermasalah dan bercerita mengenai masalah anak mereka di hadapan mereka kepada Ibu.

Ibu sangat tidak suka akan perkara ini. Ibu juga tidak suka jika dilakukan pada anak mereka yang masih kecil, apatah lagi remaja mereka. Selalunya, Ibu akan minta ibu bapa itu berhenti.

Jika ibu bapa hendak remaja mereka menghormati mereka, ibu bapa perlu menghormati perasaan remaja mereka.

 Part 6

UMUR 13-15 TAHUN

Pada usia ini anda akan merasakan sekali lagi anak anda menyatakan perasaannya. 'Power struggle' mungkin berlaku.

Ibu bapa yang bijak, akan menyediakan diri agar ini tidak berlaku atau banyak berlaku. Remaja hanya akan memberontak bila anda cuba merampas apa yang dia rasakan adalah hak dia. Contohnya, marah sebab tidak kemas bilik dia.

Bagi dia, itu bilik dia, maka hak dialah hendak kemas atau tidak. Marah dan begelut dengan mereka untuk mendapat kuasa ini adalah satu kebodohan yang akan memenatkan. Maka anda perlu memikirkan cara lain.

Bagaimana? Anda perlu jelas apakah yang anda hendak capai. Contohnya, anda hendak dia membersih biliknya. Maka adakan rutin mengemas bilik untuk semua orang sejak dia belum remaja. Biasakan dia dengan kebersihan. Ajak dia hias bilik dia mengikut cita rasanya. Jadikan kebersihan itu tabiatnya sejak kecil lagi. Sehinggakan, jika dia tidak mengemas katilnya sebelum pergi sekolah, dia rasa tak sedap nak ke sekolah.

Ya, bukan semuanya senang, sebab bila sampai usia remaja, anak-anak yang dulunya senang mengikut cakap boleh melawan. Namun, jika anda belajar berkomunikasi dengan bijak, pro-aktif dan bersangka baik dengan remaja anda, anda akan dapati remaja anda senang untuk dibentuk. Malah dia masih mahu dipeluk, dicium dan dibelai macam kucing. Jika mereka melakukan sedemikian, janganlah pulak anda menolak mereka dan mengatakan yang mereka sudah besar. Inilah yang akan mencederakan emosi mereka.

Part 7

UMUR 13-15 TAHUN

Walaupun umur sebegini dikatakan banyak menimbulkan masalah, namun jika ibu bapa ada kepakaran untuk menanganinya, tidak begitu payah.

Perkara 'basic' yang mereka mahu ialah dihormati dan dikasihi. Jika mereka merasakan ini daripada anda ibu bapanya, dia akan menjaga dirinya baik-baik. Dia akan mahu berjasa, dia akan mahu melakukan yang terbaik.

Tuesday 24 September 2013

Sayang Baby Dlm Kandungan

Tips yang boleh diamalkan sepanjang tempoh mengandung:::

1. Selalulah beri salam kepada bayi di dalam kandungan.

2. Panggilnya dengan gelaran “anak umi”, “anak mama” dan sebagainya.

3. Kejutkan dia ketika ingin beribadah; solat, dengar kuliah, baca alquran dan sebagainya. Banyak berkomunikasi dan mengajak buat kebaikan seperti, “anak umi bangun, jom kita baca alquran”.

4. Didiklah anak ketika dalam kandungan lagi.

5. Ajak bayi kita mendoakan ibunya.

6. Jika terlihat perkara mungkar, kejutkan bayi dan bersama-sama doa mohon perlindungan Allah s.w.t.


Sumber FB : Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil's

Monday 23 September 2013

Skincerity - Kulit Kering

Berminat untuk menggunakan produk SKINCERITY boleh call/msg Sakura di 013-3952209




Harga jualan Skincerity telah kembali kepada RM250. Maaf kepada yang terlewat mengikutinya. Sentiasa mengikuti entry Sakura untuk tidak terlepas promosi istimewa akan datang. Walau bagaimapun pelan pembeliaan jimat SKINCERITY adalah seperti berikut berkuatkuasa hari ini (sangat dialu-alukan untuk membeli beramai-ramai dalam satu pesanan):

Pembelian 1 botol = RM250 per botol
Pembelian 2 botol = RM240 per botol
Pembelian 8 botol = RM220 per botol
Pembelian 12 botol= RM200 per botol
Pembelian 16 botol = RM185 per botol

Harga adalah termasuk postage dan tiada urusan 'CASH ON DELIVARY (COD)' yang dibuat untuk urusniaga ini. Alhamdulillah setakat nie semua penghantaran telah sampai esok harinya atau selepas darinya bergantung kepada POS LAJU.


Minggu lepas Sakura telah menghadiri kursus di jabatan. Kursus tue buat kat luar pejabat. Memang biasanya Sakura akan menghadapi masalah kalau kursus kat luar nie sebabnya Sakura akan menghadapi masalah kulit kering dan mengelupas. Masalah tue akan berterusan untuk seminggu selepas pergi. Ini disebabkan tempat kursus tue Air-Cond yang mencapai tahap beku dan mandi dengan air suam. Biasanya memang redha jelah kulit pedih bila balik kursus. Bukan pedih sebab sun burn tapi sebab kesejukan melampau.

Tapi sejak menjadi teman rapat kepada SKINCERITY, masalah tue dah tiada sebab kulit Sakura dijaga oleh SKINCERITY. Tiada masalah kulit mengelupas dan kepedihan lagi. Sangat mujarab sebabnya siang memang kita terdedah dengan kekeringan kulit, malam sapu SKINCERITY, esok pagi kulit x mengelupas cuma rasa kasar sedikit. Lebih baik kasar sedikit dari mengelupas yer. Bila balik dalam 2 ke 3 hari, kulit dah kembali licin macam biasa. Memang syok sangat. Berbaloi dengan pelaburan RM250 tue. Setanding produk kecantikan kelas A++ dan sangat senang sebab satu produk.

Kalau SKINCERITY boleh untuk keadaan kesejukan melampau dan kekeringan melampau. Semestinya SKINCERITY sangat membantu untuk masalah sun burn. Bezanya, sun burn nie kulit jadi gelap. Tapi masalah pedih dan kekeringan masih boleh diatasi dengan pantas. Kulit gelap nie boleh dicerahkan dalam tempoh 2 minggu penggunaan berterusan.

Bebaru nie pun Sakura adalah mencuba letak kat bibir seperti syor pengguna SKINCERITY entry sebelum nie. Masak letak tue memang rasa pedih sebab bibir kering. Tapi 2 3 saat lepas tue, rasa pedih tue hilang. Esok paginya, Sakura cuci bibir. Memang sahih, bibir jadi pink dan macam pki lipstik. Memang lepas nie, kena buat seminggu sekali la nampaknya untuk bibir cantik. 



**Bagi urusan pembelian produk SKINCERITY, mohon mengikuti langkah di bawah

1. Pelanggan diminta SMS/call no 013 3952209 utk bertanyakan stok atau pertanyaan produk

2. Maklumbalas akan dihantarkan berserta no akaun pilihan (maybank @cimb). Sertakan juga alamat penerima juga.

3. Pelanggan diminta untuk bank-in dan setelah bank-in. Fowardkan sms notification ke 013 3952209

4. Urusan penghantaran akan dibuat setiap hari jam 1.00 petang, Isnin hingga Jumaat (Sabtu dan Ahad penghataran akan dibuat pada hari Isnin dan akan menerima no tracking utk pelanggan

5. Produk akan dihantar dan diterima oleh oleh pelanggan melalui POS LAJU 

6. Sekiranya Sakura tidak dapat menghantarnya segera, pelanggan hanya diminta untuk membayar apabila penghantaran dapat dibuat.

7. Sebarang 'lock" harga juga dibenarkan dengan syarat anda membayar booking RM30 dan bayaran selebihnya apabila anda mahukan produk tersebut dihantar. 




Saturday 21 September 2013

Jaundis

Apakah punca JAUNDIS?
Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen.

Didapati bahawa 50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu dan 80% bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran.

Bagaimana untuk kenalpasti sama ada si manja anda menghidapi jaundis atau tidak??
Mama semua boleh buat ujian ringkas di rumah ya selepas 2-3 hari baby dilahirkan. Lakukan ujian di ruang yg mempunyai pencahayaan yg terang ya. Kemudian, tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi baby anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, anda perlu bawa baby anda utk rawatan selanjutnya. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.

Bagaimana pula cara rawatannya?
1. Melalui penyusuan ibu secara kerap..sekiranya baby sangat "malas" untuk menyusu dan kerap tidur...mama perlu kejutkan baby ya...at least setiap dua jam...paling baik utk menyusukan setiap sejam..agar bilirubin yg berlebihan dapat disingkirkan dengan cepat.

2. Kaedah fototerapi iaitu baby perlu dipantau oleh pihak hospital dan akan diletakkan di bawah pancaran lampu cahaya biru....darah baby akan diambil setiap hari utk memastikan kadar bilirubinnya.

Berikut dikongsikan beberapa petua untuk mengelakkan "kuning" dan cara untuk mengatasinya secara tradisional:

Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya. Beri bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.

Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.

Ambil beberapa batang pokok "dukung anak" dan di rebus. Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.

Yang terbaik adalah amalan sebelum kelahiran (semasa mengandung) ialah dengan mengamalkan memakan sebiji kurma setiap hari sehingga kelahiran. Jangan lupa niat dan selawat.

** Pernah juga dengar petua org dulu2...katanya jauhkan baby dari semua benda yg berwarna kuning...sejauh mana kebenarannya wallahualam...ada juga yg kata utk jemur baby di bawah cahaya matahari pagi..sebelum pukul 10 pagi dan ada juga yg sarankan untuk amalkan susu kambing sejak preggy lagi...

Apa pun, sangat disaranka agar sebelum mencuba apa2 petua, eloklah untuk meminta nasihat dan pandangan daripada pakar terlebih dahulu. Ingatlah, jaundis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. Anda boleh bertanya kepada ahli pediatrik anda untuk bantuan sekiranya ada sebarang keraguan. Walaubagaimanapun, jgn dibiarkan melarat kerana penyakit jaundis ini boleh membawa kepada masalah pendengaran dan juga boleh menjejaskan otak bayi.


Sumber FB: Camymal Baby Skin Tropika

Wednesday 18 September 2013

Jaga Kesihatan

Jus-jus buah berguna

Carrot + Ginger + Epal - Tingkatkan dan membersihkan sistem badan.

Epal + Timun + Celery - Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.

Tomato + + Carrot Epal - Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.

Peria + Epal + Susu - Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.

Orange + Halia + Timun - Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan haba badan.

Nanas + Epal + Tembikai - Untuk menghilangkan garam yang berlebihan, menyuburkan pundi kencing dan buah pinggang.

Epal + Timun + Kiwi - Untuk meningkatkan warna kulit.

Pear + Banana - mengawal kandungan gula.

Carrot + Epal + Pear + Mangga - haba badan yang jelas, lawan keracunan, penurunan tekanan darah dan melawan pengoksidaan.

Tembikai Susu + Anggur + Tembikai + Susu - Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2 yang meningkatkan aktiviti sel dan menguatkan imuniti badan.

Betik + Nanas + Susu - Kaya dengan vitamin C, E, Besi. Meningkatkan warna kulit dan metabolisme.

Pisang + Nanas + Susu - Kaya dengan vitamin dengan berkhasiat dan mengelakkan sembelit

Sumber: Emel sahabat

Sunday 15 September 2013

Tentang Solat

5 PERKARA TERPENTING PERLU ANDA TAHU MENGENAI SOLAT

Solat Subuh 
Wajah yang cantik
sabda rasulullah saw ~ Barangsiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya

Solat Zohor
Duit yang banyak
sabda rasulullah saw ~Barangsiapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat

Solat Asar
Kesihatan yang baik
sabda rasulullah saw ~Barangsiapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan

Solat Maghrib
Anak2 yg cerdik dan berjaya
sabda rasulullah saw ~Barangsiapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

Solat Isyak
Tidur yang nyenyak tanpa gangguan
sabda rasulullah saw ~Barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak .

Sumber FB: Orked Design Studio

Friday 13 September 2013

Skincerity - Penuaan Dan Kerosakan Kulit

Berminat untuk menggunakan produk SKINCERITY boleh call/msg Sakura di 013-3952209. Jangan lepaskan peluang berharga ini. Hanya tinggal 4 hari sahaja sebelum harga jualan kembali ke RM250. Seperti Promosi buka kedai terdahulu, ramai yang ketinggalan dan menyesal kerana tidak merebut peluang keemasan tersebut.

Kempen 'Harga MERDEKA' (16.08.2013-16.09.2013) hanya RM 230 termasuk postage. Harga biasa RM250. 

 (kalau nak amik stok melebihi 8 botol, harga istimewa akan diberikan) 

Kerosakan kulit pastinya akan terjadi akibat dari pertambahan usia dan persekitaran. Pastinya ia menyebabkan kita berasa sedih tentang perubahan kulit yang dialami. Kulit merupakan elemen terpenting yang meliputi badan kita semua. Sebarang perubahan yang berlaku kadangkala menyebabkan perasaan yang tidak menyenangkan di hati dan 'self esteem' menurun. Antara kesan kerosakan kulit yang boleh kita lihat adalah :

 

a) Struktur Kulit dan Keanjalan 

-garis halus dan kedutan

-perubahan struktur kulit yang ketara

-hilang keremajaan/keanjalan kulit terutamanya di muka, leher dan tangan 

 

b)Pigmentasi

-kulit mulai kusam dan tidak bermaya

-warna kulit yang tidak sekata

-pigmentasi, 'brown spot', 'freckles'

 

c)Hidrasi

-kulit kering

-kulit merekah

-kegatalan kulit

 

d)celullar turnover

-kulit kasar

-kurang berseri

-pembesaran saiz liang pori.

 

Kesemua masalah nie dapat di atasi dengan penggunaan SKINCERITY.

 

Testimonial di bawah telah menunjukkan keberkesanannya dengan hanya penggunaan pertama. Yang bestnya, pengguna nie boleh g try kat bibir dan hasilnya sangat positif dan membanggakan.

Kepada yang lelain, jangan takut nak mencuba kerana ia sangat membantu kepada masalah kulit yang dihadapi. 

 

**Bagi urusan pembelian produk SKINCERITY, mohon mengikuti langkah di bawah

1. Pelanggan diminta SMS/call no 013 3952209 utk bertanyakan stok atau pertanyaan produk

2. Maklumbalas akan dihantarkan berserta no akaun pilihan (maybank @cimb). Sertakan juga alamat penerima juga.

3. Pelanggan diminta untuk bank-in dan setelah bank-in. Fowardkan sms notification ke 013 3952209

4. Urusan penghantaran akan dibuat setiap hari jam 1.00 petang, Isnin hingga Jumaat (Sabtu dan Ahad penghataran akan dibuat pada hari Isnin dan akan menerima no tracking utk pelanggan

5. Produk akan dihantar dan diterima oleh oleh pelanggan melalui POS LAJU 

6. Sekiranya Sakura tidak dapat menghantarnya segera, pelanggan hanya diminta untuk membayar apabila penghantaran dapat dibuat.

7. Sebarang 'lock" harga juga dibenarkan dengan syarat anda membayar booking RM30 dan bayaran selebihnya apabila anda mahukan produk tersebut dihantar. 

 

  

Thursday 12 September 2013

Limau Kasturi

10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI
 
1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minom setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.
















Sumber FB:  Mummy Izz

Wednesday 11 September 2013

SEMINAR PARENTING BIJAK FB Day 15





Kita sambung lagi perkongsian ilmu parenting dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Ibu Rose:Prof. Dr. Rozieta Shaary. (post bertarikh:2 September 2013)

Part 1

UMUR 10 -12 TAHUN

Baru –baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai anak-anak yang baru umur setahun jagung, masih dalam berbaju raya, menonton video porno di Cyber Café. Berbagai komen yang diberi.

Salah seorang daripada ahli kita telah menghantarkan link itu kepada ibu meminta ibu memberi komen. Namun, disebabkan kesibukan yang amat sangat, cuma hari ini Ibu dapat memberi komen ibu mengenai perkara itu. Harap bersabar di dalam membaca komen ibu ini, kerana ianya panjang dan bersambung 

Sesuatu yang perlu kita faham mengenai umur 9-12 tahun ini. Anak-anak mula untuk menjadi seorang remaja. Mereka mula mempunyai perasaan yang agak ganjil di dalam diri mereka. Mereka mula minat kepada jantina lain dan mula igin tahu perkara yang lebih intim.

Pada usia anak 4-5 tahun, dia akan mengalami satu perasaan hendak tahu mengenai badan dan anggota terutamnya anggota sulit. Apatah lagi jika dia tidak pernah melihat anggota sulit jantina lain.

Anak pada usia ini akan mahu tahu dan explore. Pernah ada seorang ibu dengan resah dan cemas menulis kepada ibu mengenai anak perempuannya yang 4 tahun menghisab kemaluan adik lelakinya yang masih baby. Ibu muda itu risau hingga menangis menyangka anak perempuannya melakukan perkara sumbang.

Ibu lalu memberitahu bahawa, anak sekecil itu tidak gila seks. Dia cuma ‘curious’. Kemungkinan dia melihat kemaluan adik lelakinya dan menyangka itu ada seperti puting susu ibunya. Lalu dia menghisabnya. Lalu menjadi sangat kaget melihat kemaluan adiknya menjadi tegang.

Jika anda kenal dan tahu mana-mana ibu dan bapa yang mengalami situasi yang sama dan mereka menjadi gelabah, nyatakan kepada mereka, bertenanglah, kelakuan anak mereka itu tidak langsung berkait dengan gila seks KECUALILAH, jika anak itu terdedah dengan video lucah!


PART 2

Pada usia 9, 10 -12 tahun, perasaan mahu mengetahui memahami badan itu timbul sekali lagi. Tapi kali ini sudah ada perasaan ghairah.

Jika ibu bapa mengambil masa untuk menerangkan kepada anak-anak mereka mengenai perubahan yang berlaku di dalam diri anak mereka itu dan tidak memberi dia berasa dia pelik, maka anak ini akan tenang dan tidak anak sibuk untuk bertanya daripada kawan-kawan.

Kembali kepada kanak-kanak yang didapati melihat video lucah pada hari raya itu. Sebenarnya, bila ibu bapa atau orang dewasa yang terjumpa mereka melakukan perkara itu perlu sangat untuk bertenang dan memberi nasihat kepada mereka dengan cara berasingan dan dengan baik.

Kenapa berasingan? Kerana ini memberi ruang untuk anak itu dirapati. Kenapa dengan baik dan tidak terus marah dan tampar saja anak-anak itu? Kerana perkara ini amat besar kesannya pada hidup anak itu.

Bila anak-anak ini diterus dimarah dan dimalukan, maka mereka akan mengaitkan seks itu dengan perkara yang jahat. Maka, inilah yang akan mereka lakukan kerana mereka telah mengambil imej diri sebagai seorang yang jahat.


PART 3

Jalan yang terbaik didalam menyelesaikan hal seperti ini ialah, ibu bapa perlu menyedari, bila anak-anak telah tersasar begini, ini bermaksud, parenting anda selama hari ini tidak memberi kesedaran untuk menjauhi perbuatan seperti ini. Anda tidak menyediakan anak-anak akan perubahan yang bakal terjadi di dalam dirinya pada usia sebegini.

Saranan Ibu, dekatilah isu dengan dengan bijak dan tenang. Beri kefahaman untuk anak itu menjauhi perbuatan menonton video atau melihat benda-benda lucah itu. Jika anda baru diperkenalkan oleh kawan-kawanya dan pertalian anda dengan dia kuat, maka ianya agak mudah. Jika dia telah lama hanyut dan pertalian anda dengan anak anda tidak baik, maka perbaikilah pertalian itu dan perbaikilah sikap anda sambil memperbaiki tabiat anak anda itu.

Jangan sekali hanya memandang salah anak dan lupa untuk melihat apa yang perlu diperbaiki didalam keibubapaan anda.


PART 4

Anak yang berusia 10-12 tahun memerlukan anda memberi kepercayaan kepada dirinya. Jika pertalian anda dengannya sudah kuat sejak dia kecil, dimana pertalian itu ialah dua hala, maka anda tidak akan menghadapi banyak sangat cabaran dari segi berbincang. Tetapi jika selama hari ini, pertalian anda ialah, mak saja betul atau ayah saja betul. Atau, sebab mak suruh atau sebab ayah suruh, maka anda akan mendapati anak anda akan melawan cakap anda.

‘Rapport’ adalah sesuatu yang sangat penting di dalam pertalian kita dengan remaja kita. Bagi remaja, mereka tidak kisah banyak mana anda tahu, sehingga mereka tahu sebanyak mana anda kisah akan diri mereka.

Anak pada usia ini akan mula melawan atau memprotes dengan cara senyap atau nyata. Ini adalah usia yang menzahirkan apa yang anda telah tanam di dalam minda dan pertalian anda berdua selama hari ini.

Jika semasa remaja anda kecil, anda sering memberi dia merasakan dia tidak cukup baik, jarang memberi penghargaan, jarang menghargai buah fikirannya dan tidak memberi dia membuat pilihan, masa inilah anda akan melihat mereka menjadi anak yang mula melawan kata.


PART 5

Pada usia seperti ini, anda perlu menunjukkan anda menghormati dia dan pemikirannya. Jika ternyata pemikirannya tidak matang dan sangat salah, perbetulkan dengan cara bertanya. Contoh, Along rasa yang ini lebih baik atau jika kita buat begini… lebih baik? Biarlah dia memilih.

Carilah jalan untuk berkomunikasi dengan anak-anak hampir remaja (pre-teens) anda. Namun, janganlah hanya memberi arahan.

Bagi yang anak-anak anda masih kecil, anda perlu bersedia untuk masa ini. Bersedia macamana? Anda perlu membina sebuah pertalian yang kukuh. Bukan kasih-sayang yang melemaskan. Tetapi pertalian yang penuh hormat. Contohnya, tanya pendapat anak. “Along nak air ni dalam cawan atau dalam gelas?” Maksudnya, memberi anak membuat pilihan.

Selalulah menyatakan kasih dan memberi ruang untuk dia menyatakan kasih. Harinya tetap akan sampai jika panjang umur , anak anda akan mencecah remaja dan mahu berdikari. Oleh itu, tanamkanlah prinsip dan nilai yang betul di dalam diri anak-anak anda itu sejak kecil lagi supaya ia menjadi penyuluh.

You get the first 6 years right, the next 6 years and the next 6 years will be easier!

Love – Ibu Rose

Tuesday 10 September 2013

UPSR 2013

Hari nie bermula peperiksaan UPSR 2013. Selamat maju jaya kepada semua yang menghadapinya. Semoga dapat melaluinya dengan tenang hati dan di mudahkan Allah menjawab. Sakura nak kongsikan amalan yang boleh ibu bapa lakukan semasa anak-anak peperiksaan. Amalan nie Sakura dapat dari Fb Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Untuk maklumat lanjut sila LIKE page Dato yer. 

Sebagai ibu bapa kita juga disarankan untuk memberi galakan dan sokongan kepada anak-anak dengan amalan yang baik iaitu


Ibubapa boleh lakukan utk bantu anak hadapi UPSR atau peperiksaan lain adalah:
1.Doa, fikir, cakap & yakin yg anak akan berjaya,
2. Bentuk suasana yg tenang d rumah utk anak mudah study,
3. Elak gaduh, marah atau rajuk agar anak dpt getaran +ve .
4. Ahli keluarga korban dgn bantu, temankan belajar, tutup TV, etc
5. Pesan kpd anak utk amalkan rutin harian yg mengikut sunnah Nabi,
6. Pastikan segala kelengkapan utk pep telah siap sempurna,
7. Maafkan & Doakan guru & kwn2,
8. Ibubapa berpuasa, solat hajat & byk berdoa,
9. Nyatakan yg ibubapa akan redha dgn apapun result yg akan di dapati nanti asalkan dia dah mencuba yg terbaik. Ini akan mengurangkan tekanan kpd anak,
10. Pesan anak utk solat taubat, hajat & istikharah utk mudah study & jwb soalan masa periksa & tidur awal,
11. Di pagi pep, peluk anak & doakan fatehah, ayat Kursi & al Insyirah & hembus atas kepala anak agar dia tenang & terang hati,
12. Pesan anak masuk dewan pep dgn kaki kanan, baca fatehah, selawat, doa penerang hati & surah al Insyirah SEMASA NAK JWB SOALAN PEPERIKSAAN,
13.Ibubapa buatkan atau cari air penerang hati sbg booster kpd anak. Moga semua anak yg akan ambil UPSR akan berjaya dgn cemerlang.

Ketika anak dalam dewan peperiksaan pula, ibu bapa boleh amalkan:
1. Berpuasa sunat di hari anak2 ambil pep, sbb doa ibubapa amat makbul. Doa org yg berpuasa itu makbul, apatah lagi doa ibubapa yg sdg berpuasa!
2. Lakukan solat taubat & solat hajat & mohon agar anak tenang & dpt jwb semua soalan dgn cemerlang.
3. Baca Quran & hadiah
kan pahala kpd anak agar terang hati & tenang fikiran,
4. Lakukan solat Dhuha & doakan anak,
5. Sedekah di masjid, rumah anak yatim, etc & hadiahkan pahala utk anak,
6. Berterusan berzikir & berdoa,
7. Hantar gelombang positif kpd anak-- bayangkan wajah anak & yakin dia dpt jwb semua soalan dgn tepat.
8. Benar2 bertawakkal kpd Allah & redha dgn segala ketentuanNya. Moga Allah jayakan semua anak2 yg ambil peperiksaan.

Monday 9 September 2013

Jenis Tepung

TEPUNG ROSE
Tepung ini mengandungi bahan yang boleh merangupkan biskut . Biskut yang diperbuat dengan menggunakan tepung ini akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut yang diperbuat dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.

TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong ialah sejenis tepung yang digunakan untuk membuat pau. Ia juga dikenali dengan nama Water Lily Flour dan berwarna sangat putih.
 

TEPUNG PULUT
Tepung pulut mempunyai rupa seakan tepung beras namun ia mengandungi 100% beras merah asli. Ia kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna.

TEPUNG WHOLEMEAL
Tepung gandum tulen juga dikenali dengan nama tepung atta. Ia mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, roti atau muffin yang dihasilkan akan mempunyai tekstur yang agak berat

TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad berfungsi untuk merapatkan tekstur kek. Tepung ini juga menjadi bahan penting dalam penghasilan untuk cream puff dan pudding.

TEPUNG UBI
Tepung ubi berfungsi untuk meliatkan adunan dan selalu digunakan dalam penghasilan kuih muih.
 

TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung berfungsi sebagai agen pemekat dan jika digunakan untuk gorengan atau biskut, ia akan menghasilkan bahan gorengan dan biskut yang rangup.
 

Sumber : RASA -Karangkraf

Sunday 8 September 2013

Petrol Naik 20sen

Minggu nie memang kecoh pasal harga petrol naik 20sen seliter. (tarikh berkuatkuasa 10.09.2013). Dengan kenaikan harga pertol, maka semuanya pun naik sebab petrol adalah kesan domino kepada kadar harga semua barangan. Ini disebabkan penghantaran barangan ke destinasi yang menggunakan kenderaan darat. Kalau nak difikir logik, macam x logik jer naik harga petrol semua benda naik. Tapi HARUS diingat, hantar barang guna ape? guna kenderaan x? nak gerak kenderaan pki ape? pki air ke? pki petrol?. Jadi kenalah berjimat dengan gunakan petrol dengan cara:
1. Gunakan kenderaan yang jimat petrol
2. Rancang perjalanan dan x payah berlibur sangat pki kereta.
3. Kerap gunakan penagkutan awam yang mudah disekeliling KL nie ( LRT, STAR, Monorail, Komuter bas awam klu ianya memudahkan)
4. Do It Yourself.

Sebenarnya dari ape yang Sakura boleh relate pembelajaran Sakura pasal air dan petrol. Untuk memastikan penjimatan penggunaan air, kita perlukan naikkan tarif air supaya pengguna belajar berjimat. Ini disebabkan air adalah sumber terhad dan semulajadi yang sukar diperolehi. Be positive. Klu x selamanya kita x bertukar kepada barangan eco-friendly. X guna nak bising-bising. Kita perlu fikir di sudut masyarakat marhaen ini ape yang kita boleh buat untuk mengatasinya. Jangan dok fikir kenapa kerajaan x buat itu dan ini, kerajaan sekarang kejam dan boros. Kenapa kita perlu menunding pada orang lain sedangkan kita boleh mengubah diri kita dulu. Kita nie hanya menyalak bukit jer, bila dok menyalak tue, bukit tue x kesan ape2 pun. Ape yang dah jadi memang dah terjadi. Kita kena berubah dan menyesuaikan diri dengan desakan tersebut. Bukan bermaksud kita pasrah dan berserah tapi kena pada saluran yang betul dan berkesan untuk meluahkan kecewa. Dok bising kat FB buat ape, suruhla Ahli Parlimen dan ADUN kawasan yang KITA pilih masa pilihanraya bersuara di Parlimen dan persidangan. Kalau dema x nak buat, next pilahanraya x payahla lantik lagi. Mereka adalah wakil suara kita. Buat petisyen beramai-ramai dan hantar kat ADUN dan ahli parlimen memasing dan pastikan mereka kemukakan semasa perbahasan di Dewan Rakyat dan PARLIMEN.

Selain itu juga kita perlu penstrukturan semula kewangan sebab kenaikan harga barangan yang berlaku. Kita perlu buang item pembaziran  seperti rokok, lepak kedai mamak/ kedai kopi moden, mkn fastfood etc. Kena buat bedah siasat kewangan kita untuk semak kat mana pembaziran berlaku. Mungkin kita kerap sangat makan luar, jadi kena kurangkan dan banyak masak sendiri (ini sedang Sakura usahakan), buang pembelian mewah yang tidak diperlukan, kurangkan window shopping, senaraikan barang yang kita perlukan sahaja setiap bulan.

Selain tue, ia mengajar kita juga untuk mencari pendapatan sampingan bagi menampung kehidupan yang meningkat. Sekarangkan banyak jer online shoping dan servis yang boleh dibuat. Antara kita nak buat dengan tidak jer. Kalau dah ade pendapatan sampingan, janganlah nak berjoli sakan, kita kena berbelanja berhemah dan meningkatkan simpanan juga. Bila waktu diperlukan kita ade duit yang boleh dibelanjakan.

Hidup nie mudah kalau kita memudahkannya

Saturday 7 September 2013

Skincerity- Pembangunan Produk

Berminat untuk menggunakan produk SKINCERITY boleh call/msg Sakura di 013-3952209.


Kempen 'Harga MERDEKA' (16.08.2013-16.09.2013) hanya RM 230 termasuk postage. Harga biasa RM250.


(kalau nak amik stok melebihi 8 botol, harga istimewa akan diberikan)

 

Produk Skincerity nie telah dibangunkan dengan pembiayaan dari National Institute of Health (NIH) USA. untuk mendapatkan geran dari NIH nie, banyak kriteria yang perlu dipatuhi antaranya mestilah memberi manfaat kepada semua populasi (jantina, warna kulit, bangsa, etc). Selain tue yang paling penting produk tue mesti melepasi UJIAN TOKSIN. Nie paling penting sebab product yang nak dibangunkan mestilah tidak memudaratkan semua populasi. Kiranya produk tue mestilah universal untuk semua. Pernilaian yang ketat akan dibuat oleh pakar di NIH. Pakar tersebut adalah terdiri dari saintis, physician dan pakar berpengalaman dalam biomedical. Mereka nie sangat berpengalaman dan mampu menguji dan menilai potensi produk yang bakal dibangunkan . Produk nie diuji di US sebab di US mempunyai populasi yang sangat besar yang boleh menjadi kajian mereka. Ade orang Barat, Asia, Europe, China, India juga. Bila ujian nie lepas dan mendapat kepercayaan, maka geran penyelidikan dan pembangunan produk diberikan untuk meluaskan dan memasarkan produk nie. Sebab tue lah produk menggunakan kepercayaan "All In One Solution".

Testimonial 

Sakura pernah cerita yang tumit Sakura ade masalah kekeringan. Selepas guna Skincerity, masalah tue dah dapat diatasi. Boleh dikatakan perubahan tue seperti gambar nielah. Sekarang nie Sakura cuma role kat tumit untuk seminggu 2 kali jer. Tue untuk pastikan yang masalah tumit x berulang. X payah pki tiap2 hari. Masa memula dulu memang pki tiap2 hari (nie untuk seminggu jer) dah lepas tue seminggu 2 kali jer. Nak jimat punya pasal. Tapi x berjimat sangat pun sebab banyak lagi tempat lain yang nak dibaiki. 

 

**Bagi urusan pembelian produk SKINCERITY, mohon mengikuti langkah di bawah



1. Pelanggan diminta SMS/call no 013 3952209 utk bertanyakan stok atau pertanyaan produk 

2. Maklumbalas akan dihantarkan berserta no akaun pilihan (maybank @cimb). Sertakan juga alamat penerima juga.

3. Pelanggan diminta untuk bank-in dan setelah bank-in. Fowardkan sms notification ke 013 3952209


4. Urusan penghantaran akan dibuat setiap hari jam 1.00 petang, Isnin hingga Jumaat (Sabtu dan Ahad penghataran akan dibuat pada hari Isnin dan akan menerima no tracking utk pelanggan


5. Produk akan dihantar dan diterima oleh oleh pelanggan melalui POS LAJU

 

Friday 6 September 2013

Aktifkan Otak KananAnak

Otak Kanan – Teknik Jepun, Shichida Methods.
Tahukah anda mengenai kelas Shichida, iaitu kelas yang diuruskan oleh orang-orang Jepun untuk melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ini lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi haruslah berlatih menggunanya.

Anda boleh berlatih mengguna kaedah ini dalam mendidik anak-anak anda. Insya Allah, dengan usaha yang gigih, keberkesanannya dapat dilihat setelah seminggu.

1. Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam, cakapkan padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang padanya, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dll. Ini adalah disebabkan semasa dia tidur-tidur ayam, otak kanannya sedang bekerja, manakala otak kiri sudah tidur. Perbuatan ini hendaklah dilakukan seikhlas hati… Sekiranya anda kalau tengah marah, tidak akan menjadi. Jika anak anda sudah tidur, ramas-ramas atau picit-picit jari atau tangannya, supaya dia kembali berada dalam keadaan tidur-tidur ayam.

2. Guna kad untuk ajar anak. Umpamanya A, B, C hingga Z. Insya Allah selepas seminggu, ia boleh mengenali semua huruf serta berupaya mengeja perkataan pendek-pendek. Buat kad banyak-banyak dan tunjukkkan padanya cepat-cepat, insya Allah dia akan cepat mempelajarinya kerana otak kanannya die bekerja keras untuk menangkap apa jua yang kita tunjukkan. Kia boleh buat kad 1,2,3, gambar-gambar dll.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan. Oleh itu, ajar anak anda bermain dengan tanah liat, water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Memanglah kita yang kene kemas, tetapi tidak mengapa. Satu lagi, cuba lukis gambar-gambar, contohnya rama-rama, tetapi sebelah sahaja dan suruh anak anda sambungkan melukis di sebelah lagi mengikut apa yang anda telah lukis. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Tahukah anda menga orang-orang Cina dan Jepun pandai-pandai? Ini adalah kerana mereka makan menggunakan chopstik. Chopstik mengaktifkan kerja tangan dan juga menggerakkan otak kanan.

4. Jangan marah-marah atau tengking anak, kerana mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Sekiranya anda termarah padanya, cuba kaedah No. 1 dan mintalah maaf padanya.

5. Galakkan pembangunan imaginasinya dengan bercerita padanya. Kemudian suruh anak anda menyambung cerite tu, walaupun cerita itu walaupun ceritanya tak masuk di akal. Kita pun bukan tak biasa cakap merapu.

6. Main teka-teki dengannya. Letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak anda meneka apa benda tu. Pada beberapa cubaan pertama, anda bolehlah memberi beberapa pilihan klu, seperti warna, bunyi, dll. Ini akan dapat membangunkan sixth sence. Dengan memberi tumpuan, anak anda akan dapat meneka benda yang ada di dalam kotak tisu tersebut. Ini semua adalah untuk mengktifkan otak sebelah kanan. Tetapi harus diingatkan bahawa semua permainanan yang anda hendak lakukan dengan anak anda cuma boleh dibuat dalam masa setengah jam sehari… tidak payah lama-lama.

7. Sebelum membuat latihan, anda haruslah menarik nafas dalam-dalam dan relaks. Ia tidak boleh dilakukan semasa hendak memasak, membasuh kain, menonton dsb. Ia tidak akan menjadi. Perbuatan hendaklah dilakukan dengan ikhlas, serta merendah diri apabila mahir. Ini semua pemberian Allah Yang Maha Mengetahui. Sekiranya Dia mengizin anak kita menjadi pandai Alhamdulillah. Tetapi, tapi kita kenalah berusaha, dan bersyukur jika usaha kita dah berhasil kerana bila-bila sahaja Dia boleh menarik balik pemberiannya.

8. Untuk berkongsi sesama pembaca:
Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada mengatakan perkara yang sama dan dia ada menyebut mengenai perkataan JANGAN untuk anak-anak. Sekiranya kita banyak sangat mengguna perkataan JANGAN pada anak-anak….. itulah yang anak akan buat….. Gunakan perkataan TOLONG. Contohnya….Tolong senyap Abang.. berbanding Jangan bising abang..

Dalam Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap-cakap atau berdoa dengan anak-anak ketika mereka dalam proses hendak tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan.

Sumber FB: Produk Minda Gxtra's

Wednesday 4 September 2013

SKINCERITY - testimonial luka -

Berminat untuk menggunakan produk SKINCERITY boleh call/msg Sakura di 013-3952209.



 

Kempen 'Harga MERDEKA' (16.08.2013-16.09.2013) hanya RM 230 termasuk postage. Harga biasa RM250.


(kalau nak amik stok melebihi 8 botol, harga istimewa akan diberikan)

 

Sakura nak share testimonial melecur kena ekzos. 

Yang nie Sakura cuba pada kawan opis, cedera kena ekzos sebab gelojoh turun motor dan akhirnya betis kena ekzos dan melecur teruk. Memula dia kena tue memang nak suruh dia guna skincerity untuk tahu berkesan ker x? Tapi takut pulak kalau ade infection, nanti dia pulak yang kena marah dengan doktor sebab gatal tangan guna benda lain. Almaklumlah, kawan Sakura nie kena g cuci luka setiap 2 hari. Sakura pun biarkan jelah sampai dah x d nanah dulu baru bagi dia cuba. Kiranya buat test lepas 2 minggu dia kena. Tapi masa test tue kulit tue masih merah lagi tapi dah x bernanah. Dengan kejamnya Sakura pi tenyeh kat kaki dia sebab nak make sure skincerity tepek kat kulit merah tue. Hasilnya dengan sekali sapuan skincerity, kulit merah tue dah mengecil sedikit dari sebelumnya. Terbuktilah nampaknya yang Skincerity nie boleh guna untuk luka pada kulit.

 

**Bagi urusan pembelian produk SKINCERITY, mohon mengikuti langkah di bawah


1. Pelanggan diminta SMS/call no 013 3952209 utk bertanyakan stok atau pertanyaan produk


2. Maklumbalas akan dihantarkan berserta no akaun pilihan (maybank @cimb). Sertakan juga alamat penerima juga.


3. Pelanggan diminta untuk bank-in dan setelah bank-in. Fowardkan sms notification ke 013 3952209


4. Urusan penghantaran akan dibuat setiap hari jam 1.00 petang, Isnin hingga Jumaat (Sabtu dan Ahad penghataran akan dibuat pada hari Isnin dan akan menerima no tracking utk pelanggan


5. Produk akan dihantar dan diterima oleh oleh pelanggan melalui POS LAJU

 

 

Tuesday 3 September 2013

Menghukum Anak Bawah 2 Tahun

Adakalanya anak-anak akan melakukan perkara yang kita tidak suka. Contohnya, menggunakan perkataan yang tidak baik. Maka kita hendak dia tahu, perkataan itu tidak elok dan jangan digunakan.

Sekiranya anak itu di bawah dua tahun dan dia mengeluarkan perkataan yang tidak baik.

-Pertama, anda sebagai ibu atau bapa perlu kaji daripada mana dia mendapat perkataan itu.

-Kedua, jauhkan dari orang atau sumber perkataan itu. Jika itu adalah dari anda atau pasangan.

Then you must stop using those words.What apply to you kids must apply to you and your spouse. Tapi bila pasangan tidak mahu berhenti. Maka ibu minta maaf, I cannot say anything anymore selain daripada pujuk dan bawalah berbincang.

-Ketiga, boleh menerangkan kepada anak itu, namun janganlah menyangka dia terus faham. Anda perlu ulangkan, perlu tunjukkan dan semasa dia mengeluarkan perkataan itu, take you finger and say and show, NO, but lovingly and then say YES, say this, Yes, say This Yes, Say this.

Contoh ; the child said, ' Bangang' or any bad word- then you take you finger(jari telunjuk and put to her mouth and say NO, that is not a good word to use. Then you say and ask her to repeat. I am a good girl, I say good words - I say to my mama good words. I don't call my mama stupid. What are you doing to your child, you are getting her to understand the concept of what are good words and bad words and speak with good purpose.

Hukuman seperti kurung dalam bilik, tak bagi makan, cili mulut or beating will not help make them understand their wrong word usage positively. Yes, they will stop but at what price?

That is why I always say this, Parenting Needs Wisdom.

Sumber FB: Prof. Dr. Rozieta Shaary

Monday 2 September 2013

Kemerdekaan 56 Tahun

Walaupun dah terlewat 2 hari, tapi masih hangat lagi perasaan kemerdekaan yang kita sambut pada 31 Ogos 2013 yang lepas. Alhamdulillah negara kita masih lagi bebas dari kuasa penjajahan fizikal. Tapi penjajahan minda dan secara halus masih lagi berlaku sehingga kini walaupun telah MERDEKA kali ke-56. 

Terima kasih yang x terhingga kepada pejuang terdahulu yang sanggup berkorban diri untuk anak cucu mencapai kebebasan fizikal. Jasamu x terhingga dan x termampu dibalas. Kesungguhan dan kesanggupan pejuang sekalian hanya mampu untuk kita kenang dan dijadikan semangat untuk menjadi warganegara yang baik disamping mengekalkan kemerdekaan. Ini sahaja yang mampu dilakukan oleh generasi tekini.

Penjajahan fizikal mampu dilihat dengan penguasaan bangsa asing dalam pemerintahan sesebuah negara tetapi penjajahan minda yang halus amat sukar ditangkis. Kita boleh tengok sekarang tahap patriotik dikalangan warga kita yang makin berkurang dan hanya tahu mengadu domba tanpa memberikan cadangan dalam menyelesaikan masalah. Betapa kita hilang kesopanan dan adab sesama masyarakat selain hilang sifat kemanusiaan. Zaman kini prinsip yang dipegang adalah "Jaga diri sendiri dan kaut keuntungan dengan peluang ada sebanyak mungkin serta kejayaan tue datang dari hasil susah sendiri".

Pada masa sekarang juga kita dapat lihat warganegara yang begitu lantang bersuara. Tapi sayang kelantangan bersuaranya tanpa beradab dan tidak berakhlak selain dari tanpa alasan dan ilmu yang cetek. Tiada salahnya untuk bersuara tapi biarlah disokong dengan ilmu yang dan fakta yang kukuh serta menjaga adab dan akhlak sebagai orang Asia, Malaysia dan Islam. 

Anak-anak sekarang juga semakin terhakis perasaan sayangkan negara kerana tidak mengenal sejarah. Tidak dinafikan bahawa belajar sejarah yang hanya memberikan teks dan perkatan adalah membosankan. Tetapi kalau kita didik dari tadika dengan aktiviti yang menarik dang interaktif, pasti anak-anak ini akan mempunyai perasaan sayangkan negaranya. Ia semuanya bermula dari rumah lagi, sekiranya kita sebagai ibu bapa telah menanam semangat kebencian kepada negara. Anak juga turut benci kepada masyarakat dan negara juga. Ibu bapa dan guru adalah wajib menanam perasaan sayangkan negara walau macam mana carapun. Cara pendidikan dan kaedah pembelajaran di dalam kelas boleh diubah cara yang bersesuaian, (boleh tgk link nie kaedah interaktif yang digunakan dan sesuaikan untuk kita buat di Malaysia). 

Semuanya terletak kat tangan kita dan rasa tanggungjawab kita untuk menjaga kemerdekaan. Mencapai kemerdekaan secara fizikal adalah lebih mudah dari mencapai kemerdekaan minda. Kita mampu menangkis kuasa luar yang mahu berkuasa tapi kita sukar menangkis minda bangsa yang dijajah. 

Salam Merdeka buat semua!