Friday 30 August 2013

Rahsia Tidur Anak Kecil

Sebelum anak anda melabuhkan tubuh di atas katil di malam hari, dia seharusnya diajar tentang beberapa panduan atau adab penting sebelum melelapkan mata. Tidur yang sempurna bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh ketika bangun tidur keesokan harinya, malah turut membantu dia menjadi seorang yang berakhlak mulia.

Berikut adalah antara adab tidur yang perlu diamalkan bagi
membantu anak kecil anda memperoleh keberkatan hidup sepanjang hayatnya :-

1. Wudhu

Rutin biasa yang biasa diajar oleh kebanyakan ibu bapa sebelum membenarkan anak masuk tidur ialah membersihkan diri dengan menggosok gigi dan membasuh kaki. Namun, ada baiknya jika anak anda turut dididik sejak kecil untuk mengambil wudhu sebelum tidur. Apabila anggota tubuh bersih, insya-ALLAH tidurnya lebih lena tanpa sebarang gangguan.

2. Berdoa

Ibu bapa perlu mengajar anak membaca surah-surah lazim seperti yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum baginda tidur. Antara surah-surahnya ialah Al-Fatihah, al-Ikhlas, an-Naas, Al-Falaq dan lain-lain. Selain itu ajar dia membaca doa sebelum tidur. Tujuan utama amalan penting sebegini ialah untuk menjauhi dia daripada gangguan syaitan sewaktu tidur.

3. Baca buku

Mengikut ramai pakar motivasi, masa tidur adalah waktu yang paling untuk ibu bapa mendekati anak. Ini dapat dilakukan dengan membacakan buku-buku cerita teladan. Daripada situ, gunakan kreativiti tersendiri untuk menonjolkan mesej-mesej baik daripada cerita berkenaan agar ia dapat dijadikan tonggak hidup si kecil.

4. Bisikkan doa

Ibu bapa digalakkan untuk berdoa ketika anak hampir melelapkan mata. Amalan ini penting kerana dipercayai ketika ini sebagai antara waktu-waktu doa mudah dimakbulkan. Sambil berdoa, usap ubun di kepala anak anda dan ramas lembut jari-jarinya.

5. Ungkapkan sayang

Ketika anak dalam keadaan ?tidur-tidur ayam?, dengan sepenuh hati katakan anda sayang kepada si manja. Selain itu, luahkan apa sahaja pujian-pujian agar dia tahu anda sentiasa menyayangi dirinya. Ketika manusia dalam keadaan ?tidur-tidur ayam? otak kanan masih bekerja. Jadi, apa sahaja yang anda perkatakan, ia akan melekat di minda si cilik.

6. Posisi

Posisi tidur yang baik seperti saranan Rasulullah adalah tidur di sisi sebelah kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan). Sementara itu, posisi yang paling perlu dihindari ialah tidur dalam keadaan meniarap.

7. Mohon maaf

Jika sebelum si kecil tidur, anda tanpa sengaja memarahinya, ambil peluang sebelum dia melelapkan mata untuk meminta maaf. Jadikan amalkan untuk kedua-dua pihak saling memohon maaf antara satu sama lain. Tidur tanpa meminta maaf dan memaafkan akan menyebabkan dendam itu tersimpan di otak kiri dan dikhuatiri ia boleh menjejaskan peribadi anak anda di kemudian hari.

8. Ciuman

Janganlah membiarkan anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan dia untuk bersalam dan mencium anda sebelum lena. Cara sebegini bukan sahaja dapat dijadikan simbol anda sayangkannya malah turut membantu di tidur dengan nyenyak kerana dia tahu anda sentiasa berada di sisinya.

9. Doa

Sesudah bangun tidur, si anak hendaklah diasuh untuk sentiasa membaca doa. Amalan ini dapat menyucikan hati daripada sifat-sifat yang negatif. Malah, dengan cara sedemikian, ia dapat membersihkan hati kesayangan anda itu daripada perasaan yang tidak baik..

Sumber FB:
Cahaya Ummul Enterprise.....^_^

Wednesday 28 August 2013

Rumah: Penjual Tamak

Lama x bercerita pasal rumah. Dah x d cerita menarik pun untuk dikongsikan bersama. Kalau ade cerita yang menarik, pasti sakura kongsikan bersama untuk dijadikan panduan bersama. Sharing is caring. Hari nie nak cerita pasal penjual tamak pulak.

Nie alkisah pejual rumah selang beberapa rumah dari rumah Sakura. Nak jual harga RM 400K++. Mahal sesangat. Dah la rumah standard lagi x usik ape2. Rumah nie x disewakan jadi besar kemungkinan banyak kerosakan juga. Rasanya masa Sakura beli rumah yang ade nie, dia ade iklan gak untuk jual tapi masa tue dia jual RM350K++. Dah lebih setahun dah x d sape yang berminat nak beli. Melampau sungguh orang yang menjual rumah n. Tuan rumah tue sanggup x bagi sewa pun kat sesape. Dengar-dengarnya dia banyak rumah, jadi x kisah sangat. Padahal dia beli rumah tue RM150K++ jer. X payah la beli kalau macam tue. Banyak lagi rumah yang tawarkan harga berpatutan kat luar tue. 

Kepada pembeli rumah pulak, anda x perlu gelojoh cari rumah. Carilah rumah yang mmg sesuai dengan bajet dan keperluan kita. Mesti ade celah manapun. Bukan nak kata apalah, kalau rezeki tue mmg dah tertulis untuk kita. Mmg dapat punyala. Mcm Sakura sendiri, sape sangka dapat beli rumah kat Damansara Perdana (x kisahla low cost pun). Janji ade rumah kan. Cari pelan-pelan dan rajin merayau kat kawasan yang kita nak tue. Mesti ade orang yang nak jual punya. 

X perlu nak fikir sangat, harga rumah makin lama makin naik. Sampai mana pun dia nak jual rumah memahal. X d sape pun nak belipun. Jadi tukun jelah sudahnya. Berpada-padalah nak  menjual rumah pun. Dalam Islam sendiri dah bagi peraturan berjual beli. Kita sebagai umat Islam patuhi jelah syarat yang ade. Islam tue indah.

Tuesday 27 August 2013

Aura Solat Awal


BERKESAN APABILA DI AWAL WAKTU DAN AURA BERJEMAAH TEMPAT AZAN DILAUNGKAN SAHAJA




Waktu Subuh


Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.


Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.


Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.


Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



 
Waktu Zuhur


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?



 
Waktu Asar


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.



 
Waktu Maghrib


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulula.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



 
Waktu Isyak


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Sumber FB: Solat Fardhu

Saturday 24 August 2013

Tips: Ayah Jaga Anak Sendiri

Mungkin panduan berikut sedikit sebanyak dapat dijadikan ‘alat bantu’ dalam usaha menjaga anak tanpa isteri di sisi atas urusan kerja.

a. Ketahui tabiat /perangai anak
Papa patut mengambil tahu tabiat atau perangai anak. Fahami karektor mereka dengan memerhatikan apa yang mereka gemar lakukan. Papa kena peka dengan keadaan sekeliling rumah dan keadaan sekitar kawasan anak bermain. Misalnya jika anak bawah usia setahun yang baru pandai memanjat, merangkak atau suka bermain sewaktu kita memandikannya. Jadi, papa kenalah lebih peka dan berhati-hati semasa mengawasi mereka agar keselamatan anak terjamin.

b. Ambil tahu kesukaan anak
Anak-anak yang masih belum pandai bertutur pasti sukar difahami apa kehendak mereka. Biasanya ibu yang lebih faham apa yang diinginkan si anak tatkala mereka merengek. Oleh itu sentiasa ambil tahu apa yang menjadi kesukaannya bagi memudahkan proses memujuk atau meredakan anak semasa dia merengek atau menangis.


Misalnya ada anak yang akan berhenti menangis apabila dipujuk melihat buku bergambar sambil kita bercerita dengannya dan sebagainya lagi kesukaan mereka. Dengan kata lain tidaklah papa menggelabah bila anak menangis tanpa sebab.

Tapi kalau anak anda menangis atas sebab lain seperti sakit perut, membuang najis ataupun tidak sihat mungkin kaedah pujukan tersebut tidak sesuai kerana biasanya ia tidak berkesan.

c. Tahu masa makan dan tidur
Anak-anak keci mempunyai masa makan dan tidur yang tetap setiap hari. Jika tidak mereka akan meragam dan menangis tanda tidak selesa. Maka papa perlulah belajar daripada isteri tentang hal ini. Ia kelihatan remeh dan kurang penting namun tidak apabila anda menjaga anak yang masih belum boleh bertutur kerana mereka tidak boleh memberitahu rasa lapar atau mengantuk.

Ketika usia ini tangisan adalah cara si anak berkomunikasi dengan papa dan mama. Jangan pula bila anak menangis papa sibuk buat kerja lain dan suruh anak main dengan alat permainannya sahaja.

d. Ambil berat tahap kesihatan anak
Jika anak tidak sihat kerana demam, batuk dan selesema, maka cabaran menjaga mereka menjadi lebih berat. Tentu sahaja ketika ini mereka rasa tidak selesa dan asyik merengek tidak kira masa terutama semasa hendak tidur bahkan si manja juga tidak selera makan dan minum susu. Jangan panik.

Sekiranya anak kelihatan kurang ceria seperti biasa dan asyik merengek sahaja, periksa suhu badannya sama ada dia demam atau tidak. Oleh itu pastikan termometer mesti ada di rumah. Kalau suhu tinggi, bawa ke klinik dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Jangan fikir dia seperti kita yang punya ketahanan badan terhadap demam selesema biasa.

Tubuh badan anak dan tubuh badan kita orang dewasa sangat lain tahap ketahanannya. Jangan biarkan anak anda sakit terlalu lama kerana mungkin boleh menyebabkan masalah lain seperti sawan dan jangkitan kuman pada otak jika suhu badan terlalu tinggi.

Mungkin setiap papa punya cara tersendiri mengendalikan anak masing-masing. Walau apa pun kaedah tersebut pastikan sebagai papa anda sentiasa peka dan bertanggungjawab menjaga anak agar dia selesa dan selamat biarpun mama tiada di sisi.


Sumber: Pa&Ma

Friday 23 August 2013

SKINCERITY- APE KANDUNGANNYA?

Berminat untuk menggunakan produk SKINCERITY boleh call/msg Sakura di 013-3952209.


 


Kempen 'Harga MERDEKA' (16.08.2013-16.09.2013) hanya RM 230 termasuk postage. Harga biasa RM250.


(kalau nak amik stok melebihi 8 botol, harga istimewa akan diberikan)

Ade pembaca diluar sana masih tertanya-tanya mengenai bahan-bahan yang digunakan. Sakura kongsikan maklumat tersebut untuk semua. Kandungannya adalah:

1.Acetone

2.Flouropolymer

3.Acrylic polymer

4.Tocopherol Acetate (Vitamin E)

5.Water

6.Vitis Vinifera (Grape) Seed Oil

7.Fragrance. 

Skincerity ada bahan aktif utama dan ia terbahagi kepada dua bahagian:
a) Bahagian Luar
- Skin Coating Polymers : bertindak sebagai kulit (polymer yang terbentuk adalah nipis terbentuk dan ia adalah 'breathable barrier' yang fleksible)
- Aceton : selamat digunakan untuk membersihkan kulit. Ia berfungsi sebagai 1. Pennyah bakteria di dalam botol 2. Pembersih kulit 3. Proses meruwap dengan cepat dan membetuk lapisan nipis yang membolehkan oksigen masuk kedalam kulit.
 
b) Bahagian Menyerap  
- Vitamin E organic: memberi nutrisi kepada kulit dan membantu penyerapan nutrisi yang maksimum sekiranya menggunakan produk lain (boleh digunakan bersama produk yang lain)
- Vitis Vinifera (grape seed oil): membaiki kulit rosak dan meningkatkan kelembapan kulit
- Natural Moisturizer : agen aktif yang memberi kelembutan dan menghaluskan kulit yang kering dan kulit bermasalah

Testimonial dari pengguna Sakura:

1)Kak Nora nie suka dan dah jatuh hati pada SKINCERITY. Walaupun Kak Nora nie sedang menggunakan set penjagaan TABITHA. Tiada masalah untuk menggunakan secara serentak.

 

2)terkini dari bloger Malaysia yang menggunakan SKINCERITY boleh didapati disini .

Bloger n ade masalah jerawat dimuka. Jerawat tue mula pulih selepas dia menggunakan produk dari Acne.Org. Tapi dia tambah guna SKINCERITY. Bekas jerawat tue jadi semakin pudar selepas sebulan penggunaan selain ia tidak mengeringkan kulit. Suka dengan komen dia yang SKINCERITY boleh pki untuk 2 bulan. Maksudnya kos membeli sebotol adalah RM250. Jadi kalau boleh pki 2 bulan. Sebulan hanya berbelanja RM125 dengan 1 produk. Jimat kalau nak dibandingkan beli berbotol-botol tue.

Kedua-dua testimonial yang Sakura bagi, semua tiada masalah mengunakan produk sedia-ada dan boleh digunakan bersama. 

 

 **Bagi urusan pembelian produk SKINCERITY, mohon mengikuti langkah di bawah

1. Pelanggan diminta SMS/call no 013 3952209 utk bertanyakan stok atau pertanyaan produk

2. Maklumbalas akan dihantarkan berserta no akaun pilihan (maybank @cimb). Sertakan juga alamat penerima juga.

3. Pelanggan diminta untuk bank-in dan setelah bank-in. Fowardkan sms notification ke 013 3952209

4. Urusan penghantaran akan dibuat setiap hari jam 1.00 petang, Isnin hingga Jumaat (Sabtu dan Ahad penghataran akan dibuat pada hari Isnin dan akan menerima no tracking utk pelanggan

5. Produk akan dihantar dan diterima oleh oleh pelanggan melalui POS LAJU 

 

Wednesday 21 August 2013

20 Tips Mendidik Anak

Berikut adalah tips oleh Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya. Bagi yang belum ada anak, atau dalam proses untuk mengadakan anak, masih jugak boleh baca …

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik
bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita beri nama yang elok untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari
ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk anak kita setiap hari, dia akan tahu serta dapat merasa yang kita sayangkan dia. Dia tahu kita akan jadi penyokong dia yang paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak tuh. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Bila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Dalam usaha mendidik anak-anak, janganlah mengeluh
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda
kerana cerita itu mungkin tak akan dapat anda dengari lagi pada masa2 akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya
ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri
mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jangan cepat gabra.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya
sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Ajar & didik lah mereka, walaupun berulang kali
ada sesetengah budak kena banyak kali ajar dan tegur, baru dia faham. Elakkan daripada memarahi mereka, sebab kalau marah nanti terbantut pulak proses pembelajaran dia.

13. Luangkan masa bersama anak anda di luar rumah
peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak
mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka, maka kita jadilah pendengar setia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda
mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah hakikat yang kadangkala kita bukanlah ibubapa yang sempurna
ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata abah ni garangla.. tu sebenarnya dia menegur. So, ubahlah. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. Nanti mereka merasa rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah
anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
tetapi kadangkala cuma untuk “sound effect”nya sahaja, bukan ada apa2 pun. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo… seram, tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh diri dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua nanti.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda
hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati di dunia dan akhirat kelak.

SUMBER FB:Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung

Sunday 18 August 2013

Bayi Menangis

TANGISAN, CARA BAYI BERKOMUNIKASI

Pada peringkat awal tumbesarannya, bayi akan menangis untuk memberitahu yang dia sedang bermasalah. Antara masalah yang biasa dialami bayi ialah:

1) Lapar
- Tidak dinafikan bahawa sering kali tangisan bayi dikaitkan dengan rasa lapar. Jadi, sebagai bapa, anda mestilah peka tentang hal ini. Pastikan anak mendapat makanan yang secukupnya. Bagi bayi yang belum berusia 6 bulan, makanan yang dimaksudkan tentulah susunya. Para bapa kenalah ambil tahu jadual minum susu anak agar anda tahu bilakah waktunya dia kena menyusu.

2) Basah
- Rasa tidak selesa akibat basah pun boleh menyebabkan bayi menangis. Oleh yang demikian, rajin-rajinlah periksa lampin bayi anda dan tukar lampin tersebut dengan kerap bagi mengelakkan punggungnya basah. Menjaga kebersihan bahagian lampin bayi sangat penting agar dapat mengelakkan masalah ruam yang akan membuatkan bayi rasa gatal dan tidak selesa.

3) Tidak Selesa Dengan Persekitaran
- Keadaan persekitaran juga sering mengganggu bayi. Suasana sekeliling yang terlalu bising dan sempit boleh menyebabkan bayi menangis. Bukan itu sahaja, suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk pun boleh mengganggu keselesaan bayi.

4) Jatuh
- Ada ibu bapa yang gemar menidurkan bayi mereka di dalam buaian. Amalan seperti ini terutamanya pada waktu malam tidak praktikal kerana macam-macam boleh berlaku di dalam buaian ketika anda sedang tidur. Salah satu perkara yang boleh berlaku ialah terjatuh. Bayi yang tidur lasak mudah terjatuh dari buaian lebih-lebih lagi jika dia dibiarkan tidur sendirian.

5) Kembung
- Bayi juga terdedah kepada masalah kembung perut. Masalah yang turut dikenali sebagai kolik ini akan menyebabkan bayi menangis dalam satu jangka masa yang panjang. terutamanya pada waktu petang. Biasanya untuk meredakan sakit perut yang dialami bayi, urut bahagian perutnya dengan lembut menggunakan minyak yang sesuai. Urut juga bahagian belakang tubuhnya. Selain daripada meredakan kesakitan yang dialami, urutan boleh menenangkan bayi.

Saturday 17 August 2013

Shopping#4

Jom cuci mata dan tenang kan hati yang serabut pasal kerja dengan view shopping online Dua Dara. Shophie Paris Volume 12, Catalogue 6 Julai 2013
Mana tau ade yang berkenan dihati. Selamat bershopping.
 
 
 
 

Friday 16 August 2013

SKINCERITY- Promosi Merdeka

Hari nie kita cerita pasal SKINCERITY la. Kepada sesapae yang berminat boleh call/msg Sakura di 013-3952209. Untuk pengetahuan semua Promosi buka kedai dah berakhir semalam 15.08.2013.

 

Hari nie bermula 'Harga MERDEKA' (16.08.2013-16.09.2013) hanya RM 230 termasuk postage. Harga biasa RM250.

(kalau nak amik stok melebihi 8 botol, harga istimewa akan diberikan)

 

Ramai yang tanya macam mana nak guna Skincerity. Produk nie paling senang nak guna sebabnya ia hanya digunakan pada waktu MALAM SAHAJA masa tidur. Kiranya lepas cuci muka nak tido tue boleh la role SKINCERITY nie kat muka dan tempat bermasalah (siku, lutut, tumit, tempat berjerawat, parut etc). Kalau ade sesape yang masih guna produk kecantikan lain. Boleh teruskan pakai macam biasa. Maksudnya lepas cuci muka, pakai night cream sedia ada dan last baru role SKINCERITY nie. SKINCERITY nie akan mempercepatkan kesan penggunaan tadi. Untuk sesapae yang pakai SKII pun x d masalah. Kulit lagi bertambah cantik dengan cepat. Biarkan kering dan masuk tidur. Lupa pula, masa nak role tue tahan nafas untuk elakkan bau aseton. Aseton nie berfungsi sebagai penyah bakteria pada tempat bermasalah (sebab tue kalau letak kat tempat berjerawat, jerawat mudah baik. Takpun tempat luka). Lagipun aseton nie dia tak melekat pada kulit sebab dah teruwap diudara. Macam pki perfume la kiranya. Esok pagi bangun dari tidur, cuci muka macam biasa. Sangat disyokan untuk pakai air suam, tapi kalau malas macam Sakura nie, pakai jer air paip tue jer. Tenyeh kat muka atau tempat yang kita role SKINCERITY malam tadi tue guna kain yang disediakan atau x nak pakai kain pun boleh. Tenyeh macam hilangkan gam melekat kat tangan jer. Senang kan. Masa bersihkan tue, tempat yang nak dibersihkan tue mestilah basah supaya mudah terkopek. Kalau sesape yang letak kat siku, tumit, lutut dan tempat kering. Nie kena betul-betul tenyeh sebab lapisan SKINCERITY tue akan melekat kuat. Jadi ambil masa juga nak bersih. Kita rasa macam dah bersih tapi sebenarnya dia melekat lagi. Kenapa SKINCERITY melekat kuat, sebab dia nak baik kulit bermasalah tadi. Tapi bila dah berulang guna kat tempat kering dan tempat tue dah pulih, dah mudah terkopeknya.

Skincerity nie bergantung kepada penggunaan kita sendiri. Macam Sakura guna untuk bulan pertama, hanya bertahan 3 minggu sebab banyak tempat yang ditenyeh (muka, siku, tumit, lutut, parut, kongsi dengan tuan Faizal role kat tempat jerawat, parut pembedahan tuan Faizal). Sebenar-benarnya kalau setakat role kat muka sahaja boleh tahan sebulan lebih. Tapi tengok gak berapa lapisan letak. Kalau selapis, lambat la habis, kalau role berlapis-lapis, cepat gak habisnya.  Kalau role berlapis-lapis alamatnya juga muka tue jadi sangat- sangat tegang ok. Selapis pun dah menegangkan muka.

Penggunaan Skincerity nie disyorkan untuk diguna dalam tempoh 2 minggu pertama tanpa henti untuk mendapat kesan yang terbaik. Dah lepas tue nak selang seli pun boleh. Hari nie pakai esok x pakai pun boleh. Lambat sikit habisnya. Dah lepas role jangan digosok gosok, x perlu gosok, hanya biarkan ia mengering sendiri. 

 

Nie Sakura nak berkongsi cerita pasal produk SKINCERITY nie (selepas sebulan guna)

Skincerity nie sangat sesuai untuk orang malas macam Sakura. Memang x d kesungguhan untuk praktik kaedah penjagaan muka yang betul. Sakura cuma cuci muka sahaja, tue pun pakai sabun mandi@shower gel. X d maknanya nak beli pencuci muka khusus tue. Zaman anak dara dulu rajinla menepek kat WATSON@GUARDIAN tengok pencuci muka. Sekarang nie dah malas. Mana yang guna kat badan yang tue juga guna kat muka. Bila dah masuk 30an nie, dah tersedar nak cari produk yang serba boleh @"all in one". Teringin pki SKII tapi banyak pulak botol yang nak beli, jadi abaikan jela keinginan tue. Syukur akhirnya dapat produk SKINCERITY nie. Memang nampak mahal jer produk nie, tapi kalau satu produk boleh cover yang beli berbotol tue, memang bebaloi la melabur RM250. Sama jer, kalau produk lain, set penjagaan dah RM150 tambah serum RM150 tambah mask RM80. Dah berapa dah tue. Skincerity nie, satu produk jer, harga RM250. 

 

Benda baik mesti kita berkongsi kan. Selamat Mencuba! 

 

**Bagi urusan pembelian produk SKINCERITY, mohon mengikuti langkah di bawah

1. Pelanggan diminta SMS/call no 013 3952209 utk bertanyakan stok atau pertanyaan produk

2. Maklumbalas akan dihantarkan berserta no akaun pilihan (maybank @cimb)

3. Pelanggan diminta untuk bank-in dan setelah bank-in. Fowardkan sms notification ke 013 3952209

4. Urusan penghantaran akan dibuat setiap hari jam 1.00 petang dan akan menerima no tracking utk pelanggan

5. Produk akan dihantar dan diterima oleh oleh pelanggan oleh POS LAJU


 

Thursday 15 August 2013

Uruskan EBM

Cara Tepat Menyimpan ASI Perah

Ketika cuti melahirkan sudah habis, ibu bekerja harus kembali ke kantor dan meninggalkan si kecil di rumah. Akan tetapi karena masih menyusui, satu-satunya cara untuk memberikan Air Susu Ibu (ASI) eksklusif adalah membuat stok ASI dengan memerasnya. Nah, yang perlu Anda perhatikan kemudian adalah di mana Anda harus menyimpan ASI perah ini.

Karena ASI tidak disimpan pada "tempat" yang sebenarnya, Anda harus memastikan ASI tetap terjaga kesegarannya dengan melakukan langkah-langkah berikut:

1. Selalu cuci tangan dan kuku lebih dulu sebelum memerah ASI. Saat memerah ASI, pastikan Anda menggunakan wadah yang bersih (higienis), terutama jika Anda memerah secara manual dengan tangan. Tetapi jika menggunakan pompa ASI, umumnya wadah higienis ini sudah tersedia.
2. Perhatikan waktu memerah ASI. Setelah diperah, ASI hanya bisa bertahan selama enam jam saja. Jika tak disusukan dalam waktu enam jam, sebaiknya masukkan ke dalam lemari es.
3. ASI perasan harus dijaga agar tetap dingin, bahkan ketika dibawa bepergian. Gunakan saja termos es yang berisi es batu atau tas kecil yang khusus untuk menjaga kondisi tetap dingin (tas es krim).
4. Jika tak disusukan dalam waktu 48 jam sejak dipompa, ASI perasan harus dibekukan. Namun bekukan secara bertahap, awali dengan mendinginkan ASI dalam lemari es kemudian bekukan dalam freezer.
5. Jangan mencampur ASI hasil perasan yang baru dengan yang lama.
6. Cantumkan label yang berisi tanggal dan jam pemompaan pada ASI yang dibekukan. Bila akan digunakan, hangatkan terlebih dulu. Namun jangan panaskan ASI dalam microwave. Keluarkan ASI beku dari freezer ke pendingin sampai mencair, kemudian keluarkan dari pendingin dan biarkan sampai mencapai suhu ruang. Setelah itu baru dihangatkan. Cara ini akan membantu menjaga kualitas ASI agar tak rusak karena perubahan suhu yang terlalu ekstrim.
7. Hangatkan ASI perahan dengan cara mengaliri botol susu dengan air panas (bukan mendidih) yang keluar dari keran atau teko. Cara lain untuk menghangatkannya adalah merendam botol ASI dalam baskom atau mangkuk yang berisi air panas.
8. Teteskan ASI yang sudah dihangatkan pada tangan untuk mengecek suhu ASI sebelum disusukan ke bayi. Suhu ASI tidak boleh lebih hangat dibanding suhu tubuh.


Sumber FB: BUTIK TATEH BANDAR BARU BANGI

Tuesday 13 August 2013

Selamat Hari Raya

Salam Aidilfitri buat semua, walaupun hari nie dah hari ke-6. X terlewat sangat rasanya nak ucap pada semua. Nie lah raya paling huru hara. Sebabnya 3 hari sebelum raya kena mengadap exzam. Cabaran besarnya adalah otak x dapat memberi fokus yang baik untuk belajar sebab nak tumpang sekaki dengan orang sekeliling buat persiapan raya. Padahal awak tue, tiap-tiap tahun pun x buat bersiapan raya. Belasah jer ape yang ade kat rumah. Almaklumlah, x d sesape sangat pun nak datang rumah beraya. Janji ade kuih raya dengan duit raya jer. Baju raya, pakai jer ape yang ade sebab banyak jer baju yang dah beli x pakai lagi. Tuan faizal pulak memang spesis bapa juga, liat suruh buat baju melayu, alasannya baju yang ada boleh pakai lagi. 

Kiranya alasan  exzam paling kukuh dan bernas untuk x membuat kuih raya la tahun nie. Memangla tiap-tiap tahun kuih tunjuk tapi dah sure orang kata malas. Tapi nie mmg paling kukuh sebab guna alasan exzam. Sudahnya memang kuih wajib baulu untuk bapa dan kek buah sebiji pun Sakura x buat. Malas-malas kuih tunjuk pun, 2 benda tue kena juga buat. Walaupun MIL ku dah beli oven kat rumah KB, x buat pun kek. Cuma buat puding roti yang dah habis kena makan malam raya, tapi buat puding roti tue pun untuk berbuka, special request dari tuan Faizal. Paling x d nak elakkan orang kata malas pun malam tue buat juga agar-agar buah. Karang ku buat agar-agar sirap orang kata malas. Jadi tunjuklah rajin yang sedikit nie. Tue pun dah pukul 11mlm baru buat. Syok menengok tv sambil mengosok baju sebelum tue.

Raya tahun nie kat KB. Meriah macam biasa. Cuma x sehebat rumah Klang yang berhempas pulas memasak sebelum raya. Almaklumlah menu kat KB hanya Kuzi ayam makan dengan roti. Tapi nak membuat kuzi tue pun leceh gak sebab nak kena kupas bawang, goreng bawang dan tumbuk bawang. Dahla bawang nie sesitif, lambat angkat jer dah rentung dan x sedap sebab bau hangit. Sakura x terlibat sangat sebab adik ipar dah boleh diharap buat keje. Bolehla daku memasak rendang dengan aman. X raya la kan bagi Sakura kalau x makan ketupat (ketupat plastik jela, mana nak dapat daun kelapanya) dengan rendang daging. Janji dua nie ade dah cukup. X d lodeh dengan kari ayam pun x p. 2 menu tue optional jer bagi Sakura.

Tapi yang paling penatnya raya ke-3 (hari nak balik rumah). Adik ipar yang baru dapat baby Fahim buat aqiqah. Penatnya bukan sebab ape. Kena bangun pagi sebabnya majlis cukur dan kesyukuran pukul 8 pagi. Pukul 5 pagi dah bangun memasak dan bersiap. Letih wei. Nielah uniknya orang Kelantan. Majlis cukur buat pagi lepas solat subuh.

Beberapa hari puasa kat rumah KB, x dapat pun jejak Param Kubang Kerian. G Param kat kedai Peringat jer. Tue pun nak masuk payah, ramai orang. Tapi x d ape yang menarik perhatian sangat. Nie gara-gara dalam otak dah set kerabu perut, kerabu paru dan belut bakar. Payah la kalau dah set. Tengok benda lain semua x d selera. Kuih akok x kisah sangat sebab dah dapat makan dengan pembekal tetap Serimas (jiran rumah KB). Tue pun merayu gak membeli sebab lambat tempah, disebabkan jiran punya pasal, kasi muka gak la. Nak beli RM10 akok tue, tapi dapat RM5 je. Jadilah dari x d. G makan colek pun cabaran gak, beratur panjang sangat. Ade dekat sejam beratur. Rasa nak tercabut kaki. Baik duduk makan kat situ. Silap percaturan, biasanya ramai sangat orang nak makan kat situ, tapi kalau dah makan kat situ, x dapat pulak makan colek campur (ayam+paru+perut) sebab dah kenyang bila balik rumah nanti. Colek nie macam pasembor cuma kuah dia bukan kuah kacang tapi sos cili manis yang makan keropok lekor tue. 

Balik dari beraya Kelantan hari Sabtu, ingat nak pusing Kuala Selangor, Rantau Panjang Klang dengan Pulau Indah. Tapi cuma dapat Rantau Panjang Klang dengan Pulau Indah jer. Orang Kuala Selangor nak datang beraya. Sabtu nie lah menjelajah Kuala Selangor, harap semua rumah yang nak dituju ada la tuan rumahnya. Yang wajib sebenarnya Pulau Indah, sebab nak balik tengok nenek. Yang lelain x kisah sangat. Rumah Mak Long dah g sebelum balik Kelate hari tue, jadi x terasa sangat dah lama x menziarah Pak Long dengan Mak Long. Sabtu nie kena buat penjelajahan raya dan perabihkan semua rumah wajib raya. Sebab dah lepas nie mesti sibuk jemputan rumah terbuka kengkawan pulak. 

SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR DAN BATIN
RAYAKAN KEINDAHAN SYAWAL BERSAMA YANG TERSAYANG
 

Monday 12 August 2013

Boleh Makan Ikan Nie Masa Berpantang

Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah:

1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan bilis
14.Ikan siakap
15.Ikan salmon

Friday 9 August 2013

Jenis Plastik

Kenali plastik-plasti dikeliling kita. Berhati-hati jangan guna sesuka hati. Ingatlah orang yang tersayang!....hehehehe


Plastik terdiri dari berbagai jenis dengan nombor kod tertentu sebagai identifikasi. Berikut antara jenis plastik yang anda MESTI ketahui dan ada di antaranya membawa risiko yang sangat merbahaya:

Plastik No. 1 - PET (Polyethylene terephthalate)
Terdapat pada minuman ringan seperti air galian dan minuman berkarbonat, botol pencuci mulut, botol minyak masakan. Ia mudah terhakis, haus dan mengeluarkan sisa-sisa toksik.
Ia hanya digunakan sekali sahaja.

Plastik No. 2 - High Density Polyethylene (HDPE)
botol detergen, karung sampah, botol minyak enjin
Hanya plastik jenis ini dikatakan mempunyai risiko yang rendah untuk digunakan berulang-kali. Jangan pula ada yang gunakan bekas minyak enjin atau bekas detergen sebagai bekas menyimpan air minuman. Bagaimanapun, ia tetap menghasilkan toksik pada kadar yang minima.

Plastik No. 3 - Poly Vinyl Chloride (PVC)
Digunakan sebagai botol syampu, botol minyak masak, salutan wayar elektrik, peralatan perubatan, paip. Ia sudah diketahui sangat merbahaya kerana boleh menghasilkan toksik pada kadar yang tinggi. Jauhkan plastik jenis ini dari menyentuh makanan semasa panas.

Plastik No. 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)

Plastik No. 5 - Polypropylene (PP)
Biasa digunakan sebagai botol sos, botol kicap, botol ubat-ubatan, straw, botol susu bayi, penutup botol. Memerlukan suhu yang lebih tinggi untuk dicairkan. Ada yang menerimanya sebagai bekas makanan oleh sebab kadar tindakbalasnya yang perlahan terhadap haba. Ia mempunyai risiko yang rendah kepada pencemaran minuman atau makanan.

Plastik No. 6 - Polystyrene (PS)
Bekas polistrin yang biasa digunakan oleh masyarakat kita apabila membeli makanan yang dibawa balik atau 'tapau'. Bekas telur juga adalah dari jenis polisterin tetapi ia tidak memberi kesan sampingan jika setakat digunakan untuk menyimpan telur. Polisterin adalah plastik yang merbahaya digunakan sebagai bekas makanan tetapi di Malaysia, ia adalah pilihan yang popular bagi peniaga-2.

Plastik No. 7 - lain-lain
Semua jenis plastik selain jenis di atas dikategorikan sebagai kod 7. Antaranya seperti plastik sunglass, cakera DVD, papan tanda, casing komputer. Antara yang merbahaya adalah polikarbonat (PC)

SUMBER :THE SECRET MEDICINES BLOGGER

Tuesday 6 August 2013

Ingat Mati

Hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.


Sumber FB: islam Itu Indah

Monday 5 August 2013

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 14

 
 
 
Puasa hari ke 27. Cepatnya masa berlalu. Kita sambung lagi perkongsian ilmu parenting dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Ibu Rose:Prof. Dr. Rozieta Shaary. (post bertarikh:29 Julai 2013)


PART 1

Anak Berusia 7-9 tahun

Pada usia 7-9 tahun ialah usia yang memerlukan kita ibu bapa menekankan kembali 'reinforce' keyakinan positif di dalam diri anak-anak kita. Ini adalah usia mereka mula masuk ke sekolah. Dunia baru, maka banyak keraguan juga.

Selain itu usia ini banyak perkara baru yang berlaku kepada anak-anak kecil ini. Mereka masih kecil tapi mereka sudah mula melangkah ke dunia yang memerlukan banyak mereka berdikari. Oleh itu pastikan anda senantiasa mengambil masa menyatakan kasih-sayang anda dan beri sokongan moral kepadanya.

PART 2

Anak Berusia 7-9 tahun

Jika anak pada usia ini sudah malas ke sekolah atau menunjukkan helah untuk tidak ke sekolah, anda perlu cepat menyelidik apakah yang berlaku di sana atau di dalam dirinya. Kerana kanak-kanak memang suka belajar dan mendapat ilmu baru, jika seorang anak itu tidak suka belajar, ada dua kemungkinan,

1- Apa yang dikatakan sesi belajar tidak menaikkan minatnya atau terlalu ilmiah. Kerana kanak-kanak pada usia ini sudah boleh memahami sesebuah info yang dinyatakan dengan penuh emosi.

2- Anak itu tidak merasakan sesi belajar itu sesuatu yang mengajak dia untuk 'explore'. Mungkin pembelajaran itu sekadar fakta yang 'dimuntahkan.'

PART 3

Anak Berusia 7-9 tahun

Pada usia 9 tahun ada kanak-kanak perempuan yang sudah baligh. Oleh itu, ibu bapa bijak akan menyediakan anak-anak mereka mengenai perihal 'datang bulan' supaya jika mereka kedatangan bulan pada usia 9 tahun, tidaklah anak itu akan panik dan ibu bapa juga menjadi tidak tentu arah.


PART 4

Anak Berusia 7-9 tahun

Children of this age have lots of enthusiasm. They might be very active and sometimes have lots to say and ask. Just take the time to entertain their enthusiasm. Nurture their gifts and harness their talents, you will be surprise how capable and loving they can be once they grow up. And they will be appreciative towards others too. Because you have shown how you appreciate them as they were tiny little learning enthusiast!

We want to raise children who are lovable and capable.

PART 5

Anak Berusia 7-9 tahun

They can also copy adult speech patterns. As a result, it is easy to forget that children in this age range are still not fully developed cognitively, emotionally, or linguistically. Most of the time, they imitate the word without fully comprehend the meaning. This is not bad or good. It is just is. It is our responsibility to ask and fill-in for them so that their understanding is enhance.

For example, they might say, " I need to study hard to get A for my exams". We might think that they understand the meaning of study hard. However, they might have just imitate what their teachers were saying.

Hence, you can take this opportunity to explore their understanding of work hard. You can give the example and fill-in for them with examples so that they have a deeper understanding.

However, there is a technique of asking question that will encourage growth in understanding. If you were to ask like this, " What do you mean by working hard?" This will create unsureness in the child. You may ask this way, " Wow, that is good, let us find out together, what it meas by working hard. Can you tell me some examples?

Children are Geniuses. You would want to make sure they remember they are.
 

Sunday 4 August 2013

Rahsia Al-Quran

Semoga kita bersama mengamalkannya

1. Setengah orang alim berpendapat bahawa membaca Al-Quran merupakan cara yang paling mujarab untuk memperkuatkan ingatan dan memudahkan hafalan. Bahkan inilah kaedah yang paling utama. Kata-kata hikmah Arab menegaskan “Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca Al-Quran dengan melihat (mashaf Al-Quran).”

2. Seorang cendiakawan Islam pernah berkata, “Orang yang mengamalkan membaca Al-Quran akan sentiasa sihat akalnya walaupun dia berumur 200 tahun.” “Jarang berlaku orang yang konsisten (selalu) membaca Al-Quran pada setiap hari, menjadi nyanyuk apabila telah tua. Juga, mereka tidak perlu memakai cermin mata.”.

3. Kesan membaca Al-Quran dari segi kesihatan amat besar. Dengan membaca Al-Quran secara automatiknya anda melakukan senaman muka, leher, kerongkong dan fikiran.

4. Al-Quran pun merupakan sejenis ‘nyanyian’ kerana Rasullullah s.a.w. menyuruh umatnya membaca dengan berlagu, atau dengan kata lain, dengan menyanyi. Apabila seseorang itu bernyanyi atau berlagu dengan minda khusyuk dan penuh perasaan, maka ia akan menjadi perhubungan dan rangsangan dari tempat sebutannya kepada organ-organ dalaman. Ia merupakan sejenis rangsangan yang baik kepada organ-organ dan membentuk ketenangan terhadap berjuta-juta saraf di dalam tubuh.

5. Apabila membaca Al-Quran, otot-otot di muka dan leher akan bergerak-gerak dan terurut. Pergerakan otot-otot di seluruh muka dan leher akan menyegarkan wajah dan menghindarkan penyakit-penyakit yang menyerang muka seperti ‘Bell’s Palsy’ iaitu sejenis penyakit lumpuh pada bahagian muka. 


6. Membaca Al-Quran juga akan menegangkan kulit dan sekaligus sebagai awet muda. Yang penting sekali, ia melatih otak kita kepada konsentrasi fikiran (concentration of the mind) di mana kekuatan konsentrasi ini amat diperlukan untuk belajar dan mengingat.

Sumber FB: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

Saturday 3 August 2013

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 13


Bersambung lagi perkongsian ilmu parenting dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Ibu Rose:Prof. Dr. Rozieta Shaary. (post bertarikh:24 Julai 2013)


PART 1

Anak 6-7 Tahun

Children age 6-7 are building their leadership quality. This wonderful wise poem of Dr. Dorothy Law, will give us some guide lines.

If children live with criticism, they learn to condemn.
If children live with hostility, they learn to fight.
If children live with fear, they learn to be apprehensive. If children live with pity, they learn to feel sorry to themselves.
If children live with ridicule, they learn to feel shy.
If children live with jealousy, they learn to feel envy.
If children live with shame, they learn to feel guilty.
If children live with encouragement, they learn confidence.
If children live with tolerance, they learn patience.
If children live with praise, they learn appreciation.
If children live with acceptance, they learn to love.
If children live with approval, they learn to like themselves.
If children live with recognition, they learn it is good to have a goal.
If children live with sharing, they learn generosity.
If children live with honesty, they learn truthfulness.
If children live with fairness, they learn justice.
If children live with kindness and consideration, they learn respect.
If children live with security, they learn to have faith in themselves and in those around them.
If children live with friendliness, they learn the world is a nice place to live.

copyright@1972,Dorothy Law Nolte,Ph,D

If children live with LOVE and RESPECT, they have high self-esteem and sense of purpose hence they build A LOVE WORLD and lead with powerful purpose.

PART 2

Anak 6-7 Tahun

Anak pada usia ini sudah mula kenal yang mana baik dan yang mana buruk. Terutamanya, jika ibu bapa telah menerapkan nilai yang murni ke dalam diri mereka sejak kecil lagi.

Selain itu, anak-anak pada usia ini mempunyai kebolehan untuk 'reason' dan membuat pilihan yang sesuai. Gerak hati untuk melakukan yang baik itu memang telah kuat wujud di dalam diri anak itu. Itulah mengapa pada usia 7 tahun, adalah usia sesaorang itu menjadi mumayiz. Boleh membezakan sesuatu yang baik dari yang buruk.

Oleh itu bila menyuruh atau mengajak mereka melakukan sesuatu, amat penting untuk memberi penerangan yang baik supaya mereka mengikut suruhan anda itu atas dasar yang kukuh.

Namun, jika pendidikan anak-anak itu dan suasana di dalam keluarga itu mngajar anak-anak untuk melakukan kejahatan, ia sangat meruntun jiwa anak terutama yang telah mencapai usia ini. Kerana pada usia ini apa yang mereka mahu ialah ditunjukkan contoh yang baik.

PART 3

Anak 6-7 Tahun

Anak-anak pada usia ini sudah tahu malu. Oleh itu janganlah memarahi mereka dikhalayak ramai.

Para guru yang mendenda dan memarahi anak-anak pada usia begini, perlu lebih berhemah dan bijak, supaya tidak terluka- 'rapture' harga diri dan hormat diri mereka.

Jangan sekali-kali menceritakan akan keburukan atau masalah mereka pada orang lain di hadapan mereka. Jika anda hormat akan mereka, nanti bila mereka sudah besar, mereka juga tahu menghormati perasaan anda. Ingatlah pesan Ustaz Don tadi ; )

 PART 4

Anak Berusia 6-7 tahun

Ini adalah usia seseorang itu memasuki sekolah rendah. Pembelajaran di sekolah rendah agak berbeza dengan di tadika. Pembelajaran di sini lebih serius dan selalunya kanak-kanak ini akan disuruh duduk dan dengar.

Di sini Ibu ingin mengingatkan dengan penuh hormat kepada para guru dan para ibu bapa agar jangan cepat panik atau khuatir atau marah jika mendapat seseorang anak itu tidak boleh duduk diam, suka mengacau kawan, suka mengelamun dan tidak boleh duduk menelaah seperti kebanyakan pelajar lain.

Kembali kepada Modaliti Pembelajaran yang digunakan oleh anak itu, jika dia visual dan auditori maka mudah untuk dia duduk diam. Namun, jika dia adalah kinesthetik, maka fahamlah bahawa dia memang perlu menggerekakan badannya untuk 'download' info yang diberi gurunya.

Oleh itu pendidik yang bijak akan membenarkan kanak-kanak pada usia begini, melakunkan apa yang disebut. Contohnya, bila ajar A. Bukan sekadar cakap dan tunjuk, tapi juga ajak pelajar melukis di udara atau di kertas huruf itu. Boleh buat permainan, seperti suruh lukis di belakang badan kawan dengan jari mereka dan pelbagai cara lagi.

Yang penting, para pendidik dan ibu bapa perlu banyak bersangka baik dengan kebolehan anak-anak ini. Jika cepat menamakan anak itu suka berangan, suka buat kacau dan sepertinya, kesianlah mereka kerana masa hadapan mereka akan tercalar dengan kata-kata begitu ya.Tentunya kita ingin anak-anak ini membesar menjadi warga dunia yang hebat dan berjasa.

 PART 5

Anak Berusia 6-7 tahun

Usia ini adalah sangat sesuai untuk memberi mereka tanggung-jawab yang mudah dilaksanakan. Tanggung-jawab kecil yang diberi akan melatih anak-anak anda menjadi bertanggung-jawab. Jika ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak dan melakukan semua untuk anak, maka anak-anak ini tidak akan tahu untuk bertanggung-jawab terhadap diri mereka.

Contohnya, tanggung-jawab untuk bangun dan bersedia ke sekolah adalah tanggung-jawab anak itu. Maka eloklah dididik untuk dia tahu bangun sendiri. Mula-mula itu mungkin boleh ibu atau bapa menggerak dia bangun, namun, perlahan-lahan pindahkan tanggung-jawab itu kepada dirinya. Belikan dia jam loceng atau sepertinya untuk dia set sendiri dan bangun sendiri. Anda boleh pantau dari semasa ke semasa.

Elakkan menyusun buku-buku ke dalam begnya. Mula-mula itu buat bersama, kemudia biar dia buat di hadapan anda, kemudian anda cuma pantau setelah dia selesai menyusunnya. Adakan spot check dari semasa ke semasa untuk melihat kerja sekolahnya. Buatlah seminggu sekali paling kurang. Dari situ anda mendidik dia mengenai akauntibiliti.

Ini sangat penting dalam membina kepimpinan diri anak itu sebelum dia boleh memimpin orang lain dengan baik : )
 

Friday 2 August 2013

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DIFB DAY 12





Bersambung lagi perkongsian ilmu parenting dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Ibu Rose:Prof. Dr. Rozieta Shaary. (post bertarikh:17 Julai 2013)

PART 1

ANAK USIA 5-6 TAHUN
TAHNIAH! anda masih bersabar dan cekal hati membesarkan serta menjaga anugerah Allah ini. Tentu banyak manis dan getir yang telah anda hadapi.
Anak-anak pada usia ini jika mereka telah dididik dengan kasih-sayang dan penuh hormat, maka mereka lebih mudah mendengar kata dan nasihat.
Jika anak itu lelaki, dia akan mahu menjaid pelindung dan menjaga ibu dan adik-adiknya. Kerana fitrah sebagai seorang lelaki akan lebih ketara. Jika anak itu perempuan, dia akan suka berkongsi cerita dengan ibunya, dan menjadi puteri (princess) bapanya. Ayahnya adalah lelaki yang paling dia kagumi.
Itu jika betul parentingnya. Jika anak ini telah melalui herdik dan caci maki dan melihat keadaan itu sebagai lumrah di dalam keluarga, maka pada usia ini, mereka begitu petah menggunakan perkataan yang tidak elok itu (swearing).
Jika anda menerima keadaan yang pertama, bersyukurlah, usaha anda telah menampakkan hasil. Jika apa yang anda alami adalah keadaan kedua, maka, boleh bersedih, tapi jangan membenci diri. Perbaiki diri dan berusaha membetulkan keadaan. Anda masih ada satu tahun lagi untuk membetulkan 'foundation' bagi pendidikan anda.
If you get the first six years right, the next six years and the next and the next will be relatively easy.


PART 2

ANAK USIA 5-6 TAHUN

Ada yang bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan menghormati anak kita itu? Soalan ini sangat bagus kerana ramai orang tersalah faham maksud HORMAT. Hormat selalu dikaitkan dengan TAKUT. Untuk hormatkan ketua, perlu takut kepadanya. Ini adalah fahaman yang kurang tepat mengenai hormat.

Hormat bermaksud menghargai, merasakan orang itu penting dan dia itu istimewa. Oleh itu bola seorang ibu dan bapa itu hormat kepada anak kecilnya, bermaksud, dia menjaga kata-kata yang dia ucapkan kepada anak-anaknya. Dia mengambil masa untuk memahami perasaan anaknya. Doa bersangka baik terhadap anaknya. Dia tegas di dalam menjauhkan anaknya dari bahaya.

Di dalam pertalian, ramai ibu bapa sayangkan anak-anak. Namun, masih ramai yang belum faham bagaimana untuk kasih dan hormat akan anak-anak mereka.

Itulah sebab mereka menghadapi masalah anak-anak mereka tidak mahu mendengar kata dan berakhlak tidak baik. Kerana cara mereka mendidik anak-anak, adalah tidak menghormati perasaan anak-anak itu. Anak diajar dan dipaksa dan bukan ditunjuk dan diajak. Bila menghukum, menghukum tanpa ada perasaan belas kasihan dan dihukum mengikut perasaan amarah yang berlebihan. Maka hukuman menjadi tempat melepas dendam dan yang menerima hukuman mula berdendam.

Anak pada usia ini sebenarnya sudah lebih matang berfikir kerana mereka sudah hampir menjadi mumayiz. Namun, tanpa pendedahan awal proses mumayiz akan lambat dan anak itu mungkin payah untuk dinasihat kerana 'reasoning'power tidak diasah sejak kecil.

Mendidik anak ini adalah suatu proses. Jika Allah mengatakan anak akan mumayiz pada usia 7 tahun, bukan bermaksud 7 tahun tup tup terus mumayiz. Dia akan bijak membezakan baik dan buruk apabila pentarbiyahan itu telah dimulakan sedari kecil lagi perlahan-lahan.

PART 3

ANAK UMUR 5-6 TAHUN

Anak pada usia suka akan garis panduan dan undang-undang. Mareka berasa lebih selamat bila ada kesan dan natijah. Namun, natijah itu biarlah suatu yang membina.
Contohnya, anda telah laksanakan undang-undang untuk basuh tangan sebelum makan. Maka, jika dia tidak membasuh tangan perlu untuk anda memastikannya dan jika anda telah mengatakan dia tidak boleh makan jika tidak membasuh tangan, maka jika dia tidak melakukannya. Anda perlu untuk tidak memberi dia makan sehinggalah dia menerima undang-undang kecil itu.

Mungkin dia akan mahu memberontak, maka secara berhemah dengar rintihannya. kemudian jelaskan mengapa penting membasuh tangan. Apa kesan saintifik, kesan pada cara hidup mengikut agama masing-masing jika dinyatakan. Contohnya, bagi yang muslim boleh menerangkan amalan Rasulullah s.a.w.

Anak-anak sebenar rasa lebih selamat dengan adanya 'boundaries' dan 'rules'. Inilah yang dimaksudkan Loving and Firm Parenting. Jika semuanya boleh pakai buat tiada undang-undang, maka anak ini akan berpotensi tidak menghormati undang-undang di luar dan membesar menjadi seperti Anakku Sazali, dimana kerana sayang yang tidak bertempat, si bapa menjadi bapa yang pemisif. Semuanya dibiarkan dan dibenarkan. Inilah keibubapaan permisif namanya.

PART 4

ANAK UMUR 5-6 TAHUN

Pada usia ini, anak-anak sudah boleh memahami sesuatu yang abstrak. itulah sebabnya mengajar mereka mengenai A, B, C lebih mudah untuk mereka memahami. Sebelum ini, A tidak bermakna, kerana A bukan benda. Tapi MUMMY adalah ibu dia dan anak faham itu ejaan untuk mummy. Ini adalah corak pembelajaran membaca yang dikenalkan oleh Glenn Doman. Kaedah ini menggunakan konsep 'recognition of words'. Buku Peter & Jane juga menggunakan kaedah ini dan mudah untuk diikuti oleh kanak-kanak di bawah 5 tahun. Kaedah phonics mengunakan suku kata sebutan dan lebih senang untuk anak-anak usia lebih 5 tahun mengikutnya.

Inilah yang sering membuntukan ibu bapa bila mengajar anak-anak membaca. Mereka menggenalkan A, B, C pada usia yang di bawah 4 tahun dan mengharapkan anak-anak itu berminat belajar membaca. Pada anak kecil itu, a atau b tidak membawa apa makna. Maka apa yang mereka lakukan hanyalah hafal saja bunyi itu. Itu yang sabar. Yang tak sabar, terus lari dan tak mahu belajar.

Bukan dia tak suka belajar, tapi cara tu tidak kena dengan usia anak itu. Oleh itu pada usia di bawah 4 tahun, boleh kenalkan ABC sekadar membiasakan. Namun, jika mahu anak boleh membaca pada usia itu, perkenalkan perkataan itu terus BALL, HOUSE, BUKU, BAJU. Anak membaca dengan mengenal perkataan itu.

Bila usianya masuk 5 tahun, maka boleh dikenalkan sukuan kata atau phonics jika mahu untuk mengguatkan kebolehan dia membaca perkataan yang baru.

Namun, bila mengajar anak atau mengira atau MENGAJAR, ANDA PERLU BANYAK BERSABAR DAN BERSANGKA BAIK TERHADAP ANAK ANDA. JANGAN CEPAT NAIK TANGAN ATAU MENGHUKUM KERANA DIA TIDAK BOLEH MEMBACA. Kerana itu akan lebih melambatkan dia membaca.

PART 5

ANAK UMUR 5-6 TAHUN

Pada usia 5-6 tahun ini ramai ibu bapa telah menghantar anak-anak mereka ke tadika. Maka banyaklah cerita yang mungkin timbul. Contohnya, anak tidak mahu bangun pagi, tidak mahu ditinggalkan, mendapat report yang menyedihkan mengenai anak-anak mereka. Oleh itu Ibu hendak mengingatkan di sini beberapa perkara:

1) Jika anak mengadu, dengar dan kaji. Jangan cepat menyangkal.

2) Anak-anak yang dikatakan tidak fokus, bukan bermaksud dia tidak belajar. Anak tidak perlu duduk diam melihat sesuatu barulah dinamakan fokus. Sambil berlari, dia boleh mengaut info yang diberi. Anak mempunyai keupayaan.

3) Bukan semua anak belajar dengan cara duduk diam dan mendengar. Ramai kanak-kanak dan orang dewasa sendiri adalah belajar dengan cara bergerak dan membuat. Mereka ini dinamakan pelajar kinesthetik.

4) Kanak-kanak pada usia begini juga suka mengelamun dan berangan-angan. Jangan cepat berasa marah atau putus asa. Anak-anak yang begini adalag anak-anak yang kuat daya imaginasi mereka. Jika anda merangsang kebolehan mereka ini, mereka mempunyai potensi seperti Walt Disney, Steven Spielberg dan ramai lagi orang-orang yang kreatif.

PART 6

ANAK UMUR 5-6 TAHUN

Tempuh hari, ibu ada menyatakan jika anak pada usia 4 tahun keatas bertanya dari mana dia datang or adik datang, maka anda berilah penjelasan yang semudah dan sejelas dan setepat yang boleh.

Di sini ada satu 2 perkara yang anda perlu ikuti.

1) Jangan Menipu

2) Beri penjelasan berpadanan dengan umur.

3) Sediakan mereka sebelum mereka bertanya.

Apakah maksud ibu?

Apa yang ibu telah buat untuk anak-anak ibu.

1) Sejak 2 tahun ibu akan membaca dan mendedahkan mereka kepada gambar baby di dalam perut.

2) Ibu akan bercerita bagaimana baby itu membesar di dalam perut. Alasan ibu ialah menggunakan diri mereka sebagai baby yang digambar itu. Mereka seronok sangat.

3) Bila anak sudah 3 tahun, ibu akan tunjuk gambar ovum dan sperma. Ibu cerita apa yang ada pada ovum dan fungsinya dan di mana ovum itu berada. Begitu juga sperma.

4) Bila anak sudah 4 tahun, bila dia bertanya, maka ibu tunjukkan proses dari sperma berjumpa ovum dan kemudian menjadi zigot dan seterusnya. Selalunya, anak pada usia ini tidak akan bertanya macamana sperma itu boleh masuk ke dalam ovum. Jika dia bertanya, ibu akan beri saja penjelasan yang semudahnya. Ia datang dari daddy contohnya. Itu sebab sayang ada rupa mummy dan ada rupa daddy because you are our special boy/ girl. That will make them happy and that explanation will also sooth them nd stops them from asking further details.

5) Just about 9 to 10, Ibu will explain the whole proses and di situ Ibu akan beritahu pentingnya dia menjaga alat kelaminnya dan jangan memberi orang lain kecuali dengan kehadiran ibu atau ayahnya, contohnya semasa berjumpa doktor sekiranya ada sakit. Di sini ibu akan memberitahu dia juga tentang bagaimana dia akan baligh dan apa yang akan berlaku and menceritakannya dengan rasa penuh kesyukuran kepada nikmat Allah.

6) Bila dia hari pertama dia baligh, ibu akan celebrate dan ucapkan tahniah. Dan kami akan meraikannya dengan bersyukur kepada Allah. Kemudian ibu akan ulang lagi dengan lembut apakah the do and don't.

So, maksudnya berperingkat.