Wednesday 27 February 2013

Lembut Hati

Mak sakura ade pesan pasal Zikir Ya Latiff nie untuk melembutkan hati anak. Sekarang baru tau kelebihannya. Sakura dapat dari FB Lyana MK Boutique. 


Kelebihan Zikir Ya Latiff
 
Zikir Ya Latiff khasiat yang menjadi rahsia Allah antaranya
 
1.Berkesan membentuk peribadi anak-anak dan menangani kerenah anak untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak dan juga supaya anak mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya .
-Mula-mula berselawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian baca surah taha ayat 1-5, hembuskan dan sentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI dan menyatakan harapan. sambil berzikir Ya Latiff didalam hati
-Membaca surah Thaha ayat 1-5,baca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali) Baca berulang kaliYa Latiff kemudian tiupkan pada botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
-Semasa menidurkan anak dalam buaian baca zikir Ya Latiff
-Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak usapkan kepala anak dan berselawat, Baca berulang kali zikir Ya Latiff sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
 
2. Sebagai Suami/ isteri atau yang masih bujang ( ingin mendekatkan jodoh) , Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff sambil berniat di dalam hati melembutkan hati diri sendiri, melembutkan hati pasangan Suami / isteri atau pasangan kekasih, Meredakan ketegangan rumah tangga, meredakan sifat marah, mengelak perceraian dan melembutkan hati musuh..
 
3. Bagi yang ingin mendapatkan kemurahan rezeki, mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat dan melariskan perniagaan atau menghadapi peperiksaan atau temuduga… Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff dan surah as-Syura ayat 19 ( seperti di atas) sambil berniat apa yang di hajati.. Insya Allah mudahan berjaya
 
4. Juga dikatakan dengan izin Allah perbanyakkan membaca Zikir Ya Latiff sebagai penawar perbagai penyakit atau terkena sihir …
 
5. Ketika ribut petir maka eloklah di perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff ni , InsyaAllah akan redalah ribut petir...
 
6. Bagi yang menghadapi musibah atau bencana elok perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff untuk kuatkan semangat dan ketabahan hati menghadapi segala ujian..

Lyana MK Boutique

Tuesday 26 February 2013

Hanya Pendapat

Perasan x sekarang, kalau pasangan yang baru dapat anak pertama mesti buat majlis akikah dan cukur jambul dengan majlis dah ala2 kenduri kahwin? X pun majlis b'day anak macam kenduri kahwin juga? 

Sakura rasa ini adalah sesuatu yang perlu difikirkan ia perlu atau tidak. Fenomena nie melanda sejak beberapa tahun kebelakangan nie jer. Sakura sangat x paham, nie majlis anak ker majlis mak bapa sebenarnya. Bukanlah bermakna Sakura jeles. Tapi untuk fikirkan yang hidup kita dah lebih kepada pembaziran. Majlis akikah tue memang dah seperti yang Islam anjurkan. Tapi x perlulah dengan majlis yang membaziran. Nie siap dengan pelamin, beg goodies, badut jemputan dan berbagai lagi. Tujuan majlis akikah adalah untuk menjamu orang makan dan menyatakan kesyukuran dengan kurniaan Allah. Tapi kalau dah membazir, tak perlulah rasanya. 

Kita pun sebenarnya telah mengajar anak kita kearah pembaziran dan menunjuk-nunjuk sebenarnya. Bila buat majlis macam nie, semuanya perlukan duit. Jadi adalah lebih baik sebenarnya kita mengajar anak kita untuk bersama kegembiraan dengan orang yang bernasib kurang baik dari anak kita. Buat majlis kat rumah anak yatim supaya anak kita kenal yang hidup nie ada kawan-kawan mereka yang tiada mak ayah. Jadi anak kita perlu bersyukur kerana ada mak dan bapa. Selain itu supaya mereka lebih menghargai kita sebagai ibu bapa mereka.

Macam yang pernah Sakura bagi tahu dulu masa baby Rais lahir. Cara adik Sakura buat majlis akikah adalah tempah masakan kambing tue dengan katerer. Lepas tue bagi kat jiran dan saudara mara. Ringkas dan tiada pembaziran. Rumah pun x kacau. Hidup jangan membazir nanti Allah murka 

sumber En google





Monday 25 February 2013

Pelajar Separuh Masa

Dalam entry lepas Sakura ade cerita pasal berjaya dapat sponsor belajar. Maka Sabtu dan Ahad lepas, dah bermula dah episod sebagai seorang pelajar separuh masa di UTM. Terpaksa beralih arah dari UiTM ke UTM. Walau apepun azam dan cita-cita x pernah beralih arah. Tetap setia kepada pembinaan. 

Kelas pertama dan kedua, subject sama, interpersonal skill & cross culture management. Subjek nie baru dan senior sebelum nie pun x d subjek nie. Nampaknya x bolehla nak skodeng soalan xzm. X pa lah. Usaha sendiri. Jadual kelas memang dari 9 pg hingga 5 ptg. Tapi Dr yang mengajar tue sempoi, habis chapter kita balik. Sudahnya untuk 2 hari kelas, balik pukul 2.30ptg. 

Duduk dalam kelas "tua" nie kena banyak berintraksi semasa sesi pembelajaran. X macam masa degree dengan diploma, kita hanya terima maklumat. Kat sini kita kongsi maklumat. Sudahnya memang x tidor la sebab semua kena bercakap dan menyampaikan pendapat. Lagi satu perubahan besar adalah penilaian kelas, boleh nego. Kelas degree dengan diploma memang x dapat la kan. Tapi pelajar UiTM (master project management) pun x boleh nego. Nampak macam senang tapi mungkin susah nak score kot. Walau apepun kita tengok akhir sem nanti yer. 

Kelas cuti selepas 2 minggu ade kelas. Tapi rasanya x cuti pun sebab kena siapkan assingment. Assingment pertama dah dapat dan kena submit pada kelas terakhir. Nampak macam banyak masa tapi singkat sebenarnya masanya.  

Ya Allah kau cekalkan hatiku ini untuk belajar yer

 

Sunday 24 February 2013

Kelahiran Cara Islam

 Share dari FB : I Luv Islam

5 ADAB & KAEDAH SAMBUT KELAHIRAN BAYI DALAM ISLAM

“Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Di
a mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul.”
(Surah As-Syura ayat 49 dan 50)

Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dikurniakan anak. Dalam Islam ada adab-adab yang perlu diikuti agar dinilai sebagai suatu ibadat, antaranya;

1. Menunjukkan Rasa Gembira dan Ucapan Tahniah

Hendaklah orang yang mengetahui saudaranya yang baru menerima cahaya mata untuk menunjukkan rasa gembira dengan kelahiran anak dengan ucapan tahniah.

Ucapan yang terbaik adalah seperti disebut oleh Ulama’ iaitu: “Burika laka fil Mauhub, wasyakartal Wahiba, wabalagha rushdahu waruziqta birrahu (Moga diberkati untukmu pada kurnia-Nya dan hendaklah engkau bersyukur kepada Pengurnia (Allah) dan moga anak itu mencapai umur dewasa dan engkau memperoleh kebaktiannya).”

2. Azan Serta Qamat Sejurus Selepas Kelahiran

Apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan.” Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit.

3. Hendaklah Di Tahnikkan

Tahnik bermaksud mengambil sedikit kurma pada jari telunjuk lalu dimasukkan pada mulut bayi lalu digerakkan perlahan-lahan ke kanan dan ke kiri agar menyentuh seluruh mulut bayi. Seterusnya manisan itu akan masuk ke rongga tekak dan tahnik ini dilakukan supaya memudahkan bayi ketika menyusu. Sebaik-baiknya orang yang mentahnik bayi adalah orang yang salih supaya bayi berkenaan memperoleh keberkatan. Menurut hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa RA: “Saya dikurniakan seorang anak lelaki. Lalu saya membawanya kepada Nabi SAW. Baginda SAW memberikan namanya Ibrahim dan mentahniknya dengan kurma.” (Imam al-Bukhari menambahkan: Rasulullah mendoakan agar diberi berkat dan dipulangkan bayi itu kepadaku).

4. Mencukur Rambut

Ibnu Ishaq menyebutkan sebuah hadis riwayat al-Baihaqi daripada Abi Rafi’ Maula Rasulullah SAW bahawa ketika Hasan bin Ali lahir, ibunya Fatimah ingin mengakikahkannya dengan dua ekor kambing. Lalu Rasululullah SAW bersabda: “Jangan kamu mengakikahkannya tetapi cukurlah rambutnya kemudian sedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya di jalan Allah atau berikan kepada orang musafir.” Kemudian (tahun berikutnya) apabila lahirnya Husain selepas itu, Fatimah melakukan seperti itu juga. Imam al-Baihaqi berkata: “Jika hadis ini sahih, agaknya Rasulullah SAW mahu mengakikah sendiri cucu Baginda seperti yang kami riwayatkan.”

5. Melakukan Akikah

Seperti disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Aisyah RHA, beliau berkata: “Rasulullah menyuruh kami supaya mengakikahkan anak perempuan dengan seekor kambing dan anak lelaki, dua ekor kambing.”

Sumber : I Luv Islam

Friday 22 February 2013

Simpan Duit Tue!

Mendapat khabar dari keluarga yang adik beli kereta. Ya Allah! dia beli juga. Padahal dah nasihat dah hari tue jangan beli dulu. Tunggu stabil dulu dan buat simpanan nak kahwin. Lepas tue baru la nak beli kereta. Rupanya nasihat yang Abang dan Kakaknya nie masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Nasibla, kereta pun dah beli. Nak cakap lelebih, Sakura nie kakak ipar jer. Kalau adik sendiri dah lama kena sound tepek. Tapi nanti kalau nak kahwin x d duit, memang kakak ipar kau nie bagi sound tepek juga.

Sakura memang sangat x setuju kalau yang baru kerja nie, pasang niat nak beli kereta dulu lepas beberapa bulan kerja. Sebabnya duit gaji tue memang x cukup pun untuk ko beli kereta sebabnya ko ade urusan yang lebih besar dalam hidup iaitu "NAK KAHWIN". Belanja nak kahwin nie bukan sikit  tau. Makan puluh ribu gak (termasuk hantaran dan belanja kahwin, sebabnya awak lelaki). Kalau duit instalment kereta yang RM700 tue simpan dulu dalam masa setahun (simpan dalam ASB or Tabung Haji). Setahun ko dah dapat RM8400. Bila dah lepas tue ko tukar la jadi Sijil ASB (kalau amik ASB) supaya x boleh nak keluarkan duit tue dan biarkan sampai masa nak kahwin (mungkin dalam next 2 years). Dalam masa yang sama ko simpan gak RM100 (paling minima) setiap bulan, bila masa nak pakai tue dah ade RM12,000. Ok la tue. Tinggal nak menabung sikit2 jer. X payah dah nak meminjam bank or keluarga. Lepas kahwin dah x payah pening kepala pasal hutang. Mula dah fasa lain.

Bagi Sakura kita nie memang disogok dengan material kereta (menang peraduan habuan kereta). Maka terdidikla dengan kekayaan diukur dengan kereta yang dipakai. Sakura x kisahpun pakai kereta kecik tapi ada rumah sendiri landed or ada rumah yang sempurna. Harga rumah tiap2 bulan naik tapi harga kereta turun. hari nie ko beli kereta harga RM150,0000 esoknya harga kereta tue dah jadi RM149,000. Rugi....rugi...rugi.......


Thursday 21 February 2013

Kesihatan Kaki

Jaga Kaki. Share info pasal penjagaan kaki dan kesihatan kaki la pulak. Bukan ape, kaki ni selalu jer diabaikan kesihatannya. Sakura dapat info nie dari FB: Ensaiklopodia Petua Melayu Lama


Info Mengenai Kesihatan Kaki

1. Rengsa Pada Otot-Otot Labu Betis Kaki – Jika anda menghadapi masalah ini biasanya mengadu rasa sakit teramat sangat apabila anda mula memijak lantai selepas bangun tidur. Atau pun, beberapa langkah pertama selepas duduk dalam jangka masa yang lama. Rasa sakit ini berkurangan apabila melakukan aktiviti. Otot-otot labu betis terletak pada bahagian belakang kaki hingga ke tumit.
Masalah ini boleh menjadi semakin serius dengan pelbagai aktiviti yang menyebabkan tekanan pada tendon. Biasanya ia dihadapi oleh atlet terutama pelari jarak jauh. Antara sebab berlakunya masalah ini ialah pemilihan kasut yang salah, kecederaan pada tendon dan kecacatan tulang tumit.

2. Bunion - Bengkak pada sendi antara ibu jari kaki dan tulang metatarsal pertama. Benjolan yang timbul ini menyebabkan ibu jari kaki tertolak ke jari kaki yang lain. Bagaimanapun, masalah yang paling kerap dialami oleh hampir kebanyakan wanita ini disebabkan pemakaian kasut yang ketat. Selain itu, ia juga disebabkan radang sendi dan kelainan pada fungsi kaki. Antara gejalanya ialah radang, pembengkakan dan kesakitan pada sisi permukaan ibu jari.

3. Kematu - Pembentukan sel-sel kulit mati yang mengeras dan menebal pada tapak kaki. Ia berlaku sebagai satu tindak balas bagi melindungi kaki akibat tekanan yang berlebihan dan geselan. Kematu, biasanya terbentuk pada tumit, benjolan tapak kaki atau bahagian bawah ibu jari kaki. Masalah ini biasanya disebabkan pemakaian kasut bertumit tinggi, kasut terlalu kecil, obesiti dan cara seseorang itu berjalan. Selain itu, tapak kaki yang rata, atau lengkungan tapak kaki terlalu dalam dan kehilangan lemak-lemak pada bawah tapak kaki juga punca seseorang itu menghidap kematu.

4. Belulang - Seperti kematu, belulang terjadi akibat pengumpulan sel-sel kulit mati pada kaki. Ia akan menebal dan lama-kelamaan menjadi keras. Ia terbentuk pada bahagian atas sisi dan hujung jari. Amat menyakitkan dan boleh menjadi radang jika ia sering tergesel dengan kasut yang dipakai. Belulang disebabkan oleh pemakaian kasut yang ketat, kasut tumit tinggi, sarung kaki dan stoking yang terlalu ketat atau kecacatan pada jari kaki.

5. Tapak Kaki Rata - Ia merupakan masalah biomekanikal yang berlaku semasa seseorang berjalan. Pergerakan semasa berjalan boleh menyebabkan tekanan yang ekstrem atau radang pada tapak kaki. Mereka yang mengalami masalah ini tidak merasai ketidakselesaannya pada masa yang sama atau langsung tidak merasainya. Tetapi, apabila gejalanya mula timbul dan rasa sakit, cara berjalannya pelik.

6. Sakit Tumit - Gejalanya dialami pada awal pagi atau selepas berehat dalam jangka masa yang lama. Ia juga antara masalah yang paling kerap ditemui. Ini kerana seluruh berat badan terpaksa diampu pada tumit. Lama-kelamaan, keadaan ini menyebabkan tekanan pada bahagian tersebut dan ketidakselesaan yang amat sangat. Dua jenis masalah tumit ini ialah, sindrom sakit tumit dan plantar fasciitis. Sindrom sakit tumit berpunca daripada tumit kasut yang terlalu rendah, pelapik pada tumit kasut yang rosak atau peningkatan aktiviti secara tiba-tiba. Manakala, plantar fasciitis disebabkan oleh tapak kaki rata. Apabila ia rata, kaki akan meregang dan menyebabkan timbulnya rasa sakit pada tapak kaki dan lengkungan tapak kaki.

7. Metatarsalgia - Kesakitan nyeri yang dirasai pada tulang-tulang metatarsal iaitu pada bahagian bawah tapak kaki berhampiran jari kaki. Masalah yang juga paling kerap ditemui ini boleh menjejaskan sendi-sendi dan tulang-tulang pada bahagian tersebut. Kasut yang tidak sesuai atau kasut yang ketat menyebabkan bahagian ini tertekan. Ia menyebabkan seseorang tidak boleh berjalan dengan normal. Sekali gus, menyebabkan kesukaran ketika berjalan kerana rasa tidak selesa pada bahagian tersebut.

Selain itu, pemakaian kasut tumit terlalu tinggi, atau mereka yang menyertai aktiviti lasak tanpa menggunakan kasut yang sesuai juga boleh menekan bahagian ini. Peningkatan usia yang menyebabkan lapisan lemak pada bahagian tapak kaki menipis, juga menyebabkan kita lebih mudah rasa sakit pada bahagian tersebut.

8. Plantar Fasciitis - Radang yang disebabkan regangan pada bahagian bawah tapak kaki. Regangan secara keterlaluan, menyebabkan rasa sakit pada tumit, lengkungan tapak kaki dan tumit.

Biasanya, regangan yang boleh menyebabkan radang dan rasa tidak selesa ini berlaku seperti berikut:

a. Tapak kaki rata.

b. Lengkungan tengah tapak kaki yang dalam.

c. Peningkatan aktiviti fizikal secara tiba-tiba.

d. Kehamilan atau berat badan berlebihan hingga membebankan kaki.

Petua Untuk Penjagaan Kaki

1. Periksa seluruh kaki anda setiap hari dengan mencari atau merasai antara celah-celah jari kaki dan kawasan tumit. Pastikan sama ada terdapat luka, rasa sakit, melecet dan kalus (belulang).

2. Guna cermin atau minta pertolongan orang lain jika anda tidak dapat melihat kaki anda.

3. Basuh kaki anda setiap hari dengan air suam dan sabun yang lembut. Jangan rendam kaki anda kerana ia akan menjadikan kulit kaki terlalu lembut dan rapuh. Jangan guna sarung tangan yang kasar atau berus dan jangan membasuh kaki anda terlalu lama.

4. Keringkan kaki anda dengan menggunakan tuala lembut dengan menepuk secara perlahan. Jangan gosok. Pastikan anda mengeringkan bahagian antara jari kaki kerana kulit yang lembab boleh membawa jangkitan. Anda juga boleh menggunakan bedak talkum pada kaki anda kerana ia boleh mengekalkan kekeringan di kaki.

5. Jika kaki anda kering, anda boleh gunakan pelembap untuk mencegah keretakan. Jangan gunakan pelembap di antara jari kaki kerana ini boleh membawa jangkitan.

6. Potong kuku kaki dengan menggunakan pemotong kuku selepas membasuh dan mengeringkan kaki anda. Potong kuku mengikut bentuk kuku dan jangan terlalu pendek. Ingat, jangan potong di bahagian sudut kuku. Ini boleh menyebabkan cekam atau kuku kaki tumbuh ke dalam kulit. Kemudian, kikis kuku kaki dengan pengikis kuku untuk meratakannya.

7. Jangan menggunakan alat-alat untuk rawatan kaki seperti pengikis untuk menghilangkan kalus, pisau cukur, gunting hujung tajam dan plaster kematu, jika anda menghidap diabetes. Peralatan ini dengan mudah boleh menyebabkan kecederaan atau merosakkan kulit. Gunakan batu lahar untuk menanggalkan kalus selepas membasuh kaki. Gosok batu tersebut dengan lembut di atas kalus pada satu arah sahaja. Teruskan melakukannya selama 8 minit setiap hari sehingga kalus tersebut ditanggalkan.

8. Sentiasa memakai sandal apabila ke kolam renang.

9. Jangan ke mana-mana dengan berkaki ayam, walaupun di dalam rumah.

10. Jangan biarkan kaki anda terdedah kepada suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk.

11. Lakukan senaman dan urutan kaki setiap hari untuk merangsang peredaran darah. Jangan pergi ke rumah urut untuk berurut kerana ia boleh mencederakan kaki anda.

12. Jika kaki anda luka atau melecet, bersihkan luka tersebut dengan serta-merta menggunakan salina. Sapukan krim antiseptik dan balut bahagian tersebut dengan pembalut steril. Terus membalutnya sehingga luka tersebut sembuh. Dapatkan rawatan perubatan jika luka berkenaan tidak menunjukkan tanda-tanda sembuh selepas 2 hari.

Monday 18 February 2013

Kenapa Batik Mahal

Sakura suka dengan batik, tapi x selalu boleh beli sebab mahal sangat harganya. Yelah batik la nie paling murah pun RM250. Kalau yang cantik sangat tue boleh cecah ribuan. Sekarang nie baru Sakura tahu kenapa batik nie mahal. Antara sebabnya (nie Sakura dapat dari FB Yumna Batik)
 
Mengenali Harga Sutera

Harga sehelai sutera akan dpengaruhi oleh dua factor:
1. material
2. proses cantingan
*jika menggunakan material crepe & cantingan 7 lapis warna, maka secara automatiknya kain itu akan mahal
*jika menggunakan kain rayon & lukisan brush shj, maka kain itu akan murah
*jika menggunakan material crepe & lukisan brush kain itu akan jadi mahal juge sbb material crepe sudah mahal.

Ini panduan ranking harga kain dr murah ke mahal
1. rayon (murah, agak kasar, sama spt jacquard)
2. jacquard (agak mahal, berkilat, lembut, paling banyak digunakan utk sutera lukis)
3. crepe (x berkilat, lembut, sejuk, tahan lasak & agak mahal drp jacquard)
4. satin (berkilat, paling mahal, sejuk & berat, betul2 nmpak exclusif)
  

 


Friday 15 February 2013

Rais Nak Tubuh Gigi

Fasa baru dalam kehidupan si Rais, nak tumbuh gigi. Habis dia p asah gusi kat benda yang keras macam kat tepi perabot. Extrem betul gatal gusinya. Kelakar pun ade, kesian pun ade. 


Baru-baru nie dapat jumpa petua yang boleh meredakan gatal gusi. Sumber nie seperti biasa dari FB: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama's

Petua Redakan Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi

1. Anda tidak dapat lakukan apa-apa untuk membuat gigi muncul, tetapi anda boleh menolong mengurangkan kesakitannya bila proses itu bermula. Pertama, beri anak anda sesuatu untuk dikunyah, seperti gegelang gigit yang disimpan dalam peti sejuk. Dia juga boleh mendapatkan sedikit kelegaan dari memakan makanan sejuk, seperti puri epal atau yogurt, terus dari peti sejuk.

2. Jika bayi anda benar-benar dalam kesakitan, anda boleh berikan paracetamol kanak-kanak dalam dos yang ditetapkan. Jika anak anda demam atau tidak dapat ditenangkan, jumpa doktor anda – dia mungkin menghidap infeksi telinga atau penyakit yang lain.

3. Apabila giginya sudah tumbuh, ia terpulang pada anda untuk memastikan kebersihannya. Untuk tahun yang pertama, anda tidak perlu betul-betul memberus giginya, tetapi cubalah bersihkannya sekurang-kurangnya sekali sehari, mungkin sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya. Anak anda mungkin tidak suka berus dimasukkan ke dalam mulutnya, sebaliknya lapkan gusi dan giginya dengan mengunakan kain bersih sahaja.

4. Jangan tidurkan anak anda dengan botol susu. Susu tepung dan susu badan boleh mengumpul di dalam mulut bayi anda waktu tidur dan mengakibatkan penyakit yang dikenali sebagai kerosakan gigi botol bayi.

5. Rujuk pada doktor atau doktor gigi sama ada anda perlu memberikan anak anda fluorida (titis pembasmi kaviti ini hanya diperlukan jika anda tinggal di kawasan yang sumber airnya tidak ditambahkan florida).

6. Pada sekitar usia 18 bulan, anak anda mungkin sudah bersedia untuk belajar memberus giginya sendiri. Anda harus menolong dan memeriksa sama ada dia telah memberus dengan berkesan untuk beberapa tahun lagi, tetapi ia adalah kebiasaan yang baik untuk dimulakan. Tunjukkan cara untuk menggerakkan berus pada giginya. Gunakan berus yang lembut dan setitik sahaja ubat gigi. Anda tidak perlu memberus mengikut sesuatu arah yang tertentu, hanya perlu keluarkan cebisan makanan dan bersihkan permukaan gigi dan gusi.

7. Jika anak anda tidak suka pada rasa ubat gigi, cubalah jenama yang lain, ataupun lupakannya sama sekali. Anda tidak memerlukan ubat gigi kecuali jika diet anak anda mengandungi banyak makanan bergula – yang anda harus elakkan juga. Jika dia ada menikmati gula-gula, misalnya semasa di majlis harijadi, pastikan dia memberus giginya sejurus selepas makan, atau galakan dia mengakhiri hidangannya dengan makanan masin seperti sekeping keju.

8. Sekitar harijadinya yang ketiga, buat temujanji dengan doktor gigi anda supaya anak anda dapat membiasakan diri dengan proses pemeriksaan gigi.

Thursday 14 February 2013

Shopping#4

Kalau dalam entry yang lepas Sakura ade mengajak bershopping blaus. Kali ini Sakura nak bawa semua bershopping Baju Kurung pulak, mungkin ade diantara kita yang sedang dalam proses menukar koleksi baju kurung untuk berkerja, ape kata menjengah ke butik shopping online http://duadaradd.blogspot.com/. 

Kain baju kurung dalam butik nie adalah cotton dan sangat selesa untuk dipakai dan harga yang ditawarkan adalah murah berbanding butik yang lain yang setaranya. Selain jahitan yang kemas, taburan manik di baju kurung juga sangat menarik. Jadi jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksinya. 

:Your Convenience Is Our Satisfaction:







Tuesday 12 February 2013

Perkongsian

Sakura dapat dari FB Ensaiklopedia Petua Melayu Lama's

Petua Untuk Khusyuk Dalam Solat

1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.

2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.

3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.

4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.

5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.

6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.

7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.

8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.

9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.

10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.

11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.

12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.

13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.

14. Memahami makna bacaan dalam solat.

Saturday 9 February 2013

Info Penting : Susu Ibu

 Perkongsian ilmu yang Sakura dari sumber FB Kelab Penyusuan Si Manja

PENEMUAN SAINS MENGENAI SUSU IBU BUKTI KEBENARAN AL-QURAN

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
(Surah Luqman: ayat 14) ♥

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.

“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.

♥ Manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.

Satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.

♥ Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini, ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabad yang lalu.

:: Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:

♥ Akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:

♥ Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.

♥ Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.

♥ Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

♥ Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

♥ Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

Sumber: Merentasi Dunia Ilmiah Islam

Kelab Penyusuan Si Manja

Thursday 7 February 2013

Shopping#3

Tahun Baru Cina akan menjelma x lama lagi (hari ahad nie jer pun). 

Jom g shopping online di http://duadaradd.blogspot.com/ Untuk menambahkan koleksi blaus yang ade dengan design yang menarik dan tiada tambahan wang untuk kos penghantaran. Pastinya akan ada yang menambat di hati. Selamat bershopping.....Your Convenience Is Our Satisfaction...........








Tips Beli Rumah : Part 12

Sebelum nie Sakura ade membebel pasal tingtong dengan rumah LP. Akhirnya semalam dah dapat kunci. Balik keje g amik kat pejabat lawyer S&P. Walaupun cek kedua x keluar lagi (sebab security dokumen bank x dapat lagi), owner setuju bagi kunci dulu untuk kemas2 rumah. Semua kunci dapat termasuk dengan spare key juga. Apa lagi, lepas balik tue terus g menyinggah juga rumah tue. Masuk dalam rumah untuk dapat feel yang x berapa feel (sebabnya banyak yang kena baiki dan di kemaskan). X p lah, pelan-pelan kayuh. Lelama sempurna la tue (nak sedapkan hati). Cuti panjang nie dah boleh buat kerja mengukur dan mula mencari cat. Selain dari mengemas rumah sedia ada untuk berpindah. 

Macam mane Sakura boleh dapat kunci? alkisahnya Sakura dah tensi sebab lawyer S&P menyepi (call x angkat + sms x jawab). Sudahnya g call lawyer bank bagi tau yang nak juga masuk rumah sebab rumah dah start bayar masuk bulan kedua dah. Dahla rumah Damansara pun nak bayar. Pengsan tau x. Kalau masih duduk kuarters, alamatnya elaun rumah x dpat tapi banyak pulak nak bayar rumah. Mana tahan macam nie. Kalau dah keluar kuarters boleh la duit tue top up kat bayar rumah sementara dapat tenant rumah Damansara. Bila dah membebel macam tue, lawyer pun kasi tau kat lawyer S&P supaya segerakan sebab Sakura dan bising rumah x dapat masuk lagi. 

Sebenarnya Sakura x kisah pun, tapi bawak la berbincang ape masalah yang sebenarnya yang menyebabkan lambat tue. Kalau x cerita, kita x dapat faham ape masalahnya. Sakura nie pun bukan suka sangat nak follow up keje orang. Semua orang ade tugas dan tanggungjawab sendiri. Lagi satu jangan menipu, cakap jer terus terang ape masalahnya. Sebab Sakura akan tahu juga (kebaikan beli 2 rumah serentak, so senang nak recheck)

Kat pejabat lawyer tue g tanya juga pasal bil utility dan cukai pintu juga. Lawyer cakap lepas dapat geran baru lah g pejabat MPSJ, TnB, Syabas untuk tukar nama. Janji next 2 week selesai. Pasal surat persetujuan serah kunci, lawyer akan siapkan nanti. Serahkan dengan resit bayaran yang ade.


Wednesday 6 February 2013

Perkongsian

Sebelum nie Sakura ada post pasal nak jadi orang bahagia dengan hidup secara positif, nie Sakura nak kongsi punca yang menyebabkan kita x bahagia. 

Sumber nie dari FB: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

1. Pemarah - Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam - Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad Dengki - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (Rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5. Tamak - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak Sabar - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego - Ibu segala mazmummah, ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika dipuji, dia akan menambah amalnya. Tetapi jika dikeji, dia akan mengurangkan amalnya.

Sunday 3 February 2013

Azmi Pisang Goreng : Pisang Goreng Sek.19 Shah Alam

Kalau orang kat Shah Alam mesti kenal gerai pisang goreng seksyen 19 (dekat dengan stesen komuter). Sure tahu gerai yang orang sanggup beratur panjang nak beli pisang goreng. Pelanggan kat sini memang kalau beli memang sekali banyak sebab kalau beli sikit macam x berbaloi g beli sikit. Pisang goreng kat sini cuma pakai pisang kapas jer. Tapi disebabkan garing dan tepungnya ranggup tu yang mengasyikkan. Nak pulak makan panas2. Memang terbaik. 

Sakura mula kenal pisang goreng sebab dulu selalu jer g rumah Mak Ngah (rumah Mak Ngah sakura kat Seksyen 19 depan CIAST tue). Masa belajar kt UiTM (duduk hostel), selalu jer petang2 balik kelas g singgah beli goreng pisang tue. Cuma sekarang nie jer, kalau teringin nak g makan goreng pisang, sure singgah Shah Alam (sebelum blk Putrajaya or balik Klang)

Beli RM5 dan habis sebelum sampai rumah lagi (Shah Alam ke Putrajaya). Kat situ pun ade orang jual laksa kedah. Sedap jugak, kuah laksa tue pekat. 




Friday 1 February 2013

Tips Beli Rumah : Part 11

Alhamdulillah, dah setel urusan utk rumah Damansara. Cek kedua dah keluar (cek utk owner rumah). Bila cek kedua dah keluar. Kunci dah boleh dapat (tapi Sakura dah dapat kunci pun). Kalau kita markup, duit tue kita akan dapat masa cek kedua nie. Duit tue kita akan dapat tru lawyer S&P.

Tapi sebelum tue lawyer S&P akan pastikan bil semua x d hutang, cukai tanah dan cukai pintu owner dah bayar dan ape2 bil tertunggak setel berbayar oleh owner. Bila air dah ade, projek rumah Damansara akan memulakan kerja la dalam beberapa hari nie. Dah terbayang-bayang duit yang mengalir (habis lagi bonus utk rumah).Lawyer bank pun tadi pun dah call bagitau yang dia dah nak close fail dah lepas semua selesai. Semuanya berjalan dengan lancar. X kisahlah walaupun rumah tue low cost, tapi prosesnya amat memuaskan hati.  Tapi yang x puas hati dengan penjual rumah jer. Nasihat Sakura, x payah baik hati sangat kat penjual terdesak. Kata-kata manis jer "Nanti dapat duit saya bayar". Kita nie lembut hati sebab nak cepat selesai, tapi bila dah dapat duit, hutang dengan kita buat x reti. X p hutang tetap hutang. X d ku nak halalkan wei (sebabnya bukan 10, 20 hinggit)

Nie masih menunggu untuk kunci rumah LP. Masih ding dong dan yang pasti Sakura yang tingtong kat sini. X kan nak buat amukan macam rumah Laguna kot (amukan sebab kena caj lambat bayar oleh developer).