Friday 31 August 2012

Kemerdekaan 55 Tahun




Tahun nie merupakan Ulangtahun  Kemerdekaan yang ke 55 Malaysia. Tema tahun nie ’55 Tahun Merdeka Janji Ditepati’

Syabas dan Tahniah pada Rakyat Malaysia kerana masih mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara nie. Walaupun terdapat api2 perpecahan, rata-rata masih lagi aman dan damai sehingga membawa peluang perkerjaan dan pembangunan ekonomi.

Sakura bangga menjadi rakyat Malaysia kerana peluang belajar dan mengenggam ijazah telah menjadikan Sakura seorang penjawat awam sekarang. Tak terbalas dengan wang ringgit tapi daya Sakura adalah berkhidmat untuk negara Tanahair Tercinta.

Semoga Malaysia akan lebih aman, damai dan rakyatnya lebih bersatu padu


Thursday 30 August 2012

Tips Beli Rumah: Part 7

Semalam Tuan Faizal kena g jumpa lawyer rumah Damansara (utk S&P) kat Bangsar untuk tandatangan "form consent developer" (rasanyala). Form nie untuk tukar nama, nama dari pemilik asal ke pembeli rumah yang baru. Puan Rafiah (orang pejabat lawyer) bagi makluman yang kerja untuk bahagian dia dah selesai. Jadi, kalau nak cepat urusan rumah selesai, dia minta kejar lawyer bank untuk selesaikan cepat. Sebabnya lawyer Bank yang akan uruskan tukar nama ke pejabat Tanah.

Antara kerja lawyer S&P yang Sakura perasan:
1. Buat dokumen S&P
2. Dapatkan kelulusan persetujuan jual rumah dari Lembaga Perumahan.

Mungkin ada kerja-kerja lain yang x nampak di mata Sakura, jadi kena siasat lagi layerk kerja-kerjanya.

Wednesday 29 August 2012

Raya: Air Botol






Korang pernah jumpa x air botol nie mase kecik2 dulu (dalam akhir 80'an dan awal 90'an)?

Air botol nie la yang akan menjadi santapan dihari raya kat rumah Atuk Jamali Sakura dan rumah Mak Long Sakura (2 tempat nie jer yang Sakura ingat). Klu atuk Sakura tue, atuk akan simpan botol air nie bawah katil dan dikeluarkan pada pagi raya. Tetamu yang datang akan dihidangkan dengan air nie. X macam sekarang botol air plastik yang digunakan. Lepas habis semua air tue, g hantar balik kat kedai botol2 nie dan boleh beli air lain. Sakura x pasti sama ada botol air nie ada bayar deposit atau tak. 

Sangat nostalgia botol air nie buat Sakura.

Tuesday 28 August 2012

Raya:Sempat

Sebelum Raya hari tue Sakura x dapat buat entry sebab ada problem dengan connection. Macam-macam nak citer sebenarnya tapi kita bawa citer tue ke tahun depan la.

Raya kali nie rasanya gak penat sebab banyak kena tolong Bapa sebab Mak Long x balik raya. Mak Long beraya kat rumah jer sebab kena jaga Pak Long. Dengan hanya Sakura Adik Mariam dan Mak Usu jer yang ada. Jadi 2 lagi sepupu Sakura kena kerahan tenaga juga (Guna kuasa veto, hehehe). Walaupun penat tetap seronok dan gembira. Nie antara gambar yang sempat snap. Gambar Bapa dan Tuan Faizal x d sebab g tahlil (raya pertama). Banyak gambar dengan Rais jer.


gambar dengan buyut Hamidah


Muka tengah kepanasan




2nd raya = nak balik kuala selangor




Monday 27 August 2012

Raya: Kuih Raya Popular

Sakura nie sebenarnya berazam untuk tahun nie tak nak beli kuih raya dah. Sebabnya dah 2 tahun kuih raya x habis sampai nak raya lagi. Tapi bila fikir balik, nanti tetamu datang x d kuih raya, beli juga la. Tahun nie Sakura cuma beli Tart nenas Masila, kerpek geragau, almond london Mum Adam dan Almond Coklat.

X sesia bayar mahal (sebekas 50 biji=RM30) sebab Tuan Faizal suka jer makan. Baru buka dan dah habis tingkat atas. Siap bagi tau lagi jangan hidang pada tetamu sebab nak makan sendiri.

Almond Coklat dan Tuan Faizal

tengok ......

makan sambil buat keje

x sampai 15 minit

habis dah tingkat atas

Saturday 18 August 2012

Raya:Nostalgia Balik Kampung

Masa Sakura kecik2 dulu (tadika sampai Form2), kalau nak balik kampung mesti suka dan x suka. Suka sebab balik kampung dan naik bot. Tak suka sebab jauh nak jalan klu x d motor. Dulu Pulau Lumut/Pulau Indah Klang tue memang pulau. Pengankutan nak ke situ adalah bot kayu. Pertengahan 90an jer baru ada jambatan penyambung dan boleh balik kampung naik kereta. 

Jalan kt kampung pulak jalan tanah tapi ada setengah tempat diletak concrete slab yang muat motor dan basikal lalu. Kenderaan yang ada cuma motor dan basikal sahaja . Kalau hujan becak, kalau hari kering berdebu. Jauh juga dari pengkalan nak ke rumah nenek. 

Kalau Sakura nak balik kampung, biasanya Bapa dgn Mak akan balik awal pagi (bot awal) sebab dia tau kalau dah petang anak2 yang bertuah nie banyak ragam. Biasanya sebelum tengah hari dah sampai rumah nenek. Kalau Atuk (dah arwah) tau cucu nak balik, mesti atuk tunggu kat jeti dengan basikal kesanyangan (x ingat la nama ape). Yang cucu nie  pulak dari dalam bot dah nampak atuk, pastinya akan terpekik2 pangil atuk. Macam awak sorang ada atuk la kan. 

Sekarang nak balik kampung dah boleh naik kereta (semenjak dah ada West Port dan jambatan penghubung) . Tue pun sebulan sekali balik tengok nenek. Ada x patut? X patut betul. Kesian nenek

Bila ingat balik, best betul waktu tue............

Thursday 16 August 2012

Raya: Ketupat

Juadah Hari Raya tak akan lengkap dan berseri kalau x d ketupat bagi Sakura (nie kalau x balik rumah KB). Memang dah kira sebagai juadah turun temurun untuk hari raya. Bagi Sakura, ketupat nie memang menjadi selera di tekak nie kalau makan dengan rendang daging, kari ayam, sayur lodeh dan sambal kacang. Lauk yang dimakan sudah cukup untuk menghapuskan diet selama sebulan.

Bab menganyam ketupat nie ade citer yang Sakura yang tersendiri. Sakura memang dari kecik (umur 10 tahun rasanya) dan kena paksa menganyam ketupat. Huaaarrggghhh.Memang time nie belajar manganyam dengan menangis2 la (sebab kena tengking dengan bapa). Cikgu Sakura nie memang garang, pantang salah masuk siap la. Yelah, saya budak baru belajar, kalau salah tolong le tegur pelan-pelan. Yang x tahan sebab kena kutuk dengan adik la. Mentang2 dia dah pandai, kakak dia dok terkial-kial. Tapi akhirnya pandai gak menganyam ketupat. 

Ketupat yang paling Sakura teror ketupat sintok. Ketupat yang lain tue kena dapat khidmat nasihat dulu untuk jalan ekor dengan kepala. Padahal yang lain tue lagi senang. Ketupat yang masih Sakura x pandai2 buat sampai sekarang, ketupat 3 segi. Nie memang payah sebab daun ketupat kena panjang dan masa menganyam ada ekor yang kena pusing dan keluarkan. Pening makcik la.

Biasanya aktiviti menganyam ketupat akan dibuat sehari atau dua hari sebelum hari nak merebus. Kalau menganyam ketpat tue, sekurang-kurangnya 100 biji kelonsong. Semestinya ada besar dan kecik sebab ikut daun yang ada. Semenjak 3 tahun kebelakangan nie, Sakura x berkesempatan nak menganyam dah. Bila balik rumah jer, tengok ketupat dah beranyam. Bapa dengan adik selalu bising Sakura ngelat anyam. Hehehe. Sape lagi bijak sebenarnya.Bijak x bijak pun, isi beras tetap jadi rutin. 

kaedah menganyam. ihsan en google

sebelah kanan ketupat sintok, yang kiri ketupat bawang. (pinjam dari blogger lain)

Tuesday 14 August 2012

Rumah CSRU di Putrajaya



 
Syok sebenarnya jadi gomen nie, sebab ada keistimewaan dari orang lain. Satu keistimewaan yang ada, kakitangan kerajaan dapat beli rumah kat Putrajaya dengan diskaun 25%. Caranya kena mohon pembelian rumah "Civil Servant Reserve Unit" (CSRU). Sakura suka duduk Putrajaya sebab kawasan pembangunan baru dan terancang. Banyak fasiliti yang ada kalau dibadingkan dengan tempat2 lain dan yang paling suka rumah kat Putrajaya x d pagar. Sakura x suka rumah berpagar sebab ada elemen kampung dan perasan rumah mat saleh.

Disebabkan faktor nie juga la Sakura mohon untuk CSRU unit. Sakura mohon tahun 2010 lagi untuk rumah teres (tue jer yang mampu sebab rumah tue pun dah RM600K). Kaedah yang Sakura buat masa mohon rumah nie

1. Baca pekeliling CSRU yang boleh dapat kat web Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar. Kat dalam tue perlu tahu pasal syarat-syarat  mohon dan cara nak mohon.
2. Isi borang pendaftaran CSRU dan sertakan dengan dokumen yang dikehendaki semasa hantar
3. Jangan lupa buat cek/ bank draf/wang pos RM 100 atas nama yang diberi (sekarang nie Sakura tengok dia boleh tunai dengan internet banking)
4. Hantar kat pejabat Unit Jawatan Kuasa Tanah (KWPDKB) kat menara PJH. Nanti kerani kat situ akan bagi surat akuan terima dan resit bayaran.
5. Tunggu sampai surat offer pembelian rumah dapat tapi nie makan tahun la nama nak naik. Masa Sakura g hantar dulu (2010), Sakura ada tanya gak berapa ramai waiting list rumah teres. Kerani tue cakap dalam 1000 lebih. Memang lama la nak tunggu. Tunggu jelah sampai rezeki dapat.
6. Ada juga pendapat yang diberi, jangan mohon teres tapi mohon SemiD. Boleh pki idea nie kalau confirm ada naik pangkat mcm PTD. Rumah Semi-D dah 1.3 juta sekarangn nie. Mahal sangat.

Kelebihan untuk pemohon CSRU nie adalah
1.Klu pemohon CSRU sedang berkerja di Putrajaya
2.Telah lama berkhidmat
3.Mendaftar CSRU awal.


Monday 13 August 2012

Dr Hamid: Part 1

Since keguguran tahun 2010 dulu, sampai sekarang Sakura masih belum dikurniakan rezeki anak. Masih lagi sabar menanti. Dalam pada kesabaran tue, ada juga usaha yang Sakura buat antaranya berurut, minum susu kambing yang blend dengan kurma dan makan jus bidadari. Tapi masih x menunjukkan hasil. Yang berurut tue memang Sakura dah x nak buat lagi dah sebab satunya sakit dan kedua bila fikir balik ape perkaitannya. Jus Bidadari tue Sakura masih amalkan (sebenarnya baru tiga bulan lepas mula makan).

Sakura sebenarnya ada juga jumpa pakar untuk confirmkan ada masalah atau tidak. Yang tue Sakura buat setahun selepas keguguran (dalam bulan Ogos tahun lepas). Sakura end up buat kat Klinik Dr. Hamid Arshad. Masa appoinment pertama dengan Dr Hamid Arshad, dapat detact yang ovari Sakura membengkak. Tapi Dr.  x cakap pun Sakura ada PCOCS sebab period regular tiap2 bulan. Dan Dato' Dr Hamid bagi tau yang ini mungkin terjadi disebabkan Sakura dah bertambah berat badan@gemuk. Ape taknya dari sebelum kahwin dengan berat terkini ketara tambahnya. Tapi x sampai tahap baju sebelum kahwin x boleh pakai.

Saranan yang diberikan oleh Dato' Dr. adalah:

1. Turunkan berat badan
2. Byk makan makanan segar (sayuran dan buah-buahan)
3. Minum banyak air
4. Kurangkan pengambilan makanan 'fastfood'
5. Amalkan pemakanan sihat.
6. Bersenam.
7. Kawal Stress
8. Toxin badan dikurangkan

Masa first appoinment lagi Dato' Dr dah bagi kaunseling untuk amalkan cara hidup sihat. Sebabnya Dato' Dr. bagi tau yang berat badan naik akan menyebabkan kesuburan berkurangan. Sekarang masih mencuba untuk amalkan terutamanya yang bersenam tue. Payah betul nak buat keje baik nie.

Bila dah selesai appoinment yang first tue, Dr. suruh datang untuk confirmkan masalah selepas buat HSG test dan sperm test. Lepas yang nie nanti Dr. akan tahu sebabnya dan bagi rawatan yang diperlukan.

Sunday 12 August 2012

Puasa: Juadah Berbuka

Since next week dah mood raya. Jadi Sakura nak post semua gambar juadah berbuka yang disiapkan. 

nie balik lewat + malas nak singgah bazar Putrajaya, jadi meh beli je kt Saba, Cyber

nie masak sendiri, kecuali kuih (frozen food) dgn buah tg (import kelate)

mee goreng, bayam rebus, singgang daging dengan daging goreng jer masak
dah habis mkn baru teringat nak ambil, semua masak sendiri
beli kat bazar dan import dr rumah bapa
yang masak cuma nasi goreng, ayam pedas dengan cempedak goreng
nie makan kt Tomato jela dengan Mum Adam@Mira

jemput pisang dengan cempedak jer goreng sendir.

Untuk puasa nie boleh dikatakan 80% homemade. Malas nak g beli sebab x semestinya sedap. Baik masak sendiri walaupun x sedap. Heheheh. Kalau beli pun, beli kat kedai yang memang dah biasa beli (ada penjual yang memang buka gerai pada hari biasa). Putrajaya nie banyak penjual yang x ikhlas menjual.Dah tamat citer puasa. Next week citer raya pulak

Saturday 11 August 2012

Tips Beli Rumah: Part 6

Dah selamat untuk bab pernilaian rumah di Seri Kembangan. Penilaian rumah nie dibuat untuk memastikan market value yang sebenarnya. Penilai rumah dari panel bank akan dilantik untuk buat penilaian. Jadi kita hanya tunggu call dari penilai untuk tengok rumah jer. Penilai yang datang hari tue hanya ambil gambar dan dapatkan layout jer. Ukuran x ambil pun. 


Dari tempoh buat datang tengok rumah sampai report siap, akan ambil seminggu jer. Report tadi akan dihantar ke bank dan kita akan dapat 1 copy. Laporan tue akan dihantar pos ke rumah. X ambil masa sangat pun untuk penilaian rumah nie. Kos penilaian nie Sakura masukkan dalam loan bank. Kos penilaian rumah x sampai RM 1000 pun

Maklumat yang ada dalam penilaian rumah adalah:
1. Lokasi rumah
2. Harga rumah
3. Gambar rumah
4. Layout rumah

**boleh baca detail untuk urusan jual beli kat sini (tuan Lawyer yang tulis tau)

Friday 10 August 2012

Putrajaya: Awasi Kelajuan

Hari nie Sakura nak share pasal Putrajaya pulak. Rasanya warga Putrajaya dah nampak sign board "zon kamera dihadapan" (rasanya lah). Sign board nie antaranya ada kt jalan masuk dari Hospital Serdang masuk Putrajaya di persimpangan ke Alamanda (spine road terus nak keluar ke Cyberjaya). Untuk sesape yang lalu jalan nie, sila patuhi had kelajuan yang ada (rasanya 70Km/j) sebab jalan nie dah dipasang dengan "speed trap camera". Jangan nak melaju jer. 

Memang la jalan nie 3 lane, besar dan x banyak kereta. Tapi jalan nie yang paling banyak kemalangan yang berlaku. Kemalangan pula bukan cedera sikit2 tapi banyak yang maut dan mati ngeri. Antaranya opismate Sakura yang accident kat jalan nie (bawak x tau berapa laju rasanya lebih dr 100km/j), keretanya terbang kat jalan bertentangan dan melangar sebuah kereta (x pasti sama ada langar atau hempap) tanpa menyebabkan sebarang kerosakan pada pokok yang ada kat atas devider. Orang yang dilanggar mati, penumpang kereta sebelah driver (opismate Sakura) cedera parah masuk ICU tapi pemandu kereta cedera sikit.

Alkisah malam tadi la. Sakura dan tuan Faizal on d way balik dari KL masuk Putrajaya dari Hospital Serdang tapi x ikut jalan biasa balik rumah (persimpangan ke Alamanda) sebab nak g Presint 9 hantar surat kat rumah kawan. Memang sebenarnya Tuan Faizal dah tahu jalan tue dipasang kamera (sebab dapat dari sumber yang dipercayai). Ok la , bawak ikut kelajuan 70km/j (sebelum nie kat jalan tue mesti bawa lebih had). Tapi masa nak sampai ke persimpangan naik ke Presint 9 dan 8 (jalan nie menurun bukit sikit dan biasanya memang kereta laju), ada flash light dari belakang (kawasan tue lampu jalan x hidup), x tahu sape yang kena sebab kereta Sakura kat lane 3 dan ada 2 lagi kereta kat lane 2 dan 1 (tengah berdoa juga takut limit 60km/j, masa tue kelajuan kita orang 74 km/j). Memang terbuktilah yang jalan tue memang ada kamera.

Jadi untuk pengguna jalan di Putrajaya. Sila patuhi had kelajuan yang ada. "Camera speed trap" akan banyak lagi dipasang kat Putrajaya. Kena lebih berhati-hati dan bersopan bila nampak "Zon kamera dihadapan".

Thursday 9 August 2012

Puasa: Nostalgia 5

Puasa dan raya, semestinya akan x lengkap kalu x d kad raya. Sakura sangat suka kalau dapat kad raya. Terasa diri tue popular tapi sebenarnya x popular pun. Dah kenal ramai. Mane company yang appreciate tue, memang dapat la. Siap lumba dengan bos lagi sape dapat kad dulu dan sape paling banyak dapat kad. Tiap-tiap hari mesti ada kad raya yang menyinggah dalam 'pigeon hole'. Biasanya kalau Sakura dapat kad, semua sampul kad yang diterima pos tue Sakura bagi kat TA Kanan, En Shahrom sebab dia suka kumpul setem. Kad pulak Sakura akan kumpul dan minggu terakhir nak cuti raya, Sakura akan 'decorate' kat bilik opis. Nie kira senang nak kira berapa dapat sebenarnya. Dalam kad tue biasanya dia orang tandatangan jer. Tanpa ucapan tapi cukup membahagiakan.

Tapi tue dulu memori kat KPM. Kat  opis nie  satu jer yang Sakura dapat setiap tahun (sejak 2 tahun lepas). Tue pun dari company yang sama. Walau apa pun Sakura sangat gembira bila dapat, rasanya tahun nie kena balas juga kad tue. Selama nie x balas pun kad yang diterima. 

Tuelah kuasa kad raya, sangat membahagiakan apabila diterima. Sejak dari sekolah sampai sekarang. Rasanya budak sekarang dah x kenal kuasa kad raya sebab sekarang dah guna e-mail, sms, FB dan lain-lain yang seumpama.

Yeahyeah...dapat kad

nie jelah yang dapat


pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca,harap balas,

Wednesday 8 August 2012

Tips Beli Rumah: Part 5

Alhamdulillah, kelulusan beli rumah low cost dah berjaya dapat dari Lembaga Perumahan/SUK Selangor. Fuh, lama betul tunggu kelulusannya, dari penghujung Mac sampai awal bulan nie baru dapat. Memang mengguji kesabaran betul beli rumah low cost nie. Kelulusan Lembaga Perumahan kena dapat baru proses pindah milik dan jual beli boleh diteruskan.  Kalau x, banyak masalah dikemudian hari. Selangor nie pelik sikit.


Kesilapan yang Tuan Faizal buat untuk rumah nie adalah, offer loan dari bank dah x valid. Jadi kena mohon balik. Patutnya hari tue lambatkan mohon or sign jer offer letter tue. Nie kena tunggu lagi 2 minggu/seminggu sebelum proses dengan bank dapat diteruskan balik. Tapi tue lah, nak sign offer letter hari tue x berani sebab takut exco x lulus. X pelah , jadi pengajaran buat Sakura dan Tuan Faizal.


Tuesday 7 August 2012

Puasa: Nostalgia 4

Bila dh hujung Ramadhan akan sinonim juga dengan malam 7 likur. Untuk malam tujuh likur nie, setiap rumah akan pasang pelita lampu minyak tanah kat keliling rumah. 

Masa kecik2 dulu selalu jeles dengan jiran kalau lampu pelita dia orang masih hidup sampai pagi. Sakura punya pukul 11mlm dah padam. Biasanya Sakura akan minta dengan bapa untuk pasang pelita kat keliling rumah. Paling senang bapa akan beli lampu pelita yang dah siap jer, rasanya dijual dalam 10 pelita yang diperbuat dari aluminium. Seingat Sakura juga, bapa beli sekali jer, lepas tue next year pakai lagi. Mana yang bocor, adik Sakura guna cat spray. Selain dari bagi rupa yang baru, pelita yang bocor tue boleh pakai lagi. 

Bapa memang suka melayan kita orang untuk letak lampu pelita nie. Biasanya bapa akan pakai batang kayu yang diletakkan paku dan cacak kat tanah. Letak dalam 5 pelita sebelah kiri dan 5 pelita lagi sebelah kanan rumah. Dalam pukul 7 macam tue sebelum nak berbuka, Sakura dengan adik akan isi pelita dengan minyak tanah dan terus sangkut kat batang kayu yang ada. Nanti lepas berbuka dan bersolat, baru nyalakan semua pelita. 

Lampu pelita yang hidup tue dapatla terangkan jalan untuk jiran-jiran yg nak g surau solat terawih. Padahal boleh jer hidupkan lampu pendarflour tapi nak juga lampu pelita yang malap2 tue. Lagi satu kegunaan lampu pelita nie, senang nak main bunga api. Kalau x d lampu pelita, jenuh nak hidupkan lilin yang asyik mati bila ditiup angin.


macam nie la rupanya...-ehsan en google

nie pelita sekarang, dah senang x payah cari kayu, tinggal cacak jer- ehsan en google

Monday 6 August 2012

Puasa: Separuh Perjalanan


Hari nie dah masuk puasa yang ke-17@ hari nie juga Nuzul Al-Quran...............

Dah separuh perjalanan puasa yang dilalui. Dah banyak juga kesabaran dan keimanan yang diuji. Semoga ujian yang dillalui akan menjadikan kita insan yang beriman dan bertaqwa lagi kepada Allah. Dah nak masuk malam 10 ramadhan terakhir, malam yang penuh keampunan dan keberkatan selain dari malam yang dicari, Malam Lailatulqadar. Semoga kita dapat mempertingkatkan usaha untuk mencari malam Lailatulqadar

Bila dah dekat nak habis puasa maksudnya raya pun dah dekat. Bila raya dah dekat, persiapan raya dah semakin rancak. Terutamanya kuih raya, baju raya, hiasan rumah dan lelain. Orang menjual persiapan raya makin rancak la sebab banyak pembeli yang mencari. Yang pastinya hari nie pasti sesak nak ke Jalan TAR sebab orang Selangor cuti. Orang luar sibuk datang KL cari persiapan raya, Sakura pulak x jejak pun Jln TAR. Hari biasa malas nak jejak, waktu puasa nie ape tah lagi malasnya. Sakura kurang gemar sikit tempat bersesak dan ramai. Baik cari alternatif lain, x plah harga mahal sikit tapi selesa nak bergerak. 

Sudahnya masa balik KB@wakaf Che Yeh hari tue jer jalan-jalan cari tudung. Tue pun jalan hari siang, malas jalan waktu malam sebab ramai orang. Bukan setakat tudung jer yang dapat, sempat beli baju kurung untuk Mak Long dan Baju Melaju si Kecik Abang Rais. Tuan Faizal pulak, disuruh beli Baju Melayu tak nak, alasanya baju yang ada pun x pakai. Macam tue lah orang lelaki yang berada disekeliling Sakura (Bapa dan Adik), suruh beli baju memang xlah.



Sabtu lepas ada gak bershoping raya kat Paradigm Mall, tue pun x d lah beli barang ape sangat pun. Setakat dapat beli clip rambut, baju kemeja keje Tuan Faizal, pasu kaktus dengan jam dinding. Tengok barang macam x d perasaan sebab dah bershopping sakan kat Bandung hari tue. Bagi Sakura Paradigm Mall nie selesa dan Sakura suka tempat nie.



Friday 3 August 2012

Jeruk Maman

Ku jatuh hati pada mu............

macam nie la rupa jeruk yang Mak long buat - ehsan en google

nie rupa jeruk yang sakura beli
Masa g bershoping kt wakaf Che Yeh hari tue, Sakura jumpa orang jual Jeruk Maman. Try beli nak rasa sedap ker tak. Masa nak hidang, buka plastik jer, baunya agak x menyenangkan. Dah bajet dah mesti x sedap punya la. Masa berbuka , try test makan ......Alamak, Sakura dah jatuh hati. Sedap dimakan bersama Nasi Kerabu. Jeruk Maman yang Sakura beli nie dah lama sikit, jadi warnanya dah unggu. Jeruk Maman yang baru, warna airnya jernih.

Rasa-rasa Sakura la kan, masa Sakura kecik2 tinggal dengan Mak Long. Macam Mak Long ada buat Jeruk Maman nie. Mak Long akan buat dalam 3 balang jeruk. Sakura teringat bila terbau jeruk nie masa nak hidang. Rasanya Mak Long rendamkan daun maman nie dalam air, tambah garam dan nasi.