Monday 26 December 2011

ACL Recon......

Alhamdulillah , dengan selamatnya tuan Faizal berjaya menyelesaikan pembedahan ACL recon pada 12.12.2011. tarikh best...yang tak best kena stay kt hospital 4 hari 3 malam. So buat masa nie, masih lagi dlm MC ....dari 11.12.2011 hingga 31.01.2012. Mak ai , sama taraf ibu-ibu bersalin jer. Akhirnya berjaya juga tuan Faizal memberanikan diri untuk membuat operation. Mau taknya , hari jumaat sebelum nk bedah boleh pulak dia g hospital nk batalkan pembedahan, tapi cik missy tak bagi dan supplier pun dah pujuk dia suruh teruskan juga. Jadi dengan paksa relanya 11.12.2011 dah kena warded.

 Kiranya nie saat getir ni perlu juga dihadapi, almaklumlah masa yang pertama dulu (bulan 6) tak jadi sebab spare part tak sampai di hospital. Jadi ada alasan la nk tangguh. So dengan besar dan kecik hatinya, buat jugala pembedahan tu. Almaklumlah penyakit nie tak mengganggu pun kerja harian, berjalan boleh jer, tak jadi masalah dan tak sakit. Main badminton ok jer tak sakit cuma kalau tersalah landing ke, main tak berhati-hati, maka mudahlah cederanya, Lutut akan bengkak dan nak pulih pula makan minggu. Jadi kalau nak aktif seperti sedia kala kenala buat pembedahan nie.

kaedah surgeri yang akan dibuat


proses drill
bracing yang digunakan
Punca yang menyebabkan pembedahan nie dibuat adalah kerana ligamen dah putus. It's happen 5 years back because of futsal. Ligamen nie putus sebabnya pergerakan bertukar arah secara tiba-tiba. Dengan kata lainnya terseliuh hingga menyebabkan ligamen putus. Doktor dah sahkan ligamen putus tahun lepas selepas beberapa appointment denga pakar.  Kaedah nak membetulkan pulak tak de lain selain dari kena buat ACL reconstruction. Dah macam buat rumah lak pulakkan bunyinya. Sakura dah ngilu lutut nie bila mengenangkan operation nie tru You Tube. Apa tidaknya, doktor akan melaksanakan kerja pun dah ala-ala orang buat rumah pun, dril, ketuk dan serbanika. Aduhai, ngerinya. Dibawah nie ada beberapa picture yang boleh tgk selepas tuan Faizal keluar OT




So, kalau X-ray lutut tuan Faizal, image nie lah akan ditunjukkan. Takutnya. Kesimpulannya di sini sayangilah lutut anda dan jangan cederakannya. Kalau nanti Sakura diizinkan dapat anak, jangan harapla dia dapat main futsal, sebab nanti jadi mcm bapa dia.

Saturday 10 December 2011

Makan-makan Di Melaka

Seperti selalulah, kalau g ke sesuatu tempat mesti kita cari makanan yang sedap dan unik yang x d di tempat kita. Sebab tulah orang Malaysia nie boleh dikelaskan orang yang akan meninggal sebab makan. Semasa ada kt negeri bersejarah nie, My lovely bos Pn Ir Su Faizah telah membawa Sakura dan rakan yang lain (yg sudi ikutla) g makan-makan di Melaka.

Memandangkan hari Rabu pagi agak relax kerana sesi pengemaskinian maklumat perjawatan yang dah siap. Maka pagi 2 diisytiharkan hari Free & Easy. Maka Puan Su pun ajak la g makan pagi kt town. Perjalanan agak lama juga dan mungkin dekat 1 jam kot (Sakura x tgk jam pun g pukul berapa dan pukul berapa sampai kt tempat makan). Maka, perut yang berkeroncong memang x keruan. Tempat yang kami tuju adalah D' Perigi Inn. Tempat nie sediakan makanan bihun sup, mee sup dan kuehtiaw sup selain rojak ayam dan makan biasa yang lain. Untuk air yang istimewa pulak ada laicikang. Sangat memuaskan hati dan lari dari makanan hotel. So next time, Sakura akan datang makan kt sini. Tempat nie along d way nak g Bukit Cina.
Bihun sup dan air mata kucing suam jadi pilihan

Rojak ayam (ada ayam, tempe tauhu, salad dan timun)
Untuk kenikmatan ikan bakar pulak, Pn Su mengajak g makan d Alai pada Khamis malam. Nama kedai, Sakura x berapa ingat. So berduyun la kami dengan 3 kereta g kesana. Yang nie, mmg sahih 1 jam nak sampai. Mujur la Pn Su nie pelanggan tetap , jadi masa on d way, Pn Su dah telefon tokey kedai. Antara menunya ketam berlada, ikan siakap bakar bercili, ikan siakap stim, udang mentega dan nasi pulak nasi lemak. Mmg thumb up tempat nie. Tercapai juga Sakura nak makan ketam since x dapat makan kt hotel.


Posing semasa menunggu puteri-puteri turun

Posing juga

Makanan dah terhidang semasa sampai

Posing sebelum makan

meja yang begitu teratur dan sopan

ketam bercili

ikan siakap bakar dan pari bakar

huhuhuhuh

Aksi selepas makan

fuyoooo ........

posing lepas makan

posing lepas makan

posing lepas makan

posing lepas makan

pinggan sape lah nie????

pinggan sapelah nie?????


Kepada rakan-rakan yang lain, jangan lupa nak mencuba makanan yang Sakura cadangkan semasa korang berada di Melaka yer

A' Famosa Resort Melaka

Oleh kerana kesibukan berbengkel yang lalu. Sakura x sempat untuk meceritakan tentang A Famosa. Since dah balik nie rasanya ada kesempatan untuk bercerita . Tempat pilihan A Famosa nie dibuat kerana terpikat dengan pakej seminar yang diiklan melalui 'flyers' di rumah Sakura. Jadi , Sakura pun cadangkan untuk ke A' Famosa Melaka kepada urusetia bengkel Cik Yana untuk urusan selanjutnya. Setelah nego dan persetujuan dicapai, maka 5 -9 Disember 2011, berkampunglah Sakura di A'Famosa Melaka.


Kiranya untuk entry nie, sesi IKLAN la dari Sakura untuk A'Famosa.Kalau tengok kepada pamplet yg ada  keluasanya ada 520 hectar.Jadi byk aktiviti la yg disediakan dan shuttle bus disediakan untuk pengunjung pergi dari satu tempat ke tempat lain. Tapi yang utamanya untuk main golf la (Golf Resort). Aktiviti yang disediakan pulak ada A'Famosa Cowboy Town, A'Famosa Water World dan A'Famosa Animal World. Jadi untuk pengunjung x akan kebosanan. Berkenaan tiket masuk pulak, boleh tahan juga harganya. Disyorkan untuk famili, kalau boleh ambil pakej famili yang disediakan. Kiranya kena spend byk juga la kt sini. Tempat-tempat tu x sempat Sakura lawat kerana x sempat. Next time mungkin Sakura akan pergi bersama En Faizal.




Sakura suka dengan landscape kt Clubhouse, sgt menarik dan berkonsepkan padang golf. Disekeliling pulak ada sungai dan ikan kap.Boleh makan ikan lagi tp kena beli token.....sangat menarik.





Dari segi penginapan pulak ada jenis bilik (Resort Hotel), Condo (D'Savoy Condohotel dan Villa (Villa D'Amour, D' Faro, D'LAgos). Harga boleh tgk kt website www.afamosa.com. Semasa menginap hari tue Sakura hanya tinggal kt Resort Hotel. Tempat menginap pulak mcm hotel setara 3 bintang jer bilik yang Sakura duduk, tapi mujur pemandangannya ke padang golf dan tempat letak kereta. Tak delah scary sgt. Tp bilik kawan Sakura yang lain mmg bertaraf 5 bintang. Cumanya menghadap ke tapak pembinaan terbengkalai. Aaaa menakutkan. Dari segi housekeeping, agak mendukacita sebab x vacum dan kebersihan bilik air pun agak tidak menyenangkan. Pihak management, tolong bagi perhatian yer....

ni bilik Sakura tinggal

Nie bilik Sakura tinggal

Nie bilik Sakura tinggal

Nie bilik kawan-kawan Sakura

Nie bilik kawan-kawan Sakura

Nie pemnadangan dari bilik kawan Sakura


Berkeanaa makan yang dihidangkan pulak, tiap masa lunch dan dinner mesti ada pasta, steak, korean sup dan aneka salad. Ok la, x d la sampai x boleh makan. Layan jer makan. Tapi kesian kt En Faizal, apalah yang dia makan masa Sakura x d. Huhuhuhu..........

Untuk bilik berbengkel pulak, nie yang Sakura kurang puas hati sebab Wi-Fi limited dan hanya ada di Clubhouse. Siap kena masuk password.....arghhhh.....kedekut betul tempat nie...tobat.... lepas nie x mau buat kat sini. Minta provide extension wayar pulak boleh dia kata kena tambahan RM 20 untuk satu extension (tak taula untuk sekali pijam per hari  or per pinjam). Jadi Bos Sakura pun g la keluar beli extension. So lepas nie senang. Pihak managemet A'Famosa kena perhatian lebih yer untuk perkara nie. Tempat lain yang Sakura g bengkel tak de masalah pun dgn provide extension. Kedekut.........Untuk minum pagi, petang dgn malam pulak, ok dan x d masalah.....

Upfront staf pulak kenalah lebih helpful, friendly dan ada toleransi sikit. Effect besar tau untuk tindakan yang korang buat. Ada juga yang bagus. Diharapkan pihak Management dapat memberi sedikit latihan khidmat pelanggan kepada  staff semua yer....

Kepada semua, mohon buat pertimbangan yang wajar yer masa memilih tempat nie. Anyway segala komen untuk tempat nie akan Sakura e-mail kepada A' Famosa Melaka. Ini supaya banyak kelemahan yang perlu dibaiki untuk future customer.

Wednesday 7 December 2011

Bengkel ...oooo .....Bengkel.......

Pada masa Sakura menulis....Sakura melaksanakan tugas di luar kawasan. Luar kawasan yang nama lain berBENGKEL di tempat lain demi menyiapkan kerja yang memerlukan perhatian dan tumpuan serta kurang efektif dilaksanakan di pejabat kerana gangguan telefon dan mesyuarat.

Memang dari mula bekerja dulu, aktiviti berbengkel nie menjadi acara wajib tiap-tiap tahun. Dengan berbengkel, waktu bekerja kita akan dimaksimumkan sehingga tengah malam. Ada juga bengkel yang Sakura pergi, balik dari siapkan kerja adalah jam 4.30 pagi. Jadi jangan ingat pergi Bengkel kt luar hanya membuang masa dan duit. Tapi tenaga dan tumpuan telah di berikan sepenuhnya demi menyiapkan tugas.

Antara tempat-tempat berbengkel yang pernah Sakura pergi adalah Hotel Equatorial Cameron Highland (1 kali), Strawbery Park Cameron (1 kali), Pulau Pangkor (1 kali), Hotel De Palma Ampang (1 kali), Bukit Merah Lake Town Resort (1 kali), D Regency PD (1 kali), Thistle Hotel @Guoman PD (1 kali), Hilton JB (1 kali), Bayview Hotel Melaka (1 kali) dan terkini A'Famosa Resort.



Keseluruhannya, Sakura tidak beberapa gemar berbengkel kerana lebih letih dari waktu bekerja biasa. Tapi disebabkan tugas, Sakura laksanakan juga dengan rela hati. Dengan erti kata lain ,Sakura akan ber'enjoy' sebelum balik.

Thursday 1 December 2011

ASB


Hari yang dinanti telah tiba. Wah! seronoknya, tak sabar nak tengok berapa balance terakhir ASB. Secara seriousnya Sakura menyimpan ASB pada tahun lepas. Hasilnya dah hampir 1/4, hehehe. Biarlah orang kata pelaburan lain lebih banyak faedah tetapi Sakura tetap yakin dengan pencapaian ASB yang agak 'consistent' dalam memberi pulangan. Lagipun nie pelaburan untuk Melayu dan Bumiputera, kenapa tidak kita penuhkan tabungan ini. Biar x banyak janji ada. Jangan tamak untuk membuat pelaburan tetapi biarlah pulangannya tidak mengecewakan.

Secara ringkasnya ASB nie ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada tahun 1990. Ia terbuka kepada Melayu dan Bumiputera sahaja. Maksimum penyimpanan adalah RM200,000 bagi dewasa dan RM10,000 bagi remaja. Setakat nie pencapaian pulangan tidak mengecewakan. Objektif pelaburan ini adalah menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.

Berkenaan dengan penyimpanan ASB nie, kita boleh menyimpan secara termampu dari bulan-bulan hinggalah tahun-tahun. Simpanan pulak boleh dari potongan gaji, pengeluaran KWSP atau pun mengambil ASB loan yang meluas dibuat sekarang. Penyimpanan ASB loan nie sesuai untuk orang-orang yang susah nak membuat peruntukan duit  gaji untuk penyimpanan. Susahnya tahun pertama jer kerana perlu keluarkan duit poket sendiri untuk bayar loan tapi untuk tahun kedua, kita gunakan jer dividen yang diterima. Ini berdasarkan pembacaan Sakura, tapi Sakura x guna cara ni. Next entry Sakura akan ceritakan kaedah Sakura hasil dari menjadi pelanggan En Abd Aziz Ibrahim.

Kalau nak diikutkan, memang ada byk lagi pelaburan lain yang boleh digunapakai dan dibanggakan. Tapi bagi Sakura, adalah lebih baiknya kita penuhkan ASB dulu sebelum buat yang lain. Al maklumlah, duit Sakura bukannya banyak pun jadi jangan buat pelaburan yang berisiko. Duit susah nak cari tau! Kita manfaatkan pelaburan yang dah terjamin. Setelah penuh barulah kita bertukar kepada pelaburan yang lain pulak.

Hidup jangan tamak, nanti mengigit jari!